Anda di halaman 1dari 16

Karangan

TUNDINGAN
Spm 2016
Disediakan oleh:
Roslan bin daud
smk taman keramat, gombak

“BIAR SEDIKIT BENIH BUDI YANG


DITABUR ASALKAN TERUS TUMBUH
DENGAN SUBUR DAN MENEDUHI
ORANG LAIN.”

1
FOKUS 1 : AKIBAT KEJADIAN JEREBU

Bahagian A
[30 markah]
[Masa dicadangkan : 45 minit]

Lihat gambar rajah di bawah dengan teliti.


Huraikan pendapat anda tentang akibat-akibat kejadian jerebu. Panjangnya
huraian hendaklah antara 200 hingga 250 patah perkataan.

MASALAH JEREBU

Mengganggu kesihatan

Mengehadkan jarak penglihatan Menjejaskan hasil tanaman

2
CONTOH KARANGAN

(Ayat Rangsangan) Fenomena jerebu yang melanda negara kita bukanlah satu
isu yang baharu tetapi telah lapuk. (Ayat Huraian) Hal ini demikian kerana setiap dua
tahun sekali ruangan angkasa Malaysia akan dipenuhi asap tebal, debu dan benda
asing akibat pembakaran hutan di negara jiran kita, Indonesia. (Ayat Contoh)
Contohnya, pada tahun 2015, negara kita terpaksa menanggung akibat yang bukan
sedikit apabila kerajaan Indonesia gagal menyelesaikan masalah pembakaran hutan
yang dilakukan oleh petani dan pemilik tanah. (Ayat Huraian) Keadaan ini
diburukkan lagi dengan pertambahan bilangan kenderaan bermotor dan kilang yang
bagai cendawan tumbuh selepas hujan. (Ayat Arah) Persoalannya, apakah akibat-
akibat kejadian jerebu kepada masyakarat dan negara?
(Ayat Topik) Akibat yang paling teruk ialah masalah jerebu mengganggu
kesihatan manusia. (Ayat Huraian) Hal ini disebabkan oleh apabila jerebu berlaku,
manusia terpaksa menghirup udara yang kotor dan tercemar. (Ayat Contoh) Sebagai
contoh, masyarakat akan menghidapi batuk-batuk, sakit mata, alahan kulit, asma, dan
kerosakan paru-paru. (Ayat Kesan) Kesannya, aktiviti harian individu seperti
bersekolah, bekerja, beriadah dan sebagainya pasti terganggu. (Ayat Kesan) Dalam
pada itu, individu yang sakit sudah pasti terpaksa berkunjung ke hospital untuk
mendapatkan rawatan demi menyembuhkan penyakit. (Ayat Kesan) Oleh itu, situasi
ini telah menyebabkan bebanan kepada masyarakat, khususnya golongan yang hidup
kais pagi makan pagi, kais petang makan petang. (Ayat Penegasan) Tegasnya,
masalah jerebu telah mengganggu kesihatan manusia.

(Ayat Topik) Bukan itu sahaja, masalah jerebu mengehadkan jarak penglihatan
seseorang. (Ayat Huraian) Umum mengetahui bahawa jerebu yang tebal
menyebabkan manusia tidak mampu melihat sesuatu dari jarak yang jauh. (Ayat
Contoh) Sebagai tamsilan, banyak penerbangan di Lapangan Terbang Kuala Lumpur
(KLIA) terpaksa ditangguhkan dan dibatalkan suatu ketika dahulu. (Ayat Kesan)
Akibatnya, risiko kemalangan sama ada kemalangan di jalan raya, di udara mahupun
di air akan menjadi lebih tinggi. (Ayat Kesan) Secara tidak langsung, hal ini akan
membazirkan masa, tenaga dan kos individu. (Ayat Kesan) Tidak kurang juga, aktiviti
harian seperti persekolahan terpaksa dicutikan seperti yang berlaku di Daerah Ledang,
Muar kerana bacaan Indeks Pencemaran Udara melepasi tahap sangat berbahaya.
(Ayat Penegasan) Secara ringkasnya, masalah jerebu sememangnya menghedkan
jarak penglihatan.
(Ayat Topik) Selain itu, fenomena jerebu juga akan menjejaskan hasil tanaman
para petani. (Ayat Huraian) Hal ini dikatakan demikian kerana cahaya matahari tidak
dapat menembusi jerebu lalu proses fotosintesis tidak dapat dilakukan. (Ayat Contoh)
Misalnya, sayur-sayuran hijau tidak dapat tumbuh dengan subur kerana klorofil tidak
dapat menjalankan fungsinya kerana kekurangan cahaya matahari. (Ayat Kesan)
Impaknya, lubuk rezeki para petani terjejas kerana hasil pertanian tidak menjadi.
(Ayat Kesan) Bagi negara pula, sumber bekalan makanan untuk rakyat pasti terjejas
kerana hasil tanaman tidak mencukupi. (Ayat Kesan) Pada masa yang sama, negara
3
terpaksa mengimport makanan berasaskan pertanian seperti sayur-sayuran dan buah-
buahan sekali gus meningkatkan perbelanjaan kerajaan. (Ayat Penegasan) Pendek
kata, masalah jerebu akan menjejaskan hasil tanaman.
(Ayat Kesimpulan) Secara kesimpulannya, terdapat seribu satu keburukan
masalah jerebu jika tidak ditangani dengan proaktif. (Ayat Cadangan Umum)
Sehubungan dengan itu, kerjasama semua pihak persis peribahasa ke bukit sama
didaki, ke lurah sama dituruni amat diharapkan bagi menangani masalah jerebu. (Ayat
Cadangan Khusus) Oleh hal yang demikian, kerajaan Malaysia haruslah mengadakan
rundingan meja bulat dengan Indonesia bagi mencari jalan penyelesaian terdapat isu
jerebu serantau. (Ayat Cadangan Khusus) Masyarakat pula janganlah mengambil
sikap seperti enau dalam belukar, melepaskan pucuk masing-masing dengan
melakukan pembakaran terbuka. (Ayat Cadangan Khusus) Pihak berkuasa haruslah
menguatkuasakan undang-undang berkaitan alam sekitar seperti Akta Kualiti Alam
Sekeliling 1974 dengan lebih tegas. (Ayat Harapan) Semoga, dengan adanya usaha
sederap ini masalah jerebu yang melanda negara dapat dikurangkan seterusnya
menjamin persekitaran yang bersih dan selamat.

