Anda di halaman 1dari 28

Klon SPM 2017 1

BAB 3: PERGERAKAN BAHAN MERENTAS MEMBRAN PLASMA

Rajah menunjukkan suatu perubahan yang berlaku apabila sejumlah kecil hablur kalium
permanganat dimasukkan ke dalam air.

Larutan ungu
Hablur kalium kalium
permanganat permanganat

Sebelum Selepas

(a)(i) Namakan proses yang terlibat dalam Rajah.

Resapan ringkas / Resapan

[1 markah]

(ii) Bagaimanakah proses di (a)(i) berlaku?

Hablur melarut dan membentuk molekul yang kecil. Molekul meresap dari kepekatan
tinggi ke kepekatan rendah// mengikut kecerunan kepekatan. Proses berlaku sehingga
mencapai keseimbangan dinamik.

[2 markah]

(iii) Jadual 1 menunjukkan beberapa contoh pergerakan bahan dalam kehidupan seharian.

Dalam jadual 1, tandakan ( √ ) bagi contoh yang betul seperti proses yang dinamakan di
(a)(i).

Pertukaran gas di dalam alveolus √

Ion mineral bergerak dari air tanah yang


hipotonik ke dalam sel akar rambut

Setitis dakwat biru ditambah ke dalam √


segelas air menyebabkan air menjadi
biru

Jadual 1

www.iamchampion.blogspot.my
Klon SPM 2017 2

(b) Rajah menunjukkan dua jenis makanan dan cara pengawetan.

(i) Padankan makanan itu kepada cara pengawetan yang sesuai.

[2 markah]

Jenis makanan • Cara pengawetan

Menambah gula

Telur itik

Menambah garam

Buah ceri

(ii) Nyatakan tiga kepentingan mengawet makanan itu.

Untuk jangka masa yang Panjang / tahan lebih lama / kegunaan masa depan. Boleh
membunuh mikroorganisma / mengelakkan pertumbuhan bakteria dan fungi. Menghalang
makanan rosak. Mudah dibawa / diangkut. Merencat pengoksidaan makanan /
mengelakkan pembaziran.

[3 markah]

www.iamchampion.blogspot.my
Klon SPM 2017 3

(c) Rajah menunjukkan pengangkutan glukosa dari tubul berlingkar proksimal ke dalam
kapilari darah dalam ginjal.

Struktur S

Peangkutan
glukosa

Kapilari darah sel epitelium tubul berlingkar proksimal

Terangkan apa yang akan berlaku kepada pengangkutan glukosa jika struktur S tiada.

S ialah mitokondrion. Tenaga tidak akan dihasilkan/ dijanakan. Pengangkutan aktif tidak
berlaku. Tiada penyerapan semula glukosa. Glukosa kekal berada dalam tubul berlingkar
proksimal.

[2 markah]

www.iamchampion.blogspot.my
Klon SPM 2017 4

Bab 4 Komposisi Kimia dalam Sel

Dinding sel terbina daripada gentian G. Rajah menunjukkan gentian G dan monomernya.

Gentian G

Monomer H

(a) Namakan gentian G dan monomer H.

G : Selulosa

H : Glukosa

(b) Terangkan bagaimana gentian G mengekalkan bentuk suatu sel tumbuhan.

Kekuatan tegangan tinggi / kuat / kukuh / tegar. Boleh menahan tekanan segah yang

tinggi yang terhasil akibat osmosis. Menghalang daripada pecah apabila dalam

larutan cair. Menyediakan sokongan mekanikal.

[3 markah]

(c) Protease dan lipase ialah enzim yang biasanya digunakan dalam industri makanan
bayi.
Terangkan mengapa enzim digunakan dalam penghasilan makanan bayi.

Bayi masih tidak boleh menghasilkan enzim yang secukupnya. Protein / lipid adalah

molekul besar / kompleks. Enzim menguraikan / menghidrolisis / mencerna.

www.iamchampion.blogspot.my
Klon SPM 2017 5

Makanan kepada molekul ringkas. Memudahkan kepada bayi untuk menyerap

nutrien / makanan.

