Anda di halaman 1dari 7

“ IKTIBAR DARI PERISTIWA ISRAK DAN MIKRAJ ”

(13 April 2018 / 26 Rejab 1439)

SIDANG JEMAAH YANG DIRAHMATI ALLAH,


Khatib hari ini berpesan kepada diri sendiri dan menyeru sidang Jumaat yang
dikasihi sekalian, marilah sama-sama kita meningkatkan ketakwaan kepada
Allah SWT dengan bersungguh-sungguh melaksanakan segala perintah-Nya dan
meninggalkan segala larangan-Nya. Mudah-mudahan kehidupan ini mendapat
keberkatan di dunia dan di akhirat. Khutbah hari ini akan membicarakan tajuk:
“Iktibar Dari Peristiwa Israk dan Mikraj”.

SIDANG JUMAAT YANG DIRAHMATI ALLAH,


Memperingati peristiwa Israk Mikraj menuntut umat Islam agar menghayati
sebenar-benarnya misi perjuangan Rasulullah SAW. Sesungguhnya perjalanan
hidup Rasulullah SAW ini merupakan khazanah yang tidak ternilai kepada umat
Islam dari satu generasi ke satu generasi. Ini sebagaimana kandungan khutbah
1
wida' (haji perpisahan) baginda SAW iaitu hendaklah mereka yang hadir
menyampaikan kepada yang tidak hadir agar yang tidak hadir lebih memahami.
Justeru hari ini, kita sebagai umat terakhir dituntut untuk memahami
tugas yang diamanahkan kepada kita iaitu menyeru kepada al-khair (Islam)
berkonsepkan kesederhanaan, mematuhi maqasid as-syariah, menyantuni
manusia dengan amar ma'ruf dan menghalang dari kemungkaran. Inilah misi
besar yang ditaklifkan ke atas umat Islam sepanjang zaman.

SIDANG JUMAAT YANG DIRAHMATI ALLAH,


Apabila menyebut Israk Mikraj sudah pasti terlintas difikiran kita tentang tanah
suci al-Quds dan Masjidil Aqsa di Palestin. Masjid dan tanah ini mengingatkan
kita kepada beberapa peristiwa besar yang berlaku sehingga mengorbankan
ramai nyawa yang tidak berdosa dalam mempertahankan kesucian agama dan
tanah air tercinta.
Sejak di zaman Rasulullah SAW lagi, baginda SAW dan komuniti
mukmin sering ditindas, dizalimi bahkan ada yang dibunuh dengan kejam tanpa
belas kasihan. Hari ini, Zionis Israel umpamanya telah mengenakan sekatan
perjalanan, penyingkiran dari tanah-tanah milik mereka, kepungan oleh tembok-
tembok pemisah dan menyekat ekonomi serta menutup laluan darat, udara dan
laut di Gaza. Malah keadaan menjadi begitu genting di mana mereka diboikot
dan dinafikan hak kemanusiaannya sehingga menyebabkan anak-anak menangis
kelaparan, kesakitan dan sukar meneruskan persekolahan.

SIDANG JUMAAT YANG DIRAHMATI ALLAH,


Israk Mikraj mempunyai makna yang sangat simbolik dalam perjuangan dan
kemenangan Islam. Sejarah telah mencatatkan bahawa selepas peristiwa Israk
dan Mikraj maka pelbagai perkara penting telah terjadi seperti perjanjian
Aqabah, hijrah ke Madinah dan pemasyhuran Yathrib sebagai Kota Madinah an-

2
Nabi. Ini merupakan kemenangan yang telah dicapai sehingga cahaya Islam
berjaya memancar ke seluruh ufuk dunia.
Dalam konteks sebuah negara pula, baginda SAW telah menjadikan
perpaduan sebagai asas pembentukan negara yang kukuh dengan menyatukan
kaum Aus serta mempersaudarakan Muhajirin dan Ansar. Sabda Rasulullah
SAW yang diriwayatkan oleh Imam al-Bukhari dan Muslim:

Mafhumnya: “Daripada Abi Musa berkata bahawa Rasulullah SAW


bersabda: Orang mukmin bagi orang mukmin yang lain itu laksana satu binaan
yang sebahagiannya memperkuatkan sebahagian yang lain.”

Sememangnya, tidak dapat dinafikan sikap saling menolong dan


membantu boleh memperkuatkan perpaduan ummah. Kehidupan lebih
bermakna dan bahagia daripada tekanan dan cabaran yang dilalui oleh golongan
Muhajirin ketika di bumi Makkah. Semangat inilah yang perlu diteruskan bagi
mendepani cabaran zaman yang kian hebat.

