Anda di halaman 1dari 5

ISU/MASALAH REKA BENTUK KAJIAN KES

Penyelidik perlu menentukan apa yang hendak dikaji, iaitu apakah yang akan menjadikannya
(topik/isu) sebagai kes yg sesuai untuk dikaji? Pilihan terletak kepada penyelidik sama ada ingin memilih
isu yang tipikal (biasa/umum) ataupun isu yang luar biasa (berbeza/unik).

Pensampelan Dalaman

- Keputusan yang dibuat setelah mempunyai idea secara umum (apa yang hendak dikaji, dengan
siapa hendak bercakap – temuramah/soal jawab/kaji selidik, pukul berapa hendak melakukan
pemerhatian, dan juga bilangan dan jenis dokumen yang hendak dibaca/dikaji.
- Dalam kebanyakan kajian, mengecilkan fokus kajian anda membolehkan anda untuk
memeriksa/menganalisa populasi sasaran secara menyeluruh.
- Pastikan pensampelan yang dibuat adalah cukup meluas supaya kepelbagaian sampel/subjek
dapat dikaji berdasarkan pemahaman kepelbagaian bahan dan perspektif (pandangan) yang
ada.
- Bagaimanapun, pilihan juga perlu dilakukan berdasarkan kualiti data/maklumat yang dihasilkan.

Pensampelan Masa

- Masa melawat sesuatu tempat/berjumpa seseorang selalunya akan memberi kesan terhadap
sifat/keadaan/hasil data yang dikumpul. Contohnya, situasi sekolah berbeza pada awal tahun
berbanding pada akhir tahun. Rutin sekolah pada waktu pagi juga berbeza berbanding waktu
tengah hari/petang.
- Dokumen yang dikumpul pada satu masa yang tertentu adalah berbeza pada masa-masa yang
lain.
- Pemilihan masa yang sesuai memudahkan penyelidik untuk mendapat data yang tepat dan
berkualiti.

Masa yang diperlukan untuk kajian kes

1. Mengehadkan masa yang diperlukan/dikehendaki untuk kajian kes dengan khusus/terperinci.


Contohnya, mengumpul data dalam masa 4 bulan dan menumpukan masa selama dua hari
seminggu untuk kerja-kerja tersebut.

Atau

2. Meumpukan masa yang tertentu dengan meninggalkan persoalan tanpa had masa sehingga ke
tahap ketepuan data (situasi di mana data yang terkumpul sudah berlebihan, maklumat yang
diperoleh tidak memberikan pulangan yang memberangsangkan)
KAJIAN KES PELBAGAI (MULTI-CASE STUDIES)

- Apabila penyelidik mengkaji dua atau lebih subjek, persekitaran atau kumpulan data.
- Kadang kala bermula dari satu kajian kes yang menjadi permulaan kepada siri kajian-kajian
ataupun sebagai perintis kepada kajian kes pelbagai.
- Kajian lain yang terutamanya satu kajian kes tetapi mengandungi pemerhatian yang ringkas
pada kajian-kajian yang lain dengan tujuan untuk menangani persoalan kebolehpercayaan.
- Ada juga penyelidik yang membuat kajian kes perbandingan dengan membuat dua atau lebih
kajian dan kemudian dibandingkan dan dibezakan.
- Jika anda melakukan pengumpulan data tambahan untuk menunjukkan kebolehpercayaan atau
kepelbagaian, perhatian anda sepatutnya tertumpu kepada memilih kajian-kajian yang
menerangkan persekitaran atau subjek dari pemerhatian dari kajian asal yang boleh
digunapakai.
- Jika anda membuat kajian kes yang kedua untuk membuat perbandingan dan perbezaan, anda
mengambil kajian yang kedua dengan tahap asas dan kehadiran atau ketiadaan ciri-ciri yang
khusus dari kajian asal.
- Apabila melakukan kajian kes pelbagai, kebanyakan penyelidik secara kualitatif tidak melakukan
kerja lapangan untuk lebih daripada satu kajian. Mereka akan melakukan kerja lapangan untuk
satu kajian sahaja pada satu-satu masa. Hal ini adalah kerana melakukan dua kajian pada satu-
satu masa boleh menyebabkan kekeliruan.

KAJIAN PELBAGAI ASPEK/LAPANGAN (MULTI-SITE STUDIES)

- Kajian yang berorientasikan/menjurus kepada pembangunan teori.


