Anda di halaman 1dari 13

Bulan Julai telah diisytiharkan sebagai Bulan Membaca Kebangsaan mulai tahun

2001 yang bertujuan untuk menyedarkan masyarakat tentang kepentingan amalan

membaca dalam menimba ilmu dan pembelajaran sepanjang hayat. Usaha ini perlu

dijalankan dan dipertingkatkan berterusan agar dapat dibudayakan tabiat membaca dan

mengejar ilmu sebagai teras masyarakat bermaklumat dan sebagai prasyarat negara

maju

Pembacaan adalah santapan kepada minda, seperti mana makanan yang

berkhasiat boleh membina badan yang sihat, pembacaan bahan-bahan yang bermutu

juga akan membina minda yang cergas. Minda yang terbuka pasti dapat menyumbang

ke arah kebaikan dan kesempurnaan. Melalui amalan pembacaan yang jitu, ia dapat

memelihara akhlak dan jiwa manusia ke arah hidup yang sejahtera dan murni.

Program ini merupakan program yang telah dirancang oleh Jawatankuasa Kerja

Pusat Sumber Sekolah Jenis Kebangsaan Ladang Scarboro Bahagian 2 .Program ini

bertujuan untuk menanam serta menyemai sikap suka membaca di kalangan warga

SJK (T) Ladang Scarboro khususnya pelajar-pelajar. Program ini juga bertujuan untuk

menjadikan pelajar SJK (T) Ladang Scarboro sebagai pelajar berilmu.


Program ini seharusnya dapat membantu melahirkan individu yang berilmu,

bijak berfikir serta sedar tentang pentingnya membaca untuk masa depan mereka.

Adalah diharapkan pada akhir program ini para pelajar akan dapat :

1. Membudayakan sikap suka membaca di kalangan warga SJK (T) Ladang

Scarboro khususnya pelajar-pelajar.

2. Memberi peluang kepada warga SJK (T) Ladang Scarboro menggunakan Pusat

Sumber Sekolah semaksimum untuk tujuan membaca dan membuat rujukan.

3. Mempunyai keyakinan diri yang tinggi bagi mencapai tahap kecemerlangan diri..

4. Menjadi contoh serta teladan kepada pelajar lain.


Panitia / Aktiviti Tarikh
1. Bahasa Malaysia
6 - 10 Julai 2014

2. Bahasa Inggeris 13 - 17 Julai 2014


3.
Bahasa Tamil 20 - 24 Julai 2014

4. Membaca di stesyen mengikut kelas


27- 31 Julai 2014
Penyediaan Kad Bacaan Sepanjang Bulan Membaca
Tempat : PSS
Mempamer dan mempersembahkan “artikel”
7 . Pusat Sumber Sepanjang Bulan Membaca
waktu
i. Pameran Bertema “Piala Dunia Bola Sepak”
- Kuiz Tahap 1 dan 2 6 - 31 Julai 2014

ii. Pertandingan Mewarna Logo “Piala Tempat : PSS


Dunia Bola Sepak”
7.30 pagi
Murid berkumpul di Tempat Perhimpunan

7.40 pagi
Ucapan Pengerusi Majlis

7.45 pagi
Bacaan Doa

7.50 pagi
Ikrar
Nyanyian lagu Negaraku dan Negeri Kedah

8.00 pagi
Taklimat Pelaksanaan Bulan Membaca
oleh Pn.P.Kanmani

8.10 pagi
Ucapan Perasmian
Bulan Membaca 2014
Oleh Guru Besar Pn.K.Veerathangam
Perasmian Gimik Bulan Membaca

8.20 pagi
10 minit bersama buku

8.30 pagi
Bersurai
Pengerusi
Pn K. Veerathangam
Guru Besar

Naib Pengerusi
Pn.K.Amutha
GPK Tadbir dan Kurikulum
Pn. M.Yasothai
GPK HEM
Encik S.Kaaarthik
GPK Kokurikulum

Penyelaras Program
Pn M.Anjalaydewi

Setiausaha
Pn.P.Kanmani

Bendahari :
Cik.M.Sivasanthini

Ahli Jawatankuasa :
Ketua Panitia Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris
Semua AJK Panitia
Pengawas Pusat Sumber
Penasihat
Pn K.Veerathangam
Guru Besar

