Anda di halaman 1dari 16

TAHAP PENGETAHUAN PEDAGOGI ISI KANDUNGAN (PPIK) BAGI

GURU SEJARAH DALAM MATA SEJARAH DI SEKOLAH MENENGAH

Khairunnisa Abd Hamid


Anuar Ahmad

Fakulti Pendidikan
Universiti Kebangsaan Malaysia

Abstrak: kajian ini mengkaji tahap pengetahuan pedagogi, Isi Kandungan dan
Pengetahuan Pedagogi Isi Kandungan (PPIK) dalam kalangan guru sejarah di sekolah
menengah. Kajian berbentuk tinjauan digunakan untuk mengenalpasti tahap
pengetahuan guru-guru sejarah di sekitar sekolah dalam negeri Selangor dengan
menggunakan borang soal selidik. Sampel guru yang terlibat berjumlah 70 orang guru
(17 lelaki dan 53 perempuan). Kajian ini menggunakan perisian Statistical Package
for the Social Windows (SPSS) versi 22 untuk menganalisis data kajian. Hasil analisis
kajian mendapati kebanyakan tahap pedagogi, Isi Kandungan dan PPIK berada pada
tahap yang tinggi. Walaubagaimanapun terdapat juga aspek dalam Pedagogi, Isi
Kandungan serta PPIK yang masih berada di tahap sederhana dalam kalangan guru
sejarah sama ada opsyen atau bukan opsyen. Oleh itu, kajian yang lebih mendalam
harus dipertingkatkan dalam usaha meningkatkan profesionalisme guru dalam
kalangan guru sejarah terutamanya di sekolah menengah.
Kata kunci: Pengetahuan Pedagogi Isi Kandungan (PPIK), guru sejarah.

PENGENALAN

Pengetahuan Pedagogi Isi Kandungan (PPIK) ialah sejenis pengetahuan yang


unik dan penting bagi seseorang yang bergelar guru. Hal ini kerana seseorang guru
perlu melibatkan cara mengaitkan pengetahuan pedagogi (pengetahuan tentang cara
mengajar) yang dimilikinya dengan pengetahuan isi kandungan (apa yang perlu
diajar) kepada muridnya. Integrasi kedua-dua jenis pengetahuan tersebut akan
menghasilkan PPIK yang baik (Shulman, 1987).

Jika diteliti dengan lebih mendalam, Shulman (1987) telah menyenaraikan tujuh
domain pengetahuan asas guru, iaitu: (1) pengetahuan isi kandungan; (2) pengetahuan
Pedagogi am; (3) Pengetahuan Kurikulum; (4) pengetahuan Pedagogi dan Isi
kandungan; (5) Pengetahuan tentang Pelajar dan ciri-ciri pelajar; (6) pengetahuan
tentang konteks pendidikan; (7) pengetahuan tentang matlamat-matlamat pendidikan.
Oleh yang demikian, seseorang guru yang mengajar sesuatu mata pelajaran,
seharusnya mempunyai ketujuh-tujuh domain di atas. Namun, begitu, PPIK yang ada
dalam salah satu domain di atas sangat memainkan peranan penting dalam bidang
perguruan apatah lagi terhadap guru bukan opsyen.

Bertitik tolak daripada kenyataan Shulman (1987), banyak kajian berkaitan


PPIK telah dijalankan terhadap pelbagai mata pelajaran. Antaranya, kajian Tengku
Zawawi, Ramlee Mustapha dan Abdul Razak Habib (2009) berkaitan PPIK
Matematik Sekolah Rendah, Ahmad Yunus Kasim dan Ab. Halim Tamuri (2010)
berkaitan PPIK dalam Pendidikan Islam, Muhammad Abd Hadi Bunyamin dan Seth
Sulaiman (2011) berkaitan PPIK dalam Fizik, Rozaiman M. Zamri Mahmod, dan
Noor Izam et al (2011) berkaitan PPIK dalam Kesusasteraan Melayu, Zalipah Zakaria
(2011) berkaitan PPIK dalam Biologi, Zamri Mahmod (2012) berkaitan PPIK dalam
Bahasa Iban, Nik Mohd Rahimi Nik Yusoff, Nurulhuda Hasan dan Mahat Afifi
(2012) berkaitan PPIK dalam Bahasa Arab. Namun, PPIK dalam mata pelajaran
Sejarah masih kurang dan tidak kelihatan dalam pembacaan pengkaji. Oleh itu,
pengkaji akan memfokuskan kajian PPIK ini dalam mata pelajaran Sejarah terhadap
guru Sejarah.

Menurut Anuar (2009), keberkesanan mata pelajaran Sejarah bergantung


kepada perancangan dan kualiti guru Sejarah semasa proses Pengajaran dan
Pembelajaran berlangsung. Guru Sejarah yang baik seharusnya menunjukkan
kebolehan dan keupayaan dari segi kualiti diri, sosial dan professional di hadapan
muridnya. Oleh yang demikian, guru-guru yang mengajar mata pelajaran terutamanya
Sejarah seharusnya menguasai Pengetahuan Pedagogi dan Isi Kandungan (PPIK) agar
penyampaian yang disampaikan kepada murid adalah tepat, jelas dan mencapai
objektif pembelajaran pada masa itu.

Hakikatnya, kelemahan dan kepincangan yang sering berlaku dalam proses


Pengajaran dan Pembelajaran antaranya berpunca daripada tahap penguasaan PPIK
yang lemah dalam kalangan guru ( Howey 1999; Wang, Guo, Chiang &Cheng 1999).
Beberapa kajian lepas mendapati bahawa kebanyakkan guru masih lemah PPIK
(Lampert 1986; Wilson 1994; Swafford, Jones & Thornton 1997; Ma 1999).
Disamping itu, terdapat perbezaan yang ketara antara guru baru dan guru
berpengalaman dari segi tahap PPIK dan pengajaran mereka dalam bilik darjah
(Marks 1990).

