Anda di halaman 1dari 2

Apa itu Autisme?

Autisme adalah sejenis gangguan psikiatri atau gangguan perkembangan yang mengakibatkan
masalah dalam komunikasi dan kemahiran sosial, sama ada perkembangan bahasa yang lambat
atau tidak berkembang. Keadaan ini berkisar mengenai masalah mengaitkan perkataan dengan
penuh makna, interaksi sosial dan kesukaran untuk memahami persekitaran. Pengesanan awal
mampu menyelamatkan keadaan dan kanak-kanak ini boleh dilatih sekurang-kurangnya untuk
menguruskan diri sendiri. Pada kebiasaannya, petanda kesihatan anak yang mununjukkan
simptom gangguan sama ada secara mental dan fizikal tidak disedari.
Misalnya masalah Autisme yang boleh dikesan pada peringkat umur 12 bulan hingga tiga tahun.
Namun, disebabkan kurang peka, masalah ini gagal dikesan pada peringkat awal dan
menyebabkan anak terus terperangkap dengan dunianya dan sukar untuk menjalani kehidupan
apabila membesar kelak. Masalah Autisme yang dihadapi oleh seorang kanak-kanak adalah
berbeza. Ada kanak-kanak yang kelihatan seperti kanak-kanak normal, tahap sederhana dan
tahap serius.

Apakah simptom-simptom Autisme?

Kanak-kanak yang mengalami Autisme mempunyai rupa bentuk fizikal yang sama seperti kanak-
knak normal yang lain. Hal ini menyukarkn masalah ini dikenal pasti kecuali ibu bapa peka akan
simptom-simptom yang ditunjukkan secara konsisten oleh mereka. Setiap daripada penghidap
Autisme memiliki simptom yang berbeza antara satu sama lain. Antara simptom-simptom
Autisme ialah:
1. Tidak menunjukkan eye contact
2. Tidak bertindak balas terhadap senyuman
3. Tantrum yang keterlaluan tanpa sebab sehingga mencederakan diri seperti menghantukkan
kepala ke dinding
4. Tidak menunjukkan minat untuk berkawan dan bermain dengan kanak-kanak lain, malah
selesa bermain sendiri
5. Sering menyebut sesuatu perkataan secara berulang-ulang dan kerap melentikkan badan
seolah-olah mengelak apabila dipeluk.
6. Terlalu sensitif dan mempunyai minat yang pelik kepada sesuatu seperti cahaya, bunyi atau
pergerakan
7. Mereka juga sering kali menunjukkan obsesi kepada sesuatu perkara seperti permainan
tertentu sahaja.
8. Gemar mengibarkan tangan dan memusingkan badan setempat. Malah kanak-kanak 18
bulan ke atas , mereka lebih suka menggunakan isyarat berbanding perkataan.

Apa tindakan ibu-bapa jika mengesan anak menghidap Autisme?

Sebagai ibu bapa, anda perlulah mengesan tanda-tanda awal anak yang menghidapi autistik ini
dengan cara memerhatikan perkembangan normal kanak-kanak tetapi tidak juga sewenang-
wenangnya menyatakan si manja anda Autisme. Kita seharusnya jangan mudah melabelkan si
manja mengalami Autisme dengan hanya kerana anak-anak menunjukkan beberapa tanda
autistik. Seharusnya ibu bapa perlu membawa anak anda mendapatkan pemeriksaan dengan
pakar pendengaran untuk memeriksa pendengarannya, kerana ada kemungkinan kanak-kanak
tidak boleh bertutur walau pun usia menjangkau tiga tahun.
Setelah doktor mengenal pasti anak anda tidak pekak, biasanya pakar pendengaran akan
merujuk kepada pakar psikologi klinikal atau pakar psikiatri untuk membuat ujian dan
pemantauan sama ada si manja benar-benar menghidapi Autisme sebelum diberikan rawatan
sewajarnya.

Bagaimana menjaga dan mendidik anak Autisme?

Kanak-kanak Autisme memerlukan penjagaan secara perseorangan atau one-to-one care. Hal ini
perlu dilaksanakan kerana penjagaan anak Autism perlu dilakukan secara berterusan dan
memerlukan tahap kesabaran yang tinggi kerana mereka tidak menghiraukan atau seperti tidak
merasa kewujudan orang-orang di sekeliling. Kita seharusnya jangan merenung atau
menyentuh si kecil autistik ini kerana kelakuan ini akan menyebabkan mereka stress.
Bagi mengasuh dan membimbing kanak-kanak ini, banyakkan menggunakan bahan wujud
secara langsung atau alat bantuan seperti gambar supaya mereka mudah menterjemahkan
bahan tersebut. Ibu bapa juga perlulah memberikan kemahiran sosial kepada anak-anak seperti
teknik berkumpulan , bercerita dn sebagainya. Gejala Autisme boleh diredakan dengan
menyediakan persekitaran yang selamat, struktur jadual rutin yang tetap dan suasana yang
tenang. Anak-anak Autisme juga perlu diberikan peluang untuk merasa apa jua yang ada di
persekitaran mereka.

Gangguan tingkah laku yang dikenal pasti tiada penawar ini akan berkekalan sehingga mereka
meningkat usia. Oleh sebab itu, kepekaan ibu bapa dan pengesanan awal amat diperlukan.
Anak-anak Autisme boleh diberikan latihan menguruskan diri sendiri adalah langkah yang bijak
sebagai persediaan mereka bagi menempuh kedewasaan. Ibu bapa yang memiliki anak-anak
yang istimewa ini, seharusnya tidak perlu berasa malu dengan keadaan anak mereka, kerana
anak adalah anugerah yang tidak ternilai.

Ibu bapa seharusnya mendaftarkan anak-anak mereka ini ke sekolah khas bagi membantu
mereka mengatasi masalah komunikasi dan sosial serta mengurangkan tingkah laku yang tidak
sesuai agar mereka mampu menguasai kemahiran untuk hidup kelak.

Anda mungkin juga menyukai