Anda di halaman 1dari 14

FESTIVAL SAINS DAN TEKNOLOGI PERINGKAT DAERAH JOHOR BAHRU TAHUN 2013

Festival ini akan diadakan pada jam 8.00 pagi (pendaftaran) di 2 lokasi iaitu di :

a. SMK Skudai (11 Mei 2013)


- Pertandingan Teknologi Pelancaran Roket
- Pertandingan Saintis Muda Sekolah Menengah
- Pertandingan “Solar Car Race”
- Pertandingan “Solar Boat Race”
- Pertandingan “Portable Cooking With Nature”
- Pertandingan Inovasi Sains dan Kejuruteraan (Kumpulan / Individu)
- Pertandingan Science Show
b. SK Taman Desa Skudai (11 Mei 2013)
- Pertandingan Saintis Muda Sekolah Rendah
- Pertandingan Bercerita Sains (Tahap 1 - tahun3 shj) Bahasa Inggeris
- Pertandingan Eureka Reee Beach House

Oleh itu, pasukan-pasukan yang mengambil bahagian dalam festival ini diminta berada di
lokasi yang betul selewat-lewatnya 30 minit sebelum pertandingan-pertandingan
dimulakan untuk sesi pendaftaran.

Sekolah-sekolah yang mengambil bahagian hanya dibenarkan menghantar satu pasukan


sahaja untuk pertandingan yang akan mereka sertai. Pastikan umur peserta dan bilangan
peserta mematuhi syarat-syarat pertandingan yang telah ditetapkan. Setiap peserta
mestilah memakai pakaian uniform lengkap sekolah.

Untuk makluman semua sekolah, Pertandingan Amali Sains akan diadakan untuk kategori
Menengah Rendah sahaja. Oleh itu, sekolah-sekolah yang telah memilih Pertandingan Amali
Sains Menengah Atas akan dimasukkan ke dalam kategori Pertandingan Amali Sains
Menengah Rendah.

Terdapat beberapa perubahan dalam peraturan bagi beberapa pertandingan. Oleh itu,
semua sekolah dikehendaki memastikan peraturan baru dipatuhi.

Borang pendaftaran ada di laman web berikut : http://ppdjb.edu.my/jbdat/fst/index.php.


Pihak sekolah dikehendaki mengisi borang-borang tersebut mengikut pertandingan yang
akan disertai dan memastikan borang-borang tersebut disahkan oleh pihak Pengetua / Guru
Besar sekolah masing-masing dan bawa pada hari pertandingan. Mohon kerjasama pihak
sekolah menguruskan borang kebenaran ibu bapa / penjaga untuk menjalankan aktiviti
diluar kawasan sekolah. Guru pengiring diminta memastikan keselamatan pelajar semasa
dan selepas aktiviti dijalankan.

Kerjasama dari semua pihak dipohon untuk menjayakan festival ini dengan jayanya tanpa
sebarang masalah. Pihak AJK Festival Sains dan Teknologi PPD Johor Bahru 2013 mengambil
kesempatan ini untuk merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua pihak yang
terlibat untuk menjayakan majlis ini.
PERUBAHAN DALAM PERATURAN PERTANDINGAN

Berikut adalah beberapa perubahan yang perlu dilakukan dalam pertandingan-pertandingan


berikut. Peraturan-peraturan lain tidak mengalami sebarang perubahan dan masih mengikut
syarat dan peraturan peringkat kebangsaan. Setiap pasukan diminta mematuhi peraturan-
peraturan ini.

1. PERTANDINGAN PELANCARAN ROKET


a. Roket mestilah siap dibina oleh setiap pasukan sebelum pertandingan
diadakan. Pertandingan ini terbahagi kepada 2 kategori sahaja iaitu,
R2 – Sasaran Terbaik (Best Target)
R3 – Payung Terjun Terbaik (Best Parachute)
b. Pihak penganjur tidak akan menyediakan sebarang peralatan untuk
pemasangan roket untuk pertandingan ini. Penggunaan botol berjenama
kickkapoo, 7up dan pepsi tidak dibenarkan digunakan semasa pertandingan.