4
FOKUS 2 : FAEDAH MENJADI PENGGUNA BIJAK

Bahagian A
[30 markah]
[Masa dicadangkan : 45 minit]

Gambar rajah menunjukkan sebahagian daripada ciri-ciri pengguna bijak.


Huraikan pendapat anda tentang faedah-faedah menjadi pengguna bijak.
Panjangnya huraian hendaklah antara 200 hingga 250 patah perkataan.

PENGGUNA BIJAK

Mengelakkan pembaziran

Menjamin keselamatan Menjimatkan wang

5
CONTOH KARANGAN

(Ayat Rangsangan) Kenaikan harga barangan dan kos sara hidup menjadikan
pengguna, khususnya golongan yang hidupnya kais pagi makan pagi, kais petang
makan petang semakin terbeban. (Ayat Huraian) Hal ini dikatakan demikian kerana
kuasa beli mereka semakin rendah akibat sikap tamak penjual yang gemar
mengangguk di keruh dengan menyorok barang, menaikkan harga sesuka hati dan
menjual barang yang rosak. (Ayat Huraian) Sungguhpun demikian, menunding jari
dan menyalahkan penjual bulat-bulat juga tidak adil kerana banyak pengguna di
Malaysia masih tidak bijak. (Ayat Contoh) Contohnya, pasar raya dan gedung beli-
belah tidak pernah sunyi dengan kehadiran pelanggan, apatah lagi jika potongan harga
dilakukan maka berbondong-bondonglah pengguna membeli-belah. (Ayat Arah)
Persoalannya, apakah faedah-faedah yang diperoleh dengan menjadi penggunan yang
bijak?

(Ayat Topik) Kelebihan menjadi pengguna yang bijak ialah pengguna dapat
mengelakkan pembaziran. (Ayat Huraian) Umum mengetahui bahawa amalan
membazir ialah amalan yang negatif kerana dalam agama Islam ada menyebut,
membazir itu amalan syaitan. (Ayat Contoh) Sebagai contoh, pengguna yang bijak
harus menyediakan senarai barangan dan membeli-belah mengikut keperluan
bukannya kehendak. (Ayat Kesan) Kesannya, pengguna dapat membeli barangan yang
lain dengan menggunakan wang sedia ada. (Ayat Kesan) Dalam pada itu, pengguna
dapat membantu negara mengatasi masalah inflasi yang terus menghantui kehidupan
masyarakat. (Ayat Kesan) Oleh itu, pengguna juga dapat mengelakkan beban hutang
sehingga terpaksa diisytiharkan sebagai muflis. (Ayat Penegasan) Pendek kata,
pengguna yang bijak dapat mengelakkan pembaziran daripada berlaku.
(Ayat Topik) Di samping dapat mengelakkan pembaziran, pengguna yang
bijak sudah pasti menjamin keselamatan diri dan keluarga. (Ayat Huraian) Hal ini
disebabkan oleh terdapat pelbagai barangan yang dijual tidak mengikut spesifikasi
yang ditetapkan terutamanya kandungan. (Ayat Contoh) Misalnya, pengguna yang
bijak perlu meneliti tarikh luput bagi barangan yang sedia berbungkus, kandungan
bahan bagi makanan dan keadaan barangan yang mudah rosak seperti ikan, daging
dan sayur-sayuran sebelum membelinya. (Ayat Kesan) Impaknya, pengguna dapat
menghindari masalah keracunan makanan, sakit perut dan cirit-birit akibat makan
makanan yang rosak. (Ayat Kesan) Pada masa yang sama, pengguna dapat hidup
dalam keadaan yang sihat kerana tidak ada penyakit yang berdampingan. (Ayat Kesan)
Secara tidak langsung, pengguna dapat mengurangkan kos rawatan penyakit. (Ayat
Penegasan) Secara ringkasnya, pengguna yang bijak dapat menjamin keselamatan.

