Anda di halaman 1dari 29

1.

0 PENGENALAN :
Sukan memainkan peranan yang penting dalam pembangunan individu. Melalui kegiatan
sukan, pelajar-pelajar kita bukan sahaja dapat mencapai kecemerlangan di bidang sukan, malahan juga
dalam pengalaman lain seperti sosial, kepimpinan serta disiplin diri.

Memandangkan hakikat tersebut yang mengharapkan kegiatan sukan di peringkat sekolah-


sekolah perlu dipertingkatkan dengan menggalakkan penglibatan secara menyeluruh di kalangan
pelajarnya. Pihak pengurusan sekolah perlu meningkatkan corak pengurusan sukan di sekolah dengan
mengadakan kegiatan sukan sepanjang tahun yang bertemakan ‘Majulah Sukan Untuk Semua’. Jika
dirancang dengan teliti dan menyeluruh, kegiatan ini akan dapat membendung sebahagian daripada
usaha kita dalam mengatasi masalah sosial pelajar.

Atas kesedaran inilah, maka Sekolah Kebangsaan Taman Sri Muda sentiasa memberi perhatian
terhadap perkembangan dan kemajuan pembangunan sukan yang melibatkan pelajar. Pengalaman
bersukan penting sebagai asas pembinaan insan yang menyeluruh di masa akan datang. Olahraga
merupakan teras kepada aktiviti sukan di sekolah yang secara tradisinya akan dianjurkan setiap tahun.
Sebagai acara penting yang sepatutnya menjadi tunjang kepada aktiviti sukan di sekolah, maka
olahraga perlulah dikelolakan dengan terancang dan sempurna serta pada masa yang sesuai.

Kejohanan olahraga sekolah merupakan suatu wahana untuk mencapai wawasan negara dalam
pembudayaan sukan dalam kalangan murid sekolah. Budaya sukan dalam kalangan semua murid
adalah untuk memperlengkap kecemerlangan sistem pendidikan bagi melahirkan modal insan yang
seimbang dan holistik dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek ke arah pembinaan negara bangsa
Malaysia.

Aktiviti sukan telah pun dijadikan sebagai fokus dalam sistem pendidikan pada hari ini.
Aktiviti sukan juga akan menjadi aktiviti yang wajib dijalankan sepanjang tahun. Pihak yang terlibat
dalam pengurusan sukan di sekolah seharusnya merancang, mengurus dan melaksanakan kegiatan ini
secara sistematik, cekap dan berkesan berlandaskan keilmuan dan kemanusiaan.

1
Olahraga merupakan induk kepada semua jenis sukan. Nama olahraga berasal daripada
perkataan Greek athlos yang bermaksud “bertanding”. Olahraga boleh dibahagikan kepada acara
balapan dan acara padang. Acara balapan terdiri dari acara pecut (100 meter (m), 200 m, dan 400 m)
acara jarak sederhana (800 m, 1500 m, 3,000 m, dan 3,000 m berhalangan), acara jarak jauh (5000 m
dan 10000 m), lari berpagar wanita (100 m), lari berpagar lelaki (110 m), lari berpagar lelaki dan
perempuan (400 m), dan lari berganti–ganti (4 x 100 m, 4 x 200 m, dan 4 x 400 m). Acara padang
terdiri daripada acara lompatan (lompat jauh, lompat tinggi, lompat bergalah dan lompat kijang) dan
acara balingan (melontar peluru, merejam lembing, melempar cakera dan membaling tukul besi).
Acara–acara lain pula ialah berjalan kaki (5 kilometer, 10 kilometer, 20 kilometer dan sebagainya),
acara separa maraton (21.0975 kilometer), maraton (42.195 kilometer), acara heptatlon (7 acara untuk
wanita) dan dekatlon (10 acara untuk lelaki).

Kejohanan olahraga sekolah adalah satu aktiviti sukan yang penting dalam kalendar
sekolah dan melibatkan penyertaan murid secara menyeluruh. Setiap sekolah perlu berusaha
membangunkan dan membudayakan aktiviti sukan dalam kalangan warga sekolah agar institusi
sekolah dapat berfungsi untuk mengembangkan potensi murid secara seimbang dari segi intelek,
rohani, emosi dan jasmani. Penglibatan murid dalam sukan dapat memupuk semangat kerjasama,
patriotik dan bersatu padu di kalangan masyarakat Malaysia yang berbilang kaum. Surat Pekeliling
Ikhtisas Bil. 1/1989 (Lampiran 1) menegaskan bahawa penyertaan murid dalam kegiatan sukan
diwajibkan. Setiap murid perlu mengambil bahagian sekurang-kurangnya dalam satu jenis permainan
atau olahraga. Oleh yang demikian, pihak sekolah perlu memperkemas perancangan dan pengurusan
sukan di sekolah agar minat dan penyertaan murid dalam kegiatan sukan dapat ditingkatkan.

2.0 PENDAHULUAN :
Temasya Sukan Tahunan adalah satu program rasmi sekolah yang dirancang dan dilaksanakan
pada setiap tahun. Temasya ini dijalankan khusus untuk memberi pendedahan asas tentang teknik serta
kemahiran yang perlu dikuasai dalam bidang olahraga bagi setiap murid. Temasya sukan olahraga
sekolah telah dimulakan pada tahun pertama pembukaan sekolah iaitu pada tahun 1986. Oleh yang
demikian, ini adalah merupakan temasya sukan olahraga tahunan sekolah kali ke-27. Secara amnya
sukan tahunan ini diuruskan sepenuhnya oleh pihak Sekolah Kebangsaan Taman Sri Muda.

