Anda di halaman 1dari 22

PENDAHULUAN

1.Apa itu ROKOK?

Rokok adalah silinder dari kertas berukuran panjang antara 70 hingga

120 mm (bervariasi tergantung negara) dengan diameter sekitar 10 mm

yang berisi daun-daun tembakau yang telah dicacah. Rokok dibakar

pada salah satu hujungnya dan dibiarkan membara agar asapnya dapat

dihirup lewat mulut pada hujung lain. Merokok boleh menyebabkan

ketagihan. Merokok pada mulanya bermula akibat ingin tahu, namun bila

kesan nikoton dalam rokok memberi kesan ia menjadi ketagihan.

Rokok biasanya dijual dalam bungkusan berbentuk kotak atau kemasan

kertas yang dapat dimasukkan dengan mudah ke dalam kantong.

Bungkusan-bungkusan rokok juga umumnya disertai pesan kesehatan

yang memperingatkan perokok akan bahaya kesehatan yang dapat

ditimbulkan dari merokok, misalnya serangan jantung (walapun pada

kenyataanya itu hanya tinggal hiasan, jarang sekali dipatuhi).

1
Menurut Sejarah

Manusia di dunia yang merokok untuk pertama kalinya adalah suku

bangsa Indian di Amerika, untuk keperluan ritual seperti memuja dewa

atau roh. Pada abad 16, Ketika bangsa Eropa menemukan benua

Amerika, sebagian dari para penjelajah Eropa itu ikut mencoba-coba

menghisap rokok dan kemudian membawa tembakau ke Eropa.

Kemudian kebiasaan merokok mulai muncul di kalangan bangsawan

Eropa. Tapi berbeda dengan bangsa Indian yang merokok untuk

keperluan ritual, di Eropa orang merokok hanya untuk kesenangan

semata-mata. Abad 17 para pedagang Spanyol masuk ke Turki dan saat

itu kebiasaan merokok mulai masuk negara-negara Islam.

2
KEBURUKAN MEROKOK DAN KESANNYA KEPADA KITA

Keburukan merokok adalah penyebab utama penyakit dan membawa

kepada kematian. Ia bertanggungjawab ke atas 90% barah paru-paru

dan beberapa barah lain, 75% penyakit pernafasan, 25% penyakit

jantung, komplikasi semasa mengandung dan penyakit pernafasan di

kalangan kanak-kanak.

Sesiapa yang merokok lebih 20 batang rokok sehari mempunyai 10-15

kali ganda lebih mudah untuk mendapat serangan jantung kerana

merokok merendahkan tahap lipoprotein berkepadatan tinggi (lemak

yang baik) dalam darah.

JENIS PEROKOK

1.Perokok Aktif : Individu yang menyedut asap rokok aliran utama

melalui mulut.

2.Perokok Pasif : Individu yang menghirup asap aliran sisi dan asap

alirah utama yang dihembus keluar oleh perokok atau terdedah kepada

asap rokok persekitaran.

3
KESAN BAHAN KIMIA TERHADAP KESIHATAN

Nikotin

Kesan Awal

1.Menyempitkan saluran darah.

2.Meningkatkan kadar denyutan jantung dan membuatkan jantung

bekerja lebih kuat.

3.Meningkatkan jumlah oksigen yang diperlukan oleh jantung.

Kesan Akhir

1.Ketagihan.

2.Meningkatkan tekanan darah.

3.Menyebabkan darah membeku dengan mudah.

4.Lebih cenderung kepada serangan jantung, strok/ulser usus dan perut.

Tar

Kesan Awal

1.Nafas berbau.

4
2.Gigi menjadi kuning.

3.Pakaian, rumah, dan tempat kerja berbau asap.

Kesan akhir

1.Barah paru-paru.

2.Emfisima (kesukaran bernafas).

3.Lain-lain penyakit barah

Karbon Monoksida

Kesan awal

1.Mengurangkan oksigen dalam darah.

2.Kekurangan oksigen dalam darah, yang menyebabkan nafas menjadi

pendek.

3.Kurang stamina.

4.Kurang oksigen untuk janin

5
Kesan akhir

1.Meningkatkan peluang mendapat atherosclerosis (mengecilkan dan

menyekat saluran darah).