[2 markah]
(d) Epal mempunyai pektin yang banyak. Pektin ialah bahan yang membantu untuk
melekatkan sel- sel tumbuhan bersama. Dalam industri, pektinase digunakan dalam
pengekstrakan buah epal bagi menghasilkan jus buah secara industri. Jus epal yang
diekstrak dengan menggunakan pektinase adalah jernih manakala jus epal buatan
sendiri adalah keruh.

Terangkan mengapa enzim pektinase digunakan dalam penghasilan jus buah.

Pektinase bertindak ke atas pektin // pektin ialah substrat kepada pektinase.


Pektinase menghidrolisis pektin. Tanpa pektin, sel jus epal tidak melekat. Lebih
mudah / cepat untuk perah / ekstrak jus daripada buah. Ini meningkatkan hasil jus.

[3 markah]

(e) Tenaga pengaktifan ialah tenaga minima yang diperlukan untuk memulakan suatu
tindak balas biokimia. Rajah menunjukkan kesan enzim ke atas tenaga pengaktifan
bagi tindak balas biokimia tersebut.

Kekunci:

Ea = Tenaga pengaktifan

______ = Tindak balas tanpa enzim

--------- = Tindak balas dengan enzim

www.iamchampion.blogspot.my
Klon SPM 2017 6

Berdasarkan Rajah, terangkan bagaimana enzim mempengaruhi kadar tindak balas


biokimia.

Substrat bergabung dengan enzim untuk membentuk kompleks enzim- substrat. Untuk
mengurangkan tenaga pengaktifan. Untuk memudahkan tindak balas berlaku.
Mempercepatkan / meningkatkan kadar tindak balas. Menghasilkan hasil tindak balas pada
kadar yang lebih cepat.

[2 markah]

www.iamchampion.blogspot.my
Klon SPM 2017 7

Bab 6 Nutrisi

(a) Rajah menunjukkan beberapa tabiat pemakanan manusia.

Tabiat
pemakanan

Makanan Pengambilan Takut untuk Memuntahkan


tidak diambil lemak yang mengambil sendiri
mengikut berlebihan sebarang makanan
waktu yang makanan selepas
teratur makan

Terangkan bagaimana tabiat pemakanan tersebut mempengaruhi kesihatan manusia.

[10 markah]

Jika seseorang itu makan tidak mengikut waktu yang teratur, dia boleh mendapat penyakit
gastritis // gastrik // ulser gastrik. Jus gastrik / asid bertindak ke atas lapisan / epitelium /
dinding dalam perut. Ini menyebabkan lapisan epitelium / lapisan dinding perut rosak /
mengalami radangan // mengakis lapisan / dinding perut. Akibatnya, lapisan dinding perut
boleh menjadi satu lubang / ulser.

Pengambilan lemak berlebihan boleh menyebabkan obesiti. Obesiti terjadi akibat daripada
pengambilan makanan / lemak yang tinggi berbanding dengan tenaga yang digunakan.
Seseorang iti dikatakan obes apabila berat badan berlebihan // lebih 20% daripada berat
badan ideal / normal // BMI / Indeks Jisim Badan tinggi. Aras kolesterol tinggi di dalam
makanan / badan / darah boleh menyebabkan seseorang cenderung mendapat penyakit
kardiovaskular / tekanan darah tinggi / kencing manis.

Takut untuk mengambil sebarang makanan boleh menyebabkan anoreksia nervosa. Ia


merupakan penyakit gangguan psikologi yang menyebabkan kehilangan berat badan
melampau / drastik // 15% atau lebih rendah daripada berat badan normal. Ia juga
menyebabkan kehilangan lemak // otot merosot. Akibat ketidakseimbangan ion mineral
dalam darah, ia mengundang kepada kegagalan fungsi jantung / ginjal / sistem endokrin /
sistem pembiakan / sistem lain yang sesuai / tidak sihat / kematian // apa – apa contoh.

www.iamchampion.blogspot.my
Klon SPM 2017 8

Tabiat memuntahkan sendiri makanan selepas makan boleh menyebabkan penyakit Bulimia
nervosa. Penyakit ini juga merupakan penyakit gangguan psikologi. Tabiat sebegini jika
diteruskan menyebabkan kecederaan teruk pada salur pencernaan / alimentari / mulut / gigi.
Seseorang itu akan mengalami ketidakseimbangan ion moneral dalam darah yang boleh
mengakibatkan kegagalan fungsi jantung / ginjal / sistem endokrin / sistem pembiakan /
sistem lain yang sesuai / tidak sihat / kematian.