(Ayat Topik) Selain itu, pengguna yang bijak dapat menjimatkan wang
daripada membeli barangan yang tidak penting. (Ayat Huraian) Seperti yang kita
sedia maklum, tawaran dan promosi yang dilakukan oleh peniaga sering memancing
minat pengguna untuk mencuba dan membeli produk jika tidak kuat mengawal nafsu
belanja. (Ayat Contoh) Sebagai tamsilan, pengguna boleh menyimpan wang lebihan
belanja ataupun menetapkan simpanan sebanyak 50 sen pada setiap hari kerana
6
sedikit-sedikit, lama-lama menjadi bukit. (Ayat Kesan) Implikasinya, wang simpanan
boleh digunakan semasa kecemasan seperti kemalangan kerana malang tidak berbau.
(Ayat Kesan) Wang tabungan itu juga boleh menampung kos pengajian sekiranya
melanjutkan pelajaran ke menara gading. (Ayat Kesan) Dalam jangka masa yang
panjang, pengguna dapat membeli aset seperti kereta dan rumah demi kehidupan yang
selesa. (Ayat Penegasan) Tegasnya, pengguna yang bijak dapat menjimatkan wang.
(Ayat Kesimpulan) Secara kesimpulannya, terdapat seribu satu faedah menjadi
pengguna yang bijak ketika berbelanja. (Ayat Cadangan Umum) Sehubungan dengan
itu, kerjasama semua pihak persis peribahasa ke bukit sama didaki, ke lurah sama
dituruni amat diharapkan bagi melahirkan pengguna yang bijak. (Ayat Cadangan
Khusus) Oleh hal yang demikian, media massa haruslah mengwara-warakan kempen
kesedaran lebih agresif dan proaktif. (Ayat Cadangan Khusus) Persatuan pengguna
pula hendaklah mendidik pengguna agar lebih bijak dengan mengedarkan risalah
seperti yang dilakukan oleh Persatuan Pengguna Pulau Pinang. (Ayat Cadangan
Khusus) Perkara yang lebih penting ialah ibu bapa mestilah mendidik anak-anak
tentang langkah penjimatan semasa berbelanja sejak kecil kerana melentur buluh
biarlah dari rebungnya. (Ayat Harapan) Semoga dengan adanya usaha sederap ini,
impian murni kerajaan untuk melahirkan pengguna yang bijak bukan sekadar angan-
angan Mat Jenin.

7
FOKUS 3 : PUNCA-PUNCA KERACUNAN MAKANAN

Bahagian A
[30 markah]
[Masa dicadangkan : 45 minit]

Lihat gambar rajah di bawah dengan teliti.


Huraikan pendapat anda tentang punca-punca keracunan makanan. Panjangnya
huraian hendaklah antara 200 hingga 250 patah perkataan.

PUNCA KERACUNAN MAKANAN

Makanan telah rosak

Pengabaian aspek kebersihan Makanan dibiarkan terdedah

8
(Ayat Rangsangan) “Mati makan kenduri”, “127 pelajar keracunan” dan “38
mangsa sup” antara petikan tajuk akhbar arus perdana yang terhidang untuk santapan
mata kita. (Ayat Huraian) Seperti yang kita sedia maklum, masalah keracunan
makanan bukan sahaja menjejaskan kesihatan seperti sakit perut, muntah-muntah,
cirit-birit tetapi boleh membawa maut apabila badan kekurangan air. (Ayat Contoh)
Contohnya, kes seorang kanak-kanak lelaki yang maut kerana makan ayam goreng
yang dibeli di sebuah pasar malam di negeri Terengganu bagai meragut tangkai
jantung kita. (Ayat Kesan) Hal ini sudah pasti memberikan imej buruk buat penjual
kerana telah menjadi punca kematian seseorang. (Ayat Kesan) Maka, tidak
mustahillah negara kita dicap antara negara terkotor di dunia kerana kebersihan masih
tidak menjadi sebahagian daripada budaya dalam kehidupan masyarakat. (Ayat Arah)
Persoalannya, apakah punca-punca keracunan makanan yang terus berlaku di negara
kita?

(Ayat Topik) Punca perdana yang mendorong kepada permasalahan ini terus
menjadi rumit ialah makanan yang dimakan oleh masyarakat telah rosak. (Ayat
Huraian) Hal ini dikatakan demikian kerana kebanyakan masyarakat di negara kita
tidak cakna untuk melihat tarikh luput barangan yang dibeli terutamanya makanan di
dalam tin dan makanan berbungkus. (Ayat Huraian) Selain itu, terdapat makanan
yang mudah rosak seperti susu, ikan, daging dan ayam tetap dijual walaupun telah
rosak dan busuk. (Ayat Huraian) Situasi ini berlaku apabila pihak penjual masih
menjual makanan yang telah melepasi tarikh luput kerana ingin mengaut keuntungan.
(Ayat Contoh) Misalnya, seramai 49 orang pelajar asrama Sekolah Menengah
Kebangsaan Guar Chempedak, Jerai telah mengalami keracunan makanan setelah
makan pau yang lembik dan basi. (Ayat Kesan) Akibatnya, masalah keracunan bukan
sahaja menjejaskan kesihatan pesakit tetapi juga mengganggu rutin harian seperti
tidak boleh belajar dan bekerja. (Ayat Penegasan) Secara ringkasnya, masalah
keracunan makanan disebabkan oleh pengguna makan makanan yang telah rosak.

