Anda di halaman 1dari 35

1.

Terdapat beberapa faktor yang menyebabkan penentangan


Dato Maharaja Lela dan pengikutnya bermula.

2. a) Mengambil Hak Mengutip Cukai

Pada 24 Julai 1875 Birch memaksa Sultan Abdullah


menandatangani pengisytiharan yang membolehkan British
mengambil hak mengutip cukai. Sultan Abdullah diugut akan
diturunkan takhta jika enggan menandatangani pengisytiharan.
Birch membakar rumah Raja Ngah Orang Besar Perak kerana
meneruskan kutipan cukai timah di Bidor.

3.
b) Mencabar Ketuanan Melayu

Kemarahan sultan dan pembesar Perak memuncak pada 2


Oktober 1875. Sultan Abdullah didesak menandatangani
perisytiharan penyerahan kuasa kepada British. Kuasa
mentadbir negeri diserah kepada Residen. Residen berkuasa
melantik hakim, mengurus kutipan cukai dan melantik
penghulu.

4.
c) Memperkenalkan Cukai Baru

Birch bertindak sesuka hati dengan Birch memperkenalkan


cukai baru seperti cukai padi, perahu atap, senjata dan bayaran
permit untuk membalak. Setiap isi rumah dikehendaki
membayar 2 dolar sebagai cukai kelamin.

5.
d) Mencabuli Adat Resam

Birch dibenci oleh sultan dan pembesar-pembesar Perak


apabila beliau mengharamkan amalan perhambaan yang
menjadi adat resam Melayu. Birch sengaja menimbulkan
permusuhan apabila menyimpan hamba-hamba perempuan
dirumahnya.

6. Dato' Maharaja Lela Pejuang Perak

FAUZIYUNUS

3 YEARS AGO

7. Sinopsis:Video terbabit menceritakan perjalanan kisah


penentangan Dato Maharaja Lela sehingga terjadinya peristiwa
pembunuhan JWW Birch.
8. ....

9. Peristiwa Penentangan

10.

SEJARAHTOKOH.WORDPRESS.COM

A YEAR AGO

11. Gambar di atas merupakan ahli-


ahli mesyuarat yang telah bersepakat untuk membunuh J.W.W
Birch.
12. Terdapat beberapa plot penting
yang mesti diketahui sepanjang penentangan ini berlaku iaitu:

13. Raja Abdullah, Raja Ismail dan


Dato’ Maharaja Lela telah bermesyuarat di Durian Sebatang.
Mereka mengambil keputusan untuk membunuh Birch. Dato’
Maharaja Lela dan pengikutnya Dato’ Sagor, Pandak Indut dan
Sepuntum menawarkan diri untuk membunuhnya, mereka
berazam menghalau British keluar dari bumi Perak.

14. Pada 2 November 1875 Birch dan


rombongan tiba di Pasir Salak untuk menyebarkan surat
pengisytiharan mengambil hak memungut cukai oleh British.
Dato’ Maharaja Lela dan pengikutnya mengambil kesempatan
itu untuk membunuh Birch. Pembunuhan Birch menyebabkan
British menyerang Pasir Salak. Dato’ Maharaja Lela dan Dato’
Sagor memimpin perjuangan mempertahankan Pasir Salak.
Pasukan British dikalahkan dan Kapten Innes terkorban.
Pertempuran ini dikenali sebagai ‘Perang Perak’ dan berlaku
hampir setengah tahun. Pada 7 November 1875 pertempuran
berlaku di Bandar Tua. Pejuang Perak akhirnya dikalahkan
setelah British dibantu oleh tentera dari India dan Hong Kong.
15.

DATOMAHARAJALELA.BLOGSPOT.COM

A YEAR AGO

16. Gambar di atas merupakan


tempat dimana disinilah J.W.W Birch telah dibunuh oleh Dato
Maharaja Lela dan pengikutnya.

17.
SEJARAHTOKOH.WORDPRESS.COM

A YEAR AGO

18. Gambar ini pula menunjukkan


kawasan dimana kubu pertahanan telah dibina oleh Dato
Maharaja Lela dan pengikutnya bagi bertahan daripada
serangan British selepas pembunuhan J.W.W Birch.

19. ...

20. Kesan Penentangan

21. Pada tahun 1877 Dato’ Maharaja


Lela, Dato’ Sagor, Pandak Indut dan Sepuntum dihukum
gantung sampai mati di Matang, Perak. Sultan Abdullah dan
Ngah Ibrahim dibuang negeri ke Pulau Seychelles di Lautan
Hindi. Raja Ismail dibuang negeri ke Johor.British tegas
menghapuskan kebangkitan di Perak menunjukkan
keangkuhannya sebagai kuasa penjajah. Dato’ Maharaja Lela
menjadi simbol kepahlawanan orang Melayu.
22. BIODATA TOK JANGGUT

23. - nama sebenar Haji Mat


Hassan bin Munas

24. - dikenali sebagai Tok


Janggut kerana beliau
menyimpan janggut hingga ke
paras dada

25. - dilahirkan tahun 1853 di


Kampung Jeram, Pasir Puteh,
Kelantan

26. - mendapat pendidikan


pondok di Kelantan dan Makkah

27. - mahir dalam ilmu persilatan

28. - menetap di Kampung


Nering, Kelantan

29. - bekerja sebagai petani dan


peniaga
30. Apakah sebab-sebab
berlakunya penentangan oleh
Tok Janggut terhadap penjajah
British ?