(b) Jadual menunjukkan kandungan nutrien burger ayam dan burger sayuran.

Kandungan per 100 g Burger ayam Burger sayuran

Protein 12.8 g 10.0 g

Karbohidrat 21.9 g 19.2 g

Lemak 18.2 g 6.8 g

Natrium 534.0 mg 484.0 mg

Serat 0.9 g 2.7 g

(i) Berdasarkan Jadual, cadangkan burger yang terbaik untuk diet murid berumur 16 tahun.

(ii) Pelajar berkenaan mengambil burger itu setiap hari untuk tempoh yang panjang.

Bincangkan kesan baik dan kesan buruk pemakanan itu ke atas kesihatannya.

[10 markah]

(i) Burger terbaik untuk diet murid berumur 16 tahun ialah burger ayam.

(ii) Kesan baik burger ayam ialah ia mengandungi protein mengcukupi // mengandungi
semua asid amino perlu. Protein diperlukan untuk membina sel baharu / pertumbuhan. Ia
juga penting untuk mensintesis enzim / hormon / hemoglobin. Selain itu, burger ayam
juga mengandungi karbohidrat yang mengcukupi untuk membekalkan tenaga yang
mengcukupi. Kesan buruk burger ayam pula ialah ia mengandungi banyak lemak /
kolesterol yang boleh menyebabkan obesiti // apa – apa contoh penyakit kardiovaskular.
Burger ayam juga mengandungi banyak natrium / garam yang boleh menyebabkan
peningkatan takanan darah tinggi / hipertensi. Seterusnya, burger ayam kurang
mengandungi serat yang mengakibatkan rangsangan peristalsis berkurang. Akibatnya,
seseorang itu akan mengalami sembelit / buasir / kanser.

www.iamchampion.blogspot.my
Klon SPM 2017 9

ATAU

(i) Burger terbaik adalah burger sayuran.


(ii) Kesan baiknya ialah ia mengandungi kurang / mengcukupi protein. Protein
diperlukan untuk membina sel - sel baharu / pertumbuhan. Ia juga diperlukan
untuk mensintesis enzim / hormon / hemoglobin. Burger sayuran juga
mengandungi kurang / mengcukupi karbohidrat yang diperlukan untuk
membekalkan tenaga yang mengcukupi. Burger sayuran ini juga mengandungi
kurang lemak / kolesterol. Maka, kuranglah kecenderungan untuk mendapat
obesiti / penyakit kardiovaskular. Burger sayuran mengandungi kurang /
mengcukupi natrium / garam untuk mengekalkan tekanan darah tinggi /
hipertensi. Burger sayuran mengandungi lebih serat untuk merangsang
peristalsis dan mengelakkan sembelit / buasir / kanser.
Kesan buruk pengambilan burger sayuran jika diambil dalam tempoh yang
Panjang boleh menyebabkan sel- sel baharu / pertumbuhan kurang berlaku
kerana kekurangan protein. Burger sayuran tidak mengandungi semua asid
amino perlu. Seterusnya, kurang sintesis enzim / hormon / hemoglobin kerana
kekurangan protein. Apabila serat berlebihan boleh menyebabkan cirit birit.

www.iamchampion.blogspot.my
1
Klon SPM 2017

Bab 7 Respirasi

Rajah menunjukkan sebahagian sistem respiratori manusia.

(a)(i) Namakan salur T dan salur U.

T : Trakea

U : Bronkus

[2 markah]

(ii) Terangkan ciri bagi T yang berkaitan dengan fungsinya.

T mempunyai gegelang rawan. Untuk memastikan T sentiasa terbuka // menghalang


daripada kempis semasa menarik nafas. Ia juga penting untuk memastikan aliran udara
yang berterusan. T juga mengandungi silia / mukus untuk memerangkap habuk /
partikel pepejal dan menghalang / menapis udara / debu // udara yang lebih bersih
sahaja masuk ke peparu. Ini dapat mengelakkan jangkitan / bronkitis / pneumonia.