2. PERTANDINGAN “SOLAR CAR RACE”


a. Pertandingan ini terbahagi kepada 2 peringkat sahaja, iaitu :
i. Persembahan Multimedia (10 minit)
ii. Pertandingan Kelajuan
b. Kereta solar perlulah dipasang siap sebelum hari pertandingan. Pihak
penganjur tidak akan menyediakan sebarang peralatan yang diperlukan untuk
pemasangan kereta untuk pertandingan ini.

3. PERTANDINGAN “SOLAR BOAT RACE”


a. Pertandingan ini terbahagi kepada 2 peringkat sahaja, iaitu :
i. Persembahan Multimedia (10 minit)
ii. Pertandingan Kelajuan
b. Bot solar perlulah dipasang siap sebelum hari pertandingan. Pihak penganjur
tidak akan menyediakan sebarang peralatan yang diperlukan untuk
pemasangan bot untuk pertandingan ini.

4. PERTANDINGAN “PORTABLE COOKING WITH NATURE”


a. Pertandingan ini terbahagi kepada 2 peringkat sahaja, iaitu :
i. Persembahan Multimedia (10 minit)
ii. Pengujian suhu dalam tempoh masa 1 jam
b. Dapur solar perlulah dipasang siap sebelum hari pertandingan. Pihak
penganjur tidak akan menyediakan sebarang peralatan yang diperlukan untuk
pemasangan dapur solar untuk pertandingan ini.

5. PERTANDINGAN AMALI SAINS (SAINTIS MUDA) MENENGAH DAN RENDAH


a. 5 stesen yang akan dipertandingan adalah di dalam makmal sahaja.
b. Masa yang diperuntukkan untuk setiap stesen adalah sebanyak 10 minit
sahaja.
c. Setiap peserta diwajibkan memakai uniform sekolah lengkap beserta “Lab
Coat” semasa pertandingan dijalankan
6. PERTANDINGAN EUREKA REEE BEACH HOUSE
a. Pertandingan ini terbahagi kepada 2 peringkat sahaja, iaitu :
i. Persembahan Multimedia (10 minit)
ii. Penghakiman model yang dibina
b. Model rumah perlulah dipasang siap sebelum hari pertandingan. Pihak
penganjur tidak akan menyediakan sebarang peralatan yang diperlukan
untuk pemasangan Model Rumah untuk pertandingan ini.

7. PERTANDINGAN SCIENCE
a. Pertandingan ini terbahagi kepada 1 peringkat sahaja, iaitu :
i. Persembahan Demostrasi (10 minit) minimum 2 demonstrasi dalam
setiap persembahan
b. Semua peralatan berkaitan dengan persembahan perlulah siap dibawa
sebelum hari pertandingan. Pihak penganjur tidak akan menyediakan
sebarang peralatan yang diperlukan untuk persembahan semasa
pertandingan ini.

BILANGAN PESERTA SETIAP PASUKAN

BIL JENIS PERTANDINGAN BIL PESERTA


PELAJAR
1 Pertandingan Teknologi Pelancaran Roket 2 orang
2 Pertandingan Saintis Muda Sekolah Menengah 2 orang
3 Pertandingan ”Solar Car Race” 3 orang
4 Pertandingan ”Solar Boat Race” 3 orang
5 Pertandingan ”Portable Cooking With Nature” 3 orang
6 Pertandingan Inovasi Sains dan Kejuruteraan 3 orang
7 Pertandingan Saintis Muda Sekolah Rendah 2 orang
8 Pertandingan EUREKA REEE Beach House 4 orang
9 Pertandingan Bercerita Sains (Tahap 1 – Tahun 3 Sahaja Bahasa 1 orang
Inggeris
10 Pertandingan Science Show 2 orang
SAMBUTAN BULAN SAINS DAN MATEMATIK
SYARAT-SYARAT PERTANDINGAN SOLAR CAR COMPETITION

SYARAT-SYARAT PERTANDINGAN :