31.

WWW.BLOGGER.COM
·

A YEAR AGO

32. FAKTOR-FAKTOR
PENENTANGAN

33. a) Peraturan Tanah


- Tok Janggut menentang
peraturan cukai tahun 1915 yang
mewajibkan petani membayar
cukai tanah

34. b) Pengenalan Cukai Yang


Membebankan
- petani dikehendaki membayar
cukai seperti;
- cukai pokok kelapa berbuah
sebanyak 3 sen sepokok
- pokok pinang satu sen sepokok
- sirih 5 sen sejunjung
- kerbau dan lembu sebanyak 20
sen seekor
- peraturan ini membenakan
rakyat
35. c) Perasaan anti-British
- sentimen anti-British meningkat
apabila Britain menyerang
kerajaan Turki Uthmaniyah
semasa Perang Dunia I tahun
1914
- kerajaan Turki Uthmaniyah
menyeru umat Islam di seluruh
dunia berjihad menentang
penjajah Barat
- Tok Janggut menyahut seruan
menentang British di Pasir Puteh

36. d) Pembayaran Cukai Yang


Menyusahkan
- penduduk tempatan menghadapi
masalah membayar cukai kerana
pejabat bayaran cukai terletak
jauh di bandar
- Tok Janggut telah beberapa kali
pergi untuk membayar cukai
tetapi gagal
- mereka yang gagal membayar
cukai akan ditangkap dan didenda
- penduduk tempatan marah
kepada British kerana sikap
biadab pegawai British

37. Tok Janggut Pejuang Jihad

TD2VLCXYUP4O6QBYMYQDDW

3 YEARS AGO

38. Melalui video di atas ,pelajar


dapat memahami dengan lebih
mendalam tentang penentangan
yang dilakukan oleh Tok Janggut

39.

WWW.INWKIDS.COM

A YEAR AGO
40. YEAYY !Sekarang anda
sudah faham tentang peristiwa-
peristiwa yang berlaku semasa
penentangan tersebut ?
41.
THEENDXTYPEANIME.DEVIANTART.COM

A YEAR AGO

42. Walaubagaimanapun,
adakah anda tahu apakah
kesan penentangan Tok
Janggut terhadap penjajah ?

43. KESAN PENENTANGAN


44.

AJAE7.BLOGSPOT.COM

A YEAR AGO

45. - Tok Janggut dan rakan-


rakan terkorban sebagai
pahlawan yang menentang kuasa
penjajah Barat+

46. - Namun ,semangat juang


mereka menjadi kebanggaan kita
walaupun telah tewas di tangan
British

DOL SAID PENGHULU NANING

Dol Said atau nama sebenarnya ABDUL SAID dilahirkan pada tahun 1773 dan meninggal dunia
pada tahun 1849 ketika berusia 76 tahun. Beliau berketurunan suku Semelenggang, Dol Said
juga adalah penghulu Naning yang ke sembilan selepas menggantikan Penghulu Anjak pada
tahun 1799 ketika beliau berusia 26 tahun.

Dol Said merupakan pemerintah Naning yang ke-sembilan yang membantah pengenaan cukai ke
atas daerahnya oleh pihak British. Beliau secara keras membangkang kemasukan tentera British
di Naning dengan menunjukkan kebijaksanaan peperangan yang telah mengalahkan pihak British
dalam dua kempen peperangan. Peperangan Naning, yang berlaku pada tahn 1834 telah
menjadikan Dol Said seorang wira yang berani yang telah mengukir tempat di sejarah Melaka.

Dol Said merupakan pemerintah Naning yang ke-sembilan yang membantah pengenaan cukai ke
atas daerahnya oleh pihak British. Beliau secara keras membangkang kemasukan tentera British
di Naning dengan menunjukkan kebijaksanaan peperangan yang telah mengalahkan pihak British
dalam dua kempen peperangan. Peperangan Naning, yang berlaku pada tahn 1834 telah
menjadikan Dol Said seorang wira yang berani yang telah mengukir tempat di sejarah Melaka.

Penghulu Dol Said telah berjaya mendapat sokongan orang Melayu seramai 1,000 orang untuk
menentang British dalam Perang Naning yang bermula pada 6 Ogos 1831 dan berakhir pada 24
Ogos 1831 iaitu kira-kira 18 hari berperang. Dalam peperangan tersebut, Penghulu Dol Said
telah mendapat kejayaan dan sebab utama kejayaan tersebut adalah kerana perpaduan yang
wujud di kalangan orang Melayu serta sokongan orang Melayu di wilayah yang lain.

Dol Said akhirnya terpaksa berundur ke Pasir Besar setelah kalah dalam perang Naning kedua
pada Februari 1832 dan dalam masa 4 bulan akhirnya Naning jatuh ke tangan British pada 15 Jun
1832. Naning kemudiannya diletakkan di bawah peraturan Negeri-negeri Selat pada 27 Oktober
1832.

Sejak kecil lagi Dol Said mempunyai sifat keberanian apabila beliau mula belajar ilmu
mempertahankan diri pada umur beliau enam tahun. Dol said seorang yang tekun mengaji, cekap
dalam seni mempertahankan diri dan sentiasa dihormati oleh orang ramai. Dol Said juga seorang
yang taat kepada kedua orang tuanya.