Pengerusi
Pn.K.Amutha
GPK Tadbir dan Kurikulum

Naib Pengerusi
Pn M.Yasothai
GPK HEM
Encik S.Kaaarthik
GPK Kokurikulum

Penyelaras Program
Pn M.Anjalaydewi

Setiausaha
Pn.P.Kanmani

Bendahari :
Cik.M.Sivasanthini

Ketua Aliran :
Tahun 1 – Pn P.Kanmani
Tahun 2 – Cik.M.Sivasanthini
Tahun 3 – Pn. Anjalaydewi
Tahun 4 – Pn Elayarani
Tahun 5 – Pn Y.Ellan Selvi
Tahun 6 – Pn. S.Punitha

Juruacara
Pn Rajeswary

Buku Program
Pn S.Punitha
Backdrop
Pn.Y.Ellan Selvi

Disiplin
Semua Guru

Aktiviti Panitia
Bahasa Melayu – Cik.S.Sivasanthini
Bahasa Inggeris – Pn Rajeswary
Matematik – Pn M.Anjalaydewi
AJK-AJK Panitia

Jurukamera
Encik S.Kaaarthik

Hadiah :
Pn.Rajeswary
Ketua Panitia Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris

Dokumentasi
Pn.P.Kanmani
KEPUTUSAN PERTANDINGAN BULAN MEMBACA

BIL PERTANDINGAN PEMENANG


Panitia Bahasa Malaysia Tahap 1
Pertandingan Ejaan
K.Neethiya (Tahun 1)
V.Maathuri (Tahun 2)
Mirthika (Tahun 3)

Pertandingan perbendaharaan kata


K.Neethiya (Tahun 1)
V.Maathuri (Tahun 2)
K.Turga Sri (Tahun 3)

Tahap 2
1.
Pertandingan Ejaan
M.Abirami (Tahun 4)
S.Kamalleshwary (Tahun 5)
M.Sindhu (Tahun 6)

Pertandingan perbendaharaan kata


M.Divahny (Tahun 4)
S.Kamalleshwary (Tahun 5)
M.Sindhu (Tahun 6)

2. Panitia Bahasa Inggeris Tahap 1


Pertandingan Ejaan
K.Neethiya (Tahun 1)
V.Maathuri (Tahun 2)
K.Turgaa Sri (Tahun 3)

Pertandingan perbendaharaan kata


P.Vasunitha(Tahun 1)
V.Mathuri(Tahun 2)
Agileshwary(Tahun 3)

Tahap 2
Pertandingan Ejaan
M.Abirami (Tahun 4)
S.Dhivagar (Tahun 5)
M.Sidhu(Tahun 6)
Pertandingan perbendaharaan kata
M.Abirami(Tahun 4)
S.Dhivagar(Tahun 5)
M.Sindhu(Tahun 6)

3. Panitia Bahasa Tamil Tahap 1


Pertandingan Ejaan
R.Nogendraa (Tahun 1)
V.Mathuri (Tahun 2)
Thurgaasri(Tahun 3)

Pertandingan perbendaharaan kata


S.Tayanithy (Tahun 1)
V.Mathuri (Tahun 2)
M.Agileswary (Tahun 3)

Tahap 2
Pertandingan Karangan
P.Durgaashini (Tahun 4)
M.Divany (Tahun 4)
M.Sindhu(Tahun 6)

Pertandingan perbendaharaan kata


Divany (Tahun 4)
S.Kamaleshwary (Tahun 5)
N.Logieswary (Tahun 6)

4. Penyediaan Kad Bacaan Tempat pertama


Mirthika (Tahun 3)

Tempat kedua
M.Abirami (Tahun 4)

5. Mempamerkan Kad Bacaan


Tempat pertama
N.Parameswary (Tahun 4)

Tempat kedua
M. Divani (Tahun 4)
6. Pertandingan mewarna Tempat pertama
V.Maathuri ( Tahun 2)

Tempat kedua
S.Tayanithy (Tahun 1)

Pemenang
S.Kumaraguru
7. Kuiz
LAPORAN PROGRAM BULAN MEMBACA 2014

Program telah dijalankan pada 6 hingga 31 Julai 2014. Program ini dijalankan
selama sebulan. Pada 6hb Julai 2014 program telah dirasmikan oleh Guru Besar
Pn.K.Veerathangam. Beliau memberi ucapan berkaitan bulan membaca dan faedah
membaca. Pn.P.Kanmani menjelaskan tentang pertandingan dan aktiviti yang akan
dijalankan sepanjang program ini.