SIDANG JUMAAT YANG DIRAHMATI ALLAH,


Walau bagaimanapun, perpaduan umat Islam di seluruh dunia boleh menjadi
lemah dan tergugat disebabkan tekanan keadaan semasa dan ketaksuban politik
yang keterlaluan. Hakikatnya, politik tidak dapat dipisahkan dengan Islam agar
urusan dunia dan akhirat dapat ditadbir secara seimbang. Namun, jika kita
berpolitik tanpa menghiraukan batasan yang ditetapkan oleh Islam, maka akan
tercetus perpecahan ummah yang secara langsung melemahkan kekuatan Islam
sebagai agama suci dan tinggi.
Apatah lagi jika perbezaan ideologi yang ketara mengenai perkara furuk
(sampingan) berlaku, maka menyebabkan semangat perpaduan sesama umat
Islam terus terancam. Kesannya, muncul pelbagai keadaan negatif seperti
budaya fitnah memfitnah, prasangka buruk, cabar-mencabar, hasad dengki,

3
dendam dan mendedah keaiban orang lain yang membawa kepada bibit
persengketaan dan perpecahan.
Sebagai ummah yang unggul, kita hendaklah berusaha menjauhi perkara
itu dan mencari jalan penyelesaian terbaik bagi merapatkan kembali perpaduan
ummah. Firman Allah SWT dalam surah al-Hujurat ayat 10:

Maksudnya: “Sebenarnya orang yang beriman itu bersaudara maka


damaikanlah di antara dua saudara kamu itu; dan bertakwalah kepada Allah
agar kamu beroleh rahmat.”

SIDANG JUMAAT YANG DIRAHMATI ALLAH,


Mendepani keadaan semasa yang semakin mencabar ketika ini, umat Islam
khususnya di negara ini harus merapatkan saf demi memelihara keutuhan
ummah dan berusaha mencari jalan bagi memelihara kesucian agama serta
kedaulatan negara. Ambillah iktibar terhadap negara umat Islam yang dilanda
masalah dan sangat-sangat mengharapkan bantuan serta pertolongan saudara
Islam mereka.
Usahlah kita biarkan perbalahan sesama umat Islam melemahkan
semangat dan menghilangkan kekuatan. Perkara ini yang amat membimbangkan
lebih-lebih lagi jika pertelingkahan itu semakin parah dan sampai ke
kemuncaknya. Hayatilah firman Allah SWT dalam Surah al-anfaal ayat 46:

Maksudnya: “Dan taatlah kamu kepada Allah dan Rasul-Nya, dan janganlah
kamu berbantah-bantahan; kalau tidak nescaya kamu menjadi lemah semangat
dan hilang kekuatan kamu, dan sabarlah kamu; sesungguhnya Allah beserta
orang yang sabar.”

SIDANG JUMAAT YANG DIRAHMATI ALLAH SEKALIAN,


Marilah kita menjadikan peristiwa Israk dan Mikraj ini pusat pendidikan rohani dan jasmani kita
sebagai hamba Allah SWT yang kuat keimanannya serta dapat menjaga diri dari kancah maksiat dan

4
dosa. Bagi mengakhiri khutbah pada hari ini, mimbar yang mulia ini ingin merumuskan beberapa
perkara iaitu:-

Pertama: Peristiwa Israk dan Mikraj adalah membuktikan kudrat atau


kekuasaan Allah SWT.
Kedua: Israk dan Mikraj merupakan proses mendidik masyarakat
menjalani kehidupan dengan menjauhi perbuatan keji.
Ketiga: Penghayatan Israk Mikraj dapat memperkukuhkan silaturahim dan
perpaduan di kalangan umat Islam.

Maksudnya: “Hati (Nabi Muhammad) tidak mendustakan apa yang dilihatnya.


Jika demikian, patutkah kamu hendak membantahnya mengenai apa yang telah
dilihatnya itu? Dan demi sesungguhnya! (Nabi Muhammad) telah melihat
(Malaikat Jibril, dalam bentuk rupanya yang asal) sekali lagi, di sisi
SidratulMuntaha”. (Surah an-Najm : 11-14).

5
KHUTBAH KEDUA

Wahai hamba Allah, ingatlah bahawa dunia ini adalah tempat tumpangan untuk
sementara, akhirat jualah sebenar-benar tempat yang kekal selama-lamanya.
Oleh itu, marilah kita bertakwa kepada Allah untuk mendapatkan kebahagiaan
serta menyelamatkan diri daripada siksaan api neraka. Firman Allah SWT dalam
Surah al-Ahzab ayat 56:

Maksudnya: “Sesungguhnya Allah dan Malaikat-Nya bersalawat kepada


Nabi; wahai orang yang beriman, bersalawatlah kamu kepadanya serta
mohonkanlah kesejahteraan dengan sepenuh penghormatan.”

Ya Allah, ampunkanlah sekalian muslimin dan muslimat, mukminin dan


mukminat sama ada yang masih hidup ataupun yang telah meningggal dunia.
Ya Allah, kurniakanlah taufik dan hidayah, kekuatan, kesejahteraan dan
pertolongan kepada ketua-ketua negara Islam dan Raja-Rajanya, khasnya
kepada;

6
7

Anda mungkin juga menyukai