Dengan sikap terpuji dan jasa beliau inilah Dol Said telah menjadi contoh pahlawan dan pejuang
kemerdekaan yang jasanya akan dikenang dan diingati sepanjang hayat

Sumber: Perpustakaan Negara Malaysia (http://sejarahmalaysia.pnm.my)


 Menentang James Brooke kerana menganggap orang Iban sebagai lanun dan telah
menghapuskan penempatan mereka.
 James Brooke telah mendirikan kubu di Nanga Skrang untuk mengawasi pergerakan orang Iban.
 Pada tahun 1853 , Rentap menyerang kubu James Brooke di Nanga Skrang dan mencapai
kejayaan.
 Rentap membina kubu pertahanan di Bukit Sadok.Ramai pahlawan Iban yang menyokongnya.
 Pertempuran yang sengit berlaku antara Rentap dan James Brooke di Bukit Sadok.
 Rentap telah berundur ke Sungai Entabai dan tidak dapat dikesan selepas itu.
Penentangan dan kematian[sunting | sunting sumber]
Polisi pengembangan James Brooke menimbulkan gangguan di kebanyakan tempat di Borneo.
Dalam perjanjian awal antara James Brooke dan Sultan Brunei, Sarawak hanyalan jajahan yang
menganjur dari Tanjung Datu ke Sungai Maong. Wilayah Syarif adalah jauh dari kawasan tersebut.
Pencerobohan Brooke kewilayah pemimpin tempatan menyebabkan ramai pemimpin tempatan
memberontak, termasuk Syarif Masahor.

James Brooke berlepas ke England pada akhir 1857, meninggalkan anak saudaranya Charles di
belakang bagi memantau pentadbiran. Ini memberi peluang bagi Masahor untuk melaksanakan
rancangannya. Pada Julai 1859, Masahor dan tenteranya menyerang pos luar Brooke
berhampiran Bukit Rejang di Kanowit. Semasa serangan ini, pegawai Charles Fox dan Henry Steele
dibuhuh oleh orang Melanau yang dipimpin oleh Sawing dan Sakalai. Ini menyebabkan pihak British
sepanjang Kuching meradang berikutan dengan pemberontakan oleh kaum Cina.

Pada awal 1860, Masahor memerintah Temenggung Hayim Jalil dari Brunei untuk pergi ke
Pontianak, Indonesia bagi berjumpa dengan Abdul Gapur. Pada awal Februari 1860 mereka
melancarkan serangan ke atas Kuching (pada masa itu, Sarawak), menurut rancangan Masahor.
Masahor dan tenteranya ingin mara ke Kuching melalui Sungai Sarawak. Dalam pertempuran yang
berlangsung, pihak British mendapat kejayaan apabila Charles Brooke berjaya menyerang hendap
dan memusnahkan kesemua kapal Masahor. Berhadapan dengan kekalahan, Masahor berundur ke
Brunei, di mana dia mencari perlindungan dari pihak British.

Bagaimanapun pada tahun 1861, James Brooke pergi ke Brunei, dengan harapan memaksa Sultan
Brunei untuk menghalau Syarif Masahor ke Selangor untuk selamanya. Masahor akhirnya tiba ke
Klang, Malaysia, di mana dia menjadi penasihat kepada Sultan Abdul Samad.

Bagaimanapun, semasa Perang Klang Syarif Masahor menyokong Raja Mahadi, ketua wilayah
Klang yang memberontak yang tidak mengakui pemerintahan Sultan Abdul Samad. Sultan Abdul
Samad mencari bantuan British bagi memenangi perperangan, dan Masahor kembali bertempur
dengan pihak British buat kali kedua. Bagaimanapun selepas Raja Mahadi dan Syarif Masahor
menyerah, mereka berdua diampunkan oleh Sultan Abdul Samad. Syarif Masahor meninggal di
Kerling, Selangor pada tahun 1890 dan dikebumikan di situ.

-Sharif Masahor merupakan pembesar Sarikei di kawasan Sungai Rajang yang dilantik oleh Sultan
Abdul Mu'mein Brunei. -Sharif Masahor sangat berpengaruh di dalam kalangan masyarakat
Melanau di Sungai Rajang dan orang Iban di Skrang. -Kewibawaan beliau tergugat apabil James
Brooke mengambil alih pentadbiran Sungai Rajang daripada Sultan Brunei. -Sharif Masahor
menentang tindakan Brooke membina kubu di Kanowit dan melantik Henry Steele sebagai wakil
British disana. -Pada tahun 1855,Sharif Masahor memimpin 150 buah perahu menyerang Mukah
dan mengusir Pangeran Matusin yang menyokong James Brooke. -James Brooke telah melucutkan
jawatan Sharif Masahor sebagai pembesar di Sarakei,menyebabkan beliau berasa marah. -Sharif
Masahor telah berpakat dengan Datu Patinggi Abdul Ghafur dari Kuching untuk mengusir James
Brooke keluar dari Sarawak. -Pada tahun 1859,Sharif Masahor menyerang kubu Brooke di Konawit.
-Pada tahun 1860,Sharif Masahor,Datu Patinggi Abdul Ghafur dan Temengung Hashim dari Sadong
berpakat menyerang Brooke di Kuching. -Pakatan tersebut telah diketahui oleh Charles Brooke. -
Dengan bantuan Belanda,Datu Patinggi Abdul Ghafur telah ditahan dan dipenjarakan di Betawi. -
Pertempuran sengit antara Sharif Masahor dengan Charles Brooke berlaku di Sungai Sadong. -
Kapal dan perahu pasukan Sharif Masahor ditenggelamkan dan 64 pengikutnya terbunuh. -
Akhirnya, Sharif Masahor tewas dan berundur ke Mukah. -Pada tahun 1861,Sultan Brunei dipaksa
menyerahkan Mukah dan Sharif Masahor ditangkap kemudian dibuang ke negara Singapura. -
Walaupun perjuangan berjaya dipatahkan,gerakan menentang Brooke tetap di teruskan. -Keluarga
Brooke kemudianya menghadapi tentangan Banting pada tahun 1894 dan penghulu Asun pada
tahun 1931.