TUJUAN KAJIAN

Kajian ini bertujuan untuk melihat sejauh mana tahap Pengetahuan Pedagogi Isi
Kandungan guru-guru Sejarah di Sekolah Menengah terutamanya guru-guru bukan
Opsyen Sejarah. Hal ini sekaligus dapat memberi keyakinan terhadap guru-guru yang
terlibat dalam menyampaikan ilmu kepada anak didiknya sekaligus meningkatkan
pencapaian akademik murid berkenaan.

OBJEKTIF KAJIAN

Secara khususnya, objektif ini adalah untuk:

1. meneliti tahap Pengetahuan Kandungan guru Sejarah Sekolah Menengah.


2. mengenalpasti tahap Pengetahuan Pedagogi guru Sejarah Sekolah Menengah.
3. mengesan tahap Pengetahuan Pedagogi Isi Kandungan (PPIK) berfokus
kepada guru bukan opsyen mata pelajaran Sejarah.
PERSOALAN KAJIAN

Berdasarkan objektif kajian di atas, kajian ini akan menjawab soalan-soalan berikut:

1. Apakah min paling dominan dalam Pedagogi yang dipunyai oleh guru
Sejarah Sekolah Menengah?
2. Apakah min paling dominan dalam Pengetahuan Isi Kandungan guru Sejarah
Sekolah Menengah?
3. Apakah min paling dominan dalam Pengetahuan Pedagogi Isi Kandungan
(PPIK) guru Sekolah Menengah?

SOROTAN LITERATUR

Kepentingan pengetahuan isi kandungan yang dipunyai oleh guru Sejarah

Fokus utama kandungan Kurikulum pendidikan Sejarah adalah pengetahuan


dan pemahaman akan Sejarah Negara Malaysia. Guru-guru Sejarah telah
dipertanggungjawabkan untuk menyampaikan kandungan Kurikulum ini dengan
sebaiknya. Struktur disiplin Sejarah meliputi inkuiri dalam sejarah, pegumpulan
sumber, kemahiran pemikiran sejarah, penjelasan sejarah, pemahaman sejarah dan
empati (Huraian Sukatan pelajaran, 2002). Pengetahuan terhadap strukutur ini akan
memastikan proses Pengajaran dan pembelajaran Sejarah dapat disampaikan dengan
lebih dinamik Oleh itu, sebagai seorang guru sejarah, seharusnya kandungan
kurikulum dan struktur disiplin sejarah ini perlu dikuasai sepenuhya dan diterapkan
dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

Kebanyakkan kajian lepas mendapati guru-guru yang mengajar mata pelajaran


Sejarah tidak menguasai sukatan pelajaran dan kurikulum Sejarah (Rosnanaini
Sulaiman, 2003; Zahara Aziz, Nik Azleena Nik Ismail, 2007; Janimah Suhaimi,
2011). Pengetahuan yang terbatas mengenai mata pelajaran yang diajar akan
menyebabkan penyampaian guru tersebut lemah sekaligus menyukarkan pemahaman
pelajar. Perkara ini meliputi semua guru Sejarah sama ada yang berpengalaman atau
guru baru lepasan institut perguruan (Tengku Zawawi Tengku Zainal, Ramlee
Mustpha dan Abdul Razak Habib, 2009). Hal ini kerana terdapat guru-guru yang
berpengalaman tidak mempunyai tahap PPIK yang sepadan dengan jumlah tahun
pengalamannya. Justeru, pengetahuan Isi Kandungan Harus dikuasai oleh semua guru
termasuklah guru Sejarah lebih-lebih lagi guru bukan Opsyen Sejarah.

Kepentingan pengetahuan Pedagogi guru Sejarah

Dalam konteks seorang guru, pengetahuan pedagogi seharusnya telah dikuasai


oleh setiap guru yang lepasan institut perguruan mahupun universiti. Namun, masih
wujud kelemahan dalam mengaplikasikan pelbagai kaedah unsur pedagogi
terutamanya mata pelajaran Sejarah (Zahara Aziz, Hamzan Saffarina 2012).
Penerapan pedagogi memberikan kesan positif (Azwani Ismail, Zahara Aziz, Sharipah
Nor Puteh, 2012) dan sederhana positif (Zahara Aziz, Nurliah Jair 2009) apabila
pelbagai kaedah diterapkan kepada pelajar. Oleh itu, guru perlu sentiasa mengambil
inisiatif dalam mencari kaedah dan teknik yang lebih berkesan dalam proses
pengajaran dan pembelajaran.
Jika ditinjau daripada aspek penerapan nilai patriotisme, guru Sejarah juga perlu
menerapkannya dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Kaedah pengajaran dan
pembelajaran yang berkesan turut menyumbang kepada pemupukan nilai
patriotisme(Mohd Yusof Abdullah, Amit Awang 2007). Maka, pengetahuan pedagogi
yang tinggi harus dimiliki oleh setiap guru dalam memperbaiki dan mempelbagaikan
pedagogi pengajaran.

Kepentingan Pengetahuan Pedagogi Isi Kandungan (PPIK) guru Sekolah Menengah


berfokus kepada guru bukan opsyen Sejarah

Pengetahuan Pedagogi Isi Kandungan (PPIK) merupakan elemen penting dalam


proses pengajaran bagi setiap guru meskipun berbeza mata pelajaran (Rosnida
Mansor, Lilia Halim, Kamisah Osman, 2010; Zaharah Aziz, Hamzan Saffarina
Mohammad ,2012; Anuar Ahmad, Nellson Jinggan, 2015). Seharusnya, semua guru
perlu bijak mengintegrasikan pengetahuan isi kandungan dan pedagogi termasuklah
guru bukan opsyen. Hal ini dibuktikan dalam kajian Zahara Aziz, Nik Azleena Nik
Ismail (2007), wujudnya perbezaaan tahap kesediaan guru Opsyen Sejarah dan bukan
Opsyen Sejarah dalam pengetahuan prosedural dan pedagogi guru sejarah.

