Anda di halaman 1dari 21

Aras Taksonomi Bloom dalam Menyelesaikan Konflik Moral

Bloom dalam penulisan menyatakan bahawa beberapa dekad yang lalu kebanyakan pengajaran

cenderung tertumpu kepada pemindahan hak dan pemikiran maklumat serta tahap latihan yang

paling rendah. Bukanya perkembangan peribadi yang bermakna dan ini menjadi cabaran utama

bagi pendidik dan pelatih di zaman moden. Benjamin S Bloom (1913-1999) mula

mengembangkan idea-ideanya untuk membangunkan spesifikasi sistem atau taksonomi untuk

membolehkan objektif pendidikan dan pembelajaran pendidikan dirancang dan diukur dengan

betul . Selain itu, taksonomi ini juga meningkatkan keberkesanan penguasaan bukan sekadar

memindahkan fakta-fakta dalam bentuk hafalan.

Perhatian awal Bloom dan rakan-rakanya difokuskan pada “Domain Kognitif”, yang merupakan

bahagian pertama dalam Taksonomi Bloom (Bloom, Engelhart, Furst, Hill, Krathwohl, 1956).

Seterusya, sebagai tajuk kedua perincian domain kedua “Domain Afektif” telah diterbitkan pada

tahun 1964. Setelah mendengar saranan dari pelbagai pihak maka domain ketiga iaitu “Domain

Psikomotor” telah dicipta. Terdapat tiga versi yang berbeza iaitu daripada tiga pihak RH Dave

(1967/70), EJ Simpson (1966/72) dan AJ Harrow (1972). Namun penyelidik memilih domain

psikomotor yang pertama kerana penyelidik berasa tujuh aras yang terdapat dalam domain

tersebut amat sesuai dan dapat dihuraikan lebih terperinci lagi setiap aras tersebut dengan bukti

yang kukuh.

Secara keseluruhanya, konsep-konsep yang dibentuk melalui taksonomi bloom sangat releven

dengan perancangan dan reka bentuk pendidikan di sekolah, kolej, university, kursus, latihan

dewasa dan korporat, pengajaran dan pembelajaran dan bahan pembelajaran. Menurut Krathwohl
(1956) Taksonomi Bloom sangat berguna sekiranya individu terlibat dengan reka bentuk,

penyampaian atau penilaian pengajaran, latihan, kursus, pembelajaran dan rancangan pengajaran.

Ini adalah kerana ia merupakan satu senarai semak mudah untuk memastikan pembangunan dan

keupayaan sesuatu bidang pembelajaran yang dikaji. Tambahan pula, Krathwohl (1956)

mengatakan pula Taksonomi Bloom menyediakan struktur yang sangat baik untuk merancang,

merekabentuk, menilai keberkesanan latihan dan pembelajaran. Akhirnya, adalah menarik

bahawa model Taksonomi Bloom (1956- 1964) kekal sebagai model rujukan dan alat rujukan

klasik abad ke-21. Beliau telah mengklasifikasikan aras tingkah laku individu dalam

pembelajaran kepada tiga domain iaitu, domain kognitif, domain afektif dan domain psikomotor.

Perbincangan penyelidik akan memberi tumpuan dalam ketiga-tiga domain yang membantu

untuk menjawab persoalan-persoalan kajian.

Domain Kognitif (Penaakulan Moral)

Pelbagai penjelasan mengenai kemahiran abad ke-21 telah diterbitkan. Sebagai contoh APEC

Members Economy (2008) mengenal pasti empat kebolehan dalam abad ke-21 iaitu pembelajaran

sepanjang hayat, penyelesaian masalah, pengurusan diri dan kerja sepasukan. Manakala

Partnership for 21st Century Skills menyatakan hasil murid dan sistem sokongan merangkumi

kemahiran hidup dan kerjaya, kemahiran belajar dan inovasi (pemikiran

kritis, komunikasi, kolaborasi dan kreativiti) serta kemahiran informasi, media

dan teknologi ( Bahagian Perkembangan Kurikulum 2014). Proses kemahiran berfikir ialah

satu proses yang berasaskan kepada beberapa aspek khusus, seperti pembentukan landasan

pemikiran yang kukuh, penguasaan kemahiran asas dan pelaksanaan operasi kognitif perlu

diadun secara berkesan dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Proses berfikir adalah satu
proses yang sukar diukur dan kompleks, iaitu melibatkan beberapa peringkat dan tahap dalam

aspek pemikiran dan metakognitif yang memberikan faedah dan kesan yang utama dalam

pembelajaran yang berkesan di bilik darjah (Gobinath 2013).