(Ayat Topik) Di samping makanan yang telah rosak, pengabaian aspek


kebersihan turut menjadikan masalah keracunan makanan terus berlaku. (Ayat
Huraian) Hal ini disebabkan oleh pengendali makanan tidak menjaga kebersihan diri
seperti tidak memotong kuku, tidak memakai tudung atau tidak membasuh tangan
dengan bersih sebelum menyediakan makanan. (Ayat Huraian) Tidak kurang juga,
peralatan memasak dan kebersihan persekitaran seperti longkang tidak dititikberatkan
oleh pengendali makanan dan pemilik premis. (Ayat Huraian) Lebih malang lagi,
pemantauan yang dilakukan oleh Jabatan Kesihatan terhadap premis makanan tidak
kerap dan berkala menyebabkan premis tidak menjaga kebersihan. (Ayat Contoh)
Umpamanya, 261 buah dapur asrama dan kantin diarahkan oleh Jabatan Kesihatan
untuk ditutup kerana kotor setelah diperiksa sepanjang bulan Januari hingga Ogos
2016. (Ayat Kesan) Impaknya, kekotoran telah mengundang serangga dan haiwan
pembawa penyakit seperti lipas, lalat dan tikus. (Ayat Penegasan) Pendek kata,
masalah keracunan makanan yang berlaku di negara kita berpunca daripada
pengabaikan aspek kebersihan.

9
(Ayat Topik) Bukan itu sahaja, makanan dibiarkan terdedah juga dikenal pasti
menjadi penyebab masalah keracunan makan berlaku. (Ayat Huraian) Umum
mengetahui bahawa makanan yang tidak ditutup dengan sempurna akan berisiko
untuk dihinggap oleh lalat dan meninggalkan bakteria dan mikroorganisma melalui
kakinya. (Ayat Huraian) Tambahan pula, makanan yang terdedah ini juga
kebiasaannya telah dicemari oleh debu dan asap dari persekitaran, terutamanya bagi
kedai makan yang terletak di bahu jalan. (Ayat Huraian) Realitinya, makanan yang
dihidangkan di restoran dan warung tidak ditutup kerana untuk memancing perhatian
pelanggan tanpa memikirkan kesan yang bakal ditanggung oleh pelanggan. (Ayat
Contoh) Sebagai tamsilan, menurut pakar pemakanan, makanan yang dibiarkan
terdedah selama empat jam mendorong kuman membiak dengan cepat. (Ayat Kesan)
Implikasinya, kuman yang terkandung dalam makanan boleh merebak ke dalam darah
dan mengakibatkan komplikasi. (Ayat Penegasan) Sesungguhnya, masalah keracunan
makanan yang terjadi adalah disebabkan oleh makanan dibiarkan terdedah.
(Ayat Kesimpulan) Secara intihanya, terdapat seribu satu faktor yang menjadi
pemangkin kepada kejadian keracunan makanan di negara kita. (Ayat Cadangan
Umum) Sehubungan dengan itu, kerjasama semua pihak bagai aur dengan tebing
amatlah dituntut bagi menangani masalah keracunan makanan yang kian berleluasa
kerana tidak ada penyakit yang tidak ada penawar dan tidak ada masalah yang tiada
jalan penyelesaian. (Ayat Cadangan Khusus) Oleh itu, pihak berkuasa seperti Jabatan
Kesihatan perlulah melakukan pemantauan secara agresif dan tidak bermusim bagi
memastikan tahap kebersihan sentiasa cemerlang. (Ayat Cadangan Khusus) Dalam
pada itu, pihak sekolah hendaklah mendidik murid-murid sejak kecil tentang tanda-
tanda mengenal pasti makanan yang basi, iaitu lihat, hidu dan rasa kerana melentur
buluh biarlah dari rebungnya. (Ayat Cadangan Khusus) Usaha yang lebih mustahak
ialah pengendali makanan dan pemilik premis haruslah menjaga kebersihan. (Ayat
Harapan) Semoga dengan adanya usaha sederap ini, masalah keracunan makanan
dapat diatasi dan bukanlah sekadar menjadi angan-angan Mat Jenin untuk melahirkan
generasi yang sihat.

10
FOKUS 4 : RENCANA ‘USAHA MEMAJUKAN SEKTOR PELANCONGAN’
Malaysia sememangnya kaya dengan keindahan alam semula jadi, bangunan
bersejarah dan keunikan budaya masyarakat berbilang kaum. Sehubungan dengan itu,
anda ingin menulis rencana bertajuk ‘Usaha Memajukan Sektor Pelancongan di
Malaysia’ untuk dimuatkan dalam majalah pelancongan.
Tulis rencana anda selengkapnya.