2
Kejohanan Temasya Sukan Tahunan sekolah ini kebiasaannya melibatkan penglibatan semua
murid iaitu Pra Sekolah, Tahap 1 dan Tahap 2. Acara yang dipertandingkan bagi murid Pra Sekolah
adalah sukaneka dan 4 x 50 meter. Acara bagi murid tahun 2 dan tahun 3 pula adalah sukaneka dan
lari 75 meter. Acara bagi murid tahun 3 adalah sukaneka dan lari 100 meter. Acara bagi murid tahun 4,
5 dan 6 terbahagi kepada acara padang dan acara balapan. Acara padang untuk murid tahun 4, 4 dan 6
adalah lompat jauh, lompat tinggi dan lontar peluru. Acara trek bagi murid tahun 4, 5 dan 6 pula
adalah 100 meter, 200 meter, 4x100 meter dan 4x200 meter. Temasya Sukan Tahunan ini akan
menjadi satu platform pencarian bakat baru untuk sekolah melahirkan atlit pelapis bagi negara kita
bagi jangka masa akan datang.

3.0 MATLAMAT :
i) Menyahut seruan kerajaan dalam menjalankan dasar 1 Murid 1 Sukan.
ii) Menjana minat dan azam bagi memajukan sukan untuk mengimbangi objektif Falsafah
Pendidikan Negara .
iii) Melahirkan insan yang berketerampilan, berkualiti dan mempunyai nilai-nilai murni selaras
dengan Falsafah Pendidikan Negara.
iv) Mempertingkatkan tahap kesedaran murid-murid dalam usaha menjadikan sukan sebagai
suatu Budaya Hidup Sihat .
v) Mengeratkan hubungan sesama warga sekolah terutama dalan usaha menjana kesefahaman
antara pihak sekolah dan ibu bapa melalui temasya sukan tahunan.
vi) Mendidik serta melahirkan murid-murid yang kompetitif, aktif serta mempunyai ketahanan
diri yang tinggi baik dari segi mental mahupun fizikal dalam semua bidang khususnya
bidang sukan.

3
4.0 OBJEKTIF :
i. Melahirkan insan yang cergas dan cerdas dari segi mental dan fizikal.
ii. Pendedahan peringkat awal dan dasar kepada murid mengenai sukan olahraga.
iii. Persiapan unit Kokurikulum dalam mencari atlit pelapis sekolah bagi menghadapi
Kejohanan Balapan dan Padang MSSD 2014.
iv. Meningkatkan kerjasama dan semangat kekitaan dikalangan murid dan guru.
v. Sebagai pendedahan awal murid-murid tentang potensi dan bakat diri mereka
sendiri dari aspek Kokurikulum dan seterusnya menjana industri sukan di
Malaysia ke arah yang lebih Cemerlang, Gemilang dan Terbilang.
vi. Memenuhi aktiviti Ko-kurikulum di sekolah.

5.0 TEMA :
Kecemerlangan Sukan Menjana Kecemerlangan Sekolah

6.0 HARI / TARIKH / MASA / TEMPAT :

Acara Hari Tarikh Masa Tempat


1. Padang Selasa, Rabu 25, 26, 27 Jun 2013 4.00 pm - 5.00 pm Tempat mengikut
jenis acara
2. Sukaneka Jumaat 5 Julai 2013 8.00 am - 12.00 pm Padang SK Taman
Sri Muda
3. Perasmaian & Ahad 7 Julai 2013 8.00 am - 1.00 pm Padang SK Taman
Balapan Sri Muda

7.0 KUMPULAN SASARAN :


Semua murid SK Taman Sri Muda

4
8.0 PERBELANJAAN :

Bil. Perkara
1. Hadiah / Cenderahati Murid Kuantiti Jumlah (RM)
Acara Jantina
Murid Tahun 1 :
- Sukaneka P L 114 x RM 3.50 RM 399.00 2295.00
- 75m P L (3 x RM 3.50) x 2 RM 21.00
Murid Tahun 2 :
- Sukaneka P L 117 x RM 3.50 RM 409.50
- 75m P L (3 x RM 3.50) x 2 RM 21.00
Murid Tahun 3 :
- Sukaneka P L 147 x RM 3.50 RM 514.50
- 100m P L (3 x RM 3.50) x 2 RM 21.00
Murid Tahun 4 :
- 100m P L (3 x RM 3.50) x 2 RM 21
- 200m P L (3 x RM 3.50) x 2 RM 21
- 4 x 100m P L (12 x RM 3.50) x 2 RM 84
- 4 x 200m P L (12 x RM 3.50) x 2 RM 84
- Acara Padang P L (9 x RM 3.50) x 2 RM 63
Murid Tahun 5 :
- 100m P L (3 x RM 3.50) x 2 RM 21
- 200m P L (3 x RM 3.50) x 2 RM 21
- 4 x 100m P L (12 x RM 3.50) x 2 RM 84
- 4 x 200m P L (12 x RM 3.50) x 2 RM 84
- Acara Padang P L (9 x RM 3.50) x 2 RM 63
Murid Tahun 6 :
- 100m P L (3 x RM 3.50) x 2 RM 21
- 200m P L (3 x RM 3.50) x 2 RM 21
- 4 x 100m P L (12 x RM 3.50) x 2 RM 84
- 4 x 200m P L (12 x RM 3.50) x 2 RM 84
- Acara Padang P L (9 x RM 3.50) x 2 RM 63
Terbuka Murid :
- Tarik tali P L (10 x RM 3.50) x 2 RM 70
Terbuka Ibu Bapa &
Pegawai :
- Tarik Bola Dalam P L (3 x RM 3.50) x 2 RM 21
Gelung

5
Bil. Perkara Kuantiti Jumlah ( RM )
2. Makanan & Air Mineral Murid 963 x RM 1.50 1444.50
3. Banner 1 x RM 60 60.00
4. Pasir Halus (Lompat Jauh) 120.00
5. Khemah 6 x RM 250 1500.00
Jumlah 5419.50

- Jumlah perbelanjaan temasya sukan sebanyak RM 5088 akan dipohon melalui peruntukan
kokurikulum sekolah.
- Peruntukan sebanyak RM 331.50 bersama unit-unit di bawah akan dipohon melalui sumbangan
PIBG :
Bil. Perkara Kuantiti Jumlah ( RM )
1. Minyak Hitam 2 tong x RM 50 100.00
2. Cenderamata Pegawai 17 x RM 5 85.00
3. Sewa PA Sistem 2 hari x RM 250 500.00
Jumlah 685.00