Dari sudut Pendidikan Moral kemahiran berfikir perlu didasarkan kepada nilai yang pada murid

itu sendiri bagi menyelesaikan masalah dan membuat keputusan yang sewajarnya. Murid yang

mengamalkan nilai secara mampan mampu mempamerkan perwatakan yang mulia,

berkeperibadian yang tinggi dan melaksanakan tanggungjawab serta memberi sumbangan yang

bermakna kepada keluarga, masyarakat dan negara. Nilai tersebut merangkumi kerohanian,

berperikemanusiaan, bersemangat patriotik, berintegriti, bertanggungjawab dan bersatu padu

(Bahagian Perkembangan Kurikulum 2014). Seiring dengan keperluan kompetensi global, setiap

murid perlu menguasai pelbagai kemahiran berfikir termasuk penyelesaian masalah, penaakulan

dan pemikiran kreatif dan inovatif. Pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran yang kurang

memberikan penekanan kepada kemahiran tersebut menyebabkan murid kurang berupaya untuk

mengaplikasikan ilmu pengetahuan dan berfikir secara kreatif dalam kehidupan seharian.

Kemahiran berfikir yang ditekankan adalah berdasarkan semakan Hierarki Taksonomi

Bloom oleh Lori Anderson (1900) iaitu mengingat, memahami, mengaplikasi, menganalisis,

menilai dan mencipta seperti dalam Rajah 2.


Kemahiran Berfikiran Aras Tinggi

Penilaian Mencipta

Sintesis Menilai

Analisis Menganalisis

Aplikas Mengaplikasi

Kefahaman
i Memahami

Pengetahuann Mengingati

Bloom Kemahiran Berfikiran Aras Rendah Anderson

Rajah 2 : Aras Taksonomi Bloom

Pengetahuan

Pandangan yang dikemukakan oleh Noor Rohana Mansor (2009) menyatakan aras pengetahuan

meliputi kebolehan untuk mengingat semula dan mengimbas perkara yang telah berlaku, perkara

khusus dan sejagat, kaedah-kaedah dan memproses, mencorak, dan menstruktur. Menurut Abdul

Rahman dan Chang (1994), penaakulan moral merujuk kepada proses seseorang individu

mengembangkan kebolehan membuat pertimbangan atau keputusan moral yang matang dan

tersendiri tanpa dipengaruhi oleh perasaan dan pandangan orang lain dalam menghadapi sesuatu

situasi moral. Maka, untuk mengetahui sesuatu idea betul atau salah seseorang perlu mempunyai

pengetahuan tentang prinsip-prinsip moral yang hendak dicapai (Fisher. R 2005). Tujuan tingkah

laku melalui aras pengelasan ini meliputi kemahiran seperti memerhati, mengenalpasti dan

mengingat maklumat penting, unsur penting, konsep, perkataan, cara, rumus, dasar serta

maklumat-maklumat utama dalam kejadian atau perkara yang berkaitan dengan kandungan

input.
Pengetahuan tentang cara-cara menyusun, mengkaji, membuat penilaian dan mengkritik idea-

idea dan fenomena. Ini termasuk kaedah penyiasatan, susunan mengikut kronologi dan standard

penilaian yang dibuat di dalam lingkungan sesuatu bidang. Sepertimana yang kita mengetahui

Pendidikan Moral mempunyai bidang-bidang pembelajaran. Tiap-tiap bidang pembelajaran

mempunyai kriteria sendiri. Pelajar-pelajar akan menrima dan mempelajari pengetahuan bidang-

bidang ini di dalam kelas. Tingkah laku utama yang diuji di dalam pengetahuan ialah sama ada

pelajar boleh mengigat atau tidak atau mengecami kenyataan-kenyataan yang tepat semasa

menjawab soalan-soalan tertentu.

Kefahaman

Aras kefahaman boleh didefinisikan sebagai keadaan memberi penjelasan atau makna kepada

sesuatu perkara dengan jelas dalam bahasa tersendiri dan mudah difahami oleh pihak lain. Aras

kefahaman ini dapat diklasifikasikan lebih tinggi berbanding aras pengetahuan. Ia bukan sahaja

memerlukan murid mengingat kembali fakta-fakta pengetahuan tetapi juga memerlukan

kebolehan menerangkan atau memberi makna kepada fakta tesebut (Mok, 1992).

Tiga jenis tingkah laku kefahaman dibincangkan di sini. Pertama ialah terjemahan yang

bermaksud seseorang individu berkebolehan memindahkan sesuatu masalah yang diberikan di

dalam perkataan, simbolik seperti peta, jadual, gambarajah, graf kepada bentuk perkataan dan

sebaliknya. Tingkah laku yang penting dalam pentafsiran ialah apabila satu komunikasi

diberikan, pelajar boleh mengenal pasti dan memahami idea-idea yang dimasukkan di dalamnya

dan juga memahami saling perkaitanya. Ini memerlukan satu pertimbangan yang wajar dan sifat
berhati-hati supaya mengelak daripada memasukkan idea-idea yang tidak tepat (Abdullah Junus

1989).

