Anda di halaman 1dari 6

Zaman Paleolitik (Bahasa Inggeris: Paleolithic atau Palaeolithic, Yunani:παλαιός (palaios) —

purba dan λίθος (lithos) — batu) adalah zaman yang bermula kira-kira 50 000 hingga 100 000 tahun
dahulu. Zaman ini wujud antara tahun 50 000 SM - 10 000 SM.

Pada zaman ini, manusia hidup secara nomad atau berpindah-randah dalam kumpulan kecil untuk
mencari makanan. Mereka memburu binatang, menangkap ikan dan mengutip hasil hutan sebagai
makanan. Mereka tidak tahu bercucuk-tanam. Mereka menggunakan batu, kayu dan tulang binatang
untuk membuat peralatan memburu. Alat-alat ini juga digunakan untuk menetak dan
mempertahankan diri daripada musuh. Mereka membuat pakaian daripada kulit binatang. Selain
daripada itu mereka juga telah pandai menggunakan api untuk memasak, memanaskan badan dan
menakutkan binatang.
Zaman Mesolitik bermula dengan zaman kehangatan Holosen sekitar 11,660 tahun dahulu, dan
berakhir dengan kegiatan pertanian terawal yang berbeza tarikh permulaannya mengikut rantau
geografi. Di sesetengah kawasan, seperti Timur Dekat, pertanian sudah digiatkan menjelang akhir
Pleistosen, oleh itu betapa singkatnya dan sukarnya untuk menentukan zaman Mesolitik. Di
kawasan yang kekurangan impak glasier, adakalanya lebih baik untuk menggunakan istilah
"Epipaleolithic". Kawasan-kawasan yang mengalami kesan persekitatan yang lebih ketara seperti
akhirnya zaman glasier terakhir, mengalami zaman Mesolitik yang lebih ketara selama beribu-ribu
tahun. Misalnya, di Eropah Utara, masyarakat boleh hidup dengan bekalan makanan yang
mencukupi dari tanah rawang yang terhasil dari iklim yang lebih hangat.
Zaman Neolitik merupakan zaman perkembangan teknologi daripada batu kepada tembikar, mula
bercucuk tanam, dan mula memelihara binatang ternakan. Zaman Neolitik di Malaysia bermula
pada kira-kira 7,000 tahun dahulu. Masyarakat Zaman Neolitik bukan sahaja menggunakan batu,
tetapi telah menggunakan tanah liat untuk membuat tembikar. Manusia pada zaman ini juga telah
mula tinggal menetap di suatu tempat dan juga menjalankan perdagangan secara tukar barang atau
sistem barter (sistem bertukar barang)
elepas Zaman Neolitik,teknologi manusia Zaman Prasejarah telah berkembang ke arah teknologi
logam.Zaman Logam di Malaysia bermula kira-kira 4000 tahun dahulu.Pada zaman ini manusia
telah mencipta alat gangsa dan besi.
Dinosaur merupakan haiwan reptilia yang mendiami bumi hampir 230 juta tahun dahulu, yakni pada
zaman Mesozoik yang merupakan "Zaman Dinosaur". Perkataan "dinosaur" bermaksud "cicak yang
dahsyat" dalam bahasa Greek dan pertama digunakan oleh Dr Richard Owen untuk menggelarkan
haiwan-haiwan ini pada tahun 1842. Bukan semua haiwan yang hidup pada zaman prasejarah itu
dianggap sebagai dinosaur.

Dinosaur juga terdapat dalam pelbagai jenis dan saiz. Saiznya berbeza daripada 30 meter panjang
(100 kaki) dan 15 meter tinggi (50 kaki) sehingga saiz seekor ayam. Kehidupan dinosaur juga
berbagai-bagai. Ada spesiesyang hidup dalam kawanan dan ada yang hidup bersendirian. Ada yang
makan daging dan ada juga yang makan tumbuh-tumbuhan.

Dinosaur mempunyai ciri-ciri pembiakan seperti burung, iaitu membuat sarang, bertelur serta
menjaga anak. Telur dinosaur berkulit keras. Telur ini ditimbus di dalam sangkak yang dibuat
daripada ranting-ranting kayu, tumbuhan kering ataupun daripada lumpur. Telurnya juga boleh
ditimbus di dalam lekuk di atas tanah yang dilindungi dengan tumbuhan atau pasir.

Anda mungkin juga menyukai