Anda di halaman 1dari 4

1.

0 Pendahuluan

Berdasarkan Berita Astro Awani bertarikh Mac 19, 2017, Gagasan Pendidikan Melayu
Malaysia (Gagasan) menyaran agar subjek Pendidikan Moral dijadikan mata pelajaran wajib
lulus dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Lantaran ini, Presidennya Datuk Seri
Fadillah Yusof juga mengatakan bahawa Kementerian Pendidikan perlu mengkaji saranan itu
bagi melahirkan modal insan terutamanya generasi muda, yang berilmu dan dilengkapi nilai
moral serta beretika (Bernama, 2017). Dengan ini, jelaslah bahawa betapa pentingnya moral
dalam kehidupan kita dan pembentukan seseorang modal insan.

2.0 Konsep Moral

Perkataan moral berasal daripada perkataan Yunani “mores” yang bermaksud tingkah laku
yang sejajar dengan tatasusila dan peraturan masyarakat (Mohd, 2008). Menurut Kamus
Pelajar Baru (1989), moral adalah ajaran atau pegangan berkenaan buruk baik sesuatu
perbuatan. Dagobert D. Runes (2001) pula mengatakan bahawa moral adalah hal yang
mendorong manusia untuk melakukan tindakan-tindakan yang baik sebagai “kewajipan” atau
“norma”. Dalam konteks Pendidikan Moral, MC Phail (1972) telah mengatakan bahawa moral
ialah satu disiplin yang berkaitan dengan perlakuan melibatkan pembelajaran untuk hidup
atau berubah kepada yang lebih baik. Dengan ini, mengajar moral akan menjadi sukar dalam
Pendidikan Moral jika tidak tahu moraliti dan kemoralan (Bull, 2010).

Sehubungan itu, seseorang individu dianggap bermoral dan berakhlak mulia adalah
berdasarkan amalan atau tindakan yang dilakukannya. Antara tindakan atau amalan yang
dipraktikkan oleh insan bermoral adalah termasuklah pengawalan diri terhadap sesuatu
keinginan nafsu atau dapat menahan diri daripada melakukan kesalahan, kawalan terhadap
keperluan fizikal yang berdasarkan peraturan-peraturan diterima masyarakat, bertindak
secara rasional terhadap sesuatu keputusan moral yang melibatkan pentafsiran kognitif serta
sentiasa menjaga dan bertindak dalam keadaan yang berdisiplin serta menghayati nilai-nilai
murni masyarakat (Kwai, 2006).

Secara umum, moral ialah apa yang kita taksir atau nilai tentang tingkah laku manusia
tanpa bergantung pada seni estetika atau cita rasa. Menurut Mahatma Gandhi, nilai moral
warganegara bergantung kepada tingkah laku rakyatnya manakala Frankena (1973) telah
mengatakan bahawa nilai adalah sesuatu perbuatan yang “baik” dan “patut” dari segi moral.

MPU 3102 PENGENALAN KEPADA PENDIDIKAN MORAL 1


3.0 Penjelasan Enam Jenis Nilai

Dalam hal ini, nilai merupakan standard dan prinsip individu dalam
mempertimbangkan harga sesuatu benda dan juga kriteria pemilihan sesuatu benda, situasi
dan manusia. Pertimbangan ini termasuklah baik rupa, berfaedah, diingini atau sebaliknya
buruk, benci dan sebagainya (Kwai, 2006). Menurut Philip E. Jacob (1962), nilai ialah piawai
norma masyarakat yang dipengaruhi oleh perikemanusiaan (Sudarsih, 2017). Daripada tiga
konteks nilai, iaitu nilai sifat (attribute), nilai kadar dan nilai aksiologi, nilai aksiologilah yang
berkaitan dengan moral dan falsafah nilai atau nilai budi seseorang atau masyarakat (Eow
B.H., 2000). Individu menggunakan sesuatu nilai dalam pelbagai konteks dan cara. Justeru
wujudlah enam jenis bentuk nilai dalam konteks pembentukan kualiti seseorang.

Antaranya ialah nilai instrumental (ekstrinsik), nilai intrinsik, nilai subjektif, nilai objektif,
nilai relatif dan nilai mutlak (absolute) yang akan dijelaskan di bawah.