Dalam proses penaakulan moral, murid-murid perlu memahami dahulu sesuatu situasi moral dan

mengenal pasti pelbagai pilihan serta kesan setiap pilihan itu sebelum membuat sesuatu

keputusan secara tekal dan konsisten (Colby & Kohlberg, 1987; Kohlberg, 1984). Menurut Rest,

pendekatan perkembangan kognitif diterangkan sebagai pemahaman progresif seorang individu

berkaitan tujuan, fungsi dan jenis kerjasama sosial, dibandingkan dengan mempelajari lebih

banyak peraturan sosial, atau lebih bersedia untuk mengorbankan diri. Kesan pengalaman sosial

yang kekal ditunjukkan dalam terma pemahaman sesuatu atau rasional untuk memulakkan

penyusunan koperatif, khasnya bagaimana setiap individu bekerjasama dalam memikul

tanggungjawab dan mendapat manfaat dalam sesuatu sistem. Menurut Facoine & Facoine

(1992), pemahaman tentang hujah, soalan, konsep, penjelasan, gambaran, sebab, pendapat amat

penting untuk menyelesaikan masalah kerana kurangnya kesedaran kendiri membolehkan

mereka menginterpretasi dan menilai bahan.

Aplikasi

Aplikasi merujuk kepada aras kebolehan untuk memerlukan calon menyelesaikan masalah

dengan kebolehan diri sendiri. Hal ini dikaitkan dengan individu tersendiri dalam bentuk idea

umum, mengimbas perkara yang telah berlaku dan pelbagai kaedah untuk menyelesaikan

masalah yang mempunyai unsur persamaan. Aras aplikasi ini perlu menggunakan sesuatu yang

memerlukan “kefahaman” tentang kaedah, teori, prinsip atau pengabstrakan yang digunakan

(Benjamin S. Bloom 1956). Abdullah Junus (1989) meneruskan penerangkan dengan


mengatakan bahawa kebanyakan daripada apa yang kita pelajari ialah bertujuan untuk aplikasi

kepada situasi-situasi masalah dalam kehidupan sebenar merupakan satu tanda pentingnya

objektif-objektif aplikasi dalam kurikulum umum. Dalam Pendidikan Moral bergantung pada

kecekapan pelajar-pelajar mengendalikan aplikasi itu dalam situasi-situasi konflik moral yang

pelajar tidak pernag hadapi dalam proses pembelajaran. Sebenarnya Taksonomi Bloom

membekalkan maklumat mengenai kejayaan atau kegagalan aspek kuruikulum, penyemakan

semula kurikulum pada masa hadapan. Maklum balas sedemikian adalah sangat penting sebagai

satu asas penyemakan yang jitu mengenai proses pendidikan (Abdullah Junus 1989). Dalam

Pendidikan Moral, apabila individu berhadapan dengan situasi-situasi konflik kita tidak fokus

kepada bagaimana konflik tersebut dapat diselesaikan manakala akan melihat sejauh mana

pelajar secara langsung dapat menggunakan situasi pembelajaran dalam keadaan tersebut.

Analisis

Aras analisis merangkumi kebolehan untuk membahagikan sesuatu yang kompleks kepada yang

kecil, membezakan fakta daripada idea yang menjadi pembahagian data. Dalam kefahaman,

penekanan adalah kepada penguasaan makna dan tujuan sesuatu bahan itu. Dalam aplikasi,

penekanan ialah kepada mengigat dan menggunakan bahan yang diberikan bagi mendapatkan

generalisasi atau prinsip-prinsip yang sesuai. (Benjamin S. Bloom 1956). Analisis menekankan

pencerakinan bahan kepada bahagian-bahagianya dan mencari perhubungan-perhubungan di

antara bahagian tersebut dan cara bahagian-bahagian itu tersusun. Semasa seseorang itu

menganalisis pertalian-pertalian antara unsur-unsur sesuatu hujah, menilai sejauh mana

keberkesanan hujah itu bergabung di antara dengan lain. Dalam menganalisis bentuk sesuatu

komunikasi atau teknik yang digunakan, seseorang mungkin melahirkan pandangan-pandangan


mengenai situasi tersebut. Dalam situasi moral aras menganalisis ini amat penting terutama

apabila mendengar pandangan-pandangan rakan sebaya sebelum melakukan sesuatu. Menurut

Walker (2003), seseorang yang berfikir secara kritikal boleh dikatakan sebagai orang yang

terlibat secara aktif dalam proses berfikir dengan menilai, menganalisis atau menginterprestasi

maklumat. Ennis (1997) mentakrifkan pemikiran kritis sebagai pemikiran reflektif yang

menggalakkan individu menganalisis pernyataan-pernyataan dengan berhati-hati dan mencuri

bukti yang sah sebelum membuat kesimpulan.

Sintesis

Sintesis ialah aras pengelasan kebolehan untuk pencantuman serta pengorganisasian elemen-

elemen dalam konteks yang baharu yang akan mencipta satu kesimpulan baharu. Ini

membabitkan proses pengurusan segala pecahan dan bahagian (Noor Rohana Mansor, 2009).

Aras ini merupakan kategori dalam domain kognitif yang paling jelas menyediakan ruang untuk

tingkah laku kreatif pelajar.

