Anda di halaman 1dari 4

NAMA : NOOR MASLINA BT ABDULLAH

NO KAD MATRIK : M20172000090


PSIKOLOGI PENDIDIKAN KOHORT 2 MOD CUTI SEKOLAH

Senaraikan dan bincangkan secara ringkas isu-isu pendidikan dalam pendidikan Malaysia.

1. Matlamat Pendidikan Negara Ke Arah Bertaraf Dunia

Sektor industri pendidikan di negara sedang berubah secara dinamis dan dikira akan
mengalami banyak perubahan dan pembaharuan menjelang abad ke-21. Matlamat menjadikan
Malaysia sebagai pusat kecemerlangan pendidikan (center for academic excellence) di rantau
asia dan juga di peringkat antarabangsa pada abad ke 21 ini nanti memerlukan negara ini
meningkatkan kecemerlangan imej dan kualiti pendidikannya ke taraf dunia atau memperolehi
status "World Class Education".
Pendidikan bertaraf dunia menunjukkan perkembangan dan kemajuan pesat serta dinamis
pendidikan negara, khususnya dari segi kualiti, kuantiti, standard, kecemerlangan dan
kredentialiti yang diakui dan diterima di peringkat antarabangsa atau dunia. Dilihat dari
perspektif yang luas, ‘Pendidikan Bertaraf Dunia’ bermaksud kemampuan dan pencapaian
cemerlang Malaysia dalam membangunkan sektor pendidikan untuk mempelopori perubahan
dan kemajuan dinamis, iaitu :

i. Pembangunan tenaga manusia


ii. Kepesatan pertumbuhan ekonomi
iii. Pembaikan taraf dan kualiti kebajikan social
iv. Pemodenan dan reformasi social masyarakat
v. Kecemerlangan budaya fikir dan intelektual
vi. Pembangunan teknologi dan sains.

Kejayaan meningkatkan kadar celik huruf yang tinggi di kalangan masyarakat.


‘Pendidikan Bertaraf Dunia’ merupakan satu komitmen dan usaha Kementerian Pendidikan bagi
memperbaiki kualiti pendidikan negara supaya ia dapat ditingkatkan kepada satu standard yang
tinggi dan mampu menyaingi negara maju yang lain. Sebagai sebuah negara yang berkembang
pesat dalam berbagai aspek pembangunan, sektor pendidikan perlu berkembang dan
mengalami perubahan anjakan paradigma yang dapat merintiskan alaf baru dalam segala

1
aspek. Ianya juga merupakan satu langkah penting bagi mengangkat martabat dan status
Malaysia dalam dunia pendidikan di peringkat antarabangsa.

2. Peranan Guru Mencapai Pendidikan Alaf Baru

1. Menguasai Subjek

Guru haruslah menguasai kandungan kurikulum bagi subjek yang diajar. Tentu agak canggung
jadinya jika guru sendiri masih terkial-kial untuk menerangkan sesuatu kandungan dalam subjek
yang diajarnya.

2. Mahir dan Berketrampilan dalam Pedagogi


Guru haruslah mahir dalam menggunakan pelbagai kaedah dan strategi pengajaran dan
pembelajaran yang betul semasa menjalankan p&p di dalam kelas. Pembelajaran yang
pelbagai ini tentu mewujudkan suasana pembelajaran yang lebih kondusif dan mesra pelajar.

3. Memahami Perkembangan dan Menyayangi Murid


Psikologi pendidikan juga menerapkan kepentingan bagi seseorang guru untuk faham akan
perkembangan muridnya, serta mampu menyayangi mereka seadanya. Guru abad 21
seharusnya mampu untuk menilai perkembangan murid sesuai dengan kebolehan mereka.

4. Memahami Psikologi Pembelajaran


Guru abad 21 juga berupaya untuk memahami psikologi pembelajaran bagi para pelajarnya.
Hanya dengan memahami bagaimana minat dan respon pelajar ketika belajar, maka akan
membantu seseorang guru itu berfungsi dengan lebih baik sebagai seorang pendidik.

5. Kemahiran Kaunseling
Guru juga perlu mempunyai kemahiran kaunseling ketika berurusan dengan pelajar. Kemahiran
untuk membantu pelajar menangani emosi, sosial dan juga pelbagai lagi perkara yang menjadi
masalah kepada golongan remaja. Adalah satu kelebihan untuk guru-guru yang memiliki
kemahiran kaunseling dalam menangani isu-isu yang berkaitan dalam dan luar bilik darjah.

