Anda di halaman 1dari 13

Pengenalan

Reformasi pendidikan ialah suatu proses yang melibatkan kajian semula serta melakukan
perubahan-perubahan terhadap sistem pendidikan sedia ada. Ini dilakukan untuk memperbaiki
dan meningkatkan lagi kemampuan sistem pendidikan untuk memenuhi keperluan semasa.
Sistem pendidikan yang berwibawa mestilah bersifat dinamis dan ia perlu mengalami
transformasi.

Perkembangan kurikulum tidak berlaku dengan sendiri tanpa sebab yang


mempengaruhinya. Ia berlaku sejajar dengan kemajuan masyarakat dan negara dan ia dianggap
sebagai satu proses yang dinamik dan seimbang. Untuk menjadikan pendidikan negara bertaraf
dunia, perubahan yang hendak dibuat mestilah sesuai dengan tuntutan semasa. Dalam kontek
Malaysia sistem pendidikan mesti dibangunkan dan dibuat pe mbaharuan supaya ia dapat
memenuhi tuntutan wawasan 2020 kerana wawasan ini tidak akan menjadi kenyataan tanpa
pembangunan sumber manusia dari segi kuantitif dan kualitif. Perubahan dan pembaharuan
adalah berdasarkan kepada hakikat bahawa tanpa system pendidikan yang bertaraf dunia, impian
untuk mentransformasikan Malaysia menjadi negara maju tidak mungkin dapat dicapai.

Bertitik tolak dari kesedaran ini, Kementerian Pendidikan membuat pembaharuan yang
disifatkan sebagai sesuatu yang mesti menjangkau tempo h masa yang agak lama. Ia mestilah
bersifat sistematik dan diolah berdasakan komponen pendidikan iaitu educational content,
educational tools dan infrastruktur pendidikan supaya perubahan menjadi lebih bersepadu,
holistik serta komprehensif.

Oleh yang demikian, Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia (KPPM) melalui Akhbar Berita
Harian bertarikh 14 Mei 2009 telah mengumumkan proses pelaksanaan trasformasi pendidikan
di mana diperkenalkan Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR). K urikulum ini
memberikan penekanan kepada penguasaan literasi 4M; Kemahiran Asas ICT, Perkembangan
Fizikal, Kognitif, Sikap dan Nilai bagi Tahap 1. Bagi Tahap 2 pula penekanan kurikulum adalah
terhadap pengukuhan dan aplikasi 4M serta menguasai kemahiran yang lebih kompleks,
perkembangan fizikal, kognitif, sikap dan nilai. Pengajaran dan pembelajaran adalah berasaskan
6 tunjang kurikulum iaitu Ketrampilan Diri, Literasi Sains dan Teknologi, Kemanusiaan, Fizikal
dan Estetika, Kerohanian Sikap dan Nilai serta Komunikasi. Selain Kemahiran Asas ICT,
elemen-elemen tambahan yang merentas kurikulum ialah Kreativiti dan Inovasi serta
Keusahawanan.

Perubahan kurikulum dan inovasi

Kurikulum adalah rancangan pendidikan yang sentiasa mengalami perubahan. Dalam konteks
pendidikan di Malaysia, perancangan dan pembentukan kurikulum adalah didasari oleh falsafah
dan matlamat pendidikan negara yang menentukan arah haluan, asas dan sumber inspirasi
kepada semua usaha dan rancangan dalam bidang pendidikan. Kurikulum atau pun skop
kandungan sesuatu pelajaran adalah asas penting dalam sistem pendidikan sesebuah negara.
Sebagai sebuah negara yang sedang pesat membangun, Malaysia memerlukan suatu kurikulum
yang kemas dan sesuai untuk mewujudkan sistem pendidikan yang dinamik serta selaras dengan
cita-cita dan kehendak negara ( Kamaruddin Haji Hussin, 1994 )

Abu Bakar Nordin (2013) mencadangkan penilaian keatas kurikulam yang sedia ada bagi
keseimbangan sosio-ekonomi. Kurikulam pendidikan yang mantap amat diperlukan bagi negara
yang sedang membangun. Hal ini kerana, pembangunan sesebuah negara bergantung kepada
rakyatnya. Jika rakyatnya mempunyai tahap pendidikan yang tinggi, maka negara tersebut akan
sentiasa ada sumber tenaga manusia yang berkemahiran tinggi. Sumber tenaga manusia amat
diperlukan untuk menstabilkan status ekonomi dan politik negara. Pendidikan, ekonomi, politik
dan sosial dapat menjurus kepada pencapaian wawasan 2020.