Apabila seseorang individu berhadapan dengan satu situasi sosial yang baru dan sedang

memikirkan tindakan moral yang perlu diambil, dia akan mengimbas kembali kepada ingatan

jangka panjang struktur pengetahuan umum untuk mengenal pasti pertimbangan yang paling

penting, untuk mengutamakan jangkaan yang berkonflik tentang pelbagai individu, dan

menimbangkan perlakuan mana yang paling adil (Vishalache 2012).


Penilaian

Definisi yang dapat diklasifikasikan berkaitan aras penilaian ialah pengelasan sesuatu yang

tertinggi dalam aras perkembangan kognitif. Aras ini merangkumi kebolehan untuk membuat

penilaian dan mengenalpasti kewajaran atau pengadilan berlandaskan ciri-ciri yang diberi. Ini

diteliti daripada sudut pertimbangan tentang nilai bahan dan cara-cara objektif yang dicapai.

Proses menilai ialah satu proses di mana kita meningkatkan cara kehidupan kita atau sesuatu

keputusan dengan nilai yang positif bagi kita dan bersifat konstruktif dalam konteks sosial.

Proses menilai tidak menentukan keputusan baik untuk kita atau masyarakat; tetapi setakat

meningkatkan kemungkinan kepada keputusan tersebut (Kirschenbaum 1977).

Dalam proses penyelesaian masalah dan membuat keputusan kedua-dua gaya pemikiran ini

diperlukan. Sesuatu masalah tidak akan berjaya diselesaikan jika hanya bergantung kapada

cadangan-cadangan kreatif. Cadangan-cadangan kreatif perlu dinilai, diteliti dan

dipertimbangkan dengan menggunakan pemikiran kritis sebelum ia dapat laksanakan. Penilaian,

penelitian dan pertimbangan yang dibuat boleh menghasilkan idea kreatif yang lebih bermutu.

Mengenal pasti kelemahan-kelemahan yang sedia ada secara kritis dapat membantu pereka

bentuk menghasilkan reka bentuk yang lebih baik. Pemikiran kritis melibatkan pemikiran yang

mendalam dan memberi pertimbangan yang serius kepada sesuatu. Bagi Bassham (2002),

pemikiran kritis meliputi pelbagai kemahiran kognitif dan intelektual yang diperlukan bagi

mengenal pasti, menganalisis dan menilai sesuatu idea dengan berkesan, bagi mencari dan

mengelakkan prejudis peribadi dan bias, membuat formulasi dan membentangkan sebab-sebab

yang meyakinkan bagi menyokong sesuatu kesimpulan, dan membuat keputusan yang wajar dan

bernas pada apa yang harus dipercayai dan ada yang harus dilakukan.
Pelajar yang berfikir dengan kritis membuat penilaian samada hendak menerima sesuatu alasan

itu sebagai munasabah, menggunakan kriteria atau nilai tara yang dipersetujui untuk menilai

alasan berkenaan, menggunakkan pelbagai strategi penaakulan dalam pelaksanaan kriteria atau

standard tersebut dan mencari maklumat yang boleh dipercayai sebagai bukti untuk menyokong

keputusan yang dibuat (Rudd, baker & hoover, 2000). Dengan ini boleh dirumuskan bahawa

penaakulan ialah kemahiran pelajar dalam memfokuskan kepada membuat keputusan berkaitan

sesuatu perkara yang patut dipercayai atau patut dilakukan seterusnya membina dan menilai

alasan untuk menyokong keputusan itu (Reichanbach 2002).

Domain Afektif (Perasaan Moral)

Perasaan moral juga disinonimkan dengan emosi moral (Abd Rahman Aroff, 1999). Emosi moral

bukan sahaja memberi rangsangan kepada seseorang untuk bertindak secara bermoral, tetapi juga

merupakan sesuatu yang tidak dapat diketepikan semasa membuat sesuatu keputusan dan

tindakan moral (Gibbs, Basinger & Fuller, 1992). Emosi atau perasaan seseorang individu

terserlah melalui reaksi atau bahasa badan (body language) seperti mimik muka, ekspresi wajah,

postur badan, gerak isyarat dan pergerakan mata. Malahan, kesedaran (consciousness), ialah inti

pati hasil integrase aspek daya fikir, moral, rohani dan emosi manusia (Mustakova-Possardt,

2010).

Menurut Roebben (1995), Pendidikan moral akan menjadi dingin dan kurang berkesan jika

penekanan hanya diberikan kepada pendidikan intelek tanpa mempedulikan emosi. Lagipun

menurut Deni Kurniawan (2011), terdapat hubungan yang intim antara kebolehan empati dan

kesudian untuk melibatkan diri dalam tingkah laku prososial seperti memberi bantuan secara

langsung, berkongsi sesuatu yang bernilai dan memberi sokongan moral. Oleh itu, guru perlu
mendidik pelajar agar bersimpati dan berempati terhadap orang lain kerana emosi tersebut dapat

menggerakkan tingkah laku moral (Downey & Kelly, 1978).