Kelemahan ini perlu diatasi oleh semua guru dalam memantapkan profesion
keguruan. Meskipun kelemahan dalam proses pengajaran dan pembelajaran bukanlah
disebabkan oleh guru semata-mata (Nik Mohd Rahimi Nik Yusof, Nurul Huda Hasan,
Mahat Afifi, 2012; dan Zaharah Aziz, Hamzan Saffarina, 2012), guru-guru perlu
mengambil positif dalam memantapkan prestasi diri untuk menambahbaik lagi
penguasaan PPIK guru meskipun sudah mempunyai pengalaman yang cukup banyak.

Masalah guru bukan opsyen mata pelajaran Sejarah

Secara dasarnya, tiada kurikulum khusus bagi pendidikan guru bukan opsyen
Sejarah yang perlu mengajar mata pelajaran Sejarah. Hal ini berlaku kerana pihak
yang bertanggungjawab untuk melatih guru sejarah tidak mempunyai panduan khusus
untuk melatih guru sains sosial terutamanya Sejarah. Oleh yang demikian, tiada
bentuk ilmu pengetahuan yang sepatutnya diberikan kepada guru-guru bukan opsyen
ini melaksanakan proses pengajaran Sejarah. Walau bagaimanapun, terdapat kajian
yang dapat dijadikan panduan tentang pengetahuan dan kemahiran yang sepatutnya
diberi kepada bakal guru sejarah termasuklah guru bukan opsyen Sejarah seperti
Wilson dan Wineburg (1988) dan Kaya Yilmaz (2009).

Tanggapan pihak pentadbir yang mengambil ringan tentang soal keperluan


guru mengajar mata pelajaran opsyen di sekolah terutamanya mata pelajaran Sejarah
(Janimah Suhaimin, 2011). Tanggapan ringan seperti ini akan mengundang masalah
di kemudian hari jika guru-guru bukan opsyen ini tidak diberi kursus dalaman tentang
pengajaran Sejarah sebenarnya. Hal ini disokong dengan kajian oleh Satveer Kaur
(1998) mendapati guru-guru yang mendapat kursus dalaman berkenaan tatacara
penggunaan bahan-bahan media untuk pendidikan lebih mempelbagaikan bahan
media berbanding dengan guru yang tidak pernah mengikuti kursus, kerap
menggunakan buku teks dan bahan rujukan.
METODOLOGI

Kaedah kajian ini berbentuk tinjauan dan memilih kaedah persampelan


bertujuan bagi memilih sampel dengan tujuan mendapatkan jumlah sampel yang
mewakili populasi. Oleh itu, hanya guru-guru Sejarah yang mengajar di Sekolah
menengah sahaja yang terlibat dalam sampel kajian ini.

Kajian ini telah dijalankan di kalangan guru-guru Sejarah Sekolah Menengah di


beberapa daerah dalam negeri Selangor Seramai 70 orang telah dipilih sebagai
responden dalam kajian ini daripada pelbagai jenis sekolah. Agihan guru mengikut
jantina lelaki dan perempuan adalah 70 guru sejarah yang terdiri daripada 84.3%
Melayu (59), 1.4% Cina (1), 12.9% India (9), dan 1.4% lain-lain (1). Kajian ini
bertujuan meninjau tahap Pengetahuan Pedagogi Isi Kandungan terhadap guru-guru
Sejarah Sekolah Menengah terutamanya guru bukan Opsyen Sejarah.

Instrumen Kajian

Satu set instrumen kajian telah dibina dan mengandungi 4 bahagian iaitu
Biodata Responden, Komponen Pedagogi Sejarah, Komponen Isi Kandungan Sejarah
dan Komponen Pedagogi Isi Kandungan Sejarah. Borang soal selidik berskala lima
mata daripada “sangat tidak setuju” kepada “sangat setuju”. Item-item dibina
berdasarkan usaha penyelidik meneliti sorotan penulisan yang berkaitan dengan
Pengetahuan Pedagogi Isi Kandungan bagi mata pelajaran lain. Pecahan item adalah
seperti berikut:

Komponen Pedagogi Guru Sejarah - 6 item


Komponen Isi Kandungan Guru Sejarah - 8 item

Komponen Pedagogi Isi Kandungan Guru Sejarah -26 item

Kajian rintis turut dilakukan dengan melibatkan enam orang guru bagi menguji
kebolehpercayaan dan kesahan bagi setiap aspek item. Hasil kajian rintis mendapati
nilai Cronbach alpha bagi setiap konstruk adalah 0.78 (Pedagogi), 0.75 (Isi
kandungan) dan 0.84 (PPIK). Hal ini memberi petunjuk yang baik tentang
kebolehpercayaan instrumen dalam mengukur aspek-aspek berkaitan

Analisis Data

Data kajian dianalisis dengan perisian Statical Package for the Social Sciences
(SPSS) versi 22. Proses menganalisis melibatkan analisis deskriptif dan analisis
inferensi. Analisis deskriptif digunakan untuk memerihalkan maklumat berkaitan
biodata responden seperti jantina, umur, kau, jenis sekolah yang diajar, gred jawatan.
Disamping itu,analisis deskriptif turut memerihalkan tahun pengalaman mengajar,
Opsyen mengajar, serta keterlibatan guru dalam menghadiri kursus dalam
perkhidmatan. Statistik yang digunakan dalam analisis deskriptif ini adalah
kekerapan, peratusan, min dan sisihan piawai. Data-data berikut diinterpretasi dengan
merujuk kepada skor min yang diperoleh melalui julat skala berikut:
Jadual 1: julat skala
Julat skala Interpretasi skor min
1.00-2.33 Rendah
2.34-3.67 sederhana
3.68-5.00 tinggi

Dapatan Kajian

Latar belakang demografi

Jadual-jadual berikut menunjukkan sebanyak 70 guru sejarah terdiri daripada


24.3%(17) guru lelaki dan 75.7%(53) guru perempuan. Dari segi taburan bangsa,
sebanyak 84.3%(59) guru berbangsa Melayu, 12.9%(9) guru berbangsa India,
1.4%(1) guru berbangsa Cina dan guru yang mempunyai lain-lain bangsa adalah
1.4%(1). Dari segi jenis sekolah, 88.6%(62) guru daripada sekolah menengah
kebangsaan, 5.7%(4) sekolah menengah kebangsaan agama, 4.3%(3) sekolah
menengah bantuan kerajaan dan 1.4%(1) sekolah berasrama penuh.