Wang peruntukan kokurikulum sekolah yang digunakan : RM 5088.00


Wang sumbangan PIBG yang dipohon : RM 1016.50

Jumlah Besar Perbelanjaan Temasya Sukan 2013 : RM 6104.50


(RINGGIT MALAYSIA ENAM RIBU SERATUS EMPAT DAN LIMA PULUH SEN SAHAJA)

6
9.0 ACARA :
9.1 Sukaneka

Bil ACARA JANTINA TAHUN KATEGORI NO ACARA


1 Acara Pra Perempuan Pra (P) PRA 201
(Acara Pasukan) Lelaki Pra (L) PRA
2 Acara Tahun 1 Campur Tahun 1 T1 202
(Acara Pasukan)
3 Acara Tahun 2 Campur Tahun 2 T2 203
(Acara Pasukan)
4 Acara Tahun 3 Campur Tahun 3 T3 204
(Acara Pasukan)

9.2 Acara Balapan

Bil ACARA JANTINA TAHUN KATEGORI NO ACARA


5 50m Perempuan Pra 5 tahun P5 PRA 301
(Acara Individu) Lelaki Pra 5 tahun L5 PRA
Perempuan Pra 6 tahun P6 PRA
Lelaki Pra 6 tahun L6 PRA
6 75m Perempuan Tahun 1 P1 302
(Acara Individu) Lelaki Tahun 1 L1
Perempuan Tahun 2 P2
Lelaki Tahun 2 L2
7 100 m Perempuan Tahun 3 P3 303
(Acara Individu) Lelaki Tahun 3 P4
Perempuan Tahun 4 P4
Lelaki Tahun 4 L4
Perempuan Tahun 5 P5
Lelaki Tahun 5 L5
Perempuan Tahun 6 P6
Lelaki Tahun 6 L6
8 200m Perempuan Tahun 4 P4 304
(Acara Individu) Lelaki Tahun 4 L4
Perempuan Tahun 5 P5
Lelaki Tahun 5 L5
Perempuan Tahun 6 P6
Lelaki Tahun 6 L6
8 4 x 100 m Perempuan Tahun 4 P4 305
(Acara Pasukan) Lelaki Tahun 4 L4
Perempuan Tahun 5 P5
Lelaki Tahun 5 L5
Perempuan Tahun 6 P6
Lelaki Tahun 6 L6

7
9 4 x 200 m Perempuan Tahun 4 P4 306
(Acara Pasukan) Lelaki Tahun 4 L4
Perempuan Tahun 5 P5
Lelaki Tahun 5 L5
Perempuan Tahun 6 P6
Lelaki Tahun 6 L6

9.3 Acara Padang

10 Lompat Tinggi Perempuan Tahun 4 P4 401


(Acara Individu) Lelaki Tahun 4 L4
Perempuan Tahun 5 P5
Lelaki Tahun 5 L5
Perempuan Tahun 6 P6
Lelaki Tahun 6 L6
11 Lompat Jauh Perempuan Tahun 4 P4 402
(Acara Individu) Lelaki Tahun 4 L4
Perempuan Tahun 5 P5
Lelaki Tahun 5 L5
Perempuan Tahun 6 P6
Lelaki Tahun 6 L6
12 Lontar Peluru Perempuan Tahun 4 P4 403
(Acara Individu) Lelaki Tahun 4 L4
Perempuan Tahun 5 P5
Lelaki Tahun 5 L5
Perempuan Tahun 6 P6
Lelaki Tahun 6 L6

9.4 Acara Terbuka

13 Tarik Tali Lelaki Terbuka 501


(10 sebelah)
14 Tarik Tali Perempuan Terbuka 502
(10 sebelah)

9.5 Acara Pegawai dan Ibu Bapa

15 Tarik Bola Lelaki Terbuka 601


Dalam Gelung
16 Tarik Bola Perempuan Terbuka 602
Dalam Gelung

8
10.0 UNDANG-UNDANG KEJOHANAN

o Undang-undang kejohanan adalah berdasarkan peraturan sebenar Buku Peraturan


Olahraga Kesatuan Olahraga Amatur Malaysia (KOAM) 2012-2013 dan juga peraturan
Am MSSS dan MSSM yang difikirkan sesuai.
o Ketika menyertai acara, semua peserta diberi kelonggaran untuk memakai ataupun
tidak memakai sebarang pelapik kaki.
o Bagi peserta yang berkasut, tidak dibenarkan mengenakan sebarang alatan tambahan
kepada kasut yang sehingga boleh menebalkan permukaan kasut seterusnya memberi
kelebihan kepada peserta.
o Kesemua peserta yang menyertai acara DIWAJIBKAN memaparkan nombor bib di
bahagian hadapan badan pada paras dada.
o Setiap rumah sukan hanya DIBENARKAN menghantar 2 orang wakil bagi setiap acara
individu bagi setiap kategori.
o Setiap rumah sukan juga DIBENARKAN menghantar 2 wakil berkumpulan bagi acara
berkumpulan bagi setiap kategori.
o Semua acara HANYA terbuka kepada pelajar-pelajar SK Taman Sri Muda sahaja.
o Setiap peserta hanya dibenarkan menyertai secara maksimum 2 acara individu dan 2
acara berpasukan. Jika terdapat peserta yang menyertai lebih daripada itu,
penyertaannya akan DIBATALKAN serta-merta.
o Bagi peserta yang gagal berada di kawasan panggilan 10 minit sebelum acara bermula,
penyertaan akan dibatalkan serta-merta.
o Setiap pertukaran peserta hanya boleh dibuat 2 hari SEBELUM hari kejohanan
bermula.
o Sebarang bantahan hendaklah dikemukakan melalui borang bantahan dan sebarang
bantahan dikenakan bayaran sebanyak RM200.