2
6. Penggunaan Teknologi Terkini
Memang tidak dapat dinafikan penggunaan teknologi terkini merupakan salah satu ciri penting
bagi guru abad ke 21. Selain daripada murid yang memang mahir dengan penggunaan gajet
dan pelbagai alatan elektronik lain, maka guru juga perlu seiring dalam menggunakan kelebihan
ini untuk menarik minat pelajar untuk belajar. Pembelajaran yang menggunakan lcd, game,
aplikasi mobile sudah tentu membawa kelainan kepada suasana pembelajaran di dalam kelas.

3. Sistem Persekolahan Pelbagai Aliran

Meskipun sistem pendidikan di Malaysia memasuki era globalisasinya seiring dengan


kehendak dan perkembangan dunia, namun, sehingga kini kita masih dapat melihat
Malaysia masih meneruskan kesinambungan sistem persekolahan lama dengan
mengekalkan sekolah kebangsaan, sekolah jenis kebangsaan Cina dan sekolah jenis
kebangsaan Tamil. Kerap juga kita mendengar isu-isu sekolah-sekolah ini
diperdebatkan, namun sehingga kini masih belum ada penyelesaian yang terbaik. Isu-
isu ini kurang mendapat kerjasama daripada masyarakat Malaysia yang mempunyai
pelbagai kepentingan serta pandangan yang berbeza. Disebabkan ia merupakan satu
isu yang sensitif, usaha mencari jalan penyelesaian masih tiada penghujungnya.
Sudah menjadi kebiasaan setiap keputusan yang dibuat seringkali dipengaruhi oleh
politik tanah air yang berlaku semenjak zaman penjajah lagi. Kita semua sedia maklum
bahawa pelbagai usaha telah dilaksanakan oleh pihak kerajaan bagi menaikkan mutu
pendidikan kebangsaan. Tetapi setakat ini, hasilnya masih kurang memuaskan. Rakyat
Malaysia seharusnya sedar akan kepentingan sekolah sebagai tempat untuk membina
asas hubungan yang baik, beramah mesra serta bergaul dengan rakan-rakan daripada
pelbagai latar belakang bangsa dan agama.

Namun, usaha ini seakan-akan terbantut disebabkan kewujudan sekolah pelbagai


aliran yang menjarakkan lagi jurang integrasi di antara kaum. Di sekolah-sekolah jenis
kebangsaan Cina dan Tamil, bilangan murid-murid berbangsa lain amatlah kurang.
Masalah bahasa yang menjadi faktor utama ibu bapa kaum lain tidak menghantar anak-
anak mereka ke sekolah jenis kebangsaan. Begitu juga di sekolah kebangsaan, bahasa
ibunda kaum lain tidak diterapkan di dalam mata pelajaran di sekolah. Maka, wujudlah
sistem aliran yang berbeza-beza.

3
4. Pengisian Kurikulum Dan Ko- Kurikulum

Pengisian kurikulum dan ko-kurikulum turut menjadi masalah dalam memupuk


perpaduan dan integrasi kaum di Negara kita. Seperti yang kita sedia maklum,
kurikulum bertindak sebagai hala penentu kepada perkembangan murid-murid dan
pelajar-pelajar. Hal ini penting kerana ia memberi kesan sama ada positif atau negatif
kepada masyarakat dalam membentuk jati diri dan disiplin. Adalah amat penting agar
perkembangan kurikulum dan kokurikulum mengikut perkembangan rakyat. Namun,
wujud beberapa kelemahan di dalam pengisian kurikulum dan ko-kurikulum. Sebagai
contoh, sekolah kebangsaan tidak menjadikan bahasa ibunda kaum Cina dan India
sebagai subjek wajib. Ini telah menyebabkan ibu bapa Cina dan Tamil menjauhi
sekolah kebangsaan. Ini kerana bagi mereka bahasa ibunda merupakan identiti mereka
yang harus dipelihara.

Terdapat juga cadangan dan pandangan agar diwujudkan satu sistem


persekolahan yang menerapkan bahasa Mandarin dan Tamil sebagai subjek yang wajib
diambil oleh murid-murid Cina dan India. Manakala murid-murid Melayu boleh
mengambil subjek ini sebagai subjek pilihan. Ini secara tidak langsung dapat
merapatkan jurang perbezaan bahasa seterusnya meningkatkan lagi perpaduan kaum
dalam kalangan rakyat.

Justeru itu, Masyarakat Malaysia perlu memahami bahawa objektif penggubalan


dasar pendidikan adalah berlandaskan keperluan pembentukan negara Malaysia
sebagai sebuah negara demokrasi yang mempunyai masyarakat yang berbilang
bangsa, agama, bagi membolehkan Malaysia maju ke hadapan. Kurikulum Bersepadu
Sekolah Rendah (KBSR) serta Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) yang
diperkenalkan untuk meningkatkan pendidikan dan perpaduan masyarakat masih
memerlukan penambahbaikan bagi memastikan keberkesanannya dalam usaha
menyatupadukan rakyat.

Anda mungkin juga menyukai