Anda di halaman 1dari 2

RPH PEDAGOGI KELAS BERCANTUM

Mata pelajaran : Bahasa Melayu

Masa : 7.40-8.40 pagi (60 minit)

Tahun : 4 dan 5

Tajuk : Sambutan Hari Raya

Objektif : Pada akhir pengajaran;

Tahun 4

- 5 daripada 14 murid dapat membaca dengan baik dan lancar.


- 8 daripada 14 murid dapat menyenaraikan kata kerja.
- 7 daripada 14 murid dapat mengisi tempat kosong dengan kata
kerja yang sesuai.

Tahun 5

- 6 daripada 12 murid dapat membaca dengan baik dan lancar.


- 10 daripada 12 murid dapat menyenaraikan kata kerja.
- 6 daripada 12 murid dapat membina sebuah cerita pendek
berdasarkan gambar.

BIL LANGKAH TAHUN 4/ CEMERLANG TAHUN 5/ SEDERHANA


PENGAJARAN

1 Set induksi Murid ditayangkan dengan video tentang persiapan menyambut


5 minit Hari Raya.
Guru bersoal jawab dengan murid tentang video tersebut dan
guru mengaitkan tayangan video dengan pelajaran hari ini.
2 Langkah 1 Murid diedarkan dengan petikan mengenai amalan gotong-
20minit royong.
Semua murid diminta membaca petikan secara senyap.

Murid diminta membaca Murid diminta membaca petikan


petikan secara berkumpulan. secara individu.

Murid diterangkan mengenai kata kerja.


Secara berkumpulan, murid perlu mengeluarkan kata-kata kerja
yang terdapat dalam petikan tadi.

3 Langkah 2 Murid diedarkan dengan lembaran kerja.


15minit
Murid diminta mengisi tempat Murid diminta membina sebuah
kosong dengan kata kerja cerita pendek berdasarkan
yang sesuai. gambar yang diberikan secara
berkumpulan.

4 Langkah 3 Murid diminta memberi Murid diminta membentangkan


15 minit perhatian terhadap hasil pembentangan kumpulan
pembentangan dari kumpulan masing-masing.
murid Tahun 5.

5 Penutup Guru menyoal murid tentang isi pelajaran hari ini.


5 minit Guru membuat kesimpulan daripada apa yang telah diajar.
Guru menayangkan video tentang suasana Hari Raya.