Anda di halaman 1dari 3

KERTAS KERJA SAMBUTAN HARI GURU 2018

SEK KEB KG IDAMAN

1.0 PENGENALAN

Sambutan Hari Guru merupakan sambutan yang diadakan bagi meraikan guru –
guru yang banyak berjasa dalam bidang pendidikan. Ia merupakan program tahunan
yang wajib dijalankan. Bagi aktiviti pada bulan Mei, sambutan Hari Guru yang
dirancang untuk mengeratkan silaturahim dalam kalangan guru. Di sekolah, guru
berperanan memberi tunjuk ajar sebagai ibu bapa di sekolah kerana guru bukan setakat
mengajar pengajaran untuk membina ilmu bahkan membangunkan sahsiah dan disiplin
murid. Melalui aktiviti Sambutan Hari Guru, murid dapat berinteraksi dengan guru
selaku mentor mereka secara santai tetapi penuh penghayatan dan pengajaran di sebalik
aktiviti yang dijalankan. Di samping itu, guru dapat menggunakan kreativiti masing-
masing untuk menyerlahkan bakat bagi menghiburkan guru-guru dan murid bagi
menghidupkan suasana Hari Guru. Semoga aktiviti yang dijalankan memberikan erti
yang signifikan dalam catatan diari kehidupan seorang guru.

2.0 OBJEKTIF
2.1 Agar dapat mengeratkan silaturrahim dalam kalangan guru

2.2 Agar murid dapat meraikan guru masing-masing dalam majlis sambutan
Hari Guru peringkat sekolah.

2.3 Agar semua guru dapat diraikan Hari Guru dengan penuh meriah melalui
kerjasama warga sekolah

2.0 TARIKH
16 Mei 2018

3.0 SASARAN
Semua warga SK Kg Idaman sesi pagi dan petang

4.0 ANJURAN
Badan Kebajikan Guru Dan Kakitangan Sekolah bersama Persatuan IbuBapa dan
Guru Sekolah Kebangsaan Kampung Idaman

1
KERTAS KERJA SAMBUTAN HARI GURU 2018
SEK KEB KG IDAMAN

5.0 AHLI JAWATANKUASA

Seperti Lampiran A

6.0 TENTATIF PROGRAM

7.45 Pagi - Perarakan Masuk Guru


8.00 Pagi - ACARA SAMBUTAN HARI GURU DIMULAKAN
 Nyanyian Lagu Negaraku
 Doa
 Ucapan Ketua Pengawas
 Bacan Perutusan Menteri Pelajaran
 Bacaan Perutusan Ketua Pengarah
 Ucapan YDP PIBG
 Ucapan Guru Besar
 Nyanyian Lagu Tema Hari Guru
 Nyanyian Lagu Guru Malaysia
 Nyanyian Lagu BiarKu Menjadi Lilin
- Persembahan Murid
 Nyanyian Lagu Terima Kasih Cikgu
10.00 Pagi - REHAT TAHAP 1
10.30 Pagi - REHAT TAHAP 2
11.00 Pagi - ACARA KEMUNCAK HARI GURU
 Acara Sukaneka
 Penyampaian Hadiah Hari Guru
1.10 Petang - Bersurai
2.30 Petang - JAMUAN HARI GURU

6.0 ANGGARAN KEWANGAN

PENDAPATAN
Tabung Kelab Guru =
PIBG =
Jumlah =

2
KERTAS KERJA SAMBUTAN HARI GURU 2018
SEK KEB KG IDAMAN

PERBELANJAAN
Cenderamata guru(RM x 110 orang) =
Jamuan guru (RM x 110 orang) =
Backdrop =
Hadiah aktiviti / pertandingan =
Jumlah =

8.0 PENUTUP

Diharapkan agar sambutan Hari Guru peringkat sekolah berjalan lancar dan mencapai
objektif program.yang diharapkan.

Di sediakan oleh :

------------------------------------
( Noor Fairuz Binti Yaacob)
Setiausaha Badan Kebajikan Guru Dan Kakitangan

Kertas kerja ini diluluskan / tidak di luluskan dengan sokongan


Di sahkan oleh :

------------------------------------