Usaha Memajukan Sektor Pelancongan di Malaysia


Oleh: Adib Safwan bin Mohd Sofi

(Ayat Rangsangan) Malaysia sememangnya tanah bertuah kerana mempunyai


destinasi pelancongan yang kaya dengan keindahan alam semula jadi, bangunan
bersejarah dan keunikan budaya masyarakat berbilang kaum. (Ayat Huraian) Umum
mengetahui bahawa kedudukan Malaysia yang terletak di garisan khatulistiwa telah
menjadikan negara kita dilitupi kehijauan hutan yang amat luas. (Ayat Huraian) Tidak
kurang juga, kedatangan penjajah seperti Portugis dan Bristish telah meninggalkan
bangunan bersejarah yang menjadi bukti maujud pertapakan mereka di negara ini.
(Ayat Huraian) Tambahan pula, kewujudan masyarakat berbilang bangsa di Malaysia
disebabkan oleh imigran yang diperlukan untuk bekerja di estet getah dan lombong
bijih timah kerana tanah ini menjadi lubuk rezeki. (Ayat Contoh) Contohnya,
Malaysia mempunyai gugusan pulau yang menarik seperti Pulau Sipadan dengan air
sejernih kaca dan hidupan marin yang berwarna-warni. (Ayat Contoh) Kota A’
Famosa di Melaka misalnya merupakan contoh bangunan bersejarah yang berusia
lebih daripada 100 tahun. (Ayat Contoh) Perayaan, tarian, makanan, pakaian dan
tarian yang diwarisi oleh masyarakat pelbagai kaum di Malaysia antara budaya yang
menjadi kebanggaan agar tidak lapuk dek hujan, tak lekang dek panas. (Ayat Arah)
Persoalannya, apakah usaha-usaha memajukan sektor pelancongan di Malaysia?

(Ayat Topik) Bagi memajukan sektor pelancongan di negara kita, kerajaan


perlulah memperuntukkan dana yang besar agar industri yang menguntungkan ini
terus memacu ekonomi negara. (Ayat Huraian) Hal ini dikatakan demikian kerana
sumber kewangan yang mencukupi amat diperlukan untuk merealisasikan segala
perancangan yang telah dirangka. (Ayat Huraian) Barangkali kita pernah mendengar
ungkapan bahawa duit bukanlah segala-galanya dalam dunia, tetapi segala-galanya
memerlukan duit. (Ayat Contoh) Sebagai contoh, kerajaan perlulah memperuntukkan
dana semasa pembentangan Belanjawan Negara seperti setiap tahun. (Ayat Contoh)
Tindakan kerajaan pusat yang memperuntukkan RM316 juta untuk pelbagai program
di bawah Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia semasa pembentangan
Belanjawan Tahun 2015 perlu dipuji memandangkan sektor ini menjamin pulangan
yang lumayan. (Ayat Contoh) Tambahan pula, dana tersebut boleh digunakan untuk
menaik taraf infrasturktur sedia ada seperti membina lebuh raya, MRT dan landasan
kereta api di seluruh negara. (Ayat Kesan) Kesannya, prasarana yang lengkap ini

11
dapat memberikan kemudahan dan keselesaan kepada pelancong yang berlibur di
negara kita. (Ayat Kesan) Secara tidak langsung, hal ini mencerminkan bahawa
kerajaan amat komited dalam memajukan sektor pelancongan. (Ayat Penegasan)
Tuntasnya, kerajaan hendaklah memperuntukkan dana yang besar dalam usaha
memajukan sektor pelancongan bukan sahaja di rantau ini tetapi juga di seluruh dunia.
(Ayat Topik) Di samping pihak kerajaan, media massa juga hendaklah
mengwara-warakan kempen pelancongan secara agresif dan menarik sebagai usaha
memajukan industri pelancongan di negara kita. (Ayat Huraian) Hal ini dikatakan
demikian kerana promosi yang berkesan amat membantu negara untuk menarik lebih
ramai pelancong ke negara yang permai ini. (Ayat Huraian) Umum mengetahui
bahawa media massa mempunyai kuasa luar biasa untuk mempengaruhi dan
mengubah pemikiran serta tindakan masyarakat. (Ayat Contoh) Sebagai misalan,
kerajaan Negeri Terengganu dengan kerjasama TV3 telah menerbitkan rancangan
Teganu Kita yang memaparkan tarikan pelancongan di negeri itu, antaranya tenunan
songket, cantingan batik, keropok lekor, penyu dan nasi kerabu. (Ayat Contoh)
Tambahan pula, radio pula boleh menyiarkan lagu Cuti-cuti Malaysia dan
memperkenalkan segmen pelancongan untuk mempromosikan destinasi menarik
terutamanya pada waktu puncak. (Ayat Contoh) Tidak lupa juga, akhbar arus perdana
seperti Utusan Malaysis melalui ruangan Rekreasi dan majalah pelancongan seperti
Libur boleh menyiarkan artikel dan foto tempat-tempat menarik di seluruh negara.
(Ayat Kesan) Impaknya, tindakan ini sudah pasti membuka ruang kepada pelancong
untuk memilih destinasi percutian mereka kerana rambut sama hitam, hati lain-lain.
(Ayat Kesan) Pada masa yang sama, sajian ini juga sudah tentu dapat mengubah
perspektif rakyat kita bahawa segala-galanya ada di Malaysia. (Ayat Penegasan)
Secara ringkasnya, media massa seperti televisyen, radio dan akhbar harus
menghebahkan kempen pelancongan dengan agresif agar memajukan sektor
pelancongan.

