Anda di halaman 1dari 15

SEJARAH PENUBUHAN

TUNAS KADET REMAJA SEKOLAH ( TKRS )

Tunas Kadet Remaja Sekolah (TKRS) telah mula diasaskan pada 15 Mac 1999.

Sekolah yang menjadi sekolah pertama (perintis) menubuhkan TKRS ialah

Sekolah Kebangsaan Seri Melati, Kuala Lumpur yang sekarang ini dikenali

dengan nama Sekolah Kebangsaan Setapak Indah. TKRS ditubuhkan oleh En.

Wan Mohd Ariffin bin Wan Hussin khas untuk murid-murid sekolah rendah

seperti mana Kadet Remaja Sekolah untuk pelajar-pelajar sekolah menengah

sahaja. Antara tujuan TKRS ditubuhkan adalah untuk memberikan pendedahan

awal kepada pelajar-pelajar mengenai KRS. Ini kerana TKRS merupakan KRS di

peringkat awal (sekolah rendah). Kurikulum, matlamat dan objektif serta

perjuangan TKRS adalah berdasarkan KRS. Pada awal penubuhan, pasukan ini

dinamakan Tunas Kadet Remaja Islam Sekolah (TKRIS). Dewasa ini TKRIS

dikenali dengan Tunas Kadet Remaja Sekolah (TKRS). Penubuhan TKRS secara
rasminya telah disempurnakan oleh Timbalan Menteri Pelajaran YB Dato’ Noh

b.Omar di Stadium Sultan Abdul Halim, Kedah Darul Aman pada 26 Mac 2006.

OBJEKTIF

TUNAS KADET REMAJA SEKOLAH ( TKRS )

4.1 Membina generasi bersemangat patriotik yang cintakan agama,

bangsa dan negara.

4.2 Membentuk generasi yang menjiwai semangat perpaduan,

memiliki ketrampilan diri, berdaya saring, mampu bersaing,


bersemangat juang, kreatif serta inovatif dalam menghadapi

pelbagai cabaran hidup.

4.3 Membina dan mengembangkan kefahaman, kesedaran dan

kepekaan dalam kalangan pelajar mengenai isu-isu semasa

serta berkeupayaan mewujudkan integrasi nasional.

4.4 Melahirkan generasi yang mengetahui, memahami,

menghayati dan mengamalkan akhlak Islam serta mampu

memberikan sumbangan demi kesejahteraan hidup

bermasyarakat dan bermesra.

4.5 Menyediakan peluang kepada pelajar untuk memperoleh

pengetahuan, pengalaman, kemahiran, kebolehan mengurus

dan memimpin.

BIDANG AKTIVITI BERSEPADU

TUNAS KADET REMAJA SEKOLAH ( TKRS )


6.1 Disiplin dan Kerohanian

6.2 Ketahanan Diri dan Kebudayaan

6.3 Alam Sekitar

6.4 Keusahawanan

6.5 Khidmat Masyarakat ( Khidmas )


KANDUNGAN

1.0 Visi, Misi dan Matlamat Sekolah

2.0 Visi, Misi dan Objektif Persatuan


3.0 Jawatankuasa Pengurusan Kokurikulum

4.0 Jawantankuasa Persatuan

5.0 Takwim Sekolah

6.0 Senarai Ahli dan Biodata Ahli

7.0 Jadual Perjumpaan Persatuan

8.0 Rancangan Aktiviti Tahunan Persatuan

9.0 Rekod Kehadiran Ahli

10.0 Laporan Aktiviti

11.0 Borang Penilaian Kegiatan Kokurikulum

12.0 Minit-minit Mesyuarat

13.0 Senarai Tanggungjawab Am Guru Pemimpin / Penasihat


2018
2016
2015
1.0 4.0 7.0 10.0 13.0

2.0 5.0 8.0 11.0

3.0 6.0 9.0 12.0

Anda mungkin juga menyukai