2.Memusnahkan saluran darah dan membawa kepada penyakit saluran

darah, penyakit jantung, dan penyakit paru-paru

6
ANCAMAN ROKOK TERHADAP ORANG SEKELILING

Wanita

1.Kelahiran bayi kurang berat badan dan tidak cukup bulan.

2.Lebih terdedah kepada kanser.

3.Kurang kesuburan.

4.Putus haid awal.

5.Kematian dan keguguran bayi dalam kandungan.

Kanak-kanak

1.Mudah mendapat penyakit lelah.

2.Mendapat jangkitan paru-paru.

3.Pertumbuhan paru-paru kanak-kanak terganggu.

4.Orang dewasa merokok menjadi contoh yang buruk kepada kanak-

kanak.

7
STATISTIK ORANG MEROKOK

Mengikut statistik Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM)

dianggarkan100,000 rakyat Malaysia mati setiap tahun di sebabkan

penyakit yang berkaitan dengan tabiat merokok.

Bilangan ini tidak termasuk dengan orang yang mati kerana pendedahan

asap rokok atau dipanggil environmental tobacco smoke (ETS).

Menurut portal rasmi MyHealth Kementerian Kesihatan, statistik

menunjukkan rakyat Malaysia menghisap 23.7 bilion rokok setahun dan

jumlah ini satu peningkatan besar daripada 18 bilion batang rokok pada

1998.

Jumlah perokok juga meningkat daripada 3.1 juta pada tahun 2007

kepada 4.7 juta dalam tahun 2011. 49 peratus daripada lelaki dewasa di

negara ini merokok, melebihi kadar di negara maju seperti di Britain (38

peratus), Amerika Syarikat (35 peratus) dan Sweden (30 peratus).

Sebilangan besar perokok juga dikesan mula berjinak dengan tabiat ini

sejak remaja. Purata umur mula merokok ialah 19 tahun. Pada 1985, 9.8

8
peratus remaja didapati merokok dan kadar itu meningkat kepada 18

peratus pada 2000.

Satu fenomena membimbangkan apabila lebih ramai gadis mula

merokok. Begitu mengejutkan apabila remaja perempuan yang merokok

didapati bertambah daripada satu peratus kepada lapan peratus,

khususnya di bandar.

Dianggarkan setiap hari 50 remaja memulakan tabiat buruk ini.

Berdasarkan kajian, dalam sebatang rokok ada kira-kira 4,000 jenis

bahan beracun yang disedut ke dalam tubuh ketika seseorang itu

merokok.

9
APA BAHAN KIMIA YANG MERBAHAYA DALAM ASAP

ROKOK?

Daripada 4000 bahan beracun dalam asap rokok, yang biasa dikenali

adalah seperti berikut :

· Tar (bahan untuk membuat jalan raya)

· Ammonia (bahan dalam pencuci lantai)

· Napthylamine (ubat gegat)

· Arsenik (racun anai-anai)

· Nicotine (bahan yang boleh mendatangkan ketagihan)

· Kadmium (terdapat dalam bateri)

· DDT (Ubat nyamuk)

· Formaldehyde (untuk mengawet mayat)

· Butane (gas yang boleh membunuh)

· Methanol (Bahan pembakar untuk roket)

· Hydrogen cyanide (racun)

· Toluene (bahan pelarut)

· Carbon Monoxide (gas beracun)

10
KESAN NEGATIF ROKOK

1. Merokok boleh menyebabkan ketagihan.

 Hal ini kerana tembakau mengandungi bahan penyebab ketagihan

dipanggil nikotin.

 Ini merupakan bahan psikokimia yang mempengaruhi sistem saraf

dan mental seseorang.

 Nikotin dilaporkan menghasilkan tindak balas kimia dalam badan

yang sama dengan yang dihasilkan oleh dadah kokain dan heroin.

 Penagih akan gian.

 Seluruh badan tidak selesa dan hilang semangat jika terputus

bekalan rokok.

2. Merokok mencetuskan masalah disiplin remaja

 Bagi remaja yang terperangkap dengan ketagihan, bukan sahaja

wang saku dihabiskan malah ada juga yang berani ponteng

sekolah untuk melepas gian.

 Hal ini kerana mereka tidak boleh merokok di sekolah.