(Ayat Topik) Bukan itu sahaja, agensi pelancongan perlulah menawarkan


tawaran yang menarik untuk pelancong sebagai satu cara untuk menarik mereka
menjadikan Malaysia sebagai destinasi liburan. (Ayat Huraian) Umum mengetahui
bahawa promosi yang berkesan menjadi umpan yang paling berguna dalam
merealisasikan hasrat ini. (Ayat Huraian) Sesungguhnya, kebijaksanaan seseorang
pengurus pelancongan akan menentukan jatuh bangun perusahaan yang sedang
ditanganinya. (Ayat Contoh) Umpamanya, pihak pengusaha inap desa perlu
mempamerkan keistimewaan sesebuah tempat seperti yang dilakukan oleh Inap Desa
Sungai Haji Dorani di Sungai Besar yang memberikan peluang kepada tetamu untuk
merasai pengalaman bersawah padi dan memancing ikan di tali air. (Ayat Contoh)
Tidak kurang juga, pengurusan penerbangan boleh melancarkan kempen harga runtuh
bagi tiket penerbangan seperti yang dilakukan oleh syarikat penerbangan tambang
murah tersohor negara, Air Asia. (Ayat Contoh) Seyogianya, setiap inap desa atau
pusat pelancongan harus menawarkan perkhidmatan jurupelancong, seelok-eloknya
orang tempatan bagi menceritakan sejarah asal usul sesebuah tempat dengan lebih
mendalam. (Ayat Kesan) Implikasinya, bilangan pelancong yang berkunjung ke
12
negara ini akan bertambah sekali gus menjanakan ekonomi negara agar duduk sama
rendah, berdiri sama tinggi dengan negara maju. (Ayat Kesan) Secara tidak langsung,
negara kita mampu menjadi sebagai pusat pelancongan terkemuka di rantau ini. (Ayat
Penegasan) Pendek kata, demi memajukan sektor pelancongan, tawaran yang
menarik untuk para pelancong perlulah disediakan oleh agensi pelancongan.

(Ayat Kesimpulan) Secara kesimpulannya, terdapat seribu satu usaha yang


perlu dijalankan oleh pelbagai pihak bagi memastikan sektor pelancongan terus
menyumbang kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK). (Ayat Cadangan
Umum) Sehubungan dengan itu, semua pihak perlulah memikul obligasi tanpa
berbelah hati seperti peribahasa ke bukit sama didaki, ke lurah sama dituruni. (Ayat
Huraian) Kendatipun begitu, setiap usaha pasti ada cabarannya kerana bumi mana
yang tidak ditimpa hujan, laut mana yang tidak bergelora. (Ayat Huraian) Masalah
kebersihan seperti tandas, longkang, dan sampah sarap menjadi batu penghalang
kepada negara kerana kebersihan persekitaran menjadi imej yang perlu dititikberatkan.
(Ayat Harapan) Semoga dengan adanya usaha sederap ini, hasrat kerajaan untuk
setaraf dengan negara Perancis sebagai negara yang paling banyak dilawati oleh
pelancong pada tahun 2015 bukan sekadar angan-angan Mat Jenin. (Ayat Harapan)
Seandainya impian murni ini dapat direalisasikan, maka Malaysia akan duduk sama
rendah, berdiri sama tinggi dengan negara yang paling banyak dikunjungi oleh
pelancong. (Ayat Harapan) Saya cukup optimistik bahawa sektor pelancongan akan
terus menjadi penyumbang utama kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK)
negara jika prakarsa yang efektif diambil.

13
FOKUS 5 : SYARAHAN ‘BELILAH BARANG BUATAN MALAYSIA’
Pembelian barangan buatan tempatan seperti kenderaan, produk kraf dan pelancongan
dalam negara memberikan keuntungan kepada masyarakat dan negara. Sempena Hari
Pengguna, anda ingin menyertai pertandingan syarahan. Tajuk yang anda pilih ialah
“Belilah Barang Buatan Malaysia”.
Tulis teks syarahan anda selengkapnya.
Cahaya bulan terang-benderang,
Nampak berbalam di Tasik Bera;
Barangan tempatan kualiti tak kurang,
Ekonomi maju rakyat sejahtera.

