Anda di halaman 1dari 1

Orang-orang gendut di kota

menyimpan perut yang kenyang


hari ini masih makan-makan di atas mobil
sambil ketawa dan menyimpan angan-angan
tentang makan dan makan.

Orang-orang gendut di desa


mencari perut yang lapar
duduk-duduk di kaki lima menghirup kopi pekat
sepiring ubikayu dan ikan kering
senyum sumbing disapa anak-anak muda
pulang dari sekolah.

Orang-orang gendut di pejabat


tekun di hadapan meja mengukir tadbir
menulis kelibat orang bawah
sesekali menjeling setiausaha
asyik chit chat kekasih siber.

Orang-orang gendut di luar kamar ketua


tak diam setelah boss tiada
buka monitor masuk alam maya
melayar web demi web kekadang gila
mencari sahabat sambil mencuci mata.

Orang-orang boleh gendut kerana kenyang


orang-orang boleh gendut kerana senang
orang-orang boleh gendut kerana kepayang
orang-orang boleh gendut kerana gilabayang
orang-orang boleh gendut kerana hilang pedoman.

Anda mungkin juga menyukai