Anda di halaman 1dari 3

白沙罗国民型华文小学

S SEKOLAH JENIS KEBANGSAAN (CINA) DAMANSARA


JLN TROPICANA UTAMA, 47410 PETALING JAYA,
SELANGOR DARUL EHSAN
Tel: 03-77264568 Faks: 03-77264528
Email: bbc8402@btnpsel.edu.my Kod Sek: BBC 8402

LAPORAN PENCAPAIAN BOLA SEPAK (MSSD)


PETALING UTAMA 2018

Aktiviti : Kejohanan Bola Sepak Rendah MSSD Petaling Utama 2018


Tarikh : 24 April 2018 hingga 26 April 2018
Tempat : SK Lembah Subang
Pengurus Pasukan : Encik Muhammad Nazeem Bin Ismail

A. KPI UNIT
Daerah : Melepasi pusingan kedua
Negeri : Tiada
Kebangsaan : Tiada

B. PENCAPAIAN SEBENAR : Gagal melepasi pusingan kedua


SJKC Damansara VS SK Sek. 9 KD (0-4)
SJKC Damansara VS SK Lembah Subang (0-4)
SJKC Damansara VS SK BUD 4 (1-1)
SJKC Damansara VS SK Damansara Jaya (0-4)
PENGLIBATAN JURULATIH

BIL NAMA GURU %


PENGLIBATAN
1 MUHAMMAD NAZEEM BIN ISMAIL 100
2 ALIF 100
3 GOH 100
4 TAN KEAN SENG 100

C. ISU-ISU / KEKANGAN
Pencapaian murid tahun ini amat mendukacitakan.
Antara faktor yang dikenalpasti adalah :
a) usaha kurang dan bakat murid yang terhad.
b) faktor fizikal dan stamina murid menjadi punca kekalahan.
c) murid tidak bermotivasi untuk memenangi pertandingan.
d) faktor padang yang lebih luas dan permukaan padang yang bertakung
menyukarkan perlawanan.
Isu (a) : Bakat murid yang dipilih mengikut potensi. Sungguhpun demikian,
ternyata murid yang dipilih tidak setanding dengan bakat dan prestasi murid
sekolah lain. Setiap tahun, murid yang berbakat dalam bola sepak semakin
berkurangan.
Isu (b) : Hal ini dapat dilihat semasa perlawanan pertama, pemain mampu bertahan 0-0
pada separuh masa pertama. Apabila separuh masa kedua, lawan berjaya
menjaringkan banyak gol.
Isu (c) : Sesetengah murid yang dipilih tidak menunjukkan semangat dan keinginan untuk
memenangi pertandingan. Posisi penjaga gol dan pertahanan menjadi duri dalam
daging bagi pasukan ini. Namun, pujian harus diberikan kepada penjaga gol
simpanan kerana berjaya menyelamatkan 2 sepakan penalti berturut-turut.
Keputusan berakhir 1-1 untuk perlawanan ketiga.
Isu (d) : Faktor padang yang lebih luas dan permukaan padang yang bertakung
menyukarkan perlawanan. Para pemain tidak biasa bermain di padang yang luas
dan permukaan padang yang berlecak. Pergerakan bola menjadi sukar.

D. CADANGAN PENAMBAHBAIKAN

Untuk meningkatkan kecemerlangan bola sepak, saya mencadangkan penglibatan ibu


bapa sebagai jurulatih. Hal ini kerana terdapat seorang ibu bapa yang saya kenali menjadi
jurulatih bola sepak di kelab luar.
 Cara ini dipercayai dapat membantu mengatasi isu (b) dan (c). Latihan dan teknik
yang digunakan mungkin berbeza bersesuaian dengan tahap murid-murid.
 Berharap cara ini dapat membantu memperbaiki kelemahan pasukan bola sepak
SJKC Damansara.

Disediakan oleh,

(MUHAMMAD NAZEEM BIN ISMAIL)


Pengurus Pasukan Bola Sepak
SJKC Damansara
LAMPIRAN

Para pemain SJKC Damansara

Perlawanan Persahabatan di SK Bandar Utama


Damansara pada 21 April 2018.
Keputusan Perlawanan :
SJKC Damansara VS SK BUD (1-2)
SJKC Damansara VS SK Tropicana (0-3)
SJKC Damansara VS SK BUD 4 (1-0)