Terima kasih buat saudari pengerusi majlis yang cukup anggun pada pagi yang
mulia ini. Yang berusaha, Encik Sajoli bin Masdor, Pegawai Pendidikan Daerah
Gombak. Yang berusaha, Puan Shrifah Zahrah binti Syed Abu Bakar, Pengetua
Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Keramat. Yang arif lagi bijaksana, barisan
hakim yang berpaksikan keadilan. Yang dihormati, para peserta yang petah berbicara
lagi bernas idea yang dituturkan. Seterusnya, yang dikasihi para pendengar seisi
dewan intelektual ini. Tujuan saya berdiri di pentas ini adalah untuk menyampaikan
sebuah syarahan yang bertajuk ‘Belilah Barang Buatan Malaysia’.

Hadirin yang saya muliakan,

(Ayat Rangsangan) Reliatinya, Kempen Belilah Barang Buatan Malaysia yang


dijenamakan oleh kerajaan semula sebenarnya ialah kesinambungan daripada kempen
Belilah Barang Buatan Malaysia yang dilancarkan pada 4 April 1984 oleh Perdana
Menteri ketika itu, Datuk Seri Dr. Mahathir Mohamad. (Ayat Huraian) Sungguhpun
begitu, kempen ini seakan-akan mendapat sambutan dingin oleh masyarakat
memandangkan masyarakat lebih gemar membeli barangan buatan import. (Ayat
Contoh) Buktinya, walaupun jumlah eksport lebih tinggi berbanding jumlah import
pada tahun 2015, namun perbezaan yang kecil seperti yang diumumkan oleh Menteri
Perdagangan Antaranbangsa dan Industri Kedua jelas menunjukkan bahawa rakyat
masih mempunyai tanggapan negatif terhadap barangan tempatan. (Ayat Huraian) Hal
ini juga turut disebabkan oleh sikap masyarakat kita yang menunjuk-nunjuk dan ingin
mempamerkan kemewahan seperti peribahasa biar papa asalkan bergaya. (Ayat
Huraian) Lebih memburukkan keadaan apabila kebanyakan pemilik pasar raya
seakan-akan menganaktirikan produk tempatan kerana tidak ditonjolkan berbanding
dengan barangan import. (Ayat Kesan) Sekiranya hal ini berterusan, timbullah
kerugian bukan sahaja kepada negara tetapi juga kepada masyarakat. (Ayat Arah)
Persoalannya, apakah kepentingan membeli barangan buatan tempatan kepada
masyarakat dan negara?
(Ayat Topik) Kepentingan perdana menyokong Kempen Belilah Barang
Buatan Malaysia ialah kempen ini dapat membuka peluang pekerjaan kepada

14
masyarakat. (Ayat Huraian) Hal ini dikatakan demikian kerana pelbagai jenis
pekerjaan yang ditawarkan oleh syarikat terkemuka mahupun perusahaan kecil-
kecilan seperti industri sederhana dan kecil. (Ayat Huraian) Tambahan pula, peluang
pekerjaan yang ditawarkan bukan sahaja memerlukan seseorang memiliki tahap
pendidikan yang tinggi seperti ijazah dan diploma tetapi juga ada pekerjaan yang
tidak memerlukan sebarang sijil akademik. (Ayat Contoh) Sebagai contoh, sokongan
masyarakat terhadap produk tempatan seperti batik, songket, kuih-muih tradisional
dan anyaman menjadikan pengusaha memerlukan pekerja mahir dan separuh mahir
untuk menghasilkan barangan bagi memenuhi permintaan di pasaran. (Ayat Contoh)
Begitu juga dengan permintaan terhadap kereta tempatan seperti Proton dan Perodua
akan menjadikan pengusaha kilang menawarkan pekerjaan sebagai juruteknik,
pemandu lori dan pekerja kilang untuk menghasilkan kereta nasional. (Ayat Kesan)
Kesannya, sokongan masyarakat terhadap Kempen Belilah Barang Buatan Malaysia
akan mengurangkan kadar pengangguran yang kian meningkat dari semasa ke semasa
sehingga menjejaskan produktiviti negara. (Ayat Kesan) Masalah jenayah seperti
ragut, rompakan dan pecah rumah juga pasti dapat dikurangkan kerana masyarakat
mempunyai pendapatan yang tetap. (Ayat Kesan) Dalam jangka masa yang panjang,
taraf hidup masyarakat dapat ditingkatkan sekali gus merapatkan jurang kemiskinan
antara penduduk bandar dengan luar bandar yang hidupnya kais pagi makan pagi, kais
petang makan petang seperti yang dihasratkan oleh pemimpin kita. (Ayat Penegasan)
Pendek kata, peluang pekerjaan dapat dibuka sekiranya sokongan rakyat terhadap
barangan tempatan tidak berbelah bahagi.