1 Terbuka kepada semua pelajar sekolah menengah Tingkatan 1 hingga 5 .


2 Pertandingan adalah secara berpasukan. Setiap pasukan terdiri daripada 3 orang
peserta dengan seorang guru pembimbing.
3 Setiap pasukan wajib melibatkan sekurang-kurangnya seorang peserta bumiputera
kecuali pasukan dari sekolah menengah jenis kebangsaan.
4 Setiap sekolah hanya dibenarkan menghantar 1 pasukan sahaja. Peserta pasukan
hendaklah terdiri daripada pelajar dari sekolah yang sama.
5 Rekabentuk hendaklah berasaskan konsep sains dan mempunyai ciri-ciri
aerodinamik. Saiz dan berat model Solar Car Competition adalah bebas.
6 Konsep kelajuan dan kedudukan sel solar akan diambil kira semasa penghakiman.
Sebarang penambahan dan penggunaan tenaga selain daripada cahaya matahari bagi
menggerakkan model Solar Car Competition, adalah tidak dibenarkan.
7 Kuasa maksima setiap rekabentuk model Solar Car Competition tidak boleh melebihi
1 watt.
8 Hanya 1 sahaja alat tambahan elektronik dibenarkan dipasang pada model Solar Car
Competition. Jenis alat adalah bebas.
9 Rekabentuk asas kereta terbahagi kepada 3 komponen iaitu:
a) binaan badan
b) chasis
c) tayar (mengandungi sekurang-kurangnya 4 unit)
10 Pertukaran hanya dibenarkan untuk komponen tayar dan motor sahaja.
11 Hiasan bagi tujuan menambah kecantikan model Solar Car Competition turut diambil
kira.
12 Pihak penganjur berhak meminda sebarang syarat dan kriteria pertandingan dari
masa ke semasa demi kepentingan pengurusan serta objektif pertandingan setelah
mendapat persetujuan daripada semua pengurus pasukan.
13 Pertandingan ini terbahagi kepada 2 peringkat iaitu:
a) Persembahan multimedia – 10 minit
b) Pertandingan Kelajuan
KARNIVAL PENDIDIKAN SAINS DAN TEKNOLOGI
SYARAT-SYARAT PERTANDINGAN SOLAR BOAT COMPETITION

SYARAT-SYARAT PERTANDINGAN :

1 Terbuka kepada semua pelajar sekolah menengah Tingkatan 1 hingga 5 .


2 Pertandingan adalah secara berpasukan. Setiap pasukan terdiri daripada 3 orang
peserta dengan seorang guru pembimbing.
3 Setiap pasukan wajib melibatkan sekurang-kurangnya seorang peserta bumiputera
kecuali pasukan dari sekolah menengah jenis kebangsaan.
4 Setiap sekolah hanya dibenarkan menghantar 1 pasukan sahaja. Peserta pasukan
hendaklah terdiri daripada sekolah yang sama.
5 Rekabentuk hendaklah berasaskan konsep sains dan mempunyai ciri-ciri
aerodinamik.
6 Saiz dan berat model Solar Boat Competition adalah bebas.
7 Konsep kelajuan dan kedudukan sel solar akan diambil kira semasa penghakiman.
Sebarang penambahan dan penggunaan tenaga selain daripada cahaya matahari bagi
menggerakkan model bot, adalah tidak dibenarkan.
8 Kuasa maksima setiap rekabentuk model tidak boleh melebihi 1 watt.
9 Hanya 1 alat tambahan elektronik sahaja dibenarkan dipasang pada model bot. Jenis
alat adalah bebas.
10 Hiasan bagi tujuan menambah kecantikan model akan diambil kira.
11 Pihak penganjur berhak meminda sebarang syarat dan kriteria pertandingan dari
masa ke semasa demi kepentingan pengurusan serta objektif pertandingan setelah
mendapat persetujuan daripada semua pengurus pasukan.
12 Pertandingan ini terbahagi kepada 2 peringkat iaitu:
a) Pembentangan persembahan multimedia – 10 minit
b) Pertandingan Kelajuan
KARNIVAL PENDIDIKAN SAINS DAN TEKNOLOGI
SYARAT-SYARAT PERTANDINGAN PORTABLE COOKING WITH NATURE

SYARAT-SYARAT PERTANDINGAN :