Jadual 1: latar belakang mengikut Jantina


Jantina Kekerapan Peratus%
Lelaki 17 24.3
Perempuan 53 75.7
Jumlah 70 100

Jadual 2: latar belakang mengikut bangsa


Jantina Kekerapan Peratus%
Melayu 59 84.3
India 9 12.9
Cina 1 1.40
Lain-lain 1 1.40
Jumlah 70 100

Jadual 3: latar belakang mengikut jenis sekolah


Jenis sekolah Kekerapan Peratus%
Sekolah Menengah Kebangsaaan 62 88.6
Sekolah Menengah Kebangsaan Agama 4 5.7
Sekolah Agama Bantuan Kerajaan 3 4.3
Sekolah Berasrama Penuh 1 1.4
Jumlah 70 100
Jadual 4: latar belakang mengikut gred jawatan
Gred jawatan Kekerapan Peratus%
DG 41 24 34.3
DG44 28 40.0
DG 48 17 24.3
DG 52 1 1.40
Jumlah 70 100

Jadual 5: latar belakang mengikut opsyen sejarah


Opsyen sejarah Kekerapan Peratus%
Ya 44 62.9
tidak 26 37.1
Jumlah 70 100

Jadual 6: latar belakang mengikut kehadiran menyertai kursus dalam perkhidmatan


berkaitan mata pelajaran sejarah
Kursus dalam Kekerapan Peratus%
perkhidmatan
Ya 38 54.3
tidak 32 45.7
Jumlah 70 100

Jadual 8 menunjukkan nilai min dan sisihan piawai bagi setiap item yang
dijawab oleh guru sejarah. skor min bagi setiap soalan diinterpretasikan mengikut
julat skala seperti dalam jadual 7.

Berdasarkan jadual 8, tahap pedagogi bagi setiap aspek yang dikaji adalah
tinggi melainkan penggunaan bahan visual dan multimedia berada pada tahap
sederhana. Min paling dominan dalam aspek pedagogi adalah kepelbagaian kaedah
pengajaran yang dapat menarik minat pelajar iaitu sebanyak 4.24.

Seterusnya, berdasarkan jadual 9, tahap Isi Kandungan bagi setiap aspek yang
dikaji adalah tinggi melainkan pergantungan semata-mata dengan buku teks berada
pada tahap sederhana. Min paling dominan dalam aspek Isi Kandungan adalah
pembentukan kronologi tajuk Sejarah bagi meningkatkan pemahaman murid, iaitu
sebanyak 4.32.Walaubagaimanapun, tahap pengetahuan Pedagogi Isi Kandungan
(PPIK) mendapati terdapat 15 aspek PPIK berada di tahap tinggi dan 11 aspek berada
di tahap sederhana. Min paling dominan pada tahap Pedagogi Isi kandungan (PPIK)
adalah 4.52 iaitu aspek keinginan yang tinggi untuk mendalami kandungan mata
Pelajaran Sejarah.
Jadual 8: Tahap pedagogi yang paling dominan dikuasai oleh guru sejarah
Item Pedagogi guru min Sisihan tahap
piawai
B
Saya memastikan pengajaran Sejarah lebih 4.15 0.69 tinggi
1 berorientasikan pelajar berbanding
penguasaan guru
B
Saya menggunakan pelbagai kaedah 4.24 0.60 tinggi
2 pengajaran bagi menarik minat pelajar
B
Saya mengadakan aktiviti perbincangan 4.21 0.69 tinggi
3 secara berkumpulan dalam pengajaran dan
pembelajaran.
B
Saya menggunakan bahan visual dan 4.00 0.76 sederhana
4 multimedia bagi memudahkan pemahaman
murid saya
B
Sumber pertama yang digunakan oleh guru 4.18 0.62 tinggi
5 dalam kelas sejarah memberikan
pengalaman bermakna kepada saya
B
Sumber kedua berupa artikel, jurnal, unsur 4.10 0.68 tinggi
6 sastera banyak membantu saya memahami
sejarah sebelum bermulanya sesi
pengajaran

Jadual 9:Tahap Isi kandungan yang dikuasai oleh guru Sejarah


i Sisihan
Isi Kandungan guru min tahap
Item piawai
Saya membuat rujukan pengajaran dan
C
pembelajaran saya bergantung semata- 3.37 1.18 sederhana
1
mata buku teks
Saya
C menguasai semua isi kandungan buku
4.02 0.63 tinggi
2 teks tersebut
Buku
C teks Sejarah adalah bahan bantu
4.02 0.70 tinggi
3 mengajar saya yang sangat berkesan
Saya dapat memahami semua objektif
C
pembelajaran yang akan disampaikan 4.28 0.61 tinggi
4
dalam kelas
Saya memahami setiap kemahiran
C
pemikiran sejarah yang ingi diterapkan
4.10 0.74 tinggi
5 dalam kandungan kurikulum mata
pelajaran Sejarah
Saya mampu menerapkan nilai-nilai
C
patriotism dalam pengajaran dan 4.27 0.63 tinggi
6
pembelajaran saya
Saya dapat membentuk kronologi tajuk
C
Sejarah bagi meningkatkan pemahaman 4.32 0.63 tinggi
7
murid saya
Saya menggunakan semua maklumat
C
tambahan buku teks seperti Alamat Laman
4.08 0.77 tinggi
8 Web, Tahukah Anda dan Sudut Maklumat
bagi membantu sesi pengajaran saya
Jadual 10:Tahap pengetahuan Pedagogi Isis Kandungan (PPIK) dikalangan guru Sejarah
Sisihan
Item Pedagogi Isi Kandungan (PPIK) guru min tahap
piawai

