Anda di halaman 1dari 8

PENERBITAN VIDEO

KREW PENGGAMBARAN DI LOKASI


a) PENGARAH
b) PENOLONG PENGARAH
c) PENASIHAT SKRIP/PEMBANTU SKRIP
d) PENGARAH DIALOG
e) PENGARAH FOTOGRAFI / JURUKAMERA
f) JURU AUDIO
g) PENATA CAHAYA
h) JURU SOLEK
i) PEMEGANG CLAPER BOARD
j) CONTYGIRL
a. PENGARAH
 Pengarah memilih dan mementaskan bahan yang akan digambarkan dalam
shot.
 Tanggung jawab utama di lokasi ialah menyusun, mengarah aksi, perletakan
kamera dan menentukan shot yang harus digunakan.
 Menyelesaikan masalah krew dan juga pelakon.
ARAHAN PENGARAH DI LOKASI
- ‘QUITE ON THE SET!’ SOUND READY’
- ‘YES’
- ‘ROLL SOUND’
- ‘SPEED’
- ‘CAMERA ROLL’
- ‘ROLLING’
- ‘MARK IT’
- ‘SCENE 15, SHOT 1, TAKE 3’
- ‘ACTION’
- ‘CUT’

b. PENOLONG PENGARAH
 Menentukan produksi berjalan lancer dan mengikut jadual.
 Menyampaikan segala maklumat dari Pengarah kepada pelakon dan krew.
 Merancang pergerakan pelakon ketika raptai bersama pelakon, kamera dan
cahaya.
 Member taklimat kepada pelakon dan krew untuk penggambaran pada hari
esok.
 Menguruskan pelakon tambahan dan orang ramai serta memastikan orang
yang tidak terlibat tidak berada dalam set penggambaran.

c. PENASIHAT / PEMBANTU SKRIP


 Mencatatkan shot-shot yang diambil.
 Mencatat perubahan dialog, aksi, lokasi, set, props, hiasan, kostum, pergerakan
kamera dan segala komen yang dibuat oleh Pengarah.

d. PENGARAH DIALOG
 Ketika raptai Pengarah Dialog menyemak skrip dengan pelakon untuk
memastikan mereka tahu dialog masing-masing dan membantu mereka
menyampaikannya.
 Memberitahu Penasihat Skerip jika ada sebarang perubahan dialog ketika sesi
latihan di luar kamera.
 Memberitahu pengarah dan pembantu skrip sebarang perbezaan skrip selepas
setiap rakaman diambil.
 Tidak semua produksi mempunyai Pengarah Dialog dan ini diambil oleh
Pembantu skrip.

e. JURUKAMERA / PENGARAH FOTOGRAFI


 Dikenali juga sebagai Pengarah Fotografi atau Sinematografer.
 Menyediakan peralatan sebelum penggambaran.
 Meletakkan kamera mengikut yang dikehendaki oleh Pengarah.
 Menentukan shot, kedudukan, sudut dan pergerakan kamera namun
keputusan akhir ditentukan oleh Pengarah.
 Bekerja sama dengan Penata Cahaya serta menentukan tiada
sebarangbenda yang tidak perlu dalam bingkai ketika shot diambil.

f. JURU RAKAM BUNYI/ BOOM OPERATOR


 Menghasilkan bunyi yang baik seperti bebas dari bunyi latar belakang yang
hingar.
 Dalam pembikinan filem ia mengendalikan alat perakam, mikrofon, dan
menggunakan earphone.
 Dalam penerbitan video ia mengawal volume rakaman audio di kamera.
 Berbincang dengan jurukamera untuk menentukan kedudukan mikrofon.

g. PENATA CAHAYA
 Memberi kerjasama kepada Pengarah, Pengarah Seni, serta pengarah
Fotografi untuk mencipta pencahayaan yang sesuai. SESUAI.

h. JURUSOLEK
 Membantu pelakon merealisasikan perwatakannya mengikut yang
dikehendaki oleh skrip.
 Menggunakan tiga katagori solekan iaitu solekan langsung, solekan watak
dan solekan kesan khas.

i. PEMEGANG CLAPERBOARD
 Memegang clapperboard dihadapan kamera setiap kali sebelum shot
dirakam.

j. CONTYGIRL
 Menjaga segala kesinambungan/ continuity ketika penggambaran.
 Menjaga kesinambungan shot-shot, pergerakan, pakaian dan sebagainya.
 Membuat catatan di Film atau Video Recording Sheet.