Abu Bakar Nordin (2013) juga menerangkan kesan penelitian kurikulum keatas negara
jika kurikulam tidak dibentuk dengan sempurna mengikut kesesuai perubahan global. Strategi
pembinanaan kurikulum berdasarkan gaya pemimpin negara masing- masing sebagaimana
disebut oleh penulis berkisar kepada kemajuan sosio-ekonomi negara. Di dalam Artikel ini juga
dengan jelas dinyatakan perubahan yang perlu dibuat keatas kurikulum, persediaan guru, kualiti
sekolah, kepimpinan sekolah dan delivery machinery bagi mencapai matlamat pendidikan
negara.Pembaca akan memperoleh banyak idea berkenaan pembentukan kurikulam kerana
penulis dapat menyatakan program-program yang dijalankan oleh kerajaan bagi mewujudkan
kurikulum yang mantap.

Maria salleh (2014) Melihat perubahan dalam kurikulum perlulah kepada pembejaran
berasaskan kemahiran berfikir. Pembelajaran berasaskan kemahiran berfikir ini perlu melalui
konteks perubahan yang lebih luas bukan sahaja guru mengajar tentang kemahiran berfikir tetapi
merangkumi skop isi pelajaran itu sendiri yang dapat dikembangkan melalui TBL (Thinking
Based-Learning)

Kurikulum jangka panjang untuk pendidikan guru juga telah dibangunkan sejajar
dengan perubahan kurikulum persekolahan. Walau bagaimanapun, faktor globalisasi dan
kepentinganfalsafahpragmatikturut memberi kesan dan mengubahsistem nilaiyang sedia ada.
Bakal guru perlu mengambil pendekatan proaktif dan bersedia darisegi fizikal dan mental untuk
berhadapan dengan perubahan –perubahan dalam falsafah pendidikan dan sistem nilai generasi
yang semakin mencabar (Nagendralingan et.al, 2014).

Artikel yang bertajuk Curriculum framework for preparing quality teachers for the future
: Developing guiding principles iaitu mengenai kerangka kurikulum untuk persediaan guru
berkualiti pada masa hadapan oleh Nagendralingan et.al ( 2014), turut meyatakan di dalam
artikelnya tentang pelbagai orientasi pendidikan guru telah diperkenalkan dan diberi penekanan
antaranya orientasiakademik, orientasi praktikal, orientasi teknikal, orientasi peribadidan
orientasipenyelidikan . Namun keberkesanan mana- mana satu orientasi ini amat bergantung
kepada orientasi budaya dan konteks persekitaran professional. Orientasi–orientasi ini
diperkenalkan sebagai ideologi inovasi, dasar dan rancangan pembangunan yang berasaskan
kepada budaya ilmu dan budaya nilai. Budaya-budaya ini secara tidak langsung telah
digambarkan melalui program pendidikan guru, terutama pengurusan kurikulum dan
pembangunan kurikulum.

Menurut Sharifah Nor Puteh (2007) Inovasi kurikulum itu sendiri membawa maks ud
perubahan atau pengubahsuaian kepada kurikulum sedia ada ke arah penambahbaikan,
peningkatan, kemajuan, peninggian mutu, kesesuaian dengan keperluan semasa, memenuhi
permintaan dan keperluan dan seiring dengan trend semasa.Pernyataan tentang seiring dengan
trend semasa ini bertepatan dengan Denisse Wood (2014) yang menyatakan Pengajaran dan
pembelajaran berasaskan penyelesaian masalah secara kreatif amat membantu guru dan pelajar
menyelesaikan masalah- masalah pembelajaran secara kreatif dan sangat praktikal untuk
digunakan di dalam bilik darjah lebih- lebih lagi generasi alaf 21 yang lebih moden dan terkini
dengan maklumat yang hanya dihujung jari.

