Anda di halaman 1dari 2

SEKOLAH KEBANGSAAN LKTP KEMELAH

MINIT MESYUARAT PANITIA REKA BENTUK DAN TEKNOLOGI BIL 1/(2018)

Tarikh : 28 Disember 2017

Masa : 2.00 petang

Tempat : Bilik RBT

Pengerusi : En. Zainuan Bin Ismail

Kehadiran(Bilangan) : 1. En. Zainuan Bin Ismail


2. Pn. Saptiah Binti Mohamed
3. Pn. Hashmah Binti Hashim

Turut Hadir (Jika ada) : 1. En. Hairilanuar Bin Mason

1 PERUTUSAN PENGERUSI

1.1 Pengerusi mengucapkan selamat datang dan ucapan terima kasih kepada
semua ahli mesyuarat kerana dapat hadir pada mesyuarat kali ini.
1.2 Tujuan mesyuarat diadakan adalah bagi melantik jawatankuasa RBT dan
membincangkan aktiviti panitia pada tahun 2018.

2 PENGESAHAN MINIT MESYUARAT YANG LALU


Dicadang untuk disahkan oleh Pn. Saptiah Binti Mohamed
Disokong untuk pengesahan oleh Pn. Hashmah Binti Hashim

3 PERKARA-PERKARA BERBANGKIT
3.1. Tiada

4 PEMBENTANGAN KERTAS-KERTAS KERJA (JIKA ADA) / FOKUS MESYUARAT


4.1. Perlantikan AJK baharu bagi Panitia RBT 2018 adalah seperti berikut:

Penasihat 1 : En. Othman Bin Abdullah


Penasihat 2 : En. Hairilanuar Bin Mason
Pengerusi : En. Zainuan Bin Ismail
Setiausaha : Pn. Hashmah Binti Hashim
AJK : Pn. Saptiah Binti Mohamed
: Pn. Masniah Binti Suwardi

Tindakan: Guru RBT


4.2. Perancangan Panitia

4.2.1 Pengurusan fail panitia

4.2.1.1 Pengerusi mengingatkan bahawa fail panitia perlu


dikemaskini dan diurus dengan baik
4.2.1.1 Segala butir mesyuarat dan surat-surat perlu direkodkan dan
disimpan dengan baik serta tersusun.

4.2.2 Penggunaan bahan bantu mengajar dan bahan projek

4.2.2.1 Pengerusi mencadangkan agar guru mata pelajaran


menyenaraikan keperluan bahan projek dan bahan bantu
mengajar yang diperlukan.
4.2.2.2 Guru perlu menggunakan bahan projek yang dipesan dengan
optimum dan mencapai objektif.

4.2.3 Penggunaan Bilik RBT

4.2.3.1 Guru perlu merekodkan penggunaan bilik RBT.


4.2.3.2 Guru perlu memastikan alatan disimpan dan dibersihkan
selepas digunakan.
4.2.3.3 Guru perlu memastikan bilik RBT berada dalam keadaan
ceria.

4.2.4 Semakan Buku Latihan Murid

4.2.4.1 Buku latihan murid perlu disemak tidak melebihi 3 hari dari
tarikh PdPc yang telah dijalankan.

Tindakan: Guru RBT

5 HAL-HAL LAIN
5.1. Pengajaran RBT dan TMK akan dilaksanakan secara berselang seli
5.2. Guru perlu berhemah dalam membelanjakan wang peruntukan yang diberi.

Tindakan: Guru RBT

6 PENUTUP
6.1 Ucapan penangguhan oleh Pengerusi Mesyuarat / ahli mesyuarat dan penetapan
tarikh mesyuarat yang berikutnya.

Mesyuarat ditangguhkan pada jam 3.30 petang

Disediakan oleh,

.............................................................
(Hashmah Binti Hashim )
Setiausaha,
Panitia Reka Bentuk dan Teknologi
SK LKTP Kemelah

Tarikh : (28 Disember 2017)

Anda mungkin juga menyukai