- Memerlukan lebih banyak aspek/lapangan daripada kajian-kajian yang dibincangkan sebelum
ini.
- Penyelidik hendaklah berkebolehan/mempunyai pengalaman dalam pemikiran teori dan
kemahiran dalam mengumpul data sebelum kajian ini dijalankan.
- Terdapat 2 contoh:
o Induksi analisis yang diubahsuai (Modified analytic induction)
o Kaedah perbandingan berterusan (Constant Comparative Method)

Induksi Analisis Yang Diubahsuai

1. Pada awal kajian anda membangunkan satu pernyataan dan penerangan mengenai satu
fenomena secara kasar.
- Jonah Glenn percaya yang sesetengah guru bekerja lebih baik dari guru-guru lain dan dia
berminat untuk mengetahui kenapa ia berlaku.
2. Anda memegang/mempertahankan pernyataan dan penerangan tersebut sehingga data telah
dikumpul.
- Dia memulakan kajian dengan menemuramah seorang guru yang telah disyorkan sebagai
efektif/berkesan secara teliti.
- Jonah Glenn membangunkan satu teori keberkesanan guru secara bebas yang mengandungi
model kerjaya berperingkat yang menerangkan keberkesanan seorang guru yang berbeza-
beza mengikut pelbagai tempoh masa dalam kerjaya guru tersebut.
3. Anda mengubahsuai penerangan dan/atau huraian mengikut kes-kes yang baru yang tidak
bersesuaian dengan penerangan/huraian seperti yang telah dirumuskan sebelum ini.
- Pada sesi temuramah yang kedua, Jonah menulis semula dan mengubahsuai teori supaya
sesuai dengan kes yang baru. Dia meneruskan sesi temuduga dan mengubahsuai teorinya
mengikut kesesuaian kes-kes baru.
4. Anda, secara aktif mencari kes yang anda fikir tidak sesuai dengan rumusan teori yang
dibangunkan sebelum ini.
- Dia juga berpendapat yang guru bergerak/mudah alih (mobile teacher) mempunyai corak
kerjaya yang berbeza dan menentukan keberkesanan dengan penerangan yang berbeza. Jadi,
Jonah dengan sengaja mencari seorang guru bergerak untuk menguji teori itu.
5. Anda mentakrifkan semula fenomena tersebut dan membuat semula rumusan penerangan
sehingga satu hubungan universal dapat ditubuhkan, dengan menjadikan kes-kes yang negatif
sebagai panduan untuk pengubahsuaian.
- Jonah meneruskan kajiannya, mengambil subjek baru, mengembangkan teorinya sehingga
dia tidak lagi menjumpai kes yang tidak sesuai dengan teorinya itu.

Kaedah Perbandingan Berterusan

1. Mula mengumpul data


- Mary Schriver memulakan kajian dengan memerhati guru-guru di dalam bilik guru.
Rancangannya adalah membuat pemerhatian di dalam bilik guru dan lihat apa yang berlaku.
2. Mencari isu-isu yang penting, kejadian yang berulang, atau aktiviti-aktitviti dalam data yang
menjadi kategori tumpuan.
- Ms Schriver tertarik dengan banyaknya perbualan guru-guru mengenai orang lain. Guru-guru
bercakap mengenai murid-murid, guru-guru lain, dan juga pentadbir.
- Pada hari seterusnya, Ms Schriver kembali ke bilik yang sama dan mendengar lebih banyak
lagi perbualan yang sama.
- Beliau memutuskan untuk mengkaji perbualan ini dan melabelkannya sebagai ‘gosip’.
3. Kumpul data yang menyediakan banyak insiden kategori tumpuan, dengan tujuan untuk melihat
kepelbagaian dimensi di bawah kategori tersebut.
- Mary menumpukan pengumpulan maklumatnya terhadap insiden gosip. Beliau cuba untuk
mendapatkan bahan tentang kepelbagaian/jenis gosip.
- Selepas Mary dapat mengenali guru-guru di sekolah tersebut, beliau meninggalkan bilik itu
bersama mereka untuk mengumpul maklumat sama ada di dalam atau di luar sekolah. Beliau
mendapati tempat-tempat istimewa/rahsia (yang kurang dilihat), di mana guru-guru
berjumpa dan berbual bersama-sama.
4. Menulis tentang kategori yang anda terokai, mencuba untuk menerangkan dan mengambil kira
semua insiden yang anda ada di dalam data anda sementara terus mencari insiden-insiden baru.
- Mary mendapati bahawa ‘gosip’ itu hanya satu jenis yang tergolong dalam kategori yang
lebih besar yang beliau gelarkan sebagai ‘people talk’ (percakapan orang). Semasa beliau
membuat penyelidikan, data menyatakan beberapa bahagian untuk diteroka: ahli staf
sekolah yang melibatkan diri dalam ‘percakapan orang’, isi kandungan ‘percakapan orang’,
orang yang dibincangkan, tahap kesungguhan, dan kelakuan yang terhasil dari ‘percakapan
orang’.
- Semasa Mary mengumpul data isu-isu yang berbeza itu, dia mula menggambarkan jenis-jenis
‘percakapan orang’ selain daripada gosip.
5. Bekerja dengan data dan mula membuat model untuk mencari proses bersosial yang asas dan
hubungan.
- Mary mula sedar, contohnya sesetengah jenis ‘percakapan orang’ hanya berlaku antara
guru-guru yang rapat antara satu sama lain. Beliau melabelkan ini sebagai ‘percakapan orang
yang bersahabat’. Jenis-jenis yang lain juga berlaku dalam kumpulan yang bercampur
(percakapan orang dalam kumpulan yang berbeza-beza).
- Beliau mendapati kepelbagaian subjek ‘percakapan orang’ yang pelbagai; staf pejabat,
kumpulan guru-guru yang bersahabat, guru yang tidak berada dalam kumpulan, pelajar yang
berprestasi tinggi mahupun yang berprestasi rendah.
6. Membuat pensampelan, pengekodan dan menulis sebagai fokus analisis kategori-kategori
utama.
- Mary menganalisa data-data, mengekod dan proses ini berlaku berulang kali dalam cubaan
untuk mencari hubungan antara siapa yang bercakap dan apa yang dibincangkan, untuk
memahami dimensi ‘percakapan orang’. Melalui kerja-kerja ini Mary menulis apa yang beliau
dapati dan cuba untuk mengembangkan kategori dengan mereka model dan menulis
mengenai model tersebut. Apabila sudah selesai, Mary meneruskan kajiannya di sekolah lain,
dengan situasi/jenis/persekitaran yang berbeza untuk mencari corak ‘percakapan orang’.