[3 markah]

www.iamchampion.blogspot.my
1
Klon SPM 2017

(b)(i) Seorang perokok tegar mudah mendapat batuk berterusan.

Terangkan bagaimana tabiat ini mengurangkan kecekapan sistem respirasi berfungsi.

Haba daripada asap rokok meningkatkan suhu pada salur pernafasan / trakea. Ia juga
menyebabkan dinding trakea / laluan udara mengering. Ini akan merosakkan silia.
Toksin / partikel menyebabkan keradangan. Selanjutnya, banyak mukus dihasilkan
yang menyebabkan laluan udara membengkak / sempit. Batuk sebagai satu tindakan
refleks. Selain itu, tabiat ini menyebabkan bronkitis dan emfisema. Emfisema berlaku
akibat daripada struktur alveolus yang musnah. Ini mengakibatkan luas permukaan
berkurang dan mengurangkan kadar pertukaran gas.

[3 markah]

(ii) Terangkan satu penyakit lain yang mungkin dihidapi oleh perokok tegar tersebut.

Kanser peparu. Ia terjadi apabila bahan karsinogen dalam asap rokok yang
menyebabkan sel peparu / alveolus menjadi tidak normal / mutan.

[2 markah]

(c) Berikan satu cadangan bagaimana untuk meningkatkan kadar ventilasi semasa bernafas.
Terangkan cadangan anda.

Tarik nafas dalam // lebih udara disedut ke dalam peparu. Maka, lebih bekalan oksigen //
lebih oksigen masuk ke dalam darah // lebih karbon dioksida keluar peparu / alveolus.
Guna inhalan. Untuk membesarkan diameter salur pernafasan. Maka, lebih bekalan
oksigen // lebih oksigen masuk ke dalam darah // lebih karbon dioksida keluar peparu /
alveolus. Senaman.

[2 markah]

www.iamchampion.blogspot.my
1
Klon SPM 2017

Bab 9 Ekosistem Terancam

(a) Rajah menunjukkan satu fenomena atmosfera.

Satu fenomena yang menyebabkan kadar penglihatan yang rendah disebabkan oleh
zarah – zarah terampai yang halus pada lapisan atmosfera berhampiran dangan
permukaan bumi.

Bincangkan fenomena tersebut berdasarkan isu-isu berikut:

(i) Jumlah zarah- zarah terampai di udara meningkat

(ii) Fenomena ini akan memberi kesan ke atas organisma hidup.

[10 markah]

(i) Fenomena ialah jerebu. Akibat daripada habuk / asap / kabut / jelaga.
Mengandungi gas karbon dioksida / karbon monoksida / sulfur dioksida / ozon /
nitrogen oksida yang terperangkap oleh partikel- partikel. Menyebabkan
pencemaran udara. Ia juga berpunca daripada pertanian / lalu lintas / industri /
kuari / pembakaran terbuka. Disebabkan oleh sikap tidak peduli manusia / kurang

www.iamchampion.blogspot.my
1
Klon SPM 2017

pengetahuan. Udara tidak bergerak dan kering // cuaca panas. Tiada hujan untuk
menghilangkan zarah terampai.
(ii) Menghalang penglihatan yang menyebabkan kemalangan lalu lintas darat dan
udara. Ia juga menganggu kesihatan manusia. Seperti asma / batuk / sukar
bernafas / konjunktivitis / kerengsaan mata / bronkitis. Menyebabkan resah /
tekanan / kegagalan jantung. Pada tumbuhan, partikel – partikel ini menutup daun
- daun / menyumbat stomata pada tumbuhan // mengurangkan keamatan cahaya
// menghalang pertukaran gas. Kadar fotosintesis berkurang. Mengurangkan
hasil tanaman. Pada haiwan kecil boleh menyebabkan kematian. Ini menganggu
rantai makanan / siratan makanan. Mempengaruhi kesihatan haiwan ternakan
dan mengakibatkan pendapatan petani berkurang.

(b) Rajah menunjukkan situasi semasa di Bukit Cermin.