1. Panjat↑ Ulrike Freitag, W. G. Clarence-Smith (1997). Hadhrami Traders, Scholars, and Statesmen in
the Indian Ocean, 1750s-1960s: 1750s- 1960s. 1997. p. 92. ISBN 90-04-10771-1.
2. Panjat↑ John H. Walker (2002). Power and Prowess: The Origins of Brooke Kingship in
Sarawak. University of Hawaii Press. p. 104.ISBN 0-8248-2500-4.
LATAR BELAKANG

• Nama sebenar Abdul Rahman bin Tuanku Imam Nuh.

• Orang besar yang menentang penjajah british di Semantan.

• Berasal dari Bangkinang, Kampar Sumatera

• Seorang yang pandai bersilat dan mempunyai ilmu kebal.

• Diberi gelaran ‘seman tahan’.

• Pernah menjadi anak angkat kepada Bendahara Ali

SEJARAH PERJUANGAN DATO’ BAHAMAN

Dato’ Bahaman telah diangkat sebagai salah seorang Orang Besar Berlapan dan dianugerahkan dengan
gelaran Dato’ Setia Perkasa Pahlawan Semantan kerana beliau telah menunjukkan sikap serta
kebolehannya sebagai panglima dalam perang saudara antara Sultan Ahmad dan adinda baginda Wan
Mutahir serta memimpin pasukan Pahang untuk membantu Tengku Kudin dalam perang Saudara di
Klang, Selangor.

Selepas kematian Orang Kaya Indera Segara, Dato’ Bahaman telah dilantik oleh Sultan Ahmad sebagai
Orang Kaya Temerloh. Dengan pangkat tersebut, kedudukan Dato’ Bahaman adalah sedarjat dengan
Orang Besar Berempat dan seringkali diajak berunding oleh baginda Sultan Ahmad.Punca utama Perang
Semantan ialah ketidakpuasan hati Orang-orang Besar Pahang terhadap campur tangan British ke atas
kawasan mereka.
Ketegangan itu bermula pada bulan Disember 1890 ketika E.A Wise hendak mendirikan sebuah balai
polis di Lubuk Terua yang terletak di kawasan Dato' Bahaman, tanpa sebarang perundingan dengannya.
Apabila Hugh Clifford, Pemangku Residen British Pahang, mengetahui hal tersebut, beliau
menasihatkan Sultan dan baginda kemudian menitahkan Dato' Bahaman supaya pergi ke Pekan agar
perkara itu dapat disiasat.

Oleh sebab Dato' Bahaman enggan ke Pekan, Sultan mengeluarkan surat perintah yang melucutkan
pangkat dan tarafnya sebagai Orang Kaya Semantan.Tindakan itu menyakitkan hati Dato' Bahaman.
Keadaan ini menyebabkan beliau dan pengikut-pengikutnya menyerang hendap C.E.M Deaborough di
Sungai Semantan pada 15 Disember 1891 ketika beliau menyangka Desborough datang untuk
menangkapnya.

Dalam serangan tiba-tiba itu, pihak Desborough telah kalah dan mereka melarikan diri ke bandar
Temerloh.Setelah mengetahui peristiwa di Semantan itu, pegawai-pegawai British Pahang menyediakan
tentera untuk melawan pembangkang-pembangkang Melayu. Ekoran dari itu pada 21 Disember 1891,
satu pasukan yang diketuai oleh Clifford dan Tengku Mahmud pergi ke Kampung Kelubi yang merupakan
kubu kedua pertahanan Dato' Bahaman. Di sini berlaku sekali lagi pertempuran antara pihak British
dengan Dato' Bahaman tetapi pihak British sekali lagi ditewaskan.

FAKTOR PENENTANGAN DATO BAHAMAN

1. Hilang hak mengutip cukai


Dato Bahaman menentang dengan sekeras-kerasnya tindakan British yang sesuka hati melantik E.A.Wise
sebagai pegawai majistret pemungut hasil di daerah Temerloh, Pahang. Dato Bahaman juga dilarang
mengutip cukai di daearah kekuasaannya iaitu Temerloh.

1. Pembinaan balai polis


Selain itu, pegawai British itu juga mendirikan balai polis di Lubuk Terua tanpa berunding terlebih
dahulu dengan Dato Bahaman. Hal ini menyebabkan konflik di antara dua pihak ini menjadi semakin
serius dan berlaku banyak perselisihan faham antara mereka. Selain itu, Dato Bahaman juga
menganggap tindakan British agak kurang ajar kerana menceroboh kawasan pegangannya tanpa
berunding sama sekali dengan beliau. Tindakan tersebut juga menyebabkan kedudukan nya beliau agak
terancam.