Kepentingan perubahan kurikulum dan inovasi

Kepentingan penambahbaikan dan perubahan kurikulam sebagai cabang ilmu pendidikan yang
mampu menjana ekonomi sesebuah negara. Pendekatan pedagogi dalam pembentukan kurikulam
ini amat penting bagi melahirkan guna tenaga mahir yang seiring dengan keperluan industri dan
pasaran negara. Penentuan kurikulum juga amat penting bagi menjadikan sistem pendidikan
Malaysia stabil serta melahirkan warganegara yang berketrampilan tinggi dan dapat menangani
cabaran-cabaran global. Negara-negara dunia mengalami perubahan drastik dari segi ekonomi,
teknologi maklumat, sosial dan politik. Cabaran-cabaran global hanya boleh diatasi jika terdapat
penyerapan unsur-unsur pemikiran aras tinggi dalam kurikulam pendidikan. Pendidikan
merupakan tulang belakang sesebuah jentera negara. Dengan adanya kurikulum pendidikan yang
sistematik sesebuah negara dapat mencapai status negara maju dengan cepat. Pendidikan yang
berkesan menentukan pembangunan negara kita.

Muhamad Nazri Bin Samsudin (2013) menyatakan bahawaPerubahan dan inovasi


kurikulum bilik darjah amat penting bagi memenuhi kehendak dan keperluan pelajar yang telah
berubah dari semasa ke semasa. Kurikulum pada zaman sekarang telah banyak berubah. Malah,
hari ini pelajar belajar secara kolaboratif dan tanpa sempadan. Oleh sebab itu, bagi menjadikan
pelajar lebih aktif, kreatif, motivatif dan dinamik kurikulum bilik darjah perlu sentiasa
diperbaharui. Perubahan dan inovasi bilik darjah amat perlu bagi memastikan guru lebih
berkemahiran. Oleh kerana keberkesanan inovasi bilik darjah adalah bergantung kepada guru,
maka secara tidak langsung akan menjadikan guru sentiasa perlu melengkapkan diri dengan
maklumat- maklumat terkini dan juga kaedah-kaedah pengajaran yang baru dan sesuai. Antara
ciri guru berinovasi adalah mempunyai kebolehan untuk melengkapkan murid dengan kemahiran
alaf baru seperti keupayaan berfikir secara bijaksana, menyelesaikan masalah dan daya kreativiti
yang tinggi. Hal ini sejajar dengan pandangan Noriati A. Rashid (2009) dalam Guru dan
Cabaran Semasa iaitu guru- guru perlu memiliki keupayaan dalam melaksanakan pengajaran dan
pembelajaran yang mampu melahirkan generasi yang kreatif dan inovatif. Di samping itu, guru
berinovasi tidak akan terikat dengan sesuatu cara dalam melaksanakan pengajaran dan
pembelajaran dalam bilik darjah, sebaliknya sentiasa berfikir di luar kotak pemikiran biasa untuk
mencari kaedah serta pendekatan baru yang lebih berkesan.

Dengan adanya perubahan dan inovasi kurikulum bilis darjah ini juga boleh mengatasi
masalah kekurangan bahan pembelajaran dan juga menjimatkan tenaga dan masa. Segala
keperluan yang sukar disediakan oleh guru sebelum ini boleh digantikan dengan penggunaan-
penggunaan teknologi sperti penggunaan perisian-perisian yang bersesuaian dan juga melalui
simulasi ataupun animasi berkomputer yang dapat membantu para pelajar merasai pengalaman
dan membayangkan yang tidak pernah mereka lalui. Selain penglibatan alatan-alatan yang
berteknologi, dengan konsep inovasi kurikulum bilik darjah, guru boleh menggantikan bahan-
bahan yang sukar diperoleh dengan menghasilkan model- model yang hampir sama menggunakan
bahan-bahan yang mudah diperolehi dan juga boleh melibat penglibatan kesuluruhan pelajar.