Pemaju telah mencadangkan untuk membina sebuah hospital dan beberapa buah

kuarters bagi kakitangan hospital di Bukit Cermin seperti yang ditunjukkan dalam Rajah.

www.iamchampion.blogspot.my
1
Klon SPM 2017

Pemaju itu telah menyenaraikan langkah- langkah berikut untuk memastikan

keselamatan kawasan itu:

• Membina penghadang bagi menghalang tanah runtuh

• Menbina sistem perparitan

Cadangan itu telah ditolak oleh pihak berkuasa tempatan. Pemaju itu kemudiannya
merancang untuk menghantar cadangan baharu kepada pihak berkuasa tempatan
dengan beberapa langkah keselamatan tambahan.

Cadang dan terangkan apakah langkah keselamatan tambahan yang perlu pemaju
sertakan dalam kertas cadangan itu bagi meyakinkan pihak berkuasa. [10 markah]

Hospital perlu dibina jauh daripada tebing / lereng bukit. Untuk memastikan keselamatan
bangunan. Bina jalan mengikut kontur muka bumi / cara – cara bagaimana dilaksanakan.

Elakkan kerosakan bentuk muka bumi / topografi. Pindah kuarters kakitangan hospital ke
kaki bukit. Elakkan penebangan hutan. Untuk mengekalkan habitat flora dan fauna /

biodiversiti. Untuk meminimakan gangguan ekosistem. Supaya kawasan tadahan air


dapat dikekalkan. Tidak berlaku banjir kilat / lumpur. Elakkan tanah runtuh. Menanam
lebih banyak pokok / rumput di kawasan itu. Akar pokok mencengkam tanah. Untuk

www.iamchampion.blogspot.my
1
Klon SPM 2017

memastikan kestabilan struktur bukit. Bina sistem saliran yang cekap untuk aliran air
sepanjang jalan. Untuk menyalurkan air dari atas bukit secara sistematik. Menghalang
aliran deras air ketika hujan. Bina penghadang kuat / kukuh di kawasan berisiko tinggi.
Untuk mengelakkan hakisan tanah.

www.iamchampion.blogspot.my
1
Klon SPM 2017

Bab 1 Sistem Pengangkutan

Rajah menunjukkan sel badan dan salur darah.

Bendalir interstis adalah bendalir yang membasahi sel dalam badan. Ia bertindak
sebagai medium komunikasi antara sel, penghantaran nutrien kepada sel dan
penyingkiran bahan buangan metabolik.

Sel badan Kapilari darah Vena

Venul

Arteri Arteriol Ruang antara sel

(a) Berdasarkan Rajah, namakan satu contoh nutrien dalam darah dan huraikan bagaimana
nutrien tersebut dapat dihantar kepada sel. [4 markah]

Contoh nutrien dalam darah ialah glukosa / asid amino. Jantung menolak / mengepam
darah mengalir dari arteri ke kapilari darah. Diameter arteri lebih besar daripada diameter

kapilari darah (sebaliknya). Ia menghasilkan tekanan hidrostatik yang tinggi. Plasma


darah yang mengandungi nutrien dipaksa keluar ke ruang antara sel. Membentuk

bendalir interstitial. Kepekatan glukosa asid amino dalam bendalir interstitial lebih tinggi

daripada sel sitoplasma. Glukosa / asid amino meresap masuk ke dalam sel. Secara
resapan berbantu.

www.iamchampion.blogspot.my
1
Klon SPM 2017

(b) Sistem peredaran darah manusia bertindak untuk mengangkut darah, oksigen dan
nutrien ke seluruh badan. Apabila darah mengalir ke bahagian badan yang spesifik
berkurangan, individu tersebut mungkin mengalami simptom peredaran darah yang
lemah.

Arteri dengan plak Arteri yang normal

Plak

Dinding arteri

Aliran darah

Plak

Rajah menunjukkan pengaliran darah dalam arteri yang normal dan pengaliran darah
dalam arteri yang mengandungi plak.

Terangkan sebab peredaran darah yang lemah dan kesan kepada kesihatan.