D
Saya mempunyai keinginan yang tinggi
4.52 0.60 tinggi
1 untuk mendalami kandungan mata
Pelajaran Sejarah
D
Kandungan Buku teks Sejarah sangat
4.02 0.72 tinggi
2 menarik minat saya untuk mengajar

D
Saya dapat mengaitkan tajuk-tajuk
4.27 0.58 tinggi
3 Sejarah dengan aplikasi kehidupan
harian
D
Saya berinteraksi dan berbincang
4.35 0.59 tinggi
4 dengan pelajar saya bagi mengaitkan
fakta- sejarah dengan isu-isu semasa
D
Saya dapat menyampaikan maklumat,
4.24 0.60 tinggi
5 fakta berkaitan dan konsep Pemikiran
Sejarah dengan jelas
D
Saya mampu memperbetulkan kerangka 4.10 0.64 tinggi
6 alternatif pelajar saya

D
Saya mengetahui pelbagai konsep dan 4.15 0.58 tinggi
7 tujuan Sejarah

D
Saya mempunyai pemahaman yang jelas tinggi
4.24 0.54
8 tentang sukatan mata Pelajaran Sejarah

D
Saya mempelbagaikan strategi tinggi
4.21 0.63
9 pengajaran saya bagi meningkatkan
pemahaman murid saya
D
Saya pernah mendapat kursus dalam sederhana
3.48 1.48
10 perkhidmatan tentang mata Pelajaran
sejarah yang diajar
D
Saya suka mengajar mata pelajaran sederhana
3.37 1.41
11 Sejarah walaupun mata pelajaran
tersebut bukan Opsyen saya
D
Saya ingin mendalami cara pengajaran sederhana
12 dan pembelajaran sebenar mata 2.88 1.57
pelajaran Sejarah daripada guru pakar
Sejarah
D
Saya sentiasa berhubung dengan guru sederhana
2.88 1.49
13 yang berpengalaman dalam mata
pelajaran Sejarah
14 Saya mengetahui cara penandaan kertas 4.04 0.90 tinggi
peperiksaan mata pelajaran sejarah
D
Saya tahu mencari bahan media yang sederhana
2.91 1.28
15 sesuai bagi mata pelajaran Sejarah

D
Saya mengetahui pendekatan kurikulum tinggi
16 Sejarah dalam bentuk rentetan peristiwa 4.11 0.62
yang disusun secara kronologis bagi
peringkat menengah rendah
D
Saya tahu bagi kurikulum sekolah tinggi
17 menengah atas, kandungannya meliputi 4.11 0.60
sejarah perkembangan dan proses
evolusi peradaban dunia.
D
Saya tahu bahawa terdapat konsep- tinggi
18 konsep, istilah tertentu dan isu-isu 4.17 0.56
penting yang berkait dengan pemahaman
Sejarah
D
Saya tahu unsur penting dalam disiplin tinggi
19 pendidikan sejarah seperti aspek inkuiri 4.04 0.73
dalam sejarah, pengumpulan sumber,
kemahiran pemikiran sejarah, penjelasan
sejarah, pemahaman sejarah dan empati
D
Saya tahu kandungan Sejarah 4.17 0.61 tinggi
20 dipersembahkan berasaskan tema-tema
tertentu dan menekankan hubungan
peristiwa mengikut masa
D
Saya melibatkan murid saya dengan 2.97 1.29 sederhana
21 penggunaan media yang saya gunakan
D
saya tahu format peperiksaan mata 2.84 1.53 sederhana
22 pelajaran Sejarah
D
Saya membuat penambahbaikan mutu 2.90 1.45 sederhana
23 pengajaran dan pembelajaran saya
D
Saya yakin apabila membetulkan 3.01 1.34 sederhana
24 kerangka konsep pelajar saya
D
Saya dapat menerangkan kepada pelajar 2.90 1.52 sederhana
25 saya sebab-sebab kita mesti belajar
Sejarah
D
Saya menceritakan sesuatu peristiwa 2.97 1.50 sederhana
26 Sejarah dan pengajarannya kepada
pelajar saya
PERBINCANGAN

Tahap pedagogi guru Sejarah

Perbincangan kajian ini berdasarkan dapatan yang ditunjukkan dalam setiap


jadual. Berdasarkan jadual 8, tahap pedagogi yang paling dominan yang dikuasai oleh
guru-guru Sejarah Sekolah Menengah adalah kemahiran menggunakan pelbagai
kaedah pengajaran bagi menarik minat pelajar terhadap mata pelajaran Sejarah
dengan nilai min 4.24. Usaha-usaha yang dilakukan oleh setiap guru Sejarah ini
merupakan satu langkah penting dalam memastikan minat pelajar sentiasa kekal dan
bertambah dengan mempelbagaikan kaedah pengajaran dalam bilik darjah.
Contohnya, jika setiap kali guru masuk ke kelas dengan hanya tayangan video
semata-mata, kaedah tersebut tetap dianggap membosankan meskipun kaedah itu
melibatkan teknologi tinggi. Oleh itu, guru perlu memikirkan kaedah baru dan
pelbagai agar pelajar tidak mudah bosan dengan kaedah yang sama meskipun dengan
tayangan video merupakan salah satu kaedah yang menyeronokkan.