 Mereka menjadi liar dan kerap ponteng sekolah kerana ketagih

merokok.

11
 Tidak cukup dengan wang saku sekolah, ada juga yang mula

menjadi pandai mengebas duit ibu bapa sendiri.

 Selepas itu mereka mungkin bergelumang dengan tabiat buruk

mencuri untuk menampung belanja membeli rokok.

 Malah tidak kurang juga perokok-perokok ini terlibat dengan

jenayah juvana dan penyalahgunaan dadah!

3. Rokok menjejaskan kesihatan perokok.

 Asap rokok yang tampak seakan-akan berwarna putih

sebenarnya tidaklah sebersih sebagaimana yang lazimnya

dikaitkan dengan warna putih.

 Hakikatnya asap rokok bukan sahaja membahayakan kesihatan

malah boleh membunuh.

 Tembakau adalah penyebab paling utama kematian di seluruh

dunia di mana tabiat merokok dilaporkan boleh membunuh satu

bilion orang dalam abad ini.

 Terdapat lebih 4,000 bahan kimia dalam asap tembakau di

mana 2,000 daripadanya adalah toksik dan 63 karsinogenik.

 Separuh daripada perokok jangka masa panjang diuar-uarkan

akan mati akibat penggunaan tembakau yang antaranya

12
menyebabkan kanser paru-paru, penyakit paru-paru yang

kronik serta penyakit jantung.

 Secara puratanya juga, hayat seseorang itu akan menjadi

pendek lima minit bagi setiap batang rokok yang dihisap!

 30 peratus daripada semua kematian berkaitan kanser

berpunca daripada tabiat merokok.

 90 peratus daripada semua kematian akibat kanser paru-paru

adalah juga kerana tabiat merokok!

4. Asap rokok mencetuskan penyakit kanser:

 Tar dan nikotin dalam asap rokok menyebabkan barah paru-paru

dan mulut.

 Asap rokok bertoksid menyaluti tisu paru-paru, dan menjadinya

kendur.

 Jadi, gas-gas oksigen sukar meresap masuk menyebabkan

penyakit emfisema.

 Masalah sesak nafas atau batuk berpanjangan mencetuskan

bronkitis.

 Pada tahap serius, kahak perokok bertukar menjadi seakan warna

hitam tar jalan.

13
 Sel-sel paru-paru mengalami tumbesaran yang abnormal

menyebabkan kanser paru-paru.

5. Rokok mencetuskan sakit jantung.

 Urat-urat darah menjadi tegang, menyebabkan penyakit jantung.

 Jika ketiga-tiga saluran darah ke jantung tersumbat, pembedahan

pintasan jantung terpaksa dijalankan.

 Perokok menghadapi risiko serangan jantung yang teruk.

 Perokok yang merokok sehingga 40 batang sehari mudah

menderita serangan sakit ahmar.

6. Rokok mengancam tumbesaran bayi dalam kandungan ibu

 Racun asap rokok meresap ke embrio.

 Janin dalam kandungan kekurangan oksigen.

 Kemungkinan besar bayi itu mengalami keguguran awal.

 Ada pula dilahirkan lebih awal dan dalam keadaan kurang berat

badan.

 Maka bayi mudah dijangkiti penyakit.

 Kecerdasan otak bayi juga terjejas.

14
MENGAPA SUSAH UNTUK BERHENTI?

1) Nikotine dalam tembakau menyebabkan ketagihan

2) Kesan merokok yang menyeronokkan (contoh : merasa lebih segar


dan tidak mengantuk) adalah kesan serta merta tetapi tidak lama
(lebih segar , degupan jantung bertambah)

3) Merasa letih dan murung apabila tidak merokok

4) Merasa gelisah dengan gejala gian yang lain

Mengapa tembakau dan merokok menjadi isu utama?


Tembakau adalah satu-satunya bahan pengguna yang dibenarkan
di sisi-sisi undang-undang tetapi boleh mendatangkan ketagihan dan
membunuh separuh dari penghisapnya.

Asap rokok mengandungi lebih kurang 4000 bahan kimia beracun.


Apakah jenis-jenis bahan merokok dari tembakau?

Lebih kurang 63 dari bahan kimia tersebut boleh menyebabkan barah.