Mohd Azhar (2003) di dalam artikelnya turut menyatakan bahawa perubahan terhadap
sistem pendidikan telah berlaku akibat daripada kesedaran yang bangkit selepas ucap tama J.P
Guildford sebagai Presiden Psikologi Amerika Syarikat yang mengkritik perkembanga n budaya
penyelidikan dalam sains kognitif yang lebih memberi tumpuan terhada
pemikiran convergent berbanding divergent (Ruggiero, 2001). Selepas ucap tama ini, tumpuan
banyak diberikan terhadap kebolehan berfikir kreatif dan sekaligus menjadi suatu disip lin
penting dalam psikopendidikan. Nama seperti Edward de Bono (1970an) misalnya telah berjaya
meyakinkan sistem pendidikan dunia akan kepentingan kebolehan berfikir kreatif ini
dibangunkan dalam sistem pendidikan. Oleh yang demikian, Ramai sarjana dan ilmuan yang
telah menjalankan pelbagai penyelidikan, pemerhatian, perbincangan intelektual, dan
menghasilkan penerbitan berkaitan dengan kreativiti yang boleh dijadikan rujukan, penting
kepada pengkaji dan pengamat kreativiti. Banyak juga teori dan pendekatan daripada sarjana dan
ilmuan ini telah menjadi rujukan bagi pembangunan kurikulum bersepadu yang melibatkan
keupayaan dan kebolehan berfikir dalam kalangan pelajar dalam pelbagai peringkat pendidikan
Perubahan yang dilakukan keatas kurikulum Malaysia secara langsung telah dan akan
meningkatkan kredibiliti dan mobiliti warganegara Malaysia. Perubahan ini akan mewujudkan
negara Malaysia yang stabil. Sistem pendidikan yang sempurna menjadi saluran penyampain
matlamat negara kepada warganegara. Oleh itu, pengubalan kurikulum perlu dibuat berdasarkan
keperluan pasaran ekonomi dunia.

Proses yang terlibat dalam perubahan kurikulum dan inovasi

Kurikulum adalah satu proses. Kurikulum juga bukanlah bersifat fizikal tetapi merupakan
interaksi diantara guru, pelajar dan ilmu pengetahuan. Kurikulum merupakan apa yang
sebenarnya berlaku di bilik darjah serta persediaan-persediaan yang dilakukan untuk pengajaran
dan pembelajaran dan juga persediaan guru untuk membuat penilaian sama ada kaedah
pengajaran mahupun hasil pembelajaran,. Ia juga suatu proses yang aktif melalui penaakulan
praktikal untuk menerangkan prinsip-prinsip dan ciri-ciri pendidikan dalam bentuk yang telus
dan berupaya menterjemahkannya ke dalam bentuk amalan yang dapat diaplikasikan dalam
lapisan social. (Stenhouse 1975).

Proses perubahan sesuatu kurikulum di Malaysia berasaskan kepada tiga teori yang
utama iaitu teori tradisional, teori konseptual dan juga teori rekonseptual. Teori tradisional
berfokus kepada pendekatan tingkahlau dimana pengajar bertindak sebagai penyampai maklumat
dan dilatih untuk melaksanakan kurikulum dengan berkesan. Teori konseptual pula
menggunakan kaedah penelitian bagi menghasilkan generalisasi yang membolehkan pendidik
meramal dan mengendalikan apa sahaja yang berlaku di sekolah. Teori ini memberi fokus
kepada keadaan semasa dan mencadangkan pilihan pada kandungan kurikulum. Manakala teori
rekonseptual pula, menganggap kurikulum sebagai bahan penting yang membawa kesedaran da n
perubahan dalam masyarakat. Kurikulum juga bertujuan untuk mewujudkan golongan pelajar
yang mempunyai kesedaran dan berupaya mengubah masyarakat. Teori ini berpendapat bahawa
pelajar perlu menganalisis kebenaran dari semasa ke semasa serta mengimbas kembali
kepercayaan dan pendapat yang mempengaruhi kehidupan.
Selain itu terdapat beberapa faktor yang turut diambil kira di dalam proses perubahan
kurikulum antaranya ialah kehendak dan keperluan murid, kehendak dan keperluan Negara dan
masyarakat serta kehendak serwajagat. Ishak Ramly (2005) Faktor utama pembentukan
kurikulum sekolah adalah melalui pertimbangan kehendak dan keperluan murid kepada
keperluan asas, keselamatan, kasih sayang, bermasyarakat sosial dan kehendak penyempurnaan
serta aktualisasi kendiri. Kurikulum yang akan dibentuk seharusnya dapat memberi ilmu
pengetahuan dan kemahiran yang mencukupi supaya rancangannya dapat merangkumi kehendak
dan keperluan murid dari segi intelek, jasmani, rohani dan sosial.