Sidang dewan yang saya hormati,


(Ayat Topik) Di samping membuka peluang pekerjaan kepada masyarakat,
sokongan terhadap kempen ini juga dapat menjimatkan perbelanjaan kerajaan. (Ayat
Huraian) Hal ini disebabkan oleh kerajaan tidak perlu mengimport barangan luar
yang kononnya lebih berkualiti daripada barangan tempatan. (Ayat Huraian) Dengan
kata lain, masyarakat yang berbangga dengan produk tempatan menjadikan
permintaan terhadap barangan luar menjadi berkurangan. (Ayat Contoh) Sebagai
tamsilan, pembelian buah-buahan tempatan dan sayur-sayuran yang ditanam di dalam
negara seperti dari Kundasang dan Cameron Highlands dapat menjimatkan kos import
barangan ini sebanyak RM2 bilion saban tahun. (Ayat Contoh) Begitu juga dengan
pemilihan masyarakat untuk makan angin di dalam negara seperti Pulau Langkawi,
Kuala Lumpur dan Taman Negara Kinabalu sudah tentu dapat memulihkan ekonomi
negara. (Ayat Kesan) Impaknya, masyarakat dapat membantu negara mengurangkan
pengaliran wang keluar negara melalui pembelian barangan tempatan. (Ayat Kesan)
Dalam jangka masa yang panjang, nilai mata wang negara dapat distabilkan
seterusnya mengelakkan inflasi terus menekan kehidupan masyarakat. (Ayat Kesan)
Dari sudut sosial pula, wang tersebut boleh dilaburkan untuk membangunkan
prasarana bagi keselesaaan dan kemudahan rakyat. (Ayat Penegasan) Secara
ringkasnya, Kempen Belilah Barang Buatan Malaysia dapat menjimatkan
perbelanjaan kerajaan.

15
(Ayat Topik) Bukan itu sahaja, Kempen Belilah Barang Buatan Malaysia dapat
meningkatkan imej negara di seluruh pelosok dunia. (Ayat Huraian) Umum
mengetahui bahawa setiap negara berlumba-lumba untuk memperkenalkan nama
negara masing-masing dengan produk yang tersendiri. (Ayat Huraian) Hal ini
berpunca daripada setiap jenama keluaran sesebuah negara akan menjadi buah mulut
masyarakat dunia seperti Samsung dari Korea Selatan, Apple dari Amerika Syarikat,
Honda dari Jepun dan Gucci dari Itali. (Ayat Contoh) Umpamanya, kartun seperti
Upin dan Ipin yang amat popular dan menjadi fenomena di negara jiran, Indonesia
sedikit sebanyak telah membantu negara kita mempromosikan jenama tempatan di
luar negara. (Ayat Contoh) Keluaran kereta Proton pada tahun 1987 oleh negara kita
yang baru membangun pada ketika itu telah membuka mata banyak pihak kerana
Malaysia juga mampu menjadi pengeluar kereta. (Ayat Kesan) Implikasinya, produk
tempatan mula mendapat tempat dan kepercayaan masyarakat bukan sahaja domestik
tetapi juga antarabangsa. (Ayat Kesan) Dengan demikian, negara kita juga dapat
membuktikan bahawa modal insan yang lahir di negara ini mampu bersaing di arena
antarabangsa, bukan sekadar menjadi jaguh kampung. (Ayat Kesan) Barangkali,
dengan kemegahan ini negara kita akan menjadikan para pelabur untuk menanam
modal terhadap barangan tempatan. (Ayat Penegasan) Sesungguhnya, imej negara
yang baik dapat dicipta melalui sokongan masyarakat terhadap kempen ini.

Hadirin yang saya kasihi,


(Ayat Kesan) Tak sungguh tak melata, tak sungguh orang tak kata bahawa
Kempen Belilah Barang Buatan Malaysia mempunyai seribu satu kebaikan kepada
masyarakat dan negara. (Ayat Cadangan Umum) Sehubungan dengan itu, kerjasama
semua pihak persis peribahasa ke bukit sama didaki, ke lurah sama dituruni amat
diharapkan bagi menjayakan Kempen Belilah Barang Buatan Malaysia. (Ayat
Cadangan Khusus) Oleh hal yang demikian, media massa haruslah mengwara-
warakan kempen kesedaran lebih agresif dan proaktif melalui televisyen, radio dan
surat khabar. (Ayat Cadangan Khusus) Persatuan pengguna pula hendaklah mendidik
pengguna agar lebih bijak dengan mengedarkan risalah. (Ayat Cadangan Khusus)
Perkara yang lebih penting ialah ibu bapa mestilah mendidik anak-anak tentang
kepentingan membeli barangan buatan tempatan sejak kecil kerana melentur buluh
biarlah dari rebungnya. (Ayat Harapan) Semoga dengan adanya usaha sederap ini,
impian murni kerajaan untuk memajukan ekonomi negara bukan sekadar angan-angan
Mat Jenin. (Ayat Harapan) Saya cukup yakin, sekiranya tanggapan negatif pengguna
terhadap jenama tempatan dapat dikikis, sudah pasti barangan keluaran negara akan
mendapat sambutan. Saya akhiri syarahan saya dengan serangkap pantun;

Putih bersih bunga siantan,


Dahan merekah menimpa genting;
Bijak memilih barangan tempatan,
Harga pun murah kualiti setanding.

Sekian, terima kasih.


16

Anda mungkin juga menyukai