Domian afektif adalah keupayaan untuk memberi keutamaan kepada perasaan, emosi, dan reaksi

berbeza daripada pemikiran. Kawasan afektif adalah kawasan yang berkaitan dengan aspek

emosi, seperti perasaan, minat, sikap, pematuhan moral dan sebagainya. Domain afektif terdiri

daripada lima domain yang berkaitan dengan tindak balas emosi terhadap tugas tersebut. Di

bawah lima domian tersebut terdapat kategori-kategori kecil mengikut urutan tertentu.

DOMAIN AFEKTIF

1. Penerimaan (receiving) 1.1 Kesedaran


1.2 Kesediaan untuk menerima
1.3 Perhatian yang terkawal atau terpilih

2. Gerak Balas (responding) 2.1 Persetujuan untuk bergerak balas


2.2 Kesediaan untuk bergerak balas
2.3 Kepuasan untuk bergerak balas

3. Penilaian (valuing) 3.1 Penerimaan sesuatu nilai


3.2 Keutamaan bagi sesuatu nilai
3.3 Penglibatan

4. Pengorganisasian (organization) 4.1 Pengkonsepan sesuatu nilai


4.2 Organisasi sesuatu sistem nilai

5. Menghayati (characterization by a value) 5.1 Set generalisasi


5.2 Perwatakan
Rajah 1.3 menunjukkan domain afektif yang disusun oleh Bloom bersama David Krathwol:

Menghayati (characterization by a value)

Pengorganisasian (organization)

Penilaian (valuing)

Gerak Balas (responding)

Penerimaan (receiving)

Rajah 2 : Aras Taksonomi Bloom

Penerimaan (receiving)

Seseorang peka terhadap insentif dan kesediaan untuk memberi perhatian kepada rangsangan

iaitu, seperti penjelasan yang diberikan oleh guru. Kesediaan untuk menyedari fenomena dalam

persekitarannya terutama dalam pengajaran akan mendapat perhatian lalu mempertahankannya,

dan mengarahkannya. Walaupun kesedaran terletak pada anak tangga paling bawah domain

afektif, kesedaran itu hampir-hampir merupakan satu tingkah laku kognitif. Tetapi kita tidak

begitu menitikberatkan ingatan atau kebolehan untuk mengingat kembali sesuatu butir atau fakta

(Mohd. Zainuddin 1988). Di aras kesedaran ini tingkah laku pelajar diukur sama ada pelajar itu

sedar akan sesuatu, sedar tentang fenomena atau peristiwa yang berlaku di sekelilingnya. Pada

aras yang paling minimum tingkah laku bersedia untuk menerima memerlukan pertimbangan

yang neutral. Jika tidak mendapati aras-aras kesedaran yang berlainan bagi fenomena atau benda

yang sama, demikian juga kita akan mendapati aras-aras kesediaan untuk menerima yang

berbeza. Ini adalah dimensi dalaman kategori ini. Setersunya, pada aras yang agak lebih tinggi
kita memberi perhatian kepada satu fenomena yang baru, pembezaan suatu rangsangan yang

diberi ke dalam bentuk dan asas pada aras yang sedar atau barangkali separuh sedar. Berbeza

dengan aras sebelumnya, terdapat suatu unsur di sini tentang pelajar itu mengawal perhatian

tersebut supaya rangsangan yang digemari dipilih dan diperhatikan walaupun terdapat

rangsangan yang bersaing dan mengganggu perhatian. Dalam Pendidikan Moral kefahaman

tentang nilai-nilai murni sangat penting. Seterusnya nilai-nilai patut diterima oleh pelajar supaya

langkah seterusnya boleh diambil .

Gerak Balas (responding)

Tahap yang memerlukan kerelaan dan kesediaan untuk memberi perhatian secara aktif dan

mengambil bahagian dalam aktiviti. Justeru, tahap ini perlu memberikan tindak balas kepada

rangsangan yang dibentangkan, termasuk kelulusan, kesediaan, dan kepuasan dalam menjawab.

Sebagai contoh, taat peraturan dan mengambil bahagian dalam aktiviti. Seseorang pelajar itu

telah diberi motivasi secukupnya sehinggakan dia bukan sahaja bersedia untuk memerhati tetapi

melibatkan diri dalam fenomena itu. Kategori gerak balas ini telah dibahagikan kepada tiga

kategori kecil. Pertama, persetujuan untuk gerak balas. Pada aras ini pelajar gerak balas secara

aktif selepas pelajar itu memberikan perhatiannya. Kita mungkin boleh menggunakan perkataan

“ketaatan” atau “kepatuhan” bagi menerangkan tingkah laku itu. Kedua, kesediaan untuk

bergerak balas iaitu gerak balas sukarela. Tidak mustahak untuk memastikan sebab-sebab bagi

kesediaan untuk bergerak balas. Sama ada pelajar itu bergerak balas secara sukarela semata-mata

kerana hendak menyukakan hati gurunya atau pelajar tertarik dengan subjek itu (Mohd.