 Acara Balapan

i) Acara 301 (4 x 50 m)
 Semasa berada di garisan permulaan, pelari tidak dibenarkan menyentuh
garisan permulaan dengan tangan atau kaki.
 Jika berlaku fault start, semua pelari akan diberikan amaran.
 Apabila berlaku fault start kali kedua, perserta yang melakukan fault
start tersebut terpaksa dikecualikan WALAUPUN dia baru sekali
melakukan fault start.
 Pelari hendaklah berlari dalam lorong sendiri hingga tamat larian.
 Pelari yang mengganggu larian pelari lain akan dibatalkan lariannya.

9
ii) Acara 302 (75 m)

 Semasa berada di garisan permulaan, pelari tidak dibenarkan menyentuh


garisan permulaan dengan tangan atau kaki.
 Jika berlaku fault start, semua pelari akan diberikan amaran.
 Apabila berlaku fault start kali kedua, perserta yang melakukan fault
start tersebut terpaksa dikecualikan WALAUPUN dia baru sekali
melakukan fault start.
 Pelari hendaklah berlari dalam lorong sendiri hingga tamat larian.
 Pelari yang mengganggu larian pelari lain akan dibatalkan lariannya.

iii) Acara 303 (100 m)

 Semasa berada di garisan permulaan, pelari tidak dibenarkan menyentuh


garisan permulaan dengan tangan atau kaki.
 Jika berlaku fault start, semua pelari akan diberikan amaran.
 Apabila berlaku fault start kali kedua, perserta yang melakukan fault
start tersebut terpaksa dikecualikan WALAUPUN dia baru sekali
melakukan fault start.
 Pelari hendaklah berlari dalam lorong sendiri hingga tamat larian.
 Pelari yang mengganggu larian pelari lain akan dibatalkan lariannya.

iv) Acara 304 (200 m)


 Semasa berada di garisan permulaan, pelari tidak dibenarkan menyentuh
garisan permulaan dengan tangan atau kaki.
 Pelari hendaklah berlari dalam lorong sendiri hingga tamat larian.
 Jika berlaku fault start, semua pelari akan diberikan amaran.
 Apabila berlaku fault start kali kedua, perserta yang melakukan fault
start tersebut terpaksa dikecualikan WALAUPUN dia baru sekali
melakukan fault start.

v) Acara 305 (4 x 100 m)


 Berlari dalam lorong masing-masing walaupun selepas membuat
pertukaran baton.
 Membuat pertukaran baton dalam zon pertukaran baton.
 Jika baton terjatuh, peserta boleh mengambil baton dengan syarat tidak
mengganggu peserta di lorong yang lain.
 Pelari yang menjatuhkan baton DIWAJIBKAN mengambil baton yang
dijatuhkan.
 Jika berlaku fault start, semua pelari akan diberikan amaran.
 Apabila berlaku fault start kali kedua, perserta yang melakukan fault
start tersebut terpaksa dikecualikan WALAUPUN dia baru sekali
melakukan fault start.

10
vi) Acara 306 (4 x 200 m)
 Pelari pertama dan kedua akan berlari dalam lorong sendiri, manakala
pelari ketiga akan memasuki cutting zone iaitu masuk ke dalam lorong
pertama apabila tiba selekoh pertama.
 Membuat pertukaran baton dalam zon pertukaran baton.
 Jika baton terjatuh, peserta boleh mengambil baton dengan syarat tidak
mengganggu peserta di lorong yang lain.
 Pelari yang menjatuhkan baton DIWAJIBKAN mengambil baton yang
dijatuhkan.
 Jika berlaku fault start, semua pelari akan diberikan amaran.
 Apabila berlaku fault start kali kedua, perserta yang melakukan fault
start tersebut terpaksa dikecualikan WALAUPUN dia baru sekali
melakukan fault start.

 Acara Padang

i) Acara 401 (Lompat Tinggi)


 Lonjakan hanya dilakukan sebelah kaki sahaja.
 Ketinggian akan dinaikkan sebanyak 3cm bagi satu kenaikan
 Lompatan tidak akan diambil kira apabila:
 palang terjatuh apabila lompatan disempurnakan
 melalui di kawasan bawah palang
 sebelum pelompat melepasi palang, semua kawasan sebelah
hadapan tiang disentuh
 gagal melepasi palang tiga kali percubaan berturut-turut.
 ukuran permulaan lompat tinggi :

Bil Tahun Lelaki Perempuan


1 EMPAT 0.95 meter 0.90 meter
2 LIMA 1.00 meter 0.95 meter
3 ENAM 1.05 meter 1.00 meter

ii) Acara 402 (Lompat Jauh)


 Lompatan akan dikira batal apabila:
 mana-mana bahagian tapak kaki melebihi papan lonjak
 melonjak dengan menggunakan kedua-dua belah kaki

iii) Acara 403 (Lontar Peluru)


 Peluru dilontar dari aras bahu dengan sebelah tangan sahaja.
 Peluru juga perlu berada di bawah aras dagu dan melekap pada leher
serta sudut lengan dibuka
 Lontaran akan dikira batal apabila :

11
 Peluru yang dilontar mendarat di luar sektor lontaran
 Pelontar keluar di bahagian hadapan bulatan selepas melakukan
lontaran.
 Mana-mana bahagian tubuh badan menyentuh permukaan bumi
di hadapan pengadang sektor selepas melakukan lontaran.
 Peluru dibaling ataupun dilempar dan bukan di lontar

Bil Tahun Lelaki Perempuan


1 EMPAT 2.72 kg 2.72 kg
2 LIMA 2.72 kg 2.72 kg
3 ENAM 2.72 kg 2.72 kg

10.1 Pungutan Pingat

 Semua acara yang dipertandingkan menawarkan pingat EMAS bagi tempat pertama, pingat
PERAK bagi tempat kedua dan pingat GANGSA bagi tempat ketiga.
 Bagi acara berkumpulan, ahli yang mendapat tempat dalam acara tersebut. Semua ahlinya akan
turut menerima pingat.
 Jumlah mata yang disumbangkan kepada rumah sukan masing-masing berdasarkan pingat yang
dimenangi peserta :