[6 markah]

Sebab:

Pengambilan kolesterol tinggi / lemak secara berlebihan. Pembentukan plak di dalam


salur darah / kapilari darah. Disebabkan oleh pengumpulan kolesterol / lemak. Sempit /
menghalang arteri. Menghalang / mengurangkan / aliran darah.

www.iamchampion.blogspot.my
1
Klon SPM 2017

Akibat:

Kekurangan oksigen / bekalan nutrien. Kurang tenaga dijanakan. Menyebabkan kebas //

kerosakan saraf // kerosakan tisu. Sesemut / berdenyut sedikit. Vena varikos / urat
simpul. Kejang kaki / otot. Sakit / pedih / perit dalam anggota badan.

(c) Rajah menunjukkan dua kaedah bagaimana bayi memperoleh keimunan terhadap

penyakit.

Kaedah 1 Kaedah 2

Bandingkan keimunan yang diperoleh oleh bayi melalui dua kaedah ini.

[10 markah]

Persamaan:

Kedua – dua memerlukan antibodi. Antibodi melawan penyakit / patogen.

www.iamchampion.blogspot.my
1
Klon SPM 2017

Perbezaan:

Kaedah 1 Kaedah 2

Sistem keimunan semula jadi yang pasif Sistem keimunan buatan yang aktif

Antibodi dihasilkan oleh ibu Antibodi dihasilkan oleh badan sendiri /


sistem keimunan

Bertahan untuk tempoh yang pendek Bertahan untuk tempoh yang panjang

Melalui susu ibu Melalui pemvaksinan

Susu ibu yang diambil mengandungi Vaksin yang diambil mengandungi


antibodi / kolostrum patogen lemah / yang telah mati

Antibodi sedia untuk membunuh patogen Patogen dapat merangsang limfosit untuk
menghasilkan antibodi

Memerlukan antibodi baharu untuk Boleh ditingkatkan apabila aras keimunan


mengelakkan keimunan menurun

Keimunan segera Ambil masa untuk mendapat keimunan

Kos murah / jimat Mahal

Bila- bila masa boleh diperolehi Masa tertentu sahaja / bila diperlukan

Tidak menyebabkan alahan Boleh menyebabkan alahan/ kesan


sampingan

ATAU

www.iamchampion.blogspot.my
2
Klon SPM 2017

Persamaan:

Kedua – dua mendapat antibodi. Antibodi melawan penyakit. Antibodi bertahan untuk

tempoh pendek. Antibodi sedia untuk digunakan. Keimunan segera.

Perbezaan:

Kaedah 1 Kaedah 2

Keimunan pasif semulajadi Keimunan pasif buatan

Antibodi dihasilkan oleh ibu Antibodi diperolehi daripada sumber lain

Melalui susu ibu Melalui suntikan

Bekalan antibodi berterusan selagi bayi Perlukan suntikan antiserum baru (jika
menghisap / menyusu perlu)

Keimunan bertahan selagi bayi menyusu Keimunan bertahan untuk tempoh sekejap

Murah // tidak melibatkan kos Mahal

Bila – bila masa Masa tertentu sahaja / apabila perlu

Tidak menyebabkan alahan Boleh menyebabkan alahan / kesan


sampingan

www.iamchampion.blogspot.my
2
Klon SPM 2017

Bab 2 Pergerakan dan Sokongan

Rajah 1 menunjukkan struktur seekor ikan. P, Q dan R adalah sirip- sirip pada ikan tersebut.
Rajah 2 menunjukkan keratan rentas merentasi XY.

X P Q

Y R Otot S

Rajah 1 Rajah 2

(a)(i) Namakan sirip P dan sirip Q.

P : Sirip dorsal

Q : Sirip ventral

[2 markah]

(ii) Terangkan mengapa sirip P adalah penting bagi ikan semasa berenang.

Untuk mengelakkan pesongan / golekan. Untuk kestabilan. Meningkatkan kelarusan.


Untuk mengurangkan rintangan air.

[2 markah]

(b) Terangkan bagaimana otot S bertindak semasa pergerakan ikan itu.

Otot S ialah miotom. Tindakan antagonistik // pengecutan pada satu belah dan
pengenduran pada satu belah yang lain. Badan membengkok ke arah bahagian otot yang
mengecut. Tindakan berulang boleh menghasilkan daya tujah.

[2 markah]

www.iamchampion.blogspot.my
2
Klon SPM 2017

(c) Sirip Q tercedera seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 3.

