Anda di halaman 1dari 6

KERTAS CADANGAN

“HARI JAYA WARIS 2015”


CADANGAN TARIKH:
16 OGOS 2015 (AHAD)

CADANGAN MASA:
9:00 PAGI HINGGA 12:00 TENGAH HARI

CADANGAN TEMPAT:
DEWAN TAHSIN

ANJURAN:
UNIT KURIKULUM, TAHSIN

ANJURAN BERSAMA:
PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU (PIBG) TAHSIN
1. PENGENALAN

Semua ibu bapa di dunia ini mempunyai hasrat dan cita - cita untuk menjadi ibubapa yang
cemerlang tetapi pengalaman telah menunjukkan bahawa kebanyakan ibubapa merasakan
prestasi mereka sebagai ibubapa tidaklah secemerlang yang diharapkan. Pengalaman juga telah
menunjukkan bahawa untuk menjadi ibu bapa yang baik tidaklah sesukar yang dijangkakan.
Ramai ibu bapa pada zahirnya berkeadaan ‘daif ‘, telah berjaya mendidik anak mereka menjadi
manusia yang cemerlang. Tidak kurang juga bilangan mereka yang berusaha bersungguh-
sungguh untuk menjadi ibu bapa yang cemerlang, tetapi masih mengalami jalan ‘buntu’.
Potensi kecemerlangan anak-anak sering terpendam begitu sahaja lantaran kegagalan ibubapa
mengenalpasti kehebatan anak-anak dan seterusnya meransangkan mereka. Justeru, adalah
menjadi salah satu program sekolah iaitu menemukan waris dan pihak sekolah dalam satu
program bagi menerapkan usaha yang berterusan dan jitu ke arah pencapaian akademik pelajar.
Tidak dinafikan, selain usaha berterusan dalam akademik, ia diperkukuhkan lagi dengan tawakal
dan doa kepada Ilahi.

2. MATLAMAT

Matlamat program ini adalah untuk memberi ruang dan peluang kepada para waris untuk
melihat dan berbincang mengenai pencapaian akademik anak -anakm e r e k a
s e t e r u s n ya b e r s a m a - s a m a g u r u b e r b i n c a n g u n t u k m e n c a r i u s a h a b a g i
meningkatkan pencapaian akademik pelajar. Selain itu, para waris diberi motivasi
untuk menghadapi hari mendatang dalam usaha berterusan dan berg anding bahu
bersama pihak sekolah agar pencapaian ak ademik dan sahsiah terpuji anak anak
mereka dapat direalisasikan. Yang terakhir, sebagai hamba Allah, doa dan tawakkal kepada-
Nya sentiasa dipanjatkan agar diberi keberkatan serta kekuatan kepad a pihak sekolah,
khususnya guru-guru serta ibu bapa dalam usaha melakar kejayaan di TAHSIN.

3. OBJEKTIF

3.1 Memohon keberkatan Allah secara beramai-ramai agar guru-guru, ibu bapa,pelajar
dan pentadbiran sekolah dipermudahkan dan diberi kekuatan dalam mencapai
kejayaan.

3.2 Waris/ibu bapa, pelajar dan guru-guru diberikan motivasi agar me reka
lebih bersemangat untuk mencipta kejayaan.

3.3 Menetapkan fokus TAHSIN yang jelas kepada para waris/ibu bapa dan pelajar.

3.4 Meningkatkan motivasi diri pelajar dalam menimba ilmu pengetahuan.

3.5 Ibu bapa/waris, pelajar dan guru-guru dapat berbincang dari hati ke hati demi
mencapai kejayaan yang diharapkan kepada anak-anak mereka.
4. KUMPULAN SASARAN

Terdiri daripada ibubapa /waris kepada pelajar tahun 6 yang akan menduduki Ujian Penilaian
Sekolah Rendah (UPSR) pada bulan September 2015 DAN pelajar tahun 5 yang akan
menduduki Ujian Penilaian Sekolah Rendah Islam (UPSRI) pada bulan Oktober 2015. Senarai
nama pelajar sila rujuk lampiran.

5. METODOLOGI PROGRAM

5.1 Ceramah suntikan semangat kepada waris dan pelajar.

5.2 Perbincangan terbuka.

5.3 Sesi soal jawab.

6. AHLI JAWATANKUASA (Rujuk Lampiran 1)

7. TENTATIF PROGRAM (Rujuk Lampiran 2)

8. PERBELANJAAN

8.1 Makan dan minum pelajar, waris dan penceramah


(RM 5 x 45 orang pelajar x 45 orang waris x 1 orang penceramah = RM 455)

8.2 Cetakan bahan


(RM 3 x 45 orang waris = RM 135)

8.3 Saguhati penceramah


(RM 100 x 1jam = RM 200)

JUMLAH = RM 790

9. PENUTUP

Semoga, program yang dirancangkan ini dapat memberi input yang berguna dan bermanfaat
kepada pelajar-pelajar di TAHSIN. Oleh itu, usaha dan kerjasama daripada semua pihak amat
diperlukan bagi merealisasikan program.
Lampiran 1

JAWATANKUASA PELAKSANA “HARI JAYA WARIS” 2015

PENASIHAT
Ustaz Mohd. Sanusi Hj Majid

PENGARAH

___________________

PEN.PENGARAH

_____________________

SETIAUSAHA

______________________

BENDAHARI

_______________________

AJK UNIT PELAKSANA DAN BIDANG TUGAS

UNIT BIDANG TUGAS


UNIT PENDAFTARAN PELAJAR DAN
WARIS
1._______________________  Membuat pendaftaran waris dan
2._______________________ pelajar.

BACAAN DOA MAJLIS  Memimpin bacaan doa pembuka


1.___________________ majlis.
PENGACARA MAJLIS  Mengacara majlis sehingga selesai.
1.___________________
UNIT PERSIAPAN TEMPAT
1.____________________  Memastikan dewan dibuka sebelum
2.____________________ majlis dan ditutup selepas majlis.
3.____________________  Menyediakan kerusi untuk VVIP dan
4.____________________ waris.
5.____________________
6.____________________
UNIT JAMUAN
1._______________________  Menetapkan menu yang sederhana.
2._______________________  Memastikan kuantiti bungkusan
3._______________________ makanan yang cukup untuk diedarkan
4._______________________ kepada waris dan pelajar.
 Menyediakan makanan VVIP di bilik
jamuan.

UNIT SIARAYA
1.___________________
2.___________________  Memastikan alat siaraya dipasang
sebelum majlis bermula.
 Pastikan semua alatan berfungsi
dengan baik.
 Menyimpan semula alatan siaraya
setelah selesai program.

Lampiran 2

TENTATIF PROGRAM

9:00 pagi Pendaftaran


9.15 pagi Ucapan pengerusi majlis
Bacaan Doa
Ucapan PK Pentadbiran
9:45 pagi Ceramah motivasi
11:00 pagi Perbincangan terbuka antara penceramah dan waris
Soal jawab waris bersama guru
12:00 tengah hari Bersurai

Disediakan oleh,

_________________
(UMMI AMRIA AWANG)
PEN.PK KURIKULUM, TAHSIN.

Disahkan oleh, Disokong oleh,

_________________ ______________________

(UMMI NOR HAYATI SALEH) (UST.MOHD.SANUSI HJ. MAJID)


PK PENTADBIRAN, TAHSIN. MUDIR, TAHSIN.

Anda mungkin juga menyukai