Tambahan pula, hal ini disokong oleh kajian Nelson Jinggan dan Anuar Ahmad
(2015) mendapati penekanan minat pelajar harus sentiasa dikekalkan malah harus
sentiasa bertambah kerana minat pelajar akan mempengaruhi pencapaian pelajar
berkenaan sekaligus menambahkan lagi keyakinan pelajar untuk terus belajar.
Dapatan ini disokong oleh kajian Noor Erma dan Leong (2014) serta Muhammad
Abdillah dan Haleefa (2011), mendapati faktor minat pelajar merupakan faktor
penting dalam menentukan pencapaian seseorang pelajar. Oleh itu, setiap guru harus
memastikan minat pelajar mereka terhadap mata pelajaran Sejarah harus sentiasa
tinggi sepanjang proses pengajaran agar penumpuan pelajar tidak tersasar sekaligus
meningkatkan pemahaman dan pencapaian pelajar berkenaan.

Jika dilihat daripada tahap sederhana dalam pedagogi iaitu penggunaan bahan
visual dan multimedia, menggambarkan guru-guru mendapat kesukaran dalam
menggunakan bahan berkenaan kerana terdapat banyak kekangan yang perlu
ditangani terlebih dahulu sebelum menggunakannya.

Tahap Isi Kandungan Sejarah

Perbincangan seterusnya berdasarkan jadual 9,tahap pengetahuan Isi kandungan


dalam kalangan guru Sejarah adalah tinggi bagi setiap aspek yang dikaji melainkan
aspek rujukan pengajaran dan pembelajaran yang bergantung semata-mata dengan
buku teks. Hasil kajian ini mendapati guru-guru sejarah mempunyai tahap yang
sangat tinggi terhadap pembentukan kronologi dalam sesebuah topik dalam
meningkatkan pemahaman pelajar dengan nilai min iaitu 4.32. Guru- guru sejarah
sangat mudah menggunakan konsep kronologi dalam pengajaran kerana konsep
tersebut lebih kepada bentuk penceritaan yang memudahkan pemahaman pelajar
tentang sesuatu peristiwa itu. Menurut Coltham dan Fines (1993) dalam kajian Anuar
Ahmad (1999), aspek –aspek utama dalam konsep kronologi ini meliputi urutan
sesuatu peristiwa sejarah, tempoh masa berlakunya sesuatu peristiwa dan proses
perubahan yang telah berlaku dalam sesuatu peristiwa. Maka, konsep kronologi ini
menjadi pilihan buat guru-guru sejarah dalam mengaplikasikan dalam bilik darjah.
Berdasarkan dapatan kajian ini, guru-guru sejarah di sekitar negeri Selangor
kurang membuat rujukan pengajaran dan pembelajaran berdasarkan buku teks semata-
mata. Hal ini kerana nilai min paling rendah (3.37) dalam jadual 9 menggambarkan
guru-guru Sejarah tidak bergantung semata-mata buku teks dalam memahami sesuatu
isi Kandungan Sejarah. Hal ini selari dengan dapatan Azwan Ahmad et al.(2005),serta
Tan dan Carol (2013) dalam kajian Nelson Jinggan dan Anuar Ahmad (2015)
mendapati penggunaan aplikasi teknologi seperti video You Tube, perisian
multimedia, turut digunakan oleh guru-guru Sejarah sebagai sumber digital sejarah
selain buku teks. Hal ini kerana sumber-sumber berkenaan boleh dijadikan sebagai
alat bantu mengajar yang dapat meningkatkan kefahaman dan daya ingatan pelajar
disamping memberi impak bunyi, animasi bergerak yang tidak terdapat dalam buku
teks.

Tahap pengetahuan pedagogi Isi Kandungan (PPIK) guru Sejarah

Berdasarkan jadual 10, tahap PPIK guru Sejarah berada pada tahap tinggi. Hal
ini kerana sebanyak 26 aspek yang ditanya mendapati 15 aspek PPIK berada di tahap
tinggi dan 11 aspek berada di tahap sederhana. Jika dilihat daripada aspek min PPIK
guru sejarah, min paling dominan adalah keinginan guru Sejarah dalam mendalami Isi
kandungan mata pelajaran Sejarah berkenaan dengan nilai min 4.52. Tahap
seterusnya, diikuti dengan kemampuan guru-guru Sejarah dapat berinteraksi dan
berbincang dengan pelajar mereka berkaitan fakta sejarah dengan isu-isu semasa
dengan nilai min 4.35. Hal ini menggambarkan kebanyakkan guru-guru Sejarah lebih
gemar mendalami isi kandungan Sejarah seterusnya mengaitkannya dengan isu-isu
semasa. Hal ini kerana guru perlu menyesuaikan teknik pengajaran mereka mengikut
perkembangan semasa dan isu-isu terkini yang relevan dengan isi kandungan Sejarah.
Apabila guru berkemampuan menyampaikan dan mengaitkan isu berkenaan,
keyakinan dalam diri guru-guru Sejarah berkenaan lebih bertambah dalam
menyampaikan Isi kandungan tidak kira guru berpengalaman atau tidak mahupun
guru opsyen atau bukan opsyen.

IMPLIKASI DAN CADANGAN

Implikasi dalam kajian ini mendapati peranan guru cukup besar dalam
membantu pelajar mendalami serta memahami isi kandungan Sejarah. Kepelbagaian
pedagogi merupakan aspek penting dalam memastikan minat pelajar berterusan dalam
mata pelajaran ini. Guru- guru sejarah juga perlu mempelbagaikan sumber maklumat
agar tidak terus bergantung terhadap satu-satu sumber semata-mata seperti buku teks
sahaja. Guru- guru sejarah juga perlu sentiasa mengikuti perkembangan semasa dalam
dan luar Negara merangkumi semua aspek politik, ekonomi dan sosial.