ISU TAMBAHAN YANG BERKAITAN DENGAN REKA BENTUK KAJIAN

Penulisan Proposal/Cadangan Kajian

- Penyelidik yang mereka bentuk kajian kualitatif kadangkala mengalami masa yang sukar
untuk menerangkan apa yang mereka akan lakukan sebelum memulakan kajian. Hal ini
selalunya menyebabkan masalah, terutamanya apabila pihak yang mahu melihat proposal
tersebut tidak biasa dengan sifat reka bentuk kajian kualitatif yang sentiasa berkembang.
- Proposal kajian kualitatif biasanya lebih pendek berbanding kajian kuantitatif kerana anda
masih tidak tahu apa sebenarnya yang anda akan lakukan, perbincangan kaedah secara
terperinci tidak dapat dilaksanakan.
- Kajian literatur yang panjang juga biasanya tiada. Anda tidak pasti apa sebenarnya literatur
yang relevan pada permulaan kajian, kerana ianya bergantung kepada tema yang hendak
dibincangkan.
- Proposal kualitatif diuruskan dalam dua cara;
1. Membuat kajian lapangan sebelum proposal.
- Selepas meluangkan masa di lapangan, anda berada di posisi yang lebih baik untuk
membincangkan apa rancangan anda dan apa yang mungkin ada di dalam data anda.
- Pengumpulan data pra-proposal selalunya bercanggah dengan tradisi lama bagaimana
kajian disertasi dilakukan di sesetengah jabatan di universiti. Sesetengah jabatan
universiti memerlukan kaedah kajian dan literatur bab-bab disertasi untuk disiapkan
sebelum pelajar kedoktoran melakukan pendekatan terhadap subjek.
2. Menulis proposal tanpa pemerhatian awal atau temuramah.
- Proposal jenis ini adalah penuh dengan spekulasi; ia adalah tekaan secara kasar
mengenai apa yang anda akan buat dan apakah isu-isu yang akan diselidik.
- Proposal jenis ini boleh menyediakan peluang untuk anda untuk menyemak teori dan
kaedah literatur, tetapi selalunya tidak membantu dalam pembentukan konsep
kajian itu.
- Pihak yang tidak biasa dengan kajian kualitatif biasanya akan mengkritik proposal
tersebut sebagai tidak jelas dan tidak menyatakan soalan-soalan kajian dengan tepat.

Soalan-soalan khusus dari proposal yang baik:

1. Apa yang anda akan buat?


2. Bagaimana anda ingin melakukannya?
3. Kenapa anda melakukannya?
4. Bagaimana apa yang anda akan buat berkaitan dengan apa yang orang lain telah
lakukan?
5. Apakah isu-isu etika yang terlibat di dalam kajian anda, dan bagaimana anda
menyelesaikannya?
6. Apakah potensi sumbangan (kepada kajian asas dan/atau amalan) hasil kerja anda?

Soalan-soalan pengumpulan data awal;

1. Apakah yang anda telah selesai buat?


2. Apakah tema-tema, ataupun topik yang muncul dalam kerja-kerja awal? Apakah
soalan-soalan analisis yang anda cari?

Anda mungkin juga menyukai