Anda di halaman 1dari 5

Saturday, August 8, 2009

Contoh Skrip Juruacara


MAJLIS ANUGERAH PELAJAR CEMERLANG
SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN BAHASA MALAYSIA SARATOK
DI DEWAN SRI SEMERBAK 2005

PENGHEBAHAN PENGACARA

1. Ketibaan Yang Berhormat

Ketibaan
Yang Berhormat
Encik Abdul Wahab B. Aziz
Ahli Dewan Undangan Negeri, N 28, Kalaka serta rombongan

YB diiringi dan di persilakan ke tempat duduk utama.Tunggu keadaan reda daripada segala
pergerakan jurugambar, tetamu sudah duduk di tempat masing-masing,barulah memulakan majlis
atau tunggu isyarat daripada Pengerusi Pengelola / Pengurus Pentas.

2. Alu-aluan MC

Assalamualaikum w.b.t dan selamat sejahtera tuan-tuan dan puan-puan yang dihormati sekalian.
Bismillahirahmannirrahim….Alhamdulillah…..

Marilah kita bersama-sama memanjatkan segala kesyukuran ke hadrat Allah S.W.T kerana dengan
limpah dan kurnianya jugalah maka kita semua dapat berhimpun di sini pagi untuk meraikan Majlis
Anugerah Pelajar Cemerlang SMK Bahasa Malaysia Saratok bagi tahun 2005.

Yang Berhormat
Encik Abdul Wahab B. Aziz
Ahli Dewan Undangan Negeri, N. 33, Kalaka

Yang Berusaha
Encik Ellen @ Manium Ak Enggang
Pegawai Pelajaran Gabungan Betong

Yang Berusaha
Encik Daud B. Mohammed
Pegawai Pelajaran Daerah Kecil Saratok

Yang Berusaha
Tn Hj Rahim B. Ibas
Pengetua SMK (BM) Saratok.

Penolong-penolong kanan,
Ketua-ketua Jabatan Kerajaan Dan Agensi –agensi Kerajaan
Guru-guru
Ketua-ketua Masyarakat
Para Pelajar
Para Ibu bapa
Tuan-tuan dan puan-puan yang dihormati

Selamat datang ke Majlis Anugerah Pelajar Cemerlang SMK Bahasa Malaysia Saratok bagi Tahun
2005.

3. Doa

Hadirin yang dihormati sekalian,


Majlis mengalu-alukan kehadiran tuan-tuan dan puan-puan dan diucapkan berbanyak-banyak terima
kasih khususnya kepada tetamu kehormat kita pagi ini Yang Berhormat, kerana memilih untuk
bersama-sama kita , meskipun banyak lagi acara rasmi yang lain dan memerlukan kehadiran dan
perhatian Yang Berhormat

Hadirin yang dimuliakan,


Bersama-samalah kita menadah tangan memohon berkat Allah S.W.T bagi merestui perhimpunan kita
pagi ini.Oleh itu, majlis dengan segala hormtnya mempersilakan Ustaz Azmat B. Ahmad untuk
memimpin doa kita pagi ini. Dipersilakan.

DOA

Majlis merakamkan berbanyak-banyak terima kasih kepada Ustaz Azmat B Ahmad.

4. Lagu

Hadirin Sekalian,
Majlis kita dimulakan dengan nyanyian lagu:

1. Negaraku,
2. Medley (patriotik)

Diminta semua hadirin berdiri sama untuk menyanyikan lagu berkenaan.

Majlis mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua

LAGU MEDLEY
Majlis mengucapkan ribuan terima kasih kepada kumpulan koir SMK (BM) Saratok di bawah pimpinan
Cikgu Abg Abd. Latif B. Abg Abd Rahman.

5. Ucapan Pengetua/PK1 Pengerusi

Seterusnya , majlis dengan segala hormatnnya mempersilakan Yang Berusaha Tn Hj Rahim B. Ibas,
Pengetua SMK Bahasa Malaysia Saratok untuk menyampaikan ucapan alu-aluan. Dengan hormatnya
dipersilakan.

UCAPAN PENGETUA

Maljis mengucapkan terima kasih kepada Yang Berusaha Tn Hj Rahim B. Ibas, Pengetua SMK Bahasa
Malaysia Saratok

6. Ucapan Perasmian oleh Tetamu Kehormat

Kini, majlis dengan segala hormat dan takzimnya mempersilakan Yang Berhormat Encik Abdul Wahad
B. Aziz, Ahli Dewan Undangan Negeri, N. 28, Kalaka untuk menyampaikan ucapan dan seterusnya
melaksanakan upacara perasmian Majlis Anugerah Pelajar Cemerlang SMK Bahasa Malaysia Saratok
Bagi Tahun 2005. Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.

