Anda di halaman 1dari 2

SMK GUAR CHEMPEDAK, 08800 GUAR CHEMPEDAK, KEDAH

KERTAS KERJA
SAMBUTAN HARI GURU 2018
TEMA HARI GURU : ‘Guru Pemacu Transformasi Pendidikan”

TARIKH: 16 MEI 2018


HARI: RABU
MASA: 8.00 am-1.00 pm
TEMPAT: DEWAN MARWAH SMKGC

1.0 PENDAHULUAN

Setiap tahun, Hari Guru akan mengisi kalendar sekolah sebagai satu acara tahunan yang perlu
dilaksanakan. Agenda ini merupakan salah satu daripada aktiviti yang amat penting di mana ianya
bertujuan menyemarakkan semangat guru dan menghargai jasa guru-guru. Komitmen dan
semangat kerjasama yang tinggi amat diperlukan daripada semua pihak bagi menjayakan aktiviti
ini dan seterusnya membentuk satu budaya kerja berpasukan yang positif untuk mencapai
kecemerlangan dan kepuasan dalam melaksanakan tugas yang dipertanggungjawabkan.

2.0 RASIONAL
Rasional di sebalik penganjuran hari anugerah kualiti ini ialah :
1. Menaikkan dan menyemarakkan semangat guru-guru.
2. Merapatkan hubungan siratulrahim antara guru-guru, kakitangan dengan pihak
pentadbiran.

3.0 MATLAMAT
Matlamat Hari Guru adalah untuk memberi penghargaan yang dirasakan sesuai dengan jasa dan
pengorbanan seorang pendidik di atas tugas-tugas yang telah di amanahkan. Perjuangan guru-guru
patut dihargai atas usaha mereka untuk memberi kejayaan di masa akan datang kepada agama,
bangsa, dan negara Malaysia.

4.0 KUMPULAN SASARAN

Semua warga Sekolah Menengah Kebangsaan Guar Chempedak

5.0 CADANGAN AKTIVITI

Acara di Dewan Marwah

1
6.0 SUMBER KEWANGAN

6.1 DANA KELAB GURU DAN STAF SMKGC (KGS)


6.2 PERUNTUKAN SEKOLAH
6.3 PERSATUAN IBU BAPA & GURU SMKGC (PIBG)
6.4 SUMBANGAN GURU/PELAJAR

7.0 TENTATIF PROGRAM

7.40 pagi – 9.00 pagi Perhimpunan Rasmi Sekolah


Bacaan Yaasin
9.00 pagi – 10.00 pagi Ceramah Ihya’ Ramadhan
10.00 pagi – 10.20 pagi Rehat (pelajar)
10.20 pagi - 11.20 pagi Permainan Minda
11.20 pagi – 12.45 t/hari Persembahan & Penyampaian Hadiah
12.45 t/hari – 1.00 t/hari Pelajar bersurai
1.00 t/hari – 2.00 ptg Jamuan Makan Guru (Dewan Safa)
2.15 t/hari Bersurai

9.0 AHLI JAWATANKUASA INDUK

Rujuk Lampiran

10.0 ANGGARAN PERBELANJAAN

Bil Perkara Kuantiti Harga Jumlah Harga


1. Kek Guru 2 RM 50 x 2 RM 100.00
Jamuan guru 120 RM8.00 x 120 RM 960.00
2. Hadiah Hari Guru dan staf 103 RM 15 x 103 RM1545.00

3 Persiapan:Banner/Hiasan/ - RM250.00 RM200.00


Rencam
4 Jamuan pelajar 1000 RM4.00 x 1000 RM2000.00
RM4805.00

DISEDIAKAN OLEH DISEMAK OLEH

Ku Nor Suriati Ku Ishak Mohd Fadzli bin Nazari


Naib Pengerusi KGS/2018 Pengerusi KGS/2018

Anda mungkin juga menyukai