Selain itu, implikasi daripada kajian ini merupakan refleksi kepada guru-guru
terutamanya guru-guru Sejarah dalam usaha memantapkan pedagogi serta isi
kandungan mereka. Guru-guru boleh memberikan tumpuan yang lebih dalam
mengembangkan kandungan bahan pelajaran, cara meneroka maklumat serta mampu
membuat perkaitan antara pengetahuan sedia ada murid dengan pengalaman belajar
mereka. Tindakan-tindakan yang diketengahkan ini sekaligus dapat mengwujudkan
suasana penambahbaikan dalam diri guru-guru serta rakan-rakan guru dalam
memastikan bidang keguruan terus dihormati meskipun dalam kalangan guru bukan
opsyen berkenaan.
Selain itu, guru perlu mengakui penggunaan bahan visual dan media dalam
abad ke-21 sangat penting untuk diterapkan dalam proses pengajaran dan
pembelajaran termasuklah mata pelajaran Sejarah. Segala kekangan berkaitan
penggunaan harus diatasi agar guru dapat seiring dengan peredaran zaman dalam
melakukan proses pengajaran berkenaan. Menurut Mohd Arif Ismail dan Amla Salleh
(2008), pengajaran dan pembelajaran berasaskan multimedia atau e-pembelajaran
bukan lagi sesuatu yang asing dalam perkembangan pendidikan kini. Oleh itu,
seharusnya guru-guru perlu berfikiran terbuka dan mengambil peluang ini untuk
memantapkan lagi proses pengajaran dan pembelajaran mereka dengan menggunakan
peralatan bahan bantu mengajar yang berteknologi canggih selain menggunakan buku
teks semata-mata.

Terdapat beberapa cadangan yang boleh meningkatkan lagi peranan seorang


guru Sejarah terhadap pengajaran dan pembelajaran mereka seperti guru-guru harus
bersedia meningkatkan profesionalisme diri meliputi aspek pengetahuan, kemahiran
melalui kursus-kursus pemantapan diri sebagai seorang guru Sejarah, atau latihan
pembangunan profesionalisme yang dianjurkan oleh pihak Kementerian Pendidikan
Malaysia (KPM) dan Institut Pendidikan Guru (IPG). Contohnya Program Intervensi
Tambah Opsyen (PITO), merupakan salah satu program anjuran KPM dan Bahagian
Pendidikan Guru (BPG) serta Majlis Dekan Pendidikan Institut Pengajian Tinggi
Awam. Program berkenaan merupakan program peningkatan profesionalisme guru di
kalangan guru bukan opsyen.

Penggunaan bahan bantu mengajar seharusnya dipelbagaikan. Dengan erti kata


lain, penggunaan yang telalu ekstrim terhadap penggunaan buku teks haruslah
dikurangkan. Dalam konteks ini guru perlu bijak dalam menentukan, memilih dan
mengadun bahan pengjaran berkenaan serta memilih strategi pengajaran yang mampu
memaksimumkan proses pembelajaran berkenaan. Hal ini bertepatan dengan konsep
guru adalah arkitek kepada perancangan pengajaran dan pelaksana proses
pembelajaran (Mohd Arif Ismail dan Amla Salleh, 2008). Oleh itu, guru perlu sentiasa
kreatif dalam menghasilkan pelbagai pedagogi pengajaran mereka. Misalnya,
pendekatan pembelajaran abad ke-21 boleh diterapkan seperti aktiviti Main peranan,
Jigsaw dan gallery walk boleh dimasukkan dalam pengajaran mata pelajaran Sejarah.

KESIMPULAN

Dapatan kajian ini menunjukkan tahap Pengetahuan Pedagogi, Isi Kandungan


dan PPIK dalam kalangan guru Sejarah dalam beberapa daerah dalam negeri Selangor
berada pada tahap tinggi. Meskipun demikian, masih terdapat beberapa aspek dalam
setiap konstruk berkenaan berada pada tahap sederhana. Oleh itu, guru-guru Sejarah
seharusnya berusaha lebih lagi dalam memantapkan profesionalisme dengan
berfikiran lebih kreatif dan terbuka dalam meningkatkan pencapaian prestasi pelajar
mereka. Penambahbaikan terhadap diri perlu dilakukan secara berterusan dalam
kalangan guru agar matlamat pendidikan Sejarah dapat dicapai seperti mana yang
termaktub dalam kandungan kurikulum Sejarah.
Rujukan

Ahmad Yunus Kasim dan Ab. Halim Tamuri (2010). Pengetahuan Pedagogikal
Kandungan (PPK) Pengajaran Akidah: Kajian Kes Guru Cemerlang
Pendidikan Islam. Jurnal of Islamic and Arabic Education 2(2):13-30.

Anuar Ahmad, Siti Haishah Abd Rahman, Nur Atiqah T. Abdullah. (2009). Tahap
Keupayaan Guru Sejarah Dan Hubungannya Dengan Pencapaian Murid Di
Sekolah Berprestasi Rendah. Jurnal Pendidikan Malaysia, 32 (1):53-66.

Azwan Ahmad, Abdul Ghani Abdullah, Mohammad Zohir Ahmad & Abd. Rahman
Abd. Aziz (2005). Kesan Efikasi Kendiri Guru Sejarah Terhadap Amalan
Pengajaran Berbantukan Teknologi Maklumat Dan Komunikasi (ICT). Jurnal
Penyelidikan Pendidikan, 7:15-24.

Azwani Ismail, Zahara Aziz, Sharipah Nor Puteh, Abdul Razaq Ahmad (2012). Kesan
Model STAD terhadap sikap dan Kemahiran Berkomunikasi Pelajar dalam
mata pelajaran Sejarah, Jurnal Pendidikan dan Latihan 4(1):65-78.

Howey, K. (1999). Designing Coherent And Effective Teacher Education Programs.


Dlm. Sikula, J. (penyt.). Handbook of Research on Teacher Education. Ed. Ke-
2, 143-169. USA: Macmillan.