1. Perlucutan jawatan
Pihak British memaksa Sultan Ahmad untu melucutkan gelaran “Dato Setia Perkasa Pahlawan
Semantan. Hugh Clifford iaitu salah seorang wakil British memberikan alasan bahawa Dato Bahaman
ialah seorang penderhaka. Akan tetapi, kenyatan yang sebenarnya berkaitan perlucutan itu ialah
kerana Dato Bahaman enggan mematuhi arahan British. Tindakan British itu memalukan beliau dan
Dato Bahaman bersumpah akan menghalau Bristish dari Pahang.
KRONOLOGI PEMBERONTAKAN MAT KILAU

Mac 1892 – Tok Gajah bertemu dan bersatu dengan Mat Kilau di Kampung Budu, Raub untuk
menyerang tentera Hugh Clifford di Kuala Lipis.

9 April 1892 – Mat Kilau tidak sempat berperang dengan Inggeris dan beliau dibawa Haji
Muhammad Nur ke Bukit Bentang bertemu Datuk Maharaja Perba Jelai

Mei 1892 – Inggeris mara ke Kampung Budu tempat Mat Kilau berkampung dan selepas
mengetahuinya beliau melarikan diri ke hutan dan bersatu dengan Datuk Bahaman di Kampung
Hulu Cempaka bagi meneruskan perjuangan menentang Inggeris

13 Julai 1892 – Pasukan Pengakap daripada pasukan Walker dan Clifford berkhemah di Lechau
dekat Kampung Budu diserang kumpulan Mat Kilau dan Datuk Bahaman berhampiran Batu Berapit.
Mereka kemudiannya berundur meninggalkan kawasan itu. Mat Kilau dan pengikutnya bersatu
dengan Tok Gajah di Pasir Atas (tepi Sungai Tembeling)
22 Ogos 1892 – Mat Kilau dan adiknya Awang Nong membawa pasukannya menyerang Inggeris di
Kuala Atuk (tepi Sungai Tembeling) yang diketuai R W Duff dan Panglima Garang Yusoh. Dua
pengakap Inggeris terbunuh. Mat Kilau dan Awang Nong berundur membawa pengikut mereka ke
Kuala Tembeling.

Oktober 1892 – Keadaan Pahang agak tenang, Sultan Ahmad mengikut nasihat Sultan Abu Bakar
(Johor) dan Inggeris mengisytiharkan pengampunan beramai-ramai rakyat Pahang yang dicop
penderhaka kecuali Datuk Bahaman dan Tok Gajah.

Tok Gajah bersama anaknya Mat Kilau dan Awang Nong membawa pengikutnya berundur ke hulu
Sungai Tembeling dan menyeberangi sempadan Pahang dan Kelantan hingga sampai di Kuala
Tenggeling di Hulu Lebir, Hulu Kelantan

Akhir 1892 – Orang Melayu Pahang di bawah pimpinan Datuk Bahaman, Tok Gajah dan Mat Kilau
yang menentang Inggeris di Pahang diusir keluar ke Hulu Kelantan

Mei 1894 – Tok Gajah, Datuk Bahaman dan Mat Kilau berpindah dari Hulu Kelantan ke Kuala
Terengganu dan tinggal di Kampung Seberang Engku Ngah. Ketika di Kampung Seberang Engku
Ngah, Tok Gajah, Datuk Bahaman, Mat Kilau selalu berulang alik ke Kampung Paloh dan berjumpa
Tok Engku Sayyid yang dianggap keramat

Pertengahan 1894 – mereka kembali ke Hulu Kelantan

Jun 1894 – Tok Gajah, Datuk Bahaman, Mat Kilau dan Mat Kelubi dari Hulu Kelantan membawa
100 pengikut pergi ke Hulu Pahang menghilir Sungai Tembeling

14 Jun 1894 – mereka menyerang Inggeris di Kuala Tembeling. Tok Gajah, Datuk Bahaman dan
Mat Kilau ke Pulau Tawar berjumpa Panglima Garang Yusoh dan Maharaja Perba Jelai.

Kembali ke Sungai Tembeling mendirikan kubu di Jeram Ampai (berhampiran Kuala Tembeling)

Tok Gajah, Datuk Bahaman dan Mat Kilau serta pengikut menghilir Sungai Kelantan sampai ke
Kemuning (berhampiran Tanah Merah)

6 Jun 1895 – Hugh Clifford sampai di Pasir Nering, Kuala Berang kerana percaya Mat Kilau
bersembunyi di sana

Oktober 1895 – Mat Kilau ditangkap askar Siam dan membawanya ke Kota Bharu, Kelantan. Dalam
perjalanan ke sana Mat Kilau dipercayai melawan dan askar Siam dikatakan memukul kepala Mat
Kilau hingga tidak sedarkan diri dan dianggap mati.
‘Mayat’ Mat Kilau diserahkan kepada Sultan Kelantan dan dia didapati masih hidup. Sultan Kelantan
kemudian menyuruh Mat Kilau melarikan diri dan upacara gimik mengebumikan Mat Kilau dilakukan
di Bunut Payung dekat Kota Bharu menggunakan batang pisang