Kesan perubahan kurikulum dalam sistem penyampaian Bilik Darjah

Satu daripada tanggungjawab guru kepada murid adalah menjadi kreatif dan inovatif. Syed
Ismail bin Syed Mustapa dan Ahmad Subki bin Miskon (2010), mengemukakan bahawa guru
yang kreatif dan inovatif dapat mencetuskan idea ba haru dan dapat menterjemahkan kehendak
dan matlamat kurikulum dengan menggunakan kaedah, pendekatan dan strategi pengajaran serta
pembelajaran yang kreatif dan inovatif.

Noriati A. Rashid (2009) menyatakan bahawa guru-guru tidak sepatutnya meneruskan


pengajarannya sedangkan ada dalam kalangan muridnya yang didapati sudah hilang
tumpuan. Halizah Hamzah( 2009), pula berpadangan bahawa guru seharusnya melaksanakan
kaedah atau teknik yang baharu, efektif dan yang dapat merangsang minat murid. Kepelbagaian
aktivti bukan sekadar berupaya menarik minat murid bahkan juga boleh mewujudkan suatu
situasi di mana murid tertunggu-tunggu untuk melihat aktiviti berikutnya. Sememangnya
terdapat pelbagai cara yang boleh diusahakan oleh guru bagi meningkatkan keberke sanan proses
pengajaran dan pembelajaran. Antara kepelbagaian aktiviti yang dicadangkan oleh Noriati A.
Rashid dalam Murid dan Alam Belajar adalah melalui pelbagai bermain sebagai usaha menarik
minat murid menguasai sesuatu pengetahuan tanpa disedari oleh murid bahawa mereka sedang
belajar. Bagi murid- murid yang mempunyai gaya berfikir yang tinggi, guru boleh menyediakan
aktiviti analisis atau penyelesaian masalah dengan menggunakan borang grafik manakala bagi
murid yang kurang berminat untuk belajar. Guru turut boleh mendorong pembelajaran
pembelajaran aktif dengan menggunakan audio visual yang menarik selain daripada
menggunakan banyak peralatan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) atau
menggalakkan murid menghasilkan sendiri bahan pembelajaran mereka.

Daya tarik pembelajaran berasaskan internet tidak boleh dinafikan. E-pembelajaran


membantu perkongsian maklumat dengan lebih berkesan dengan penggunaan kaedah yang
meluas di internet seperti forum, email, video dan ‘chatting’ . Pengetahuan dalam e-
pembelajaran juga dapat disebarkan secara serentak di mana pelajardapat mencapai maklumat
dari laman web yang berkaitan. E-pembelajaran telah diperkenalkan sebagai satu strategi baru
dalam kaedah pembelajaran dan menggantikan sistem pendidikan yang lama.

Selain itu, penggunaan alat Video audio juga boleh menjadi alatpendidikan dan
motivasiyang kuat.Video tidakberakhir dengan sendirinyatetapi satu carake arah
mencapaimatlamat dan objektif pembelajaran. Videopendidikan yang efektif
bukanlahtelevisyenkepada pelajartetapi pengajaran guru-pelajar. untuk menyampaikan ilmu
penyampaian Video melalui YouTubesemakin banyak digunakanoleh pendidik sebagaisatu
sumber pedagogi di dalam bilik darjah untuk menyampaikan peristiwa-peristiwa dariseluruh
dunia untuk"secebis kisah kehidupan"untuk pengajaranESLyanglebih berkesan.Denisse Wood
et. al (2014)

Penggunaan ICT dalam pendidikan adalah selaras dengan dasar Pembangunan Negara
oleh itu Kementerian Pelajaran Malaysia harus lah menyediakan segala kemudahan dan
peralatan ICT yang sentiasa berubah mengikut peredaran masa secara global. Persediaan dari
segi latihan dan kemahiran guru untuk mengaplikasikan ICT dalam proses pengajaran dan
pembelajaran perlu dimantapkan sepanjang masa. Sikap guru-guru perlulah diubah untuk
menerima perubahan dalam proses pengajaran dan pembelajaran yang berasakan dunia abad ke
21 (21st Century Skill in Education). Kejayaan penggunaan ICT di dalam pendidikan bergantung
kepada keupayaan kerajaan menyediakan segala prasarana dan peralatan ICT di seluruh pelusuk
bandar dan juga kawasan luar bandar supaya kemudahan internet dapat diekses dengan mudah.
Kerajaan perlu menyediakan peruntukan kewangan yang banyak untuk menjayakan penggunaan
ICT di dalam pendidikan supaya hasrat ini tidak seperti melepaskan batuk di tangga sahaja.
Isu-isu dalam menguruskan perubahan kurikulum