Tempat Pingat Jumlah Mata


1 EMAS 10
2 PERAK 7
3 GANGSA 5
4 - 3
5 - 2
6 - 1
7 - 0
8 - 0

11. 0 ACARA LAIN YANG DIPERTANDINGKAN :


 Hiasan Khemah – Johan
 Perbarisan Kontinjen Rumah Sukan – Johan
 Johan Keseluruhan
 Olahragawan dan olahragawati.
 Acara terbuka pegawai kejohanan dan ibu bapa.
 Acara Terbuka Tarik Tali
1) Lelaki – Johan dan Naib Johan
2) Perempuan – Johan dan Naib Johan

12
12.0 JADUAL :

12.1 Latihan Acara Padang & Balapan :


Bil Acara Rumah Hari Tarikh Masa

1 Acara Padang Merah Biru Rabu 12 Jun 2013 4.00 pm -


Hijau Kuning Khamis 13 Jun 2013 6.00 pm
2 Acara Balapan Merah Biru Isnin 17 Jun 2013 4.00 pm -
Hijau Kuning Selasa 18 Jun 2013 6.00 pm

12.1 Sukantara :
Bil Acara Hari Tarikh Masa

1 100 m Rabu 19 Jun 2013 4.00 pm -


6.00 pm
2 Lompat Jauh Khamis 20 Jun 2013 4.00 pm -
6.00 pm

12.2 Acara Awal (Acara Padang) :


Bil Acara Tahun Hari Tarikh Masa

1 Lompat Jauh Tahun 4 (P), (L) Selasa 25 Jun 2013 4.00 pm -


Lompat Tinggi Tahun 5 (P), (L) 6.00 pm
Lontar Peluru Tahun 6 (P), (L)
2 Lompat Jauh Tahun 6 (P), (L) Rabu 26 Jun 2013 4.00 pm -
Lompat Tinggi Tahun 4 (P), (L) 6.00 pm
Lontar Peluru Tahun 5 (P), (L)
3 Lompat Jauh Tahun 5 (P), (L) Khamis 27 Jun 2013 4.00 pm -
Lompat Tinggi Tahun 6 (P), (L) 6.00 pm
Lontar Peluru Tahun 4 (P), (L)

12.3 Latihan Sukaneka :


Tahun Acara Tarikh Masa

Pra Acara mengikut kelas Latihan


dijalankan
1 Acara mengikut kelas
17 Jun 2013 - waktu kelas
2 Acara mengikut kelas 28 Jun 2013 Pendidikan
3 Acara mengikut kelas Jasmani

13
12.4 Raptai :
Bil Raptai Hari Tarikh Masa

1 Murid Pagi Rabu 3 Julai 2013 8.00 am -


Raptai 12.00 pm
Sukaneka Murid Petang Rabu 3 Julai 2013 3.00 pm -
6.00 pm
2 Raptai Hari Sukan Khamis 4 Julai 2013 8.00 am -
11.00 pm

12.5 Kejohanan :
Bil Raptai Hari Tarikh Masa

1 Sukaneka Jumaat 5 Julai 2013 8.00 am -


12.00 pm
2 Temasya Hari Sukan Ahad 7 Julai 2013 8.00 am -
1.00 pm

13.0 AJK PELAKSANA :


(Rujuk Lampiran 1)

12.0 SENARAI PEGAWAI OLAHRAGA :


(Rujuk Lampiran 2)

13.0 AJK DAN PEGAWAI SUKANEKA :


(Rujuk Lampiran 3)

14.0 AJK DAN PEGAWAI ACARA PADANG :


(Rujuk Lampiran 4)

15.0 ATUR CARA PROGRAM :


(Rujuk Lampiran 5)

14
16.0 PENUTUP :

Oleh yang demikian, diharapkan agar segala perancangan dan perangkaan yang telah dibuat ini
dapat berjalan lancar sepenuhnya pada hari kejohanan kelak. Sokongan padu daripada semua warga
SK Taman Sri Muda serta PIBG SK Taman Sri Muda adalah amat ditagih dalam memastikan
kelancaran perjalanan Temasya Sukan Tahunan kali ke-27 SK Taman Sri Muda. Selain daripada itu,
diharapkan juga agar lebih ramai murid yang menyertai acara yang dipertandingkan. Ini adalah
bertujuan untuk memastikan unit kokurikulum SK Taman Sri Muda sentiasa mempunyai pelapis atlit
olahraga untuk masa akan datang selain daripada menyahut seruan kerajaan iaitu meneruskan dasar 1
Murid 1 Sukan. Apabila semakin ramai murid yang menyertai pertandingan, lebih ramai bakat baru
yang akan dapat dikenal pasti. Dan juga tidak lupa agar semua ibu bapa dan penjaga hadir pada hari
kejohanan untuk memberikan sokongan yang padu terhadap anak-anak mereka. Sokongan dan
dorongan yang kuat daripada ibu bapa adalah amat berkesan bagi murid-murid. Selain itu, kehadiran
ibu bapa dan penjaga juga dapat mengeratkan lagi hubungan silaturrahim bersama semua warga SK
Taman Sri Muda.

Disediakan Oleh: Disemak Oleh:

……………………………………. ………………………………………
(Mohd Firdaus bin Ibrahim)
Setiausaha Sukan SKTSM

Disahkan Oleh:

……………………………………..

