Anda di halaman 1dari 3

Membina Ayat

Latihan membina ayat sangat penting untuk memahirkan murid-murid dalam menulis sesebuah
karangan. Latihan membina ayat harus dipupuk bermula pada Tahun Satu. Bagi latihan
membina ayat, latihkan mereka menulis dua bentuk ayat iaitu ayat tunggal dan ayat majmuk.

Ayat Tunggal
Ayat tunggal ialah ayat yang mempunyai satu subjek dan satu predikat.
Contoh :
1. Datuk (subjek) berkerusi roda (predikat).
2. Kami (subjek) bercuti di Pulau Langkawi (predikat).
3. Ibu (subjek) membeli sayur (predikat).

Ayat Majmuk
Ayat majmuk ialah ayat yang terdiri daripada dua ayat tunggal atau lebih.
Contoh :
1. Saya membuat kerja rumah semasa adik tidur dalam buaian.
Ayat 1 : Saya membuat kerja rumah
Ayat 2 : Adik tidur dalam buaian
Kata Hubung : semasa
2. Dia kesunyian sejak kakaknya tinggal di asrama.
Ayat 1 : Dia kesunyian.
Ayat 2 : Kakaknya tinggal di asrama.
Kata Hubung : sejak.

Selain daripada ayat tunggal dan ayat majmuk, ayat juga terdiri daripada empat jenis iaitu ayat
penyata, ayat Tanya, ayat perintah dan ayat seru.
Ayat Penyata
Ayat penyata ayat yang diucapkan dengan tujuan membuat kenyataan. Misalnya menyatakan
sesuatu keterangan berkenaan sesuatu hal atau berita.
Contoh :
1. Adik sedang makan.
2. Ayah mencuci kereta.
Ayat Tanya
Ayat tanya ialah ayat yang digunakan untuk menanyakan sesuatu hal dengan nada suara dan
penggunaan tertentu. Ditandai (?) pada akhir ayat.
Contoh :
1. Pernahkah kamu melancong ke Melaka ?
2. Apakah yang kamu buat ?

Ayat Perintah
Ayat perintah ialah ayat yang diucapkan dengan tujuan untuk menimbulkan sesuatu tindakan
atau memberi suruhan, larangan atau permintan. Ayat ini ditujukan kepada orang kedua
menggunakan kata ganti nama orang kedua seperti awak, kamu, engkau, dan sebagainya.
Terdapat empat jenis ayat perintah iaitu ayat suruhan, ayat larangan, ayat silaan dan ayat
permintaan. Ayat suruhan ialah ayat yang diucapkan untuk menyampaikan perintah atau
arahan. Contoh:
1. Tolong ambil gambar saya.
2. Jangan duduk di situ.
3. Sila datang ke rumah saya.

Ayat Seru
Ayat seru ialah ayat yang diucapkan dengan nada atau intonasi tertentu berdasarkan sesuatu
situasi untuk melahirkan perasaan seperti marah, terkejut, hairan, geram, seronok dan
sebagainya. Ayat ini ditandai dengan tanda seruan (!) pada akhir ayat. Contoh:
1. Amboi, garangnya!
2. Cis, pengkhianat bangsa!
3. Aduh, pedihnya!
4. Nah, ambiilah wang ini!
TEKNIK MEMBINA AYAT
Pengenalan
Membina ayat.

1. Di beri ransangan gambar tunggal, bersiri, peta minda, graf, jadual atau carta.
2. Bina 5 ayat berpandukan ransangan diberi dan pindahkan maklumat dalam bentuk ayat.
3. Masa di beri 15 minit.
4. 10 markah.

Tips skor A
1. Baca arahan dengan teliti.
2. Pastikan kehendak soalan, aktiviti, situasi atau secara umum.
3. Bina 5 ayat lengkap dan gramatis serta ayat majmuk.
4. Gunakan kata hubung yang sesuai dan betul.
5. Ayat aktiviti/situasi mestilah berbeza-beza dan tiada pengulangan.
6. Tidak mengandungi kesalahan penggunaan kata, ejaan, tanda baca dan struktur ayat.
7. Boleh menggunakan watak/tempat.
8. Seimbangkan ayat bagi gambar bersiri.
9. Jumlah perkataan antara 9-12 patah perkataan.

Contoh:
Aminah sedang memotong sebiji timun dengan sebilah pisau di atas papan pemotong.
Aminah sedang memotong sebiji timun dengan sebilah pisau yang tajam.(ayat tersirat)

FORMULAR AYAT:

SIAPA ~ subjek yang melakukan.


APA ~ aktiviti/situasi cerita.
DI MANA ~tempat aktiviti/situasi/cerita.
BILA ~ waktu/masa/hari.
KENAPA/MENGAPA ~sebab/kerana.
BAGAIMANA ~ cara.

Gambar berpusat
Formular ayat:
1. …..boleh digunakan untuk menghasilkan …..bagi…..
2. …..boleh digunakan untuk menghasilkan …..yang ….
3. …..boleh digunakan untuk dimasak…..
4. …..boleh digunakan untuk diperbuat….
5. …..boleh digunakan untuk dijadikan ….

Contoh jawapan gambar berpusat ( susu getah )


1. Pokok getah menghasilkan susu getah yang mempunyai banyak kegunaannya.
2. Susu getah boleh diproses untuk dijadikan sarung tangan bagi kegunaan pekerja di kilang.
3. Susu getah juga diproses untuk dibuat bola sebagai alat mainan kepada manusia.
4. Susu getah juga diproses untuk menghasilkan tayar kenderaan yang bermutu tinggi.
5. Tapak kasut yang selesa juga diperbuat daripada susu getah
CREATE A FREE WEBSITE