Sirip Q

Rajah 3

(i) Terangkan bagaimana kecederaan itu mempengaruhi pergerakan ikan tersebut.

Q ialah sirip ekor / kaudal. Daya libasan berkurang. Tidak dapat menghasilkan

tujahan ke hadapan yang mencukupi. Pergerakan ikan lebih perlahan. Gagal untuk

mengemudi. Tidak dapat mengawal arah dalam pergerakannya / tidak stabil.

[2 markah]

(ii) Ikan itu dapat menyesuaikan diri dengan kecederaannya dan terus hidup.

Jelaskan bagaimana ikan itu mengatasi masalah tersebut semasa berenang.

Miotom / otot mengecut dan mengendur lebih kerap. Badan bengkok daripada kiri
dan kanan lebih kerap. Sirip pektoral dan sirip pelvik mengibas lebih kecil. Untuk
menghasilkan lebih tujahan ke arah hadapan.

[2 markah]

(d) Air panas daripada kilang dilepaskan ke dalam sungai. Rajah menunjukkan kesan suhu
ke atas kepekatan oksigen terlarut di dalam air sungai.

Terangkan bagaimana situasi ini menyebabkan kematian ikan di dalam sungai.

Suhu tinggi menyebabkan pencemaran terma. Suhu air sungai meningkat. Kurang
oksigen terlarut di dalam air. Menyebabkan keadaan anaerob // BOD meningkat. Enzim
respirasi ternyahasli. Kadar respirasi berkurangan.

[2 markah]

www.iamchampion.blogspot.my
2
Klon SPM 2017

BAB 3 Koordinasi dan Gerak Balas

Rajah menunjukkan laluan impuls saraf dalam suatu tindakan refleks.

Neuron aferen

Saraf tunjang

Kuali panas Neuron eferen

(a)(i) Terangkan penghantaran impuls saraf semasa tindakan refleks dalam Rajah.

[4 markah]

Rangsangan / haba dari kuali panas dikesan oleh reseptor. Reseptor mencetus /

menjana impuls saraf. Impuls saraf dipindahkan di sepanjang neuron aferen ke saraf

tunjang. Di saraf tunjang, impils saraf dipindahkan ke neuron perantaraan. Dari neuron

perantaraan, impuls saraf bergerak merentasi sinaps ke neuron eferen. Impuls saraf

dipindahkan di sepanjang neuron aferen ke efektor / otot biseps. Otot mengecut //

Tangan ditarik daripada stimulus / kuali panas.

www.iamchampion.blogspot.my
2
Klon SPM 2017

(ii) Berdasarkan Rajah, bandingkan dan bezakan di antara neuron aferen dan neuron

eferen.

[10 markah]

Persamaan:

Kedua- dua adalah sel saraf. Kedua – dua menghantar impuls saraf. Kedua – dua terdiri

daripada dendron / dendrit / akson / badan sel. Kedua – duanya menghantar impuls saraf

sehala.

Perbezaan:

Neuron aferen Neuron eferen

Membawa maklumat dari reseptor ke saraf Membawa maklumat dari saraf tunjang ke
tunjang efektor

Badan sel berada di sisi / tengah neuron Badan sel berada di hujung neuron

Badan sel berada di ganglion saraf tunjang Badan sel berada di jirim kelabu saraf
tunjang

Mempunyai akson yang pendek Mempunyai akson yang panjang

Mempunyai dendron yang panjang Mempunyai dendron yang pendek

(b) Dadah penenang diberikan kepada seorang pesakit untuk mengurangkan ketegangan

dalam kehidupan seharian.

Terangkan kesan dadah tersebut ke atas penghantaran impuls melalui sinaps.