1 Pertandingan terbuka kepada semua pelajar sekolah menengah rendah Tingkatan 1


hingga 3.
2 Pertandingan adalah secara berpasukan. Setiap pasukan terdiri daripada 3 orang
peserta dan seorang guru pembimbing.
3 Setiap pasukan wajib melibatkan sekurang-kurangnya seorang peserta bumiputera
kecuali pasukan dari sekolah menengah jenis kebangsaan.
4 Setiap sekolah hanya dibenarkan menghantar 1 pasukan sahaja. Peserta pasukan
hendaklah terdiri daripada sekolah yang sama.
5 Peserta bebas menentukan rekabentuk, saiz atau bahan yang hendak digunakan.
6 Bekas yang direka mestilah boleh menampung isipadu air sebanyak 500ml (air).
7 Alat yang dibina haruslah berkemampuan memasak air atau makanan pejal.
8 Alat memasak yang dicipta hendaklah menggunakan tenaga solar sahaja tanpa
sebarang sokongan komponen elektrik tambahan untuk meningkatkan suhu.
9 Hasil ciptaan hendaklah didokumentasikan dalam bentuk persembahan Multimedia
Power Point yang ditulis di dalam Bahasa Inggeris.
10 Persembahan perlulah mengandungi butiran seperti jenis bahan, kecekapan
menyerap tenaga solar, kebaikan dan sebagainya.
11 Pihak penganjur berhak meminda sebarang syarat dan kriteria pertandingan dari
masa ke semasa demi kepentingan pengurusan serta objektif pertandingan setelah
mendapat persetujuan daripada semua pengurus pasukan.
12 Pertandingan ini terbahagi kepada 2 peringkat iaitu:
a) Persembahan multimedia – 10 minit
b) Pengujian suhu dalam tempoh masa 1 jam
BULAN SAINS DAN MATEMATIK
SYARAT- SYARAT PERTANDINGAN SAINTIS MUDA SEKOLAH MENENGAH
DAN SEKOLAH RENDAH

SYARAT – SYARAT PERTANDINGAN :


1 Peserta pertandingan adalah daripada pelajar-pelajar:
a. Sekolah Rendah - Tahun 4 - 6
b. Sekolah Menengah - Tingkatan 1 – 3
2. Soalan tugasan, jawapan atau keputusan eksperimen adalah dalam Bahasa
Inggeris.
3. Setiap pasukan akan diwakili oleh 2 orang peserta.
4. Setiap kumpulan peserta adalah dari sekolah yang sama. Setiap pasukan diiringi oleh
seorang guru pembimbing.
5. Setiap peserta diwajibkan memakai uniform sekolah lengkap beserta “Lab Coat”
semasa pertandingan dijalankan.
6. Peserta tidak dibenarkan membawa peralatan atau bahan dari luar selain daripada
peralatan dan bahan yang disediakan oleh penganjur.
7. Peserta tidak dibenarkan membawa sebarang nota, buku atau apa-apa bahan
sumber ke tempat pertandingan.
8. Peserta hanya dibenarkan membawa alat tulis dan kalkulator (bukan saintifik) sendiri.
9. Guru Pembimbing tidak dibenarkan berada bersama peserta semasa pertandingan
dijalankan.
10. Setiap pasukan akan melakukan amali dalam 5 stesen secara berterusan dengan
masa 10 minit bagi stesen didalam makmal.
11. Peserta perlu berhenti menulis atau menjalankan amali selepas loceng penamat
dibunyikan menandakan tamat pertandingan.
12. Penilaian dibuat berdasarkan kemahiran pengendalian radas dan juga keputusan
amali mengikut stesen.
13. Keputusan hakim adalah muktamad.

KARNIVAL SAINS DAN TEKNOLOGI


SYARAT-SYARAT PERTANDINGAN BERCERITA SAINS TAHAP 1 (BAHASA INGGERIS)

SYARAT-SYARAT PERTANDINGAN :

