Anda di halaman 1dari 6

PK07 – Pengurusan Mesyuarat

PK 07/3

SEKOLAH KEBANGSAAN TEMENGGONG ABDUL RAHMAN ( 2 )


JOHOR BAHRU.JOHOR

MINIT MESYUARAT PENGURUSAN BIL 1/2015

TARIKH: 29 DISEMBER 2014

MASA : 8.00 PAGI

TEMPAT : BILIK MESYUARAT

PENGERUSI : ENCIK MOHD YUSOF BIN HAMAT

KEHADIRAN :

1. Encik Mohd Yusof bin Hamat


2. Tuan Haji Amril bin Muktar
3. Encik Mohd Shahran bin Yahya
4. Puan Rohana bt Mustaffa
5. Puan Noor Safizah bt Ahmad Nazri
6. Puan Sem Wai Han
7. Puan Diong King Hong
8. Puan Chan Cheng Chin
9. Puan Zatul Iffa bt Suleiman
10. Puan Nur Amalina bt Mohd Sadni
11. Encik Hadzir bin Seta
12. Encik Zulkifli bin Mamat
13. Puan Che Sarifah bt Che Mansor
14. Encik Ruzaimi bin Abdullah
15. Encik Anuar bin Bejo
16. Encik Muhamad Rosleezan bin Arisan
17. Encik Adam bin Sahimin
18. Puan Wardiah bt Salleh
19. Encik Anuar Musyaddad bin Lukman
20. Cik Bojeeswari a/p Bosan
21. Cik Diviyalakshme a/p Damudaren
22. Cik Siti Nurfahmira bt Abdullah
23. Cik Nurul Atiqah bt Azahari
24. Cik Nur Akmar bt Hamdan
25. Encik Mursyid bin Jalil
26. Puan Packia Mary
27. Encik Amirul Eswan bin Adnan
28. Encik Mohd Fairus bin Zakaria

Hak Cipta Terpelihara © Sektor Jaminan Kualiti, Jabatan Pelajaran Johor


l19 Mac 2012 - Keluaran 03 | Pindaan 00
PK07 – Pengurusan Mesyuarat
PK 07/3

TIDAK HADIR : 1. Puan Hafizah bt Hamdan ( Cuti Bersalin )


2. Puan Mahizan bt Razali ( Cuti Bersalin )

1)Ucapan Aluan

1.1 Guru Besar mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua guru kerana dapat hadir ke
mesyuarat pengurusan sekolah kali pertama.
1.2 Guru Besar mempersilakan Ustaz Ruzaimi bin Abdullah untuk memimpin bacaan doa.

2)Ucapan Guru Besar

2.1 Dialog Prestasi akan dimasukan di dalam takwim sekolah dan dialog ini adalah untuk
penambahbaikkan prestasi murid. Pada tahun 2015 Mesyuarat Pengurusan Sekolah akan
diadakan sebanyak 12 kali tidak termasuk mesyuarat guru.
Tindakan : Semua Guru

2.2 Guru diminta datang awal ke sekolah pada hari pertama persekolahan iaitu pada 11 Januari
2015 kerana pegawai dari JPN akan datang ke setiap sekolah. Guru bertugas juga diminta
datang awal terutamanya yang menjaga pagar.
Tindakan : Semua Guru

2.3 Pada hari pertama persekolahan pastikan setiap murid mendapat 1 kerusi dan 1 meja.
Sekiranya ada kelas yang tidak cukup kerusi dan meja hendaklah ambil di kelas yang ada
lebihan.
Tindakan : Semua Guru Kelas

2.4 Pihak sekolah hendaklah memastikan bantuan yang di salurkan seperti KWAMP, RMT dan
buku teks adalah untuk warganegara Malaysia sahaja.
Tindakan : Semua Guru

2.5 Selain itu juga, untuk pakaian sukan ibu bapa boleh membelinya di tempat lain asalkan warna
tersebut sama dengan baju sukan sekolah.
Tindakan : Semua Guru

2.6 Buku kerja murid perlu dihantar kepada pihak pentadbir mengikut takwim yang telah
ditetapkan. Jadual bertugas guru juga sila lihat di dalam buku pengurusan sekolah.
Tindakan : Semua Guru

