Anda di halaman 1dari 2

SEKOLAH KEBANGSAAN SEKENDI

45200 SABAK BERNAM,


SELANGOR DARUL EHSAN
Kod Sekolah : BBA6017
No. Tel/Fax : 03-32163468 E-mel : bba6017@btpnsel.edu.my

“1 MALAYSIA : RAKYAT DIDAHULUKAN, PENCAPAIAN DIUTAMAKAN”

Rujukan Tuan :
Rujukan Kami : SKS.600/10/4/1( )
Tarikh : 09 JANUARI 2018

PENGARAH
YAYASAN PEMBANGUNAN EKONOMI ISLAM MALAYSIA (YAPEIM).
TINGKAT 8, GRAND SEASON AVENUE,
NO. 72, JALAN PAHANG,
53000 KUALA LUMPUR.

Tuan,

MEMOHON SUMBANGAN BUKU UNTUK KEGUNAAN PUSAT SUMBER SEKOLAH


KEBANGSAAN SEKENDI

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

2. Merujuk perkara di atas, Sekolah Kebangsaan Sekendi ingin memohon buku-buku bukan
fiksyen dan buku rujukan guru untuk disumbangkan kepada pusat sumber sekolah kami. Ini
kerana kami kekurangan buku-buku tersebut untuk diletakkan di pusat sumber sekolah.

3. Diharap dengan sumbangan tersebut dapat memupuk budaya membaca dalam kalangan
murid dan guru di sekolah ini. Kami juga berharap agar pihak tuan / puan dapat
mempertimbangkan permohonan kami ini. Kerjasama pihak tuan / puan didahului dengan
ucapan terima kasih.

Sekian , terima kasih.

'BERKHIDMAT UNTUK NEGARA'

Saya yang menurut perintah,


............................................................