a) Pertandingan ini dibuka kepada murid sekolah rendah Tahap 1 sahaja (tahun 3
sahaja).
b) Setiap sekolah dibenarkan menghantar seorang peserta sahaja dengan seorang
guru pengiring.
c) Pertandingan ini adalah secara individu dan hanya seorang peserta sahaja yang
dibenarkan berada di pentas untuk mempersembahkan ceritanya.
d) Tema cerita hendaklah berkaitan dengan sukatan pelajaran Sains Sekolah Rendah.
e) Cerita hendaklah dipersembahkan dalam Bahasa Inggeris.
f) Skrip cerita hendaklah diserahkan kepada urus setia pada hari pertama karnival.
g) Masa yang diperuntukkan bagi setiap peserta membuat persembahan ialah 5
minit. Loceng akan dibunyikan seperti berikut :-
i Permulaan - 1 kali
ii Minit keempat - 1 kali
iii Minit kelima - 2 kali
Markah tidak akan diberikan selepas loceng terakhir dibunyikan.
h) Peralatan yang disediakan oleh pihak penganjur / pengelola ialah sistem
pembesar suara dengan clip microphone.
i) Penggunaan komputer dan LCD, OHP atau bahan sokongan lain untuk membantu
persembahan adalah tidak dibenarkan.
j) Peserta dibenarkan memakai pakaian yang sesuai dengan watak atau cerita yang
dibawa atau dipersembahkan. Props tambahan tidak dibenarkan.
k) Markah untuk pertandingan ini adalah daripada aspek-aspek berikut :-
i Mesej dan isi fakta sains 40%
ii Penyampaian/Persembahan 20%
iii Bahasa 20%
iv Kreativiti 15%
v Penghayatan dan penampilan 5%
l) Keputusan hakim adalah muktamad.
KARNIVAL PENDIDIKAN SAINS DAN TEKNOLOGI
SYARAT-SYARAT PERTANDINGAN EUREKA RE & EE BEACH HOUSE

SYARAT-SYARAT PERTANDINGAN :

1 Pertandingan ini terbuka kepada semua pelajar Tahun 4 dan 5.


2 Setiap sekolah dibenarkan menghantar 1 pasukan yang terdiri daripada 4 orang peserta.
3 Setiap pasukan wajib melibatkan sekurang-kurangnya seorang peserta bumiputera
kecuali pasukan dari sekolah rendah jenis kebangsaan.
4 Peserta pasukan hendaklah terdiri daripada 2 orang murid lelaki dan 2 murid
perempuan kecuali sekolah yang hanya terdiri dari 1 jantina.
5 Peserta hendaklah diiringi oleh seorang guru pembimbing.
6 Tema projek adalah Renewable Energy and Energy Efficiency (REEE) atau Tenaga
Diperbaharui dan Kecekapan Tenaga (TDKT).
7 Tajuk projek ialah Energy Efficient Beach House.
8 Setiap pasukan dikehendaki membina sebuah model rumah di tepi pantai yang
mengaplikasikan konsep-konsep Renewable Energy and Energy Efficiency (REEE).
9 Model rumah perlu disiap pasang dengan LED menggunakan panel solar yang
ditempatkan di bahagian tertentu di dalam atau di luar rumah dan mestilah boleh
menyala atau berfungsi dengan baik.
11 Setiap pasukan dikehendaki menyediakan persembahan multimedia yang disediakan
dalam Bahasa Malaysia atau Bahasa Inggeris..
12 Semasa pertandingan dijalankan, guru pembimbing dibenarkan berada berhampiran
pasukannya pada jarak yang telah ditetapkan oleh pihak penganjur tetapi tidak
dibenarkan menyentuh sebarang bahan atau alatan yang digunakan.
13 Model tersebut hendaklah berskala 1:25 atas tapak rumah di mana dimensinya adalah
seperti berikut;
a) Keluasan Rumah : seratus meter persegi (100 m2).
b) Mempunyai kemudahan:
2 bilik tidur
1 bilik air
1 dapur
1 ruang makan
1 ruang tamu
14 Penilaian hasil adalah berdasarkan daya kreatif reka bentuk rumah dan rupa bentuk
elemen-elemen KT & TD.
SAMBUTAN BULAN SAINS DAN MATEMATIK
SYARAT-SYARAT PERTANDINGAN INOVASI SAINS DAN KEJURUTERAAN