Hak Cipta Terpelihara © Sektor Jaminan Kualiti, Jabatan Pelajaran Johor


l19 Mac 2012 - Keluaran 03 | Pindaan 00
PK07 – Pengurusan Mesyuarat
PK 07/3
2.7 Takwim 2015 perlukan penambahbaikan. Sekiranya guru mempunyai cadangan aktiviti
bolehlah menulis di dalam takwim tersebut.
Tindakan : Semua Guru

2.8 Aktiviti harian seperti EW20, citra bahasa, matematik, sains dan bacaan yasin dijalankan
seperti biasa. Program setiap panitia mesti dijalankan sebaik mungkin untuk tahun 2015.

Tindakan : Semua Guru

2.9 Guru Besar meminta setiausaha peperiksaan mencetak keputusan peperiksaan murid tahun 4
dan 5 untuk mencari strategi bagaimana meningkatkan prestasi murid- murid tahun 4 dan 5
untuk tahun 2015.
Tindakan : Setiausaha Peperiksaan

2.10 Sekiranya sekolah kita bernasib baik, sekolah kita akan dipilih untuk menyertai dialog prestasi
peringkat daerah pada tahun 2015 ini. Selain itu guru besar juga memberitahu andainye
sekolah kita dipilih untuk menerima bai’ah pada tahun 2015 ini guru besar meminta semua
guru dapat memberi bekerjasama bagi menyiapkan 52 buah fail dan perlu memastikan sijil-
sijil samada peringkat daerah atau negeri ada dalam simpanan.

Tindakan : Semua Guru

2.11 Kewangan pada tahun 2015 melalui sistem online dan setiap pembelian mestilah dihabiskan
sebelum atau pada 24 Disember pada setiap tahun.

Tindakan : Makluman semua Guru

3.Ucapan Guru Penolong Kanan Kurikulum

3.1 Penyerahan surat pelantikan kepada ketua panitia bagi setiap mata pelajaran.
Bahasa Malaysia : Encik Mohd Fairus bin Zakaria
Bahasa Inggeris : Puan Packia Mary
Matematik : Puan Chan Cheng Chin
Sains : Puan Diong King Hong
Pendidikan Islam : Puan Wardiah bt Salleh
Moral : Encik Adam bin Sahimin
Muzik : Cik Nurul Atiqah bt Azahari
Pendidikan Seni Visual : Puan Noor Safizah bt Ahmad Nadzri
Pendidikan Jasmani : Encik Muhamad Rosleezan bin Arisan
Bahasa Arab : Encik Anuar Musyaddad bin Lukman
Kajian Tempatan dan
Sejarah : Puan Mahizan bt Razali

Hak Cipta Terpelihara © Sektor Jaminan Kualiti, Jabatan Pelajaran Johor


l19 Mac 2012 - Keluaran 03 | Pindaan 00
PK07 – Pengurusan Mesyuarat
PK 07/3
Kemahiran Hidup,
RPT dan TMK : Encik Amirul Eswan bin Adnan
Sivik : Puan Nur Amalina bt Mohd Sadni

Tindakan : Makluman Semua Guru

3.2 Aktiviti bulanan bagi setiap panitia perlu dijalankan mulai bulan febuari. Bermula dengan Panitia
Bahasa Malaysia dan setiap panitia hendaklah memilih seorang murid atau sekumpulan murid
untuk membuat persembahan pada hari perhimpunan bagi mengekpresikan murid tersebut agar
mempunyai keyakinan diri untuk berhadapan dengan orang ramai.

Tindakan : Semua Guru

3.3 Pengajaran dan Pembelajaran di dalam kelas guru-guru hendaklah berpusatkan murid. Hanya
murid yang bercakap dan guru adalah sebagai pemudah cara atau pemerhati. Guru-guru hendaklah
membuat ujian dianogstik pada bulan januari iaitu 26-27hb Januari 2015. Guru-guru boleh menilai
murid-murid tersebut mengikut tahap dan asingkan antara murid yang lemah dan pandai. Prestasi
guru-guru juga mesti lebih 80%.

Tindakan : Semua Guru Mata Pelajaran

3.4 Selain itu, GPK 1 juga mengingatkan kepada guru-guru supaya mengadakan sambutan ulang
tahun kelahiran untuk murid-murid pada setiap hujung bulan iaitu pada minggu terakhir.