15
Lampiran 1

AJK Pelaksana
Temasya Sukan Tahunan SK Taman Sri Muda Kali Ke-27 Tahun 2013

Penasihat : Puan Hajah Fuziah bt. M. Amin


( Guru Besar SK Taman Sri Muda )
Pengerusi : En. Mohd Jazid bin Iman ( GPK Kokurikulum )
Naib Pengerusi : Puan Raja Rokiah bt. Raja Ismail ( GPK I )
Puan Jaharah bt. Arsad ( GPK HEM )
Cik Zainab bt. Ahmad Sisman ( GPK Petang )
Pengurus Kejohanan : En. Hanim Azahari bin Tajudin
Setiausaha : En. Mohd Firdaus bin Ibrahim
Bendahari : Pn. Wan Hanipah bt. Wan Deraman
AJK :
Penyambut Tetamu :
NAMA TUGAS
Pn. Hajah Fuziah bt. M. Amin Menyambut ketibaan semua tetamu jemputan yang
Pn. Raja Rokiah bt. Raja Ismail hadir.
Pn. Jaharah bt. Arsad
En. Mohd Jazid bin Iman
Cik Zainab bt. Ahmad Sisman

Persiapan Padang :
NAMA TUGAS
En. Mohd Firdaus bin Ibrahim (K) Mendapatkan bekalan minyak hitam.
En. Hanim Azahari bin Tajudin Mengukur garisan trek.
En. Wan Azimi bin Wan Abd. Rahim Membuat garisan trek.
En. Mohd Fazlee bin Abdul Wahab Menghias padang dengan bendera segi tiga dengan
En. Aizal Arman bin Mohamad meminta bantuan daripada pekerja am sekolah.
En. Norhasrudy bin Ruslan
En. Shahril Azrin bin Azizan

16
Siaraya & PA Sistem :
NAMA TUGAS
En. Ahmad Rafedy bin Ahmad Raidin (K) Membuat tempahan banner.
En. Mohd Azwan bin Mohd Basri Penyediaan PA sistem.
En. Roduan bin Pin
En. Ramli bin Mat Saad

Jurugambar & Dokumentasi :


NAMA TUGAS
Pn. Omeearnita bt. Wahid (K) Mengambil gambar sepanjang kejohanan dan
En. Jesffri bin Zakaria membuat dokumentasi.

Pembaca Doa :
NAMA TUGAS
En. Mohd Azwan bin Mohd Basri Mengetuai bacaan doa.

Keselamatan & Kecemasan :


NAMA TUGAS
Pn. Jarina bt. Sulaiman (K) Penyediaan first aid kit.
Pn. Azren bt. Che Othman Melantik murid PBSM sebagai pembantu.
Pn. Nazihah bt. Ahmad Sofi Membantu murid yang mengalami kecederaan.

Makanan & Minuman :


NAMA TUGAS
Pn. Roslida bt. Abd. Ghani ( K ) Menempah makanan serta minuman murid dan
Pn. Hasliah bt. Husin pegawai.
Pn. Hayani bt. Md Ishak

17
Juruacara :
NAMA TUGAS
Pn. Nuurul Izzah bt. Mohamed ( K ) Mempengerusikan majlis.
Pn. Puziah bt. Abd. Rahman Membuat pengumuman berkaitan kejohanan.

Buku Program :
NAMA TUGAS
Cik Rubini Devi a/p Raman ( K ) Menyediakan buku program.
Pn. Dermawati bt. Deraman

Hadiah :
NAMA TUGAS
- Penyelia Pn. Rozita bt. Abu Bakar Membawa murid yang menerima hadiah ke tempat
Penerima Pn. Sathiya Bharathi a/p Murti penyampaian hadiah.
Hadiah
Pn. Woo Lai Chun

- Pembantu Mengira bilangan hadiah agar mencukupi.


Penyampai Pn. Thaarani a/p Perialathan Menyusun hadiah.
Hadiah Membantu penyampai hadiah.

Disiplin Murid :
NAMA TUGAS
En. John Thomas ( K ) Menjaga dan mengawal disiplin murid.
En. Sures a/l Supamaniam
Semua guru rumah sukan

Peralatan :
NAMA TUGAS
En. Mohd Zairi bin Drahman ( K ) Menyediakan alatan yang bersesuaian.
En. Ahmad Rafedy bin Ahmad Raidin Melantik murid Tunas KRS sebagai pembantu.

18
Kebersihan :
NAMA TUGAS
Ketua setiap rumah sukan Memastikan padang dalam keadaan bersih dari
sampah semasa dan selepas kejohanan.
Melantik murid Pengakap sebagai pembantu.

Persembahan :
NAMA TUGAS
Pn. Thaarani a/p Perialathan ( K ) Melatih murid acara persembahan.
Pn. Hasliah bt. Husin

Ikrar & Lintas Masuk :


NAMA TUGAS
En. Roduan bin Pin ( K ) Menguruskan acara ikrar dan lintas masuk.
En. Ramli bin Mat Saad
En. Jesffri bin Zakaria

Sumbangan (Sponsor) :
NAMA TUGAS
Mohd Firdaus bin Ibrahim Menyediakan surat sumbangan (sponsor) untuk
disampaikan kepada syarikat yang berkenaan bagi
mendapatkan sumbangan wang / hamper.

19
Lampiran 2

Senarai Pegawai-pegawai Kejohanan


Temasya Sukan Tahunan SK Taman Sri Muda Kali Ke-27 Tahun 2013

Juri Rayuan :
NAMA TUGAS
Pn. Raja Rokiah bt. Raja Ismail Menyelesaikan bantahan-bantahan yang dibuat
En. Mohd Jazid bin Iman mengikut Peraturan 146 undang-undang kejohanan
Cik Zainab bt. Ahmad Sisman olahraga KOAM.

Teknikal & Borang Kejohanan :


NAMA TUGAS
En. Hanim Azahari bin Tajudin Menyediakan borang kejohanan dan borang statistik
mengikut acara.

Teknikal & Borang Kejohanan :


NAMA TUGAS
En. Hanim Azahari bin Tajudin Menyediakan borang kejohanan dan borang statistik
mengikut acara.

Ketua Kepegawaian :
NAMA TUGAS
En. Norhasrudy bin Ruslan Memberikan taklimat kepada para pegawai
mengenai tugas dan peranan masing-masing.