Zainuddin 1988). Ketiga, kepuasan untuk bergerak balas. Tingkah laku ini disertai dengan suatu

perasaan kepuasaan, suatu gerak balas beremosi, biasanya dalam bentuk keseronakan, minat atau
kesukaan. Gerak balas emosi, biarpun yang menunjukkan kepuasaan dan kesukaan, tidak

semestinya diperagakan dengan nyata. Mungkin ada sesuatu emosi yang tidak ditunjukkan

kepada orang lain. Segelintir orang mudah menunjukkan perasaan dan reaksi emosi mereka;

yakni hampir kesemua yang mereka rasai mereka luahkan. Yang lainya pula secara semula jadi

lebih berhati-hati dalam menunjukkan emosi mereka. Mereka boleh menikmati sesuatu aktiviti

“secara senyap” dan keseronokannya walau bagaimanapun dialaminya (Mohd. Zainuddin 1988).

Penilaian (valuing)

Dalam tahap ini individu ada keupayaan untuk menilai sesuatu dan membawa diri anda terhadap

perkara sewajarnya. Selain itu, mula membentuk sikap menerima dan menolak atau

mengabaikan. Sebagai contoh, terima pandangan orang lain dan membuat penilaian sendiri.

Tingkah laku yang telah dikategorikan pada aras ini adalah cukup tekal dan mantap sehinggakan

dapat dijadikan ciri-ciri kepercayaan atau sikap. Pelajar itu menunjukkan tingkah laku ini dengan

cukup tekal pada situasi-situasi yang sesuai yang membuatkannya diamati sebagai memiliki

sesuatu nilai (Mohd. Zainuddin 1988).

Pada aras penilaian ini terdapat tiga kategori iaitu penerimaan sesuati nilai, keutamaan sesuatu

nilai dan penglibatan. Sebagai tambahan kepada ketekalan ia menunjukkan kesinambungan yang

cukup berkaitan dengan objek, fenomena dan lain-lain lagi sebagai mempunyai kepercayaan atas

nilai tersebut. Tambahan pula, pelajar akan cukup terlibat dengan nilai tersebut untuk terus

mengikuti, mencari dan menghendakinya (Mohd. Zainuddin 1988). Akhirnya, kepercayaan atas

sesuatu nilai memberikan keyakinan dan kepastian tanpa sebarang keraguan membantu

membawa lebih jauh lagi aras tingkah laku yang dikehendaki itu. Orang yang menunjukkan

tingkah laku pada aras ini adalah dianggap sebagai mempunyai nilai tersebut.
Organisasi (organization)

Di tahap ini semua pelajar menginternalisasi nilai-nilai secara beransur-ansur, dia menemui

situasi yang lebih daripada satu nilai yang releven. Dengan itu timbul keperluan bagi (a)

penyusunan nilai-nilai tersebut ke dalam suatu sistem, (b) penentuan saling hubungan di antara

mereka, dan (c) penubuhan jenis yang dominan dan yang tersebar. Sistem seperti itu dibina

sedikit demi sedikit, mengikut perubahan apabila nilai-nilai baru dimasukkan. Bagi seorang

dewasa, perubahan dilakukan dengan usaha yang lebih banyak lagi jika dibandingkan dengan

seorang kanak-kanak; organisasi itu menjadi lebih tegar menurut umur dan dia kurang bersedia

untuk menerima sesuatu nilai yang tidak konsisten dengan nilai-nilai yang telah dimilikinya.

Terdapat dua kategori di bawah aras ini iaitu pengkonsepan sesuatu nilai dan organisasi sesuatu

sistem nilai. Dalam pengkonsepan nilai individu dapat melihat cara nilai tersebut bertalian

dengan nilai-nilai yang telah pun dipegangnya atau kepada yang baru akan dipegangnya.

Pengkonsepan ini mungkin dalam ungkapan atau simbolik. Mungkin pelajar memerlukan rupa

objektif kognitif yang memerlukan proses penilaian. Tetapi ia wajar dikelaskan di sini apabila ia

membayangkan perlunya pengkonsepan nilai itu untuk mengadakan satu asas bagi penilaian dan

saling hubungan mereka dengan nilai-nilai yang lain. Contoh dalam subjek Pendidikan Moral

ialah, pelajar melakukan organisasi pertimbangan ketika menghadapi situasi konflik. Contohnya

situasi pertimbangan tentang tanggungjawab masyarakat untuk menjimatkan sumber-sumber

manusia dan bahan. Tindakan atau sikap supaya nilai ini boleh dipadukan ke dalam sistem nilai

pelajar itu. Proses pengkonsepan sebahagian besarnya adalah berbentuk kognitif yang

melibatkan abstraksi dan generalisasi. Pada dasarnya ada tiga jenis bukti yang terbesar iaitu (1)