LATAR BELAKANG
 Nama lengkapnya ialah Haji Abdul Rahman bin Haji Abdul Hamid bin Haji Abdul Qadir
 Lahir tahun 1285 H/1868M, meninggal dunia di Mekah 1347 H/1929M.
 Datuk neneknya berasal dari Patani dan Terengganu
 Haji Abdul Rahman Limbong mendapat pendidikan asas ilmu-ilmu Islam sejak kecil di Mekah.
 Gurunya ialah Haji Tun Muhammad, salah seorang ayah saudaranya
 .Ketika pulang ke Terengganu beliau mendapat pendidikan dari Haji Ya’qub dan Haji Musa yang
tinggal di Paya Bunga
 Haji Abdul Rahman Limbong juga seperti gurunya Tok Ku Paloh, adalah seorang pengamal Tarikat
Sammaniyah.
SEJARAH PERJUANGAN HAJI ABDUR RAHMAN BIN LIMBONG

Perjuangan Haji Abdur Rahman Limbong dan beribu-ribu pengikutnya adalah wajar dan sah dari segi
undang-undang dunia. Sewaktu pihak Inggeris masih menjadi penjajah di Terengganu, H. W. Thomson
dan J. L. Humphreys membuat laporan yang memburuk-burukkan Haji Abdur Rahman Limbong sehingga
keadaan menjadi agak tegang dan huru-hara. Di dalam lapaoran tersebut menyatakan kononnya, Haji
Abdur Rahman Limbong dan pengikutnya adalah sebagai penderhaka kepada pemerintahan .

Hal tersebut menyebabkan Haji Abdur Rahman Limbong ditangkap dan dibuang ke Singapura dan
selanjutnya dibuang ke Mekah dalam tahun 1928. Setahun kemudian iaitu pada sekitar tahun 1929
Masihi ulama pejuang Islam dan bangsa Melayu itu meninggal dunia. Sejarah mencatat bahawa sebab-
sebab timbul pemberontakan adalah kerana rakyat golongan petani berasa dipergunakan oleh pihak
penjajah Inggeris.

Dalam tahun 1920-an, pihak Inggeris mula campur tangan untuk mentadbir tanah di lokasi Kuala
Telemong hingga ke Ulu Telemong. Setiap ekar tanah yang dibuka oleh rakyat dikenakan cukai oleh
penjajah Inggeris. Jika kita berfikir secara logik, pihak Inggeris tiada hak sama sekali dalam urusan
pengutipan cukai. Akan mengutip cukai dalam negeri Terengganu yang sejak lama telah berkerajaan
sendiri sedangkan mereka hanyalah satu bangsa pendatang. Oleh sebab itulah, Haji Abdur Rahman
Limbong dalam hujah-hujahnya di mahkamah menegaskan bahawa tanah yang dibuka oleh rakyat itu
adalah hak Allah bukannya hak negeri. Mungkin maksud negeri itu adalah yang ada campur tangan
penjajah Inggeris. Haji Abdur Rahman Limbong menegaskan bahawa tanah yang mereka miliki adalah
tanah pusaka peninggalan orang-orang tua mereka yang datang dari Johor. Kita patut mengucapkan
jutaan terima kasih kepada ulama seperti Haji Abdur Rahman Limbong yang telah membuka mata
putera-putera bangsa mengenali ajaran Islam yang sebenar sekali gus bangsa Melayu Islam adalah
mempunyai harga diri jangan dapat ditipu daya oleh bangsa penjajah.

FAKTOR PENENTANGAN HAJI AHMAD BIN LIMBONG

1. Ketidak puas hati Engku Jeram


Tindakan canpur tangan Inggeris di Paser Puteh yang selama ini yang menjadi pegangan Haji Abdul
Ahmad Limbong dianggap sebagai mencabar kewibawaan beliau. Hal ini kerana, setelah perlantikan
Che Abdul Latif dari Singapura, Haji Abdul Ahmad Bin Limbong telah kehilangan kuasa pegangan. Beliau
juga dipaksa membayar cukai ke atas tanah yang dimilikinya.
1. Ketidakpuasan Tok Janggut
Selain itu, oleh kerana pejabat yang terletak jauh dari tempat tinggal menyebabkan beliau
menghadapi masalah pengangkutan pegawai yang bertugas. Beliau juga tidak merasa berpuas hati
kerana pegawai British memberikan layanan yang kasar serta tidak memuaskan. Tok Janggut juga masih
berasa marah kerana bapa dan abangnya di bunuh secara kejm oleh pihak British.

1. Pembaharuan sistem cukai


Seterusnya, British juga memperkenalkan sistem cukai yang sangat membebankan semua pihak. Cukai
tersebut wajib dibayar oleh semua orang. Pada tahun 1915, sistem cukai tanaman yang lebih ketat
diperkenalkan dan semua pemilik tanaman dipaksa membayar cukai walaupun tidak mengusahaknnya.
Hal tersebut menimbulkan ketidakpuasan rakyat kerana mereka juga berada dalam keadaan yang serba
daif.