Huraian Sukatan Pelajaran Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah Sejarah, (2002).


Pusat Perkembangan Kurikulum Kementerian Pelajaran Malaysia.

Janimah Suhaimin, (2011). Persepsi Guru Sejarah Terhadap Kesan Latihan Ikhtisas
Dari Aspek Kemahiran Pengajaran, Penggunaan Bahan Bantu Mengajar Dan
Pengetahuan. Tesis Sarjana pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia,
Bangi.

Kaya Yilmaz (2009). A Vision Of History Teaching & Learning: Thoughts On History
Education In Secondary Schools. The High School Journal: 2-92.

Lampert, M. (1986). Knowing, Doing, And Teaching Multiplication. Cognition and


Instruction. 3 (4):305-342.

Ma, L. (1999). Knowing And Teaching Elementary Mathematics In China And The
United States. Yale: Lawrence Erlbaum Associates.

Marks, R. (1990). Pedagogical Content Knowledge: From A Mathematical Case To A


Modified Conception. Journal of Teacher Education. 41(3):3-12.

Muhammad Abd Hadi Bunyamin dan Seth Sulaiman (2011). Tahap Pengetahuan
Pedagogi Kandungan Pelajar Pendidikan Fizik UTM Dan Hubungannya
Dengan Pencapaian Dalam Latihan Mengajar. Journal of Edupres, 1:315-322.
Nelson Jinggan & Anuar Ahmad. (2015). Pengaruh Kompetensi Kemahiran Guru
Dalam Pengajaran Terhadap Pencapaian Akademik Pelajar Dalam Mata
Pelajaran Sejarah. JuKu: Kurikulum & Pengajaran Asia Pasifik, 3(2):1-11.

Nik Mohd Rahimi Nik Yusoff, Nurulhuda Hasan, Mahat Afifi. (2012). Pengetahuan
Pedagogi Isi Kandungan (PPIK) Pengajaran Bahasa Arab. Persidangan
Kebangsaan Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Arab.

Noor Erma Abu & Leong Kwan Eu (2014). Hubungan Antara Sikap, Minat,
Pengajaran Guru Dan Pengaruh Rakan Sebaya Terhadap Pencapaian
Matematik Tambahan Tingkatan 4. Juku:Jurnal Kurikulum & pengajaran Asia
Pasifik, 2(1):1-10.

Rosnanaini Sulaiman, (2003). Pelaksanaan Kemahiran Berfikir Dalam Mata


Pelajaran Sejarah: Satu Kajian Kes. Tesis PHD fakulti pendidikan UKM,
Bangi.

Rozaiman M., Zamri Mahmod, dan Noor Izam (2011). Pengetahuan Teknologikal
Pedagogikal Kandungan Kesusasteran Melayu: Peranan Guru Sastera Dalam
SPN 21, Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu, 1(2) :85-98.

Satveer Kaur a/p Bakhtavar Singh (1998). Penggunaan Media Dalam Pengajaran Di
Kalangan Guru Sejarah Sekolah Menengah. Tesis sarjana. Fakulti pendidikan
Universiti Malaya.

Shulman, L. S. (1987). Knowledge And Teaching: Foundations Of The New Reform.


Harvard Educational Review, 57 (1): 1-22.

Swafford, J. O.,Jones, G. A., & Thornton, C. A. (1997). Increased Knowledge In


Geometry And Instructional Practice. Journal for Research in Mathematics
Education. 28(4):467-483.

Tengku Zawawi Tengku Zainal, Ramlee Mustapha, Abdul Razak Habib (2009).
Pengetahuan Pedagogi Isi Kandungan Bagi Tajuk Pecahan Di Kalangan Guru
Matematik Sekolah Rendah. Jurnal Pendidikan Malaysia. 34 (1):131-153.

Wang, S. Y.P., Guo, C. J., Chiang, W. H., & Cheng, S. S. (1999). Teaching For
Meaningful Understanding: A School-Based Science And Mathematics Teacher
Development Project (Atas Talian).
http://www.narst.org/conference/wangetal/wangetal.html (28 Januari 2001).

Wilson, M. R. (1994). One Perservice Secondary Teacher’s Understanding Of


Function: The Impact Of A Course Integrating Mathematical Content And
Pedagogy. Journal for Research in Mathematic Education 25(4):346-370.
Wilson, S. M, & Wineburg, S. S. 1988. Peering At History Through Different Lenses:
The Role Of Disciplinary Perspectives In Teaching History. Teacher college
Recorder, 8:525-539

Zahara Aziz, Hamzan Saffarina (2012). Aplikasi Kepelbagaian Unsur Pedagogi


Dalam Meningkatkan Kefahaman Konsep & Kesedaran Belajar Sejarah. The
3rd International conference on learner Diversity. 18-19.

Zahara Aziz, Nik Azleena Nik Ismail (2007). Kajian Tinjauan Kesediaan Guru-Guru
Sejarah Menerapkan Kemahiran Pimikiran Sejarah Kepada Pelajar. Jurnal
Pendidikan 32:119-137.

Zahara Aziz, Nurliah Jair. 2009. Penggunaan Peta Konsep Untuk Meningkatkan
Pencapaian Mata Pelajaran Sejarah Bagi Pelajar Tingkatan Dua. Jurnal
Pendidikan Malaysia, 34(1):3-15.

Zalipah Zakaria (2011). Pengetahuan Pedagogi Isi Kandungan (PPIK) Guru Biologi
Permulaan Dan Berpengalaman:Satu Kajian Kes. Tesis Sarjana Pendidikan
Fakulti Sains Dan Matematik. University Pendidikan Sultan Idris. Tanjung
Malim.

Zamri Mahamod dan Magdeline anak Nor (2012). Penguasaan Pengetahuan


Pedagogi Kandungan Guru Iban. Gema Online TM Journal of Language Studies
12(2): 593-608.