h. PELAKON
 Bersedia menurut arahan Pengarah
 Mampu menghidupkan watak yang dibawanya.
 Mesti sentiasa bersedia untuk berada dalam wataknya.
GERAK KERJA KAMERA

i. JENIS / SAIZ SHOT ii. PERGERAKAN KAMERA


iii. SUDUT KAMERA iv. KOMPOSISI
v. SCREEN DIRECTION/ CONTINUITY
i. JENIS / SAIZ SHOT
 Wide shot atau very long shot(WS)
 Long shot (LS)
 Medium shot(MS):
 Medium Close up(MCU)
 Close up
 Big Close Up
 Extreme Close Up
 Two shot: Dua subjek dalam bingkai
 Point of view shot: rakaman pandangan subjek
 Over shoulder shot: rakaman di belakang bahu subjek atau pelakon
 Reverse shot: kamera sebagai pemerhati kedua subjek yang sedang
berkomunikasi.

ii. PERGERAKAN KAMERA


 STILL
 PAN LEFT/RIGHT
 TILT UP/DOWN
 CRANE UP/DOWN
 ZOOM IN/OUT
 DOLLY IN/OUT
 TRACK

PAN LEFT/RIGHT : pergerakan pan kanan dan kiri.


TILT UP / DOWN : pergerakan tilt up dan tilt down
CRANE UP / DOWN : pergerakan jurukamera crane up dan down

iii. SUDUT KAMERA


 MENDATAR/ HORRIZONTAL
o FRONT
o - ¾ FRONT
o - PROFILE
o - ¾ BACK
o – BACK
 SUDUT KAMERA: MENDATAR/ HORIZONTAL
o Sudut kamera secara mendatar
 MENEGAK / VERTICAL
o - EXTREME HIGH ANGLE
o - HIGHT ANGLE
o - EYE LEVEL
o - LOW ANGLE
o - EXTREME LOW ANGLE
SUDUT KAMERA: MENEGAK/ VERTICAL

Sudut kamera secara menegak


 AERIAL VIEW: Pandangan atas
o Rakaman dari atas helicopter, bangunan tinggi atau tanah tinggi.

iv. KOMPOSISI

- Adalah berkaitan dengan aksi, pergerakan dan kandungan dalam shot-shot


tertentu.
o HEAD ROOM
o LOOKING ROOM
o WALKING ROOM

v. SCREEN DIRECTION/ CONTINUITY

o - Arah atau pergerakan subjek dalam bingkai atau frame.

- ‘screen direction’ lebih mudah dikekalkan jika memahami prinsip ‘action axis’ atau
‘imaginary line’. screen direction

PENCAHAYAAN

Tujuan asas pencahayaan ialah


 mendapatkan satu pendedahan yang sempurna bagi meningkatkan
kualiti gambar.
 Untuk menghasilkan mode sesebuah cerita.
SUMBER CAHAYA

i. CAHAYA SEMULA JADI (MATAHARI)


ii. CAHAYA BUATAN(LAMPU)

KUALITI CAHAYA

i. SOFT-LIGHT
ii. HARD-LIGHT

 SOFT LIGHT
o Cahaya yang terserak(diffused)
o Bayang menjadi nipis atau kurang.

 ii. HARD LIGHT


o - Merupakan cahaya yang kuat.
o - Ia menghasilkan bayang yang jelas.
BASIC LIGHTING

- Gunakan satu Key Light.


- Tidak kelihatan menarik.

THREE POINT LIGHTING

KEY LIGHT
KEY LIGHT + FILL LIGHT
KEY + FILL + BACK
THREE POINT LIGHTING - STUDIO BALANCED LIGHTING
 GUNAKAN KEY LIGHT
 FILL LIGHT
 BACK LIGHT
 SET LIGHTING
 THREE POINT LIGHTING – SUBJEK RAMAI

SPECIAL LIGHTING EFFECT


 DARI BAWAH/ BELOW
o bila digandingkan dengan latar belakang yang gelap atau tiada
cahaya langsung, subjek kelihatan misteri atau seram.
 ABOVE
o Subjek atau seluruh babak kelihatan redup.
 SIDE
o Menyerlahkan kesan dramatic.
PASCA PRODUKSI

Di fasa Pasca Produksi semua hasil penggambaran yang telah dibuat akan ditonton
semula atau di preview.
o Penerbit, Pengarah dan Jurukamera akan mengkaji segala bahan.
o Jika terdapat sebarang shot yang rosak, penggambaran semula akan
dilakukan.
PROSES-PROSES PASCA PRODUKSI
 PENYUNTINGAN
o Dalam produksi, satu shot yang diambil tidak membawa sebarang makna.
o - Semua shot akan dicantumkan untuk membina sebuah babak dan
seterusnya menjadi sebuah filem.
o - Proses meletakkan keseluruhan shot bersama kepada bentuk yang
terakhir.
o - Melibatkan pemilihan shot, penyusunan shot dan babak serta
pengadunan audio.
o - Tugas menyunting dilakukan oleh penyunting.
o - Penyunting mempunyai kebebasan menyunting namun Pengarah
mempunyai pengaruh yang besar dalam penyuntingan.
o - Terdapat juga Pengarah yang membuat penyuntingan sendiri.