Guru memainkan peranan yang penting dalam pelaksanaan sesuatu inovasi kurikulum. Tanpa
penglibatan guru secara aktif, matlamat kurikulum yang dirancang sukar untuk dicapai. Secara
umumnya, penglibatan guru dalam proses pelaksanaan inovasi kurikulum di sekolah adalah
berbeza-beza di samping pelbagai cabaran serta rintangan dalam melaksanakannya secara
berkesan. Antara halangan tersebut adalah sikap sesetengah guru yang sememangnya suka
berkonfrontasi dengan pihak sekolah walaupun kemudahan yang diperlukan telah dipenuhi oleh
pihak pentadbiran sekolah berkenaan. Dalam masa yang sarna, pelaksanaan inovasi juga
menghadapi halangan berikutan wujudnya perasaan bimbang, konflik, rasa tidak t enteram dan
kesukaran guru untuk menukar amalan sedia ada kepada amalan yang baru. Bahkan masih juga
terdapat halangan daripada segi psikologi seperti ketidakyakinan dalam penggunaan alat-alat
yang canggih termasuk alatan elektronik dan juga teknologi komp uter dan telekomunikasi.
Kewujudan dan kebimbangan terhadap perubahan kurikulum yang melibatkan penggunaan
teknologi yang diistilahkan sebagai technophobia.

Habib Mat Som (2011), Aspek komitmen guru untuk melaksanakan sesuatu inovasi di
bilik darjah juga mempengaruhi sejauhmana penglibatan guru secara total sebagai agen
transformasi kurikulum. Aspek komitmen ini akan mempengaruhi persepsi guru terhadap
pelaksanaan inovasi itu sendiri. Seterusnya, persepsi tersebut akan mempengaruhi pula sikap dan
tingkah laku guru dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Walaupun terdapat permasalahan
dalam pelaksanaan inovasi, sebagai sebuah negara yang sedang menuju era maju pengetahuan
dan kemahiran bakal menentukan tahap kesediaan guru dalam melaksanakan inovasi itu se ndiri.
Motivasi guru merupakan pembolehubah yang menjad i isu penting dalam pelaksanaan,inovasi di
sekolah.

Kurikulum tidak dinafikan kepentingannya dalam pembangunan pendidikan Negara kita.


Dalam artikel bertajuk cabaran dan isu dalam perancangan dan pemba ngunan kurikulum
prasekolahan di Malaysia yang ditulis oleh Dr. Sharifah Nor Puteh dan Prof Dr. T Subahan
Mohd Meerah (2007) penulis menulis tentang salah satu isu dalam kurikulum Malaysia ialah
tiada jangka masa yang jelas dalam penyemakan semula KBSR da n KBSM. Saya bersetuju
dengan kenyataan ini kerana KBSR hanya disemak semula pada 2003 dan telah diubah menjadi
KSSR.Dengan ini apabila KSSR diperkenalkan 3 Fasa gelombang kurikulum Standard baru
dilaksanakan. Semakan semula KSSR pada 2016 dan KSSM pada 2017 telah menunjukkan
pihak penggubal mengetahui masalah tersebut dan membuat perubahan untuk melonjakan lagi
sistem pendidikan Negara kita ke arah kecemerlangan.

Syarifah Nor Puteh dan T Subahan Mohd Meerah (2007) juga mengetengahkan isu
dalam proses penggubalan sering berlakunya dilemma untuk menentukan skop sesuatu
kurikulum. Pengubal memasukkan terlalu banyak perkara dalam kurikulum. keadaan ini bukan
sahaja berlaku pada KBSR malah KSSR jugame nga la mi masa la h ya ng sa ma. contohnya
dalam mata KSSR kemahiran yang perlu dikuasai meliputi skop yang lebih luas daripada KBSR
seperti kemahiran dalamteknologi maklumat dan kemahiran-kemahiran untuk menyiapkan diri
untuk masa depan.Sukatan mata pelajaran juga bertambah berbanding dengan KBSR.