1. TAJUK :
PERTANDINGAN INOVASI DAN KREATIF DARIPADA BAHAN BUANGAN

2. TEMA :
ISU-ISU SAINS DAN TEKNOLOGI

3. SYARAT-SYARAT PERTANDINGAN:
3.1 Terbuka kepada semua pelajar sekolah menengah Tingkatan 1-5.
3.2 Pertandingan adalah secara berpasukan yang terdiri daripada 3 orang peserta.
3.3 Keutamaan akan diberikan kepada peserta yang menggunakan sumber bahan-bahan terpakai
atau mengamalkan Konsep 3R.
3.4 Setiap Kelab dan Persatuan hanya dibenarkan menghantar satu pasukan sahaja.
3.5 Pembentangan adalah dalam Bahasa Inggeris sahaja.
3.6 Tempoh yang diperuntukkan untuk setiap pembentangan adalah 7 minit. Loceng
pertama akan dibunyikan pada minit ke-6. Loceng kedua akan dibunyikan pada
minit ke-7. Selepas minit ke-8, markah akan ditolak.
3.7 LCD akan disediakan oleh urusetia. Komputer riba perlu dibawa oleh sekolah
masing-masing. Bahan lain seperti model, carta dan lain-lain yang boleh
membantu dalam pembentangan boleh dibawa.
3.8 Pihak urusetia tidak bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan yang
disebabkan oleh kecuaian peserta.
3.9 Keputusan panel hakim adalah muktamad.

4. KAEDAH PENGHAKIMAN
Kriteria pemarkahan adalah meliputi aspek-aspek berikut:
4.1 Isi (50%)
4.2 Kelancaran bahasa (20%)
4.3 Penyampaian (20%)
4.4 Penggunaan alat bantu pembentangan (10%)
SAMBUTAN SAINS DAN MATEMATIK
SYARAT-SYARAT PERTANDINGAN SCIENCE SHOW

SYARAT-SYARAT PERTANDINGAN :

1. Pertandingan ini adalah terbuka kepada semua pelajar sekolah menengah Tingkatan 1 hingga 6
di seluruh Malaysia.
2. Penyertaan adalah secara berdua dan seorang guru pembimbing.
3. Persembahan dan Skrip mestilah berunsurkan sains.
4. Skrip persembahan hendaklah disediakan sama ada dalam Bahasa Melayu atau Bahasa Inggeris
dan bersifat karya asli. Peserta tidak dibenarkan mencampuradukan kedua-dua bahasa dalam
satu persembahan.
5. Jangka masa Pertunjukan Sains hendaklah tidak melebihi 10 minit.
6. Pelajar dikehendaki mempersembahkan minimum 2 demonstrasi dalam setiap persembahan.
7. Para peserta tidak dibenarkan menyentuh isu-isu sensitif seperti keagamaan, perkauman dan
politik dalam persembahan.
8. Peserta hendaklah memakai pakaian yang kemas, sopan dan bersesuaian. Pemakaian kostum
tertakluk kepada daya kreativiti masing-masing dan tidak mengganggu kelancaran persembahan.
9. Keutamaan akan diberikan kepada peserta yang menggunakan sumber bahan-bahan terpakai
atau mengamalkan Konsep 3R.
10. Peserta tidak digalakkan menggunakan bahan yang berbahaya, mudah terbakar dan beracun.
Langkah keselamatan hendaklah dititikberatkan semasa pengunaan bahan-bahan tersebut.
11. Pihak sekolah bertanggungjawab memastikan pertunjukan sains yang dijalankan adalah selamat
dan mematuhi syarat-syarat pertandingan.
12. Semua penyertaan hendaklah disertakan bersama borang penyertaan yang lengkap, skrip
persembahan dan rakaman persembahan dalam bentuk CD hendaklah dihantar ke PPD Johor
Bahru. Hanya penyertaan yang lengkap akan dinilai.
13. Skrip harus ditaip mengikut format berikut:
i. ‘FONT’ : ARIAL
ii. ‘SIZE’ : 12
iii. ‘SPACING’ : DOUBLE SPACING
14. Rakaman persembahan mengikut format berikut:
a) Sudut : dari pandangan hadapan sahaja
b) Format fail : AVI, VLC , MOV , MP4
15. Semua penyertaan yang dihantar adalah dianggap sebagai kepunyaan atau hak milik PPD Johor
Bahru termasuk mana-mana hak milik intelektual yang berkenaan.
16. Hanya satu pasukan akan terpilih mewakili daerah ke Pertandingan Peringkat Negeri.
17. Keputusan hakim adalah muktamad.
SAMBUTAN BULAN SAINS DAN TEKNOLOGI
SYARAT-SYARAT TEKNOLOGI PELANCARAN ROKET