Rokok boleh dalam bentuk berikut :

1. Rokok

2. Cerut

3. Tembakau paip

4. Seesha

15
FAEDAH-FAEDAH YANG DIPEROLEH JIKA BERHENTI MEROKOK

* Panjang umur – Satu dari dua perokok akan mati lebih awal
disebabkan penyakit berkaitan merokok. Merokok membunuh hampir 5
ribu rakyat Malaysia setiap tahun.

* Mengelakkan dari bahan-bahan berbahaya – Asap rokok mengandungi


hampir 4,000 bahan kimia dan 50 daripadanya boleh menyebabkan
kanser.

* Mencegah penyakit – Hampir 40 jenis penyakit yang berkait dengan


merokok. Kanser paru-paru, sakit jantung, penyakit paru-paru yang
kronik,strok dan ulser di bahagian lapisan kulit perut adalah antara
penyakit-penyakit bahaya akibat tabiat merokok

* Kehidupan yang lebih sihat kerana mereka yang tidak merokok kurang
mendapat batuk, selsema dan lain-lain penyakit pernafasan berbanding
dengan perokok

* Mencegah daripada mendatangkan keburukan kepada orang lain


kerana apabila anda merokok, ia memberi kesan kepada orang di
sekeliling anda, di mana asap rokok tersebut boleh mendatangkan
serangan asma dan lain-lain penyakit berkaitan dengan pernafasan

* Menjadi contoh yang baik terutama untuk keluarga dan anak-anak.

* Meningkatkan tahap kecergasan dan memiliki badan yang sihat *


Meningkatkan deria bau dan rasa

* Memiliki gigi yang putih dan nafas yang segar * Rambut dan pakaian
tidak berbau asap rokok

* Menjimatkan wang.

* Melindungi alam sekitar dari pencemaran asap rokok.

* Puntung rokok dibuang oleh perokok boleh menyebabkan kebakaran.

16
TIPS BERHENTI MEROKOK 12 M :

1.Melengah-lengahkan iaitu cakap pada diri sendiri tunggu 5 minit atau


katakan nanti sebentar sehinggalah anda tidak merasa ketagihan
merokok.

2.Menarik nafas panjang iaitu tarik nafas 3 kali secara perlahan-lahan.

3.Minum air dengan kuantiti yang banyak terutamanya air masak.


Elakkan minuman berkafein seperti nescafe dan kopi.

4.Menyibukkan diri dengan berbuat sesuatu bagi mengalih fikiran dan


untuk melupakan rokok.

5.Menjauhkan diri daripada orang yang merokok. Cuba jauhkan diri


dengan rakan yang merokok sehingga korang benar-benar telah
berjaya untuk berhenti merokok.

6.Mengelakkan diri daripada suasana atau situasi yang mendorong


kepada merokok seperti berkumpul atau lepak bersama kawan yang
merokok.

7.Mengunyah sesuatu seperti gam dan buah-buahan. Elakkan yang


manis.

8.Membasuh tangan selalu.

9.Mandi dengan kerap.

10.Meregangkan otot dengan melakukan senaman regangan apabila


rasa mengantuk.

11.Meditasi iaitu dengan menenangkan diri supaya dapat berfikir


dengan rasional.

12.Memohon doa iaitu berdoa kepada Tuhan agar dikuatkan azam dan
tingkatkan usaha untuk berhenti merokok buat selama-lamanya.

17
LAMPIRAN 1

18
LAMPIRAN 2

19
LAMPIRAN 3

20
ISI KANDUNGAN

BIL TAJUK HALAMAN

1 Pendahuluan
1- 2
Keburukan Merokok
2 3
Kesan Bahan Kimia Terhadap Kesihatan
3 4-6
Ancaman Rokok Terhadap Orang Sekeliling
4 7
Statistik Orang Merokok
5 8-9
Apa Bahan Kimia Yang Merbahaya Dalam Asap
6 Rokok 10

Kesan Negatif Rokok


7 11-14
Mengapa Susah Untuk Berhenti
8 15
Faedah-Faedah Yang Diperolehi Jika Berhenti
9 Merokok 16

Tips Berhenti Merokok


10 17
Lampiran 1
11 18
Lampiran 2
12 19
Lampiran 3
13 20

21
22

Anda mungkin juga menyukai