Campur tangan politik dan kekurangan latihan dalaman turut menjadi isu dan cabaran di
dalam penggubalan kurikulum, parti-parti politik akan mengutarakan objektif dan polisi mereka
dan ini boleh mempengaruhi banyak pihak dalam perspektif mereka terhadap kurikulum.

Ferry Boschman (2014) di dalam kajiannya mendapati bahawa kebanyakan guru


mengalami kebimbangan untuk melaksanakan sesebuah perubahan kurikulum. Namun,
pengetahuan dan kepercayaan mereka sendiri memainkan peranan yang penting pada permulaan
proses rekabentuk sesebuah kurikulum. Oleh yang demikian, mereka sangat memerlukan
sokongan dan latihan agar penyampaian sesuatu kurikulum baru dapat diterjemah dengan baik.
Dalam konteks negara Malaysia, Kekurangan latihan dalaman juga merupakan salah satu isu
yang penting kerana latihan dalaman yang kurang akanmengelirukan pendidik dalam
menjalankan kurikulum tersebut. Kurikulum yang baruiaitu KSSR mengalami masalah yang
sama di mana pendidik keliru dengan sukatan dan juga cara pelaksanaan kurikulum.

Asraf Mubarak Atan (2013) dalam artikelnya telahmenerangkan beban tugas guru dalam
pelaksanaan PBS di s eko la h keba ngsa a n banda r dan luar bandar di daerah Muar .
Pelaksanaan PBS telah menambah tugas guru dalam bidang pengajaran dan pentaksiran murid.
Keadaan yang membebankan ini telah menjadikan guru menolak perubahan yang berlaku. beliau
juga mendapati Pentaksiran PBS yang dijalankan adalah sukar untuk mengenalpasti dan
menentukan kekurangan dalam sukatan kurikulum. Sukatan yang berbeza boleh dihasilkan
untuk menangani masalah perbezaan sekolah dan tempat tetapi ini akan menghasilkan kekeliruan
bagi banyak pihak. Tidak kira bagaimana cara pentaksiran dan sukatan tersebut ditukar, murid
tersebut masih lagi diuji melalui pengetahuan yang dikuasainya dan secara tidak langsung kita
tidak dapat menafikan keperluan pentaksiran untuk melihat tahap penguasaan pelajar.
Contohnya petaksiran KSSR sekarang dikatakan tidak ditentukan dengan peperiksaan awam
sahaja tetapi digabung dengan pentaksiran pusat dan pentaksiran sekolah. Maka keadaan ini
membuatkan guru rasa terbeban dan seterusnya menolak perubahan.

Penutup

Perubahan kurikulum atau lebih dikenali sebagai satu tranformasi kurikulum adalah suatu
perkara yang memang dijangka akan berlaku. Sejajar dengan perubahan arus permodenan negara
yang menuju kearah sebuah negara maju serta mempunyai rakyat yang berpendapatan tinggi,
sudah pasti sokongan yang amat kuat diperlukan dalam sistem pendidikan. Ini kerana bagi
melahirkan modal insan yang benar-benar berilmu pengetahuan dan berketrampilan memacu
kemajuan negara, mereka haruslah melalui satu sistem pendidikan yang benar-benar mantap dari
semua aspek kehidupan. Namun begitu, dalam merangka perubahan kurikulum, pelbagai aspek
harus dilihat dan dipertimbangkan sebelum sesuatu keputusan itu dibuat dan dapat dilaksanakan
dengan baik. Peranan semua pihak amat penting terutama mereka yang secara terus berhadapan
dengan kurikulum serta sentiasa bersedia menerima sesuatu perubahan.
Bibliografi

Jamal @ Nordin Yunus,et.al (2009). Modul pemikiran kritis dan kreatif. Selangor: Penerbitan
Seri Kota.

Kamarudin Hj hussin (1994) Dinamika sekolah dan bilik darjah. Utusan publication, Kulala
Lumpur.

Mohd. Azhar Abd. Hamid, (2003). Kreativiti, invensyen dan inovasi: Suatu cadangan
matapelajaran pada peringkat sekolah
menengah.http://www.scribd.com/doc/9530697/Jurnal-Kreativiti-Invensyen-Inovasi.
Diakses pada 28 oktober 2015 (Rabu)

Ainon Mohd. dan Abdullah Hassan (2003). Belajar berfikir. Selangor: PTS Publications &
Distributor Sdn. Bhd.

