Anda di halaman 1dari 37

TEKS UCAPAN

YB DATO' SERI MAHDZIR BIN KHALID


MENTERI PENDIDIKAN MALAYSIA

MAJLIS PERUTUSAN TAHUN BAHARU 2018


KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

PADA 18 JANUARI 2018 (KHAMIS)


BERTEMPAT DI DEWAN PLENARI, PICC, PUTRAJAYA

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, Salam Sejahtera dan


Salam Negaraku Malaysia.

Pendahuluan
1. Alhamdulillah, saya bersyukur ke hadrat Allah SWT dengan berkat
taufik dan hidayah-Nya, dapat kita berhimpun dalam Majlis Perutusan
Tahun Baharu 2018 Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) pada
pagi yang ceria ini. Pertemuan ini merupakan satu peluang yang baik
untuk kita berkongsi dan berinteraksi sesama kita. Pada kesempatan ini,
saya mengucapkan Selamat Tahun Baharu kepada semua warga KPM
dan tidak ketinggalan juga barisan kepimpinan dan ahli kesatuan guru,
wakil Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) serta para hadirin sekalian.
Terima kasih dan syabas saya ucapkan kepada Jawatankuasa
Pelaksana yang berusaha menjayakan majlis kita di Dewan Plenari,
PICC yang tersergam indah ini.
1
2. Pertama sekali, saya ingin mengucapkan setinggi-tinggi
penghargaan dan ucapan terima kasih kepada warga KPM yang telah
melaksanakan tugas dengan cemerlang sepanjang tahun 2017.
Sesungguhnya warga KPM mempunyai komitmen yang amat