Pelepas :
NAMA TUGAS
En. Wan Azimi bin Wan Abd. Rahim (K) Melepaskan peserta mengikut acara.
En. Sures a/l Supamaniam Membantu pelepas.

20
Penyelia Peserta :
NAMA TUGAS
En. Airulnizam bin Abd. Rasid Memanggil nama peserta untuk berkumpul di
tempat yang disediakan.
Mengumpulkan peserta dari setiap rumah sukan
untuk dihantar masuk ke tempat permulaan larian.
Menyusun peserta mengikut lorong yang telah
diundi.

Pengurus Peserta :
NAMA TUGAS
Pn. Zuraidah bt. Hj. Saad (Merah) Mengumpulkan peserta rumah masing-masing di
Pn. Salwahalhana bt. Ahmad Tajuddin (Biru) tempat yang disediakan sebelum dibawa kepada
Pn. Maznah bt. Mat (Hijau) hakim balapan.
Pn. Adibatul Anniah bt. Abd. Hamid (Kuning)

Pengadil Balapan :
NAMA TUGAS
En. Mohd Firdaus bin Ibrahim (K) Membawa peserta ke garisan permulaan (acara
individu).
En. Norhasrudy bin Ruslan
Membawa peserta ke garisan permulaan dan tempat

En. Mohd Fazlee bin Abd. Wahab menunggu bagi pelari kedua, ketiga dan keempat
(acara pasukan).
En. Rosman bin Sapiai Memastikan tidak berlaku kesalahan waktu sebelum
dan semasa permulaan larian.

21
Hakim Penamat :
NAMA TUGAS
Pn. Rohizat bt. Baharudin (Tempat Pertama) Mengenal pasti peserta yang mendapat tempat
Pn. Hafiza bt. Kassim (Tempat ke-2) pertama, kedua, ketiga, keempat, kelima dan
Pn. Annam a/p Muthusamy (Tempat ke-3) keenam (peserta mendapat tempat ketujuh dan
Pn. Nordiana Azni bt. Alias (Tempat ke-4) kelapan tiada markah untuk rumah).
Pn. Hayani bt. Md Ishak (Tempat ke-5)
En. Mohd Haron bin Abdullah Umar (Tempat
ke-6)

Penjaga Masa :
NAMA TUGAS
Pn. Normashila Hayati bt. Ismail ( 1 & 2 ) Merekodkan catatan masa yang dilakukan oleh
Pn. Yasmin bt. Aliar ( 3 & 4) peserta yang berlari dalam lorong yang
Pn. Fauziah bt. Zainon Abidin ( 5 & 6 ) diperhatikan.

Statistik :
NAMA TUGAS
Pn. Nurul Husna bt. Shafie ( K ) Merekodkan semua keputusan akhir yang rasmi.
Menyerahkan keputusan kepada juruacara.
Menyerahkan keputusan kepada jawatankuasa
hadiah.
Pn. Raihan bt. Ismail
Memaparkan keputusan kejohanan di tempat yang
disediakan.
Mengemas kini jumlah kutipan mata setiap rumah
di papan markah.

22
Lampiran 3

AJK Acara Sukaneka


Tahap 1 dan Pra Sekolah SK Taman Sri Muda Tahun 2013

Pengurus & Penyelia Peserta (Pra Sekolah) :


NAMA TUGAS
Pn. Siti Khadijah bt. Mohamad Menguruskan peserta

Pn. Wan Suhana bt. Wan Salam - Membawa peserta ke tempat acara.

Pn. Effa Anak Gonew - Menyusun peserta.

Pengurus & Penyelia Peserta (Tahun 1) :


NAMA TUGAS
En Mohd Fazlee bin Abdul Wahab Menguruskan peserta
Pn Yasmin bt. Aliar - Membawa peserta ke tempat acara.
Pn Azlen bt. Tuah - Menyusun peserta.
Pn Adibatul Anniah bt. Abd. Hamid

Pengurus & Penyelia Peserta (Tahun 2) :


NAMA TUGAS
Pn Tharani a/p Perialathan Menguruskan peserta
Pn Rozita bt. Abu Bakar - Membawa peserta ke tempat acara.
Pn Saemas bt. Samsudin - Menyusun peserta.
En. Ahmad Rafedy bin Raidin

Pengurus & Penyelia Peserta (Tahun 3) :


NAMA TUGAS
Pn Nordiana Azni bt. Alias Menguruskan peserta
Pn Sathiya Barathi a/p Murti - Membawa peserta ke tempat acara.
Pn Raihan bt Ismail - Menyusun peserta.
Pn Dermawati bt. Deraman

23
Pelan Acara Sukaneka (Pra Sekolah) :
NAMA TUGAS
Pn. Wan Suhana bt. Wan Salam Mendapatkan pelan acara sukaneka mengikut kelas
daripada guru Pendidikan Jasmani kelas-kelas pra
sekolah.
Menyampaikan pelan yang diperoleh kepada AJK
peralatan sukaneka pra sekolah.

Pelan Acara Sukaneka (Tahun1, 2 dan 3) :


NAMA TUGAS
En. Aizal Arman bin Mohamad (K) Mendapatkan pelan acara sukaneka mengikut kelas
daripada guru Pendidikan Jasmani kelas tahun 1, 2
dan 3.
En. Norhasrudy bin Ruslan
Menyampaikan pelan yang diperoleh kepada AJK
peralatan sukaneka tahun 1, 2 dan 3.

Peralatan (Pra Sekolah) :


NAMA TUGAS
Pn. Siti Khadijah bt. Mohamad (K) Menyediakan dan mengatur alatan mengikut
Pn. Wan Suhana bt. Wan Salam perancangan kelas-kelas pra sekolah.

Peralatan (Tahun 1) :
NAMA TUGAS
Pn. Nurul Husna bt. Shafie (K) Menyediakan dan mengatur alatan mengikut
En. Mohd Zairi bin Drahman perancangan kelas-kelas tahun 1.