Novie Adilah Binti Sondig (2010).Konsep Kesediaan Kurikulum Pendidikan Awal Kanak-
Kanak Terhadap PerkembanganKognitif , Psikomotor dan Afektif Kanak-Kanak. Fakulti
Seni dan Muzik, UPSI, Tanjung Malim, Perak, Malaysia.

Haliza Hamzah, Joy Nesamalar Samuel. (2009). Pengurusan Bilik Darjah dan Tingkah Laku.
Pengurusan Bilik Darjah dan Tingkah Laku. Selangor : Oxford Fajar Sdn. Bhd.

Noriati A. Rashid, Boon Pong Ying, Sharifah Fakhriah Syed Ahmad. (2009). Murid dan Alam
Belajar. Selangor : Oxford Fajar Sdn. Bhd.

Syed Ismail bin Syed Mustapa, Ahmad Subki bin Miskon. (2010). Asas Kepimpinan &
Perkembangan Profesional. Selangor : Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd.

Muhamad Nazri Bin Samsudin (2013) kepentingan perubahan inovasi kurikulum bilik darjah
http://nazuris.blogspot.my/2013/10/kepentingan-perubahan-dan- inovasi.html diakses
pada 2 Nov 2015

Asraf Mubarak bin Atan (2013). Beban Tugas Guru Dalam Pelaksanaan PBS di Sekolah
Kebangsaan Bandar dan Luar Bandar di Daerah Muar :Fakulti Pendidikan Univeersiti
Teknologi Malaysia

Nik Azis nik Pa dan noraini idris, ( 2008).Perjuangan memperkasakan pendidikan di Malaysia:
pengalaman 50 tahun merdeka. Utusan Publication & Distributer, Kuala Lumpur.

Habib Mat Som (2004) Guru dan pelaksanaan inovasi kurikulum . Jurnal masalah Pendidikan.
Jilid -27. Universiti malaya

Habib Mat Som (2005).Memahami Tumpuan Guru dalam pelaksanaan perubahan kurikulum :
Satu perbincangan.Jurnal Masalah pendidikan 2005 universiti Malaya.
Habib Mat Som dan Syed Kamaruzaman Syed Ali (2011).Komitmen Guru dalam pelaksanaan
Kurikulum dan Inovasi Berkesan. Jurnal Masalah Pendidikan, jilid- 34. Universiti
Malaya.

Sharifah Nor Puteh dan T Subhan Mohd Meerah (2006) Cabaran dan Isu dalam perancangan
dan pembangunan kurikulum persekolahan di Malaysia : Satu Analisis Refleksi.
Universiti Kebangsaan Malaysia.

Abu bakar Nordin (2013).Kurikulum kearah Penghasilan Kemahiran Berfikiran Kritis, Kreatif
dan inovasi. JUKU: Jurnal Kurikulum & Pengajaran Asia Pasifik Bil.1 Isu 1. Fakulti
Pendidikan Universiti Malaya.

Denise wood et.at (2014), Iam Not a Person with a creative Mind : Facilitating Creativity in the
Undergraduate Curriculum Through a Design-Based Research Approach. Electronic
Journal of e-learning Vol 12 Issue 1 2014.

Ferry Boschman et.al (2014).Understanding decision making in teacher’s curriculum design


Approaches. Education Tech Research Dev. 62 :393-416.

Maria Salih (2014). Teachers Perceptions and students motivation to Thingking –Based
Learning (TBL) in a Classroom Context. Journal of Research, policy & Prctice of
Teacher & Teacher Education. Vol 4, No.2, Decenber 2014, 5-14.

Nagendranlingan et.al, (2014) The Implications of a changing value system for policy and
practice of teacher education curriculum in malaysia. Journal of Research, Policy &
Practice of Teacher & Teacher Education. Vol 4, No2, December 2014, 45-58.

Nagendranlingan et.al, (2014)Curriculum framework for preparing quality teachers for the
future: Developing guiding principles. Journal of Research, Poly & Practice of Teacher &
Teacher Education. Vol 4, No 2, December 2014, 32-44.

Ishak Ramly (2005) . Inilah Kurukulum sekolah. PTS publishing Sdn.bhd.

Anda mungkin juga menyukai