FAKTOR PENENTANGAN

 Dato' Kelana membuat perjanjian dengan British


 Yamtuan Antah tiadak mengiktiraf Dato' Kelana sebagai
pembesar Sungai Ujong
 Dato' Kelana mengistiharkan Terachi sebagai wilayahnya.
PERISTIWA PENENTANGAN

Yamtuan Antah menentang penempatan seorang Penolong Residen British di Sungai Ujong. Beliau
khuatir British akan meluaskan kuasanya ke kawasan-kawasan di sekitar Sungai Ujong. Kapten Tatham
dihantar ke Sungai Ujong untuk bertugas sebagai Penolong Residen British setelah Dato' Kelana
meminta bantuan dan perlindungan British.
Pada 1875, perlantikan Yamtuan Antah sebagai Yamtuan Besar Seri Menanti tidak diiktiraf oleh Dato'
Kelana kerana beliau telah berkuasa sejak 1874. Yamtuan Antah turut bertindak balas dengan tidak
mengiktiraf Dato' Kelana sebagai pemerintah Sungai Ujong. Satu pergaduhan berlaku antara Yamtuan
Antah dengan Dato' Kelana. Pergaduhan ini berlaku berikutan tuntutan Dato' Kelana ke atas Terachi
yang dianggap kawasan di bawah kekuasaannya. Dengan bantuan tentera British, Dato' Kelana dapat
menewaskan Yamtuan Antah. Tengku Antah terpaksa berundur ke Bukit Putus. British seterusnya
menawan Bukit Putus dan menguasai Kuala Jempol serta Terachi pada bulan Disember 1875.
Maharaja Abu Bakar dari Johor menasihati Yamtuan Antah supaya berdamai dengan British. Pada akhir
1876, Yamtuan Antah menandatangani satu perjanjian dengan British. Beliau diiktiraf sebagai Yamtuan
Besar Seri Menanti dan jajahan takluknya iaitu Johol, Jempol, Terachi, Ulu Muar, Inas dan Gunung
Pasir.

KESAN PENENTANGAN

-Maharaja Abu Bakar dari Johor menasihati Yamtuan Antah berdamai dengan British , namun begitu ,
ianya tidak dipersetujui oleh Dato' Siamang Gagap .
-Yamtuan Antah berunding dengan gabenor NNS iaitu William Jervois
-Yamtuan Antah diiktiraf sebagai Yamtuan Besar Seri Menanti
-British berpeluang meluaskan pengaruh di Negeri Sembilan
Mat Salleh atau nama sebenarnya Datu Mat Salleh merupakan pejuang Sabah yang terkenal
dalam memberi tentangan yang hebat kepada penjajahan Inggeris di Sabah. Mat Salleh pernah
mengisytiharkan daerah Tambunan atau dalam bahasa Mat Salleh 'Negeri Tambunan' sebagai
daerah di bawah kekuasaannya. Mat Salleh berasal daripada suku Suluk Paitan. Ayahnya, Datu
Balu berkahwin di Inanam dengan suku Bajau. Hasil daripada perkahwinan mereka itu lahirlah
empat orang adik-beradik iaitu Ali, Mat Salleh, Badin dan Bolong. Datu Mat Salleh mengambil
tugas bapanya, Datu Balu sebagai ketua kampung di daerah Lingkabo dan Sungai Sugut.
Perbelanjaan pentadbiran Datu Mat Salleh adalah daripada pungutan cukai ke atas pedagang-
pedagang yang melalui Sungai Sugut pada tahun 1894. Inggeris tidak senang dengan tindakan
Mat Salleh itu, lalu menyerang Mat Salleh di Jambongan serta memusnahkan kubu Mat Salleh
di Sungai Sugut pada tahun 1896 hingga 1897.

Datu Mat Salleh bagaimanapun dapat melepaskan diri. Detik perjuangan Datu Mat Salleh
menentang pencerobohan dan keganasan Kompeni Hindia Timur Inggeris bermula pada bulan
Julai 1897. Mat Salleh dan pengikut-pengikutnya menyerang dan membinasakan pejabat
Pentadbiran Kompeni Hindia Timur Inggeris di Pulau Gaya. Dalam tahun yang sama Mat Salleh
menyerang dan membakar Pejabat Residen Kompeni Hindia Timur Inggeris di Ambong. Pada
bulan Disember 1897, Inggeris menyerang kubu Mat Salleh di Ranau. Mereka tewas dan
banyak askar Inggeris terbunuh termasuk Jones yang mengetuai serangan tersebut. Pada
bulan Januari 1898, Inggeris sekali lagi menyerang kubu Mat Salleh di Ranau dengan angkatan
yang lebih besar. Mat Salleh berjaya mengundurkan diri dan membina kota pertahanan yang
baru, yang lebih kuat dan kukuh di kampung Tibabar, Tambunan.

Setiap penjuru kota dikawal dan terdapat beberapa terowong atau jalan bawah tanah yang
rahsia digunakan untuk meminta bantuan senjata, makanan dan lain-lain dari luar kota. Jalan
rahsia ini juga dijadikan jalan untuk berundur menyelamatkan diri apabila dikepung musuh.
Kejatuhan kota ini pada tahun 1900 akibat serangan hebat Kompeni Hindia Timur Inggeris dan
berjaya mematahkan pertahanan Mat Salleh. Malah peristiwa itu menandakan gugurnya Mat
Salleh sebagai pejuang bangsa.