 JENIS PROSES PENYUNTINGAN VIDEO

- DALAM PRODUKSI TERDAPAT DUA JENIS PROSES PENYUNTINGAN IAITU:

 Penyuntingan offline merupakan suntingan awal dimana semua shot-


shot disambungkan. Ia merupakan suntingan awal dan antara
tujuannya adalah untuk ditonton kembali sebelum dilakukan
penyuntingan akhir.
 Penyuntingan online merupakan penyuntingan yang lebih teliti dan
sempurna dengan memasukkan kesan-kesan khas dan grafik.
DUBBING/ADUNAN AUDIO

Ia merupakan proses memasukkan audio ke dalam produksi selepas penyuntingan.


 FUNGSI UMUM AUDIO
o untuk menarik perhatian seperti menggunakan muzik dan lagu,
kesan bunyi serta pertuturan yang berbeza antonasinya.
o Untuk mendapatkan maklumat: audio yang dihasilkan mengandungi
maklumat.
o Menjelaskan: biasanya menggunakan dialog.

JENIS BUNYI/AUDIO

- TERDAPAT DUA JENIS BUNYI IAITU:


o BUNYI ASAL/ SEMULAJADI
o BUNYI SECONDARY

BUNYI ASAL/ SEMULAJADI


 Bunyi semula jadi yang dirakam seperti burung dan sebagainya.
 Bunyi dirakam dari persekitaran seperti bunyi kenderaan, tapak pembinaan
dan sebagainya.
 Bunyi suara manusia seperti dalam bentuk dialog dan isyarat tertentu.

BUNYI SECONDRY
 Muzik
 Muzik dan lagu
 Bunyi yang dibentuk untuk dijadikan kesan bunyi.
 Kesan bunyi dari pelbagai bunyi persekitaran yang dirakam dan digunakan
bila-bila masa yang perlu.

PROSES DUBBING
 Dalam proses ini audio seperti muzik dan kesan bunyi diadunkan
dalam produksi video.
 Secara umumnya muzik digunakan mengikut mood setiap babak,
kesan bunyi tertentu digunakan untuk menggambarkan keadaan
persekitaran.
 Semua audio ini diadun di dalam produksi mengikut apa yang
terdapat dalam skrip.

PRATONTON : Hasil produksi yang telah selesai disunting di preview.

EDARAN :
Edaran kepada pihak yang membuat tempahan, umpamanya video koperat
dan sebagainya.
 Edaran untuk tayangan tv, jualan dan sewaan oleh production
 Edaran untuk dalam dan luar Negara.
ETIKA PENGAMAL PENERBITAN VIDEO

 Mendapat kepercayaan awam


o Memahami keyakinan dan kepercayaan awam terhadap
produksi
 Dipercayai / amanah
o Mendapatkan sumber sebenar / tulin
o Peka / Memahami dan memberi perhatian kepada
kepentingan sesuatu peristiwa
o Tidak Melaporkan bahan palsu
o Tidak meManipulasi video
o Tidak mengamalkan Plagiat
o Tidak Mempersembahkan sesuatu yang boleh mengganggu
kedamaian dan ketenangan masyarakat
 Adil
o Berusaha memastikan sebarang laporan / penggambaran tidak
memihak kepada sebelah pihak tertentu sahaja
 Mengamalkan Intergriti
o Mengamalkan nilai-nilai integriti individu / rakyat / penjawat
awam dan sebagainya
 Membebaskan diri dari sebarang situasi yang berkemungkinan
memanipulasi / mempergunakan krew penerbitan video.
o contohnya : seorang pemberita merakamkan detik-detik
tindakbalas peniaga pasar pagi yang mengejar penguatkuasa
sedangkan tindakan kasar / tidak beretika penguatkuasa itu
terhadap peniaga tidak dinyatakan / ditunjukkan.
 Akauntabiliti.
o memelihara akauntabiliti masyarakat terhadap kerjaya
penerbitan video .

Jenis Penerbitan video

Antara contoh-contoh istilah yang biasa digunakan.


• Corporate Videos : Video korporat
• Webinars (recorded) : Video + seminar ( video konferen )
• Culture Videos ( Video kebudayaan )
• Event Videos ( peristiwa )
• Presentation Videos ( Persembahan )
• PowerPoint Video ( penerangan )
Peralatan Video.

1. Kamera
2. Tripod
3. Slider dolly
4. Rig
5. Lampu
6. Audio
7. storage / Komputer
8. software / perisian

Anda mungkin juga menyukai