PERATURAN UMUM

1. Pertandingan ini terbuka kepada semua sekolah menengah Kementerian Pelajaran


Malaysia termasuk sekolah menengah agama bantuan kerajaan.
2. Setiap pasukan terdiri daripada 2 orang pelajar (berusia 12-16 tahun sahaja) dan diiringi
oleh seorang guru pembimbing sahaja.
3. Pertukaran peserta dalam pasukan adalah TIDAK dibenarkan.
4. Pertandingan ini terbahagi kepada 2 kategori seperti berikut:
a) Kateogri R2 - Sasaran Terbaik (Best Target)
b) Kategori R3 - Payung Terjun Terbaik (Best Parachute)
5. Festival Sains dan Teknologi menetapkan model roket siap bina sebelum pertandingan
menggunakan botol plastik minuman berkarbonat 1.5 liter. Penggunaan botol
berjenama kickkapoo, 7up dan pepsi tidak dibenarkan digunakan semasa pertandingan.
6. Setiap pasukan perlu kreatif dalam rekaan kon muncung dan sirip roket air dengan hanya
menggunakan bahan yang berasaskan plastik dan bahan lembut sahaja.
7. Semua tenaga yang dibekalkan kepada roket air adalah kombinasi tekanan air dan udara
sahaja.
8. Semua model roket air akan dilancarkan dengan menggunakan pelancar yang disediakan
oleh pihak penganjur sahaja.
9. Semua syarat dan peraturan pertandingan adalah tertakluk kepada perubahan semasa
tanpa notis awal.
10. Keputusan panel hakim adalah muktamad bagi semua kategori pertandingan.
11. Pihak urusetia tidak bertanggugjawab ke atas sebarang kehilangan yang disebabkan oleh
kecuaian peserta dan guru.

SYARAT KATEOGRI R2 - SASARAN TERBAIK (BEST TARGET)

1. Setiap pasukan dikehendaki melancarkan model roket air dan mengena sasaran untuk
memperolehi markah maksimum.
2. Jarak sasaran, x dari tapak pelancar adalah ditetapkan 100m. Bagaimanapun, panel
hakim pada hari pertandingan berhak menentukan jarak baru di antara 50m dan 100m.
3. Untuk memastikan roket air yang dilancarkan jatuh di sasaran, setiap pasukan perlu
menentukan sendiri parameter seperti paras air dalam botol, tekanan udara dan sudut
roket.
4. Semua roket air hanya dilancarkan pada tekanan tidak melebihi 60 psi.
5. Setiap pasukan hanya dibenarkan membuat 2 kali pelancaran sahaja.
6. Jarak roket air yang jatuh dalam zon-zon sasaran akan diambil dan markah akan
ditentukan berdasarkan jarak terdekat roket air dari sasaran (bull’s-eye).
7. Sekiranya roket air berpecah kepada 2 bahagian selepas pelancaran, percubaan tersebut
adalah dianggap gagal (tiada markah diberikan) dan hanya 1 percubaan lagi dibenarkan.
8. Gambarajah berikut menunjukkan rekabentuk tapak pelancaran, zon-zon sasaran dan
markah bagi setiap zon:
7m
9m

50 m -100 m
I II III IV V
Tapak Pelancar

5m
3m
1m

Petunjuk:

Zon I : 100 mata Zon III : 60 mata Zon V : 20 mata


Zon II : 80 mata Zon IV : 40 mata

SYARAT KATEGORI R3 - PAYUNG TERJUN TERBAIK (BEST PARACHUTE)

1. Setiap pasukan dikehendaki melancarkan model roket air yang dilengkapi payung terjun
dan catatan masa roket di udara akan diambil.
2. Payung terjun mestilah diletakkan di bahagian atas komponen utama roket air. Sila rujuk
Komponen Utama Roket Air.
3. Komponen utama roket air harus jatuh bersama payung terjun ke permukaan Bumi.
4. Setiap pasukan perlu menentukan sendiri parameter seperti paras air dalam botol dan
tekanan udara.
5. Semua roket air hanya dilancarkan pada tekanan tidak melebihi 60 psi.
6. Setiap pasukan hanya dibenarkan membuat 2 kali pelancaran sahaja.
7. Masa akan mula diambil semasa roket air dilancarkan sehingga ianya:
i. Jatuh ke permukaan Bumi; atau
ii. Tersangkut di atas objek lain seperti pokok, bangunan atau pagar; atau
iii. Hilang dari pemerhatian para hakim; atau
iv. Terbang di udara selama 15 minit*.

KOMPONEN UTAMA ROKET AIR