Kini sebuah tugu dibina oleh Inggeris untuk memperingati kota Mat Salleh itu. Tugu ini
menandakan tapak kubu Mat Salleh yang telah ditawan oleh Pasukan Bersenjata North Borneo
Constabulary pada 1 Februari 1900. Dalam masa pertempuran itu, Mat Salleh yang telah
mengetuai pemberontakan selama enam tahun menentang Pentadbiran Chartered Company
menemui ajalnya pada 31 Januari 1900. Pada pandangan British, Mat Salleh dianggap sebagai
seorang pemberontak, tetapi bagi rakyat tempatan, dia ialah pejuang kemerdekaan dan
seorang pahlawan.

ANTANOM PAHLAWAN ANAK RIMBA


BERJIWA BESAR
(a) Latar belakang

 Nama sebenar Ontoros anak lelai Antanom


 Ketua kaum Murut di Rundum
 Dilahirkan pada tahun 1875
 Ketika beliau berusia 30 tahun Antanom telah memimpin orang Murut menentang SBUB yang menindas
kaumnya

(b) Faktor Penentangan

(i) Melarang Membuka Tanah Baru


- SBUB melarang mereka membuka tanah baru
- Merasakan hak mereka diceroboh
- Akibatnya mereka kekurangan beras

(ii) Mengenakan Cukai Yang Membebankan


- Cukai kepala satu dolar setiap orang
- Cukai tanaman pindah sebanyak 50 sen setiap ekar
- Cukai sebatang pokok kelapa untuk minuman tuak sebanyak 25 sen
- Cukai tangkapan ikan besar
- Cukai memelihara anjing sebanyak satu dolar seekor

(iii) Menjadi Buruh Paksa


- Orang Murut dijadikan buruh paksa
- Tujuan untuk membina jalan di pedalaman dan memasang kawat telegraf antara Tenom dengan Rundum

(iv) Menzalimi Keluarga


- Suami isteri kaum Murut dikehendaki tinggal berasingan di sebelah menyebelah tebing sungai
- Mereka dikenakan satu dolar setiap kali berkunjung
- Jika mereka mempunyai dua orang anak, salah seorang akan diambil SBUB untuk dijadikan buruh paksa

(v) Menceroboh Kawasan Hutan


- SBUB menceroboh hutan untuk membina jalan
- Kaum Murut membantah kerana mengikut kepercayaan mereka pencerobohan akan mengganggu roh nenek
moyang mereka

© Peristiwa Penentangan
- Antanom menyatukan orang Murut menentang SBUB dmi menebus maruah mereka
- Februari 1915 Antanom menyerang Pensiangan dan membakar bangunan kerajaan
- Mac 1915 Antanom memimpin kira-kira 600 orang Murut menyerang Rundum dan berjaya memusnahkan pejabat
pentadbiran SBUB
- Kejayaan itu menaikkan semangat perjuangan orang Murut dan pengikut Antanom bertambah menjadi 900
orang
- Antanom membina kubu pertahanan di Sungai Selangit yang mengandungi 7 buah rumah bawah tanah
- April 1915 SBUB menghantar 400 orang tentera menyerang kubu Antanom
- Pertempuran berlaku selama 6 minggu
- Antanom dan 400 orang Murut terkorban dalam mempertahankan Rundum
- Penentangan ini dikenali sebagai ‘Kebangkitan Rundum’

(d) Kesan Penentangan


- SBUB mengenakan tindakan tegas terhadap pengikut Antanom
- 8 orang kanan Antanom dibuang daerah ke Kudat
- Pengikut-pengikut yang lain menjadi buruh paksa memasang kawat telegraf dari Kimanis hingga ke Keningau
- SBUB mengarahkan orang Murut bersumpah taat setia bagi mengelakkan kebangkitan seterusnya
- Orang Murut berpindah ke pedalaman Kalimantan sebagai tanda protes terhadap SBUB

*Raja Mahadi menentang campurtangan British dalam pentadbiran Klang dan perusahaan bijih timah.

*Raja Mahadi juga tidak berpuas hati dengan perlantikan Tengku Kudin sebagai Yam Tuan Selangor oleh
British.

*Tengku Kudin dan Raja Abdullah telah bekerjasama untuk menentang Raja Mahadi.
* Raja Mahadi telah mengambil tindakan untuk menyerang Yap Ah Loy di Kuala Lumpur kerana telah
bekerjasama dengan Tengku Kudin.

* Raja Mahadi telah dapat dikalahkan dan dihantar ke Johor.Beliau meninggal dunia disana.

FIKIR DAN JAWAB

1.Tokoh tempatan yang menentang British di negeri Pahang ialah…………………………………

a- Dol Said b- Rentap c- Dato’Bahaman

2.Rentap telah menyerang kubu James Brooke di…………………………………..

a- Pulau Gaya b- mukah c- Nanga Skrang

3.Mat Salleh telah dibenarkan oleh British untuk mentadbir daerah…………….

a- Ambong c- Tambunan c- Pulau Gaya

4.Antanom telah mendirikan kubu pertahanan di ……………………………. Bagi menyerang tentera Syarikat
Borneo Utara British.

a- Sungai Rajang b-Sungai Skrang c- Sungai Selngit

5.Dato’ Bahaman telah Berjaya menawan …………………… dengan bantuan Tok Gajah dan Mat Kilau.

a- Jeram Ampai b-Lubuk Terua c-Lubuk Antu

RUJUKAN