bukti bahawa pelajar itu telah memperkembangkan penilaian tentang objek yang dinilainya; (2)
bukti pemikiran abstrak atau simbolik tentang objek yang dinilai; (3) bukti generalisasi tentang

sesuatu set kelas atau nilai yang objeknya yang telah dinilai itu ialah anggotanya. Bukti-bukti

seperti itu muncul apabila pelajar itu benar-benar tertarik dengan objek tersebut dan kini

memikirkannya dengan lebih mendalam. Kategori kedua ialah organisasi sesuatu nilai. Di sini

adalah yang memerlukan pelajar itu mengumpulkan nilai-nilai yang berlainan dan membawa

nilai-nilai itu ke suatu perhubungan yang tersusun di antara satu dengan yang lain.

Menghayati (characterization by a value)

Pada tahap ini seseorang individu sudah ada kemampuan untuk menghayati nilai kehidupan,

sehingga menjadi milik peribadi dan menjadi pegangan nyata dan jelas dalam mengatur

kehidupannya sendiri. Selain itu, di tahap ini individu memiliki sistem nilai yang mengendalikan

tingkah lakunya sehingga menjadi ciri-ciri gaya hidupnya. Kemampuan ini dinyatakan dalam

pengaturan hidup di pelbagai bidang, seperti mencurahkan waktu secukupnya pada tugas belajar

atau bekerja. Contohnya, individu sudah ada kemampuan mempertimbangkan dan menunjukkan

tindakan yang berdisiplin.

Terdapat dua kategori dalam aras ini iaitu set tergeneralisasi dan pewatakan. Set tergeneralisasi

adalah penentu yang penting tentang cara seseorang individu mendekati sesuatu masalah,

menentukan apa yang dilihatnya sebagai penting di dalamnya, menentukan sempadan perkara-

perkara yang akan diambil kiranya dalam percubaan untuk menyelesaikan sesuatu masalah.

Dalam situasi ini sifat afektif dengan mudah muncul apabila seseorang itu berada dalam keadaan

terancam atau mencabar. Di sini perasaan memainkan peranan penting iaitu mencerminkan cara

seseorang mengawal emosi.


Seterusnya kategori pewatakan iaitu individu mempunyai pandangan hidup sendiri. Pelajar

membentuk suatu tata susila untuk mengatur hidup peribadi dan sivik seseorang berdasarkan

kepada prinsip-prinsip etika yang tekal dengan ideal-ideal demokratik. Mereka dapat

mengembangkan suatu falsafah yang tekal tentang kehidupan. Seterusnya, mewujudkan suatu

suara hati.

Domain Psikomotor (Tingkah laku moral)

Kreativiti (creativity)

Adaptasi ((adjusment)

Gerakan yang kompleks (complex response)

Gerakan terbiasa (mechanical

response)
Gerakan terbimbing (guided response)

Tetapkan (set)

Persepsi (perception)

Persepsi (perception)

Persepsi adalah satu proses yang digunakan oleh individu untuk mengurus dan mentafsir jejak

akal mereka untuk memberi makna kepada persekitaran mereka. Walau bagaimanapun, apa yang

dilihat seseorang dapat berbeza daripada realiti objektif (Nela 2012). Sikap adalah satu aspek

persepsi. Sikap terbentuk daripada rangsangan seseorang yang kemudian menjadi persepsi. Sikap

atau tingkah laku dalam kehidupan seharian-hari dipengaruhi oleh persepsi. Rangsangan yang

diterima oleh setiap individu tidak selalu sama sehingga menyebabkan persepsi yang berbeza
antara individu. Penyelidik berasa murid-murid juvana perlu ada penghayatan nilai-nilai

Pendidikan Moral. Menurut Wan Mohd. Zahid Mohd. Noordin ( 1988) sewaktu merancang

penggubalan kurikulum peringkat menengah, persoalan penerapan nilai-nilai mumi menjadi

mauduk atau tajuk utama khususnya dalam menyediakan anak bangsa yang mempunyai

ketahanan diri yang teguh. Hasrat ini hanya akan tercapai jika anak bangsa dibekali dan

menghayati nilai-nilai murni untuk menjamin peribadi dan sahsiah yang waja. Pengahayatan

nilai tidak akan berlaku jika tidak ada persepsi tentang sesuatu nilai yang dipelajari. Oleh sebab

itu, penyelidik perlu mengetahui tentang tahap ini sebelum melihat tahap yang lebih atas lagi.

Tetapkan (set)

Tahap ini merupakan kesediaan untuk bertindak. Ia termasuk mental, fizikal, dan set emosi. Tiga

set ini adalah pelarasan untuk menentukan tindak balas seseorang kepada yang berbeza situasi

(kadangkala dipanggil mindset). Mengetahui dan bertindak mengikut urutan langkah dalam

proses tindakan. Di tahap ini murid-murid akan mengenali seseorang kebolehan dan batasan.