Peralatan (Tahun 2) :
NAMA TUGAS
En. Mohd Haron bin Abdullah Umar (K) Menyediakan dan mengatur alatan mengikut
Pn. Ra’anah bt. Sidek perancangan kelas-kelas tahun 2.

24
Peralatan (Tahun 3) :
NAMA TUGAS
En. Rosman bin Sapiai (K) Menyediakan dan mengatur alatan mengikut
Pn. Saemas bt. Samsudin perancangan kelas-kelas tahun 3.

Makanan & Minuman Murid :


NAMA TUGAS
Pn. Woo Lai Chun (K) Menyediakan makanan serta minuman murid.
Pn. Jarina bt. Sulaiman

Disiplin Murid :
NAMA TUGAS
En. John Thomas Menjaga dan mengawal disiplin murid.

25
Pegawai Sukaneka :

Jawatan Nama Guru Tugas

Memastikan persiapan pertandingan


Penyelaras En. Shahril Azrin bin Azizan berjalan lancar pada hari sebelum,
semasa dan selepas.

Penyelia Membawa peserta ke tempat acara


Guru Pengurus Peserta
Peserta dan menyusun peserta.

Pelepas En. Mohd Firdaus bin Ibrahim Melepaskan peserta mengikut acara.

Menentukan peserta yang mendapat


En. John Thomas (K)
Hakim tempat pertama, kedua, ketiga dan
Pn. Raihan bt. Ismail
Penamat keempat.
AJK PIBG
Mencatat keputusan pertandingan.

Membawa murid yang menerima


Penyelia Pn. Nuurul Izzah bt. Mohamed (K)
hadiah ke tempat penyampaian
Penerima Pn. Fauziah bt. Zainon Abidin
hadiah.
Hadiah Pn. Zuraidah bt. Hj. Saad
Membantu penyampai hadiah.

26
Lampiran 4

AJK dan Pegawai-pegawai Acara


Padang SK Taman Sri Muda Tahun 2013

Disiplin Murid :
NAMA TUGAS
Semua guru rumah sukan Menjaga dan mengawal disiplin murid rumah sukan
masing-masing.

Peralatan :
NAMA TUGAS
En. Mohd Zairi bin Drahman ( K ) Menyediakan alatan yang bersesuaian.
Melantik murid Tunas KRS dan Pengakap sebagai
En. Ahmad Rafedy bin Ahmad Raidin
pembantu.

Keselamatan & Kecemasan :


NAMA TUGAS
Pn. Azren bt. Che Othman (K) Penyediaan first aid kit.
Pn. Nazihah bt. Ahmad Sofi Melantik murid PBSM sebagai pembantu.

27
Pegawai Acara Padang :

Lompat Tinggi :
PERANAN NAMA TUGAS
Hakim En. Wan Azimi bin Wan Abd. Rahim Mengadili pertandingan.
Pencatat Pn. Normasyila Hayati bt. Ismail Mencatat keputusan pertandingan.

Lompat Jauh :
PERANAN NAMA TUGAS
Hakim En. Hanim Azahari bin Tajudin Mengadili pertandingan.
Pencatat Pn. Hafiza bt. Kassim Mencatat keputusan pertandingan.

Lontar Peluru :
PERANAN NAMA TUGAS
Hakim En. Mohd Firdaus bin Ibrahim Mengadili pertandingan.
Pencatat En. Mohd Fazlee bin Abd. Wahab Mencatat keputusan pertandingan.

28
Lampiran 5

Atur Cara Program Temasya Sukan Tahunan


Kali Ke-27 SK Taman Sri Muda Tahun 2013
Tarikh : 7 Julai 2013 (Ahad)

7.40 pagi ~ - Pendaftaran.


8.00 pagi ~ - Ketibaan tetamu kehormat.
8.30 pagi ~ - Perasmian Temasya Sukan Tahunan SK Taman Sri Muda kali ke-27.
- Ikrar dan lintas masuk kontinjen-kontinjen rumah sukan.
8.45 pagi ~ - Persembahan senamrobik.
- Markah hiasan khemah rumah-rumah sukan mula diambil.
9.00 pagi ~ - Acara murid pra sekolah :
50m 5 tahun (P), (L), 50m 6 tahun (P), (L)
~ - Acara murid tahun 1 :
75 m (P), 75 m (L)
~ - Acara murid tahun 2 :
75 m (P), 75 m (L)
~ - Acara murid tahun 3 :
100 m (P), 100 m (L)

~ - Acara murid tahun 4, 5 dan 6 :


100m tahun 4 (P), 100m tahun 4 (L)
100m tahun 5 (P), 100m tahun 5 (L)
100m tahun 6 (P), 100m tahun 6 (L)

200m tahun 4 (P), 200m tahun 4 (L)


200m tahun 5 (P), 200m tahun 5 (L)
200m tahun 6 (P), 200m tahun 6 (L)

4 x 100m tahun 4 (P), 4 x 100m tahun 4 (L)


4 x 100m tahun 5 (P), 4 x 100m tahun 5 (L)
4 x 100m tahun 6 (P), 4 x 100m tahun 6 (L)

4 x 200m tahun 4 (P), 4 x 200m tahun 4 (L)


4 x 200m tahun 5 (P), 4 x 200m tahun 5 (L)
4 x 200m tahun 6 (P), 4 x 200m tahun 6 (L)

Tarik tali murid terbuka (P), Tarik tali murid terbuka (L)
Tarik bola dalam gelung ibu bapa & pegawai terbuka (P), (L)

1.00 tgh. hari ~ - Penyampaian hadiah kepada pemenang.


- Anugerah olahragawan dan olahragawati SK Taman Sri Muda 2013.
- Pengumuman juara keseluruhan rumah sukan SK Taman Sri Muda
tahun 2013.
- Majlis perasmian penutupan Temasya Sukan Tahunan Kali ke-27.

29

Anda mungkin juga menyukai