Nilai Instumental ( Ekstrinsik )

Nilai ini didefinisikan sebagai suatu kualiti yang diterima atau ditolak sebagai alat untuk
mencapai sesuatu. Ia juga bererti sebagai nilai kedua kerana bergantung kepada nilai lain
untuk mencapai matlamat, misalnya, jujur, rajin dan saling menghormati (Eow B.H., 2000).

Contoh :

Johan rajin belajar agar mendapat keputusan yang baik dalam peperiksaan.

(Nilai instrumental : rajin ; Matlamat utama : mendapat keputusan baik dalam peperiksaan)

Nilai Intrinsik

Nilai ini pula sebalik dengan nilai instrumental. Ia tidak perlu bergantung kepada nilai lain,
malah nilai ini sendiri merupakan kualiti dalaman seseorang individu, di mana telah
merangkumi pemikiran dan perasaan indiividu (Seng, 2016). Ia merupakan nilai yang diterima
atau ditolak kerana niat sendiri tanpa merujuk kepada kesannya seperti baik hati dan kasih
sayang.

Contoh:

Siti sentiasa menolong rakan-rakannya tanpa memandang ganjaran kerana dia seorang yang
baik hati.

MPU 3102 PENGENALAN KEPADA PENDIDIKAN MORAL 2


Nilai Subjektif

Nilai ini merupakan pandangan seseorang tentang sesuatu perkara sehingga menerima atau
menolak sesuatu nilai. Ia memberi gambaran terhadap minat, keinginan dan harapan
seseorang terhadap sesuatu nilai (Tobby, 2013).

Contoh :

Ibu bapa berpendapat bahawa kanak-kanak harus diberikan latihan yang banyak untuk
mendapat keputusan yang baik padahal tokoh pendidik berasa kanak-kanak harus diberikan
kebebasan untuk bermain agar mereka membina pengetahuan daripada permainan
bermakna.

Nilai Objektif

Nilai ini pula merupakan kualiti yang bernilai atau bebas daripada pilihan peribadi, diterima
atau ditolak berdasarkan satu set kriteria yang dipersetujui oleh semua atau kebanyakan
orang (Kwai, 2006).

Contoh :

Mencuri adalah sesuatu perbuatan yang dibantah dan tindakan yang buruk kepada semua
orang.

Nilai Relatif

Nilai relatif bermaksud nilai yang dibandingkan antara satu masyarakat dengan satu
masyarakat yang lain, bersifat arbitrati, diterima atau ditolak berdasarkan peraturan sesuatu
masyarakat bagi mencapai matlamat masyarakat tersebut (Eow B.H., 2000 & Seng, 2016).

Contoh:

Masyarakat timur lebih cenderung kepada gaya pakaian yang bertutup dan sopan manakala
masyarakat barat lebih biasa memakai pakaian yang terbuka dan bebas.

Nilai Mutlak (absolute)

Nilai yang tidak terikat kepada mana-mana kebiasaan masyarakat. Ia merupakan nilai sejagat
dan diterima umum serta akan dikekalkan sepanjang masa (Tobby, 2013).

MPU 3102 PENGENALAN KEPADA PENDIDIKAN MORAL 3


Contoh :

Menghormati orang tua merupakan sifat yang terpuji bagi semua orang.

4.0 Rumusan

Kesimpulannya, Pendidikan Moral merupakan mata pelajaran yang wajib diajarkan di


sekolah rendah mahupun sekolah menengah, baikpun pendidikan awal kanak-kanak. Hal ini
kerana ia penting dalam pembentukan kualiti peribadi seseorang atas panduannya untuk
hidup bermoral dan bermasyarakat di samping merealisasikan Falsafah Pendidikan
Kebangsaan (Keow, n.d.). Nilai moral juga penting diterapkan kepada kanak-kanak sejak kecil
lagi kerana ia berfungsi sebagai ukuran untuk membantu indiviidu mengenal pasti
kedudukannya dalam sesuatu isu sosial atau moral dan dijadikan sebagai refleksi kendiri bagi
mengelakkannya berbuat salah dan menjadi panduan hidup (Kwai, 2006).

MPU 3102 PENGENALAN KEPADA PENDIDIKAN MORAL 4