Minggu pertama murid-murid membaca Bahasa Melayu semasa bacaan pagi.


Ketika bacaan pagi murid-murid dibahagikan kepada beberapa kumpulan yang
dibimbing oleh seorang guru. Dalam minggu tersebut panitia menjalankan beberapa
pertandingan iaitu pertandingan ejaan dan perbendaharaan kata bagi setiap kelas.
Pertandingan ini dilaksanakan pada waktu Bahasa Melayu bagi tahap 1 dan sewaktu
KoKurikulum bagi tahap 2.

Minggu seterunya bacaan pagi dilaksanakan oleh panitia Bahasa Inggeris. Murid
membuat ‘cross word puzzle’ , isi tempat kosong berdasarkan gambar dan sebagainya
secara lisan. Murid mengambil bahagian dengan penuh semangat. Pertandingan juga
dijalankan oleh panitia Bahasa Inggeris. Pertandingan yang dijalankan ialah
pertandingan ejaan dan pertandingan perbendaharaan kata.

Panitia Bahasa Tamil pula melaksanakan program bacaan pagi dalam minggu
yang ketiga. Kad bacaan disediakan oleh murid. Semua murid menukar kad bacaan
antara satu sama lain dan membacanya. Isi kad bacaan dipetik daripada majalah, surat
khabar dan sebagainya serta menarik perhatian murid. Dalam minggu ini juga panitia
Bahasa Tamil menjalankan pertandingan seperti pertandingan ejaan bagi tahap satu,
pertandingan mengarang bagi tahap 2 dan pertandingan perbendaharaan kata bagi
tahap 1 dan tahap 2.

Minggu yang keempat murid membaca dalam 5 stesyen. Murid dibahagikan


kepada 5 kumpulan. Setiap kumpulan akan berada di stesyen masing-masing. Aktiviti
yang dijalankan juga berbeza daripada minggu – minggu yang lepas. Stesyen pertama
menyanyi lagu, stesyen kedua pula membaca berita, Stesyen ketiga pula membuat
silang kata, stesyen keempat menanya teka teki antara satu sama lain dan stesyen
kelima pula mengumpul isi mengikut tajuk yang diberikan. Setiap hari murid bertukar
stesyen. Murid telah menyelesai kelima-lima stesyen dalam seminggu. Murid juga telah
mendapat pengalaman yang berbeza dan menarik.

Ada juga murid telah mengetahui info terkini tentang FIFA WORLD CUP. Murid
mengutip maklumat dari sudut info yang dilekat oleh guru. Info ini dipamerkan
sepanjang program ini dijalankan. Pada akhir bulan tersebut pertandingan kuiz
diadakan bagi murid tahap 2 berdasarkan info yang dilekat di sudut. dan pertandingan
mewarna lodo FIFA WORLD CUP.

Pemenang dipilih dan diberi hadiah pada minggu yang seterusnya iaitu pada hari
Ahad dalam perhimpunan. Guru besar telah menyampaikan hadiah kepada pemenang
dan memberi ucapan tahniah kepada para pemenang.

Program ini telah berjalan dengan lancar selama 4 minggu dengan bantuan
semua guru. Program ini juga Berjaya mencapai matlamatnya. Murid yang lemah dalam
bacaan juga mengambil bahagian untuk membaca dan tiada murid yang buta huruf.
Program ini telah memberi manfaat yang baik kepada murid.

Disediakan oleh,

___________________
(P.KANMANI)
Penyelaras Nilam

Disahkan oleh,

___________________

Anda mungkin juga menyukai