Selain itu, mereka akan menunjukkan keinginan untuk belajar sesuatu baru sebagai motivasi.

Gerakan terbimbing (guided response)

Tahap awal dalam pembelajaran. Kemampuan untuk melakukan suatu gerakan sesuai dengan

contoh yang diberikan. Pembelajaran kompleks yang merangkumi tiruan percubaan dari

kesilapan. Mohd Kamal Hassan (2009) menjelaskan bahawa guru perlu mempunyai sahsiah

yang baik untuk dicontohi dalam pembentukan sahsiah pelajar. Manakala Abdul Halim al-

Muhammadi (2009) pula menjelaskan, guru ialah ejen kepada keberkesanan pendidikan.

Kesepaduan antara kemahiran keilmuan dengan keluhuran peribadi adalah kriteria peribadi
pendidik yang tidak boleh dipisahkan, sebaliknya menjadi contoh yang berkesan. Tingkah laku

guru mudah mempengaruhi pelajar-pelajar. Pelajar-pelajar mudah menginterpretasi sesuatu yang

dilakukan oleh guru sama ada cara guru bertutur atau bertingkah laku. Guru haruslah

menunjukkan sikap yang positif dalam diri pelajar bagi menanamkan sikap yang positif dalam

diri pelajar (Zuria Mahmud & Salleh Amat, 1998). Selain itu, sifat keprihatinan guru terhadap

pelajar juga adalah penting dalam pembentukan sahsiah pelajar. Sehubungan itu, aras ini dapat

menunjukkan perilaku murid yang memberikan respons akibat daripada peniruan.

Teori Pembelajaran Sosial memperakui bahawa kebanyakan kelakuan manusia dipelajari melalui

pemerhatian terhadap percontohan (Bandura, 1986; Eisenberg & Mussen, 1989). Melalui proses

pemerhatian terhadap orang lain, seseorang individu membentuk satu idea bagaimana kelakuan

dilaksanakan dan apakah kesannya. Maklumat yang telah direkodkan ini bertindak sebagai

panduan untuk tindakan. Oleh sebab manusia boleh belajar daripada contoh sebelum

melaksanakan sendiri kelakuan tersebut, ini membantu mereka terselamat daripada melakukan

percubaan dan kesilapan.

Gerakan terbiasa (mechanical response)

Ini adalah peringkat pertengahan dalam mempelajari kemahiran yang kompleks. Kemampuan

melakukan gerakan tanpa memperhatikan lagi contoh yang diberikan kerana sudah dilatih

secukupnya (W. S. Winkel). Respons pelajar telah menjadi kebiasaan dan pergerakan dapat

dilakukan dengan keyakinan. Menutut Marlina dan Shaharom (2007) keupayaan aras ini

menggunakan minda untuk menilai kemunasabahan dan kewajaran sesuatu idea, meneliti

kebernasan, kebaikan dan kelemahan sesuatu hujah dan membuat pertimbangan yang wajar
dengan menggunakan alasan dan bukti yang munasabah. Hal ini kerana, manusia mempunyai

daya rangsangan pemikiran yang boleh menggerakkan proses secara simbolik serta berupaya

membuat peraturan pilihannya secara sendiri (Sieber, 1980).

Gerakan yang kompleks (complex response)

Kemahiran yang ditunjukkan dengan cepat, cepat dan prestasi yang baik. Memerlukan minimum

tenaga. Dalam tahap ini, individu mengambil tindakan tanpa ragu-ragu. Keterampilan yang

sudah berkembang sehingga dapat disesuaikan dalam pelbagai situasi terutama apabila mencuba

untuk menyelesaikan masalah. Menurut pakar-pakar pendidikan (Goldman, Hasselbring et. Al.

1997; Montague, Wagner & Morgan 2000) yang menegaskan keperluan untuk mempersiapkan

diri dengan kemahiran-kemahiran seperti kemahiran penyelesaian masalah, kemahiran

komunikasi berkesan, kemahiran membuat keputusan dan sebagainya.

Kreativiti (creativity)

Kemampuan untuk melahirkan pola gerakan baru atas dasar inisiatif sendiri. Mewujudkan corak

pergerakan yang baharu agar sesuai dengan keadaan tertentu atau masalah tertentu. Hasil

pembelajaran yang sangat kreativiti. KPM berhasrat untuk melahirkan generasi yang pantas

menerima perubahan, mampu berkomunikasi serta bekerja secara sepasukan serta dapat

membuat refleksi berdasarkan penaakulan sekali gus berupaya untuk berinovasi serta mencipta

sesuatu yang baharu (BPK 2014).


Dimensi Perkembangan Individu yang Melandasi Taksonomi Bloom

Pembangunan manusia dapat dilihat daripada pertumbuhan fizikal atau tidak.

Perkembangan ini secara amnya berlaku secara sistematik, progresif dan lestari. Di sini akan

dibincangkan dimensi perkembangan individu yang mendasari Taksonomi Bloom, iaitu dimensi

perkembangan kognitif.