[6 markah]

www.iamchampion.blogspot.my
2
Klon SPM 2017

Ketegangan disebabkan oleh penyalahgunaan dadah / ketagihan / sistem saraf pusat


hiperaktif (SSP) / gangguan emosi. Dadah penenang berupaya melambatkan aktiviti
SSP / kadar metabolisme / mengendurkan otot / melegakan kegelisahan / tekanan.
Contoh dadah penenang adalah barbiturat / transkuiliser / heroin / morfin. Dalam SSP,
dadah / dadah penenang merencat / menghalang / menghentikan pembebasan
neurotransmitter pada membran pra sinaps. Merencat pengikatan / penggabungan
neurotransmitter kepada reseptor penerima pada neuron seterusnya. Kurang / tiada
neurotransmitter yang mencetuskan / menjanakan impuls baharu pada neuron
seterusnya / interneuron / neuron eferen. Menyebabkan neuron seterusnya tidak
berupaya menjana impuls. Melambatkan pemindahan impuls / aktiviti SSP. Pesakit tidak
akan merasa stres / tekanan // berasa tenang.

www.iamchampion.blogspot.my
2
Klon SPM 2017

BAB 4 Pembiakan dan Pertumbuhan

Rajah 1 menunjukkan sebahagian sistem pembiakan perempuan pada manusia. Rajah 2


menunjukkan peringkat kitar ovari dalam ovari.

Tisu parut ovari Oosit sekunder

X Y

Rajah 1 Rajah 2

(a) Berdasarkan Rajah :


(i) Terangkan perkembangan struktur X untuk membentuk struktur Y.
X ialah folikel primer. Perkembangan X dirangsang oleh FSH. Sel folikel
betambah //sel folikel membahagi secara mitosis. Membentuk folikel
sekunder // Y ialah folikel sekunder. Folikel primer / X mengandungi oosit
primer. Oosit primer menjalani meiosis I. membentuk oosit sekunder // Y
mengandungi oosit sekunder.
[2 markah]
(ii) Struktur Y akan berkembang untuk membentuk struktur Z.
Terangkan perbezaan antara struktur Y dan struktur Z.

www.iamchampion.blogspot.my
2
Klon SPM 2017

Struktur Y Struktur Z

Y ialah folikel / oosit sekunder Z ialah korpus luteum

Y terbentuk daripada sel folikel Z ialah saki baki sel folikel selepas ovulasi

Y berkembang sebelum ovulasi Z berkembang selepas ovulasi

Y mengandungi oosit (sekunder) Z tidak mengandungi oosit (sekunder)

Y berkembang menjadi folikel Graaf Z akan merosot (jika persenyawaan tidak

berlaku) // R membentuk folikel Graaf


selepas membebaskan oosit / ovum

Y merembes estrogen Z merembes progesteron

[3 markah]

(b)(i) Berikut adalah hormon - hormon yang terlibat dalam pembentukan ovum.

• Hormon peluteinan
• Hormon perangsang folikel
• Estrogen

Jelaskan bagaimana rembesan satu hormon mengawal perembesan hormon - hormon


yang lain sebelum ovulasi berlaku.

Kelenjar pituitari rembes lebih FSH. FSH merangsang perkembangan folikel. Folikel
yang sedang berkembang rembes estrogen / lebih estrogen dalam darah. Aras estrogen
yang tinggi merangsang kelenjar pituitari merembeskan LH. Aras LH yang tinggi
merangsang ovulasi. Aras estrogen yang tinggi merencat perembesan FSH.

[3 markah]

www.iamchampion.blogspot.my
2
Klon SPM 2017

(ii) Pil pencegah kehamilan mengandungi hormon estrogen dan progesteron.

Terangkan peranan hormon progesteron dalam pencegahan kehamilan.

Aras progesteron yang tinggi merencatkan penghasilan FSH. Tiada perkembangan


folikel. Tiada pembentukan ovum. Tiada persenyawaan // tiada perkembangan zigot //
tiada penempelan embrio.

[2 markah]

(c) Dalam sesetengah kehamilan, suatu kecederaan berlaku dalam tiub Fallopio yang akan
menyebabkan pembentukan tisu parut seperti ditunjukkan dalam Rajah 1.

Terangkan bagaimana kehadiran tisu parut boleh memberi kesan kepada kehamilan.

Lumen / diameter tiub fallopio berkurang. Persenyawaan berlaku untuk membentuk zigot
/ morula / blastosista / embrio. Morula / blastosista / embrio tidak sampai ke uterus.
Blastosista / embrio menempel pada tisu parut / tiub falopio. Kehamilan luar rahim /
ektopik.

[2 markah]

www.iamchampion.blogspot.my