Tindakan : Semua Guru

3.5 Pencerapan guru juga akan diadakan pada 1 Mac hingga 30 April 2015. Pemantauan tersebut
akan dilakukan oleh GPK. Guru-guru juga diingatkan supaya mengajar sambil berdiri.

Tindakan : Semua Guru

3.6 Selain itu, untuk PCL ( Program Leaning Creative ) ketua panitia yang akan memantau kawan-
kawannya sendiri di dalam kelas dan sekiranya terdapat kekurangan maka sama-sama bekerjasama
untuk membuat penambahbaikkan.

Tindakan : Semua Guru

3.7 Pemantauan hasil kerja murid. Sila rujuk buku pengurusan sekolah muka surat 35.

Tindakan : Semua Guru

3.8 Jadual kelas terdapat subjek bahasa Malaysia dan satu masa dalam subjek tersebut guru
hendaklah membawa murid ke perpustakaan untuk program NILAM.

Hak Cipta Terpelihara © Sektor Jaminan Kualiti, Jabatan Pelajaran Johor


l19 Mac 2012 - Keluaran 03 | Pindaan 00
PK07 – Pengurusan Mesyuarat
PK 07/3

Tindakan : Guru Bahasa Malaysia

3.9 LDP yang pertama akan diadakan pada hari rabu 31hb Disember 2014 untuk KSSR tahun 5 dan
guru yang berkenaan hendaklah menyediakan bahan dalam bentuk power point.

Tindakan : Semua Guru

3.10 Tuan Haji Amril akan menyediaka satu borang pada bulan Januari nanti untuk guru-guru
menulis tajuk kajian tindakan masing-masing.

Tindakan : Semua Guru


4. Ucapan GPK KOKO

4.1 Sukan pada tahun 2015 akan diadakan pada 24 Oktober 2015. Segala persiapan untuk sukan
akan disiapkan pada bulan januari dan mac. Selain itu, sediakan murid untuk menyertai
pertandingan sama ada peringkat daerah atau negeri dan guru-guru diingatkan supaya tidak
mengambil murid yang sama kerana markah yang akan diisi di dalam rekod kokurikulum adalah
mengikut pencapaian yang paling tinggi.
Tindakan : Semua Guru

4.2 Setiausaha sukan diingatkan supaya membuat mesyuarat untuk unit uniform.

Tindakan : Guru Unit Uniform

4.3 Perkhemahan tahunan sekolah akan diadakan di PKG Kota Tinggi pada 26 mei 2015. Pkg Kota
Tinggi tersebut dipilih kerana di sana terdapat jurulatih negeri.

Tindakan :Makluman Semua Guru

5) Hal-hal Lain

5.1 Persediaan 2015, setiap kelas mesti dalam keadaan kemas dan cantik sebelum bermulanya sesi
persekolahan baharu.

5.2 Fail guru baharu hendaklah diserahkan untuk disemak pada bulan januari.

5.3 Kemaskini data dengan teliti dan tulis dengan betul agar tiada kekeliruan.

5.4 Guru Besar berharap semua guru dapat memberikan kerjasama yang baik dalam meningkatkan
prestasi murid sekolah STAR2 pada tahun 2015.

Tindakan : Semua Guru

Hak Cipta Terpelihara © Sektor Jaminan Kualiti, Jabatan Pelajaran Johor


l19 Mac 2012 - Keluaran 03 | Pindaan 00
PK07 – Pengurusan Mesyuarat
PK 07/3

6.Penutup

6.1 Guru Besar mengucapkan terima kasih di atas kerjasama yang diberikan.
6.2 Majlis ditangguhkan pada jam 10.30 pagi dengan bacaan doa tasbih kifarah dan surah al-Asr.

Disediakan oleh, Disemak oleh,

(CHE SARIFAH BT CHE MANSOR)


Pencatat Minit Mesyuarat Pegurusan Bil 1
SK Temenggong Abd Rahman 2,
Johor Bahru,Johor.

Hak Cipta Terpelihara © Sektor Jaminan Kualiti, Jabatan Pelajaran Johor


l19 Mac 2012 - Keluaran 03 | Pindaan 00

Anda mungkin juga menyukai