Anda di halaman 1dari 1

DOA PERSARAAN/PERPISAHAN

DOA PERSARAAN

‫الر ِحي ِْم‬


َّ ‫الرحْ َم ِن‬ َّ ‫هللا‬ِ ‫س ِم‬ ْ ِ‫ب‬
َ
‫على آ ِل ِه‬ َ
َ ‫سيِ ِدنا ُم َح َّم ٍد َو‬ َ
َ ‫على‬ َ
َ ‫سال ُم‬
َّ ‫صالة َُوال‬ َ َ‫ن‬ َّ ْ
َّ ‫ َوالعَاقِبَة ِلل ُمت ِق ْي َوال‬, َ‫ب العَالَ ِم ْين‬ ِ ‫ا َ ْل َح ْم ُد‬
ِ ‫هلل َر‬
َ‫ص َحابِ ِه أَجْ َم ِع ْين‬ ْ َ ‫َوأ‬
Wahai Tuhan yang Maha mengetahui lagi Maha Bijaksana, sesungguhnya kami
berhimpun di majlis yang berkah ini bagi meraikan Encik Kamarul Bahrin Bin Mohd Radzi yang
akan bersara pada tahun ini. Lantaran itu, kami bermohon kepadaMu, Ya Allah agar diberikan
rahmat dan maghfirah serta keselamatan dan perlindungan sepanjang kami berada di dalam
majlis ini.

Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim.

Wahai Tuhan yang mempunyai limpah dan perkenan, kurniakanlah kepada insan yang
kami raikan ini limpahan rahmat dan kasih sayangMu, serta anugerah dan pengiktirafanMu di
atas jasa dan pengorbanan beliau sepanjang beliau berkhidmat selama ini.

Allahumma Ya Malikul Mulk, Ya Zal Jalali Wal Ikram

Kami bermohon kepadaMu, agar insan yang kami raikan pada hari ini dikurniakan
kesihatan tubuh badan, kesejahteraan akal fikiran, kecerdasan minda, ketenangan jiwa dan
kekuatan semangat yang berpanjangan. Semoga dengannya mampu mendepani cabaran, agar
beliau dapat terus menunaikan amanah sebagai hamba dan khalifahMu di atas muka bumi ini
serta terus menabur khidmat bakti kepada agama, bangsa dan negara.

Ya Allah, Ya Qahhar, Ya Jabbar.

Jadikanlah segala usaha dan pengorbanan beliau selama ini untuk memperkasakan
pendidikan di bumi bertuah ini sebagai suatu ibadat yang diterima olehMu Ya Allah dan kurniakan
ganjaran yang seluas-luasnya di dunia dan di akhirat.

Ya Rahman Ya Rahim

Jadikanlah perhimpunan ini perhimpunan yang diredhai dan diberkati,


kegiatan kami di sini sebagai kegiatan yang direstui dan dirahmati, serta perpisahan kami selepas
ini sebagai untuk beramal dan berbakti.

َ ‫ع َذ‬
ِ ‫اب النَّار‬ َ ‫سنَة ًَوقِنَا‬ ِ ‫سنَة ً َوفِي‬
َ ‫األخ َر ِة َح‬ َ ‫َربَّنَا َءاتِنَا فِي ال ُّد ْنيَا َح‬
َ‫ب العَالَ ِم ْين‬ ِ َّ ِ ‫ َوا ْل َح ْمد‬، ‫سلَّ َم‬
ِ ‫ُّلِل َر‬ َ ‫علَى َءا ِل ِه َوصَحْ بِ ِه َو‬َ ‫علَى ُم َح َّم ٍد َو‬َ ُ‫صلَّى هللا‬ َ ‫َو‬