UCAPAN PERASMIAN

Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Yang
Berhormat.Majlis dengan ini menjemput Yang Berusaha Tn Hj. Rahim B. Ibas, Pengetua SMK (BM)
Saratok untuk mengiringi Yang Berhormat Menekan tetikus computer..Dipersilakan…

7. Penyampaian Sijil dan Hadiah/anugerah

Yang Berhormat, tuan-tuan dan puan-puan yang dihormati,


Kecemerlangan memerlukan komitmen yang tinggi serta kerjasama yang erat antara semua pihak.
Sebagai penghargaan atas segala usaha dan kejayaan dalam mencipta kecemerlangan tersebut,
pelbagai anugerah telah diwujudkan.Maka beralih kita ke acara seterusnya iaitu penyampaian sijil dan
anugerah.

Majlis dengan segala hormatnya menjemput Yang Berusaha Encik Ellen @Manium Ak
Enggang,Pegawai Pelajaran Gabungan Betong untuk menyampaikan sijil dan hadiah.

7.1 Sijil Berhenti Sekolah Pelajar Tingkatan 6 Atas

Dimulakan dengan penyampaianSijil Berhenti Sekolah

LAMPIRAN

Dipersilakan.

7.2 Sijil Penghargaan Lembaga Pengawas Sekolah

LAMPIRAN
7.3 Sijil Penghargaan Ketua & Penolong Tingkatan

LAMPIRAN

7.4 Sijil Dan Hadiah Kokurikulum

LAMPIRAN

Majlis mengucapkan ribuan terima kasih kepada Encik Ellen @Manium Ak Enggang kerana sudi
menyampaikan sijil-sijil sebentar tadi.

P E R T U K A R A N PE N Y A M P A I

Hadirin yang dihormatikan sekalian


Seterusnya majlis penyampaian sijil penghargaan Kokurikulum dan Kurikulum.Dengan ini, majllis
dengan segala takzimnya menjemput Yang Berhormat Encik Abdul Wahab B. Aziz, ADUN N 28 Kalaka
untuk menyampaikan sijil-sijil berkenaan.
Dipersilakan…

7.5 Sijil Dan Hadiah Kurikulum

LAMPIRAN

Dipersilakan

7.6 Anugerah Khas

7.6.1 Anugerah YB

LAMPIRAN

7.6.2 Anugerah Pengawas Cemerlang

LAMPIRAN

7.6.3 Anugerah Pelajar Harapan Akademik

LAMPIRAN

7.6.4 Anugerah Pelajar Harapan Kokurikulum

LAMPIRAN

7.6.5 Anugerah Pelajar Contoh

LAMPIRAN
Majlis merakamkan ribuan terima kasih kepada Yang Berhormat atas kesudian menyampaikan sijil
dan hadiah sebentar tadi.

9. Penyampaian Cenderahati

Hadirin sekalian,
Warga sekolah sungguh berbesar hati atas kesudian Yang Berhormat hadir merasmikan majlis kita
pada hari ini.Tiada kata secantik bahasa, tiada gambar secantik lukisan untuk kami menyatakan
kegembiraan kami.Namun kami ingin merakamkan rasa penghargaan kami, lewat sebuah
cenderamata yang akan disampaikan oleh Yang Berusaha Tn. Hj. Rahim B. Ibas, Pengetua SMK
Bahasa Malaysia Saratok.

PENYAMPAIAN CENDERAHATI

Majlis mengucapkan ribuan terima kasih kepada Tn. Pengetua

10. Persembahan Koir

Hadiri yang dihormati,

Sebagai halua telinga majlis kita dihiburkan dengan nyanyian lagu puisi yang akan di sampaikan oleh
pelajar-pelajar SMK (BM) Saratok dengan lagu:

1. Di Iraq Kasihku Tertumpah

Majlis mengucapkan ribuan terima kasih kepada kumpulan lagu puisi sebentar tadi.

Majlis kita pada pagi ini diakhiri dengan persembahan koir daripada pelajar SMK Bahasa Malaysia
Saratok yang akan menyampaikan lagu:

1. Memori
2. Selamat Hari Raya
3. Ibu Pertiwiku

KOIR

Kumpulan ini di bawah bimbingan En Abg Abdul Latif B. Abg Abd Rahman

Dengan itu, maka berakhirlah sudah Majlis Anugerah Pelajar Cemerlang SMK Bahasa Malaysia Saratok
bagi tahun 2005.

Majlis sekali lagi ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada
semua yang telah bersama-sama menjayakan dan memeriahkan suasanan Majlis Anugerah Pelajar
Cemerlang pada tahun ini.

Kami sudahi dengan ucapan terima kasih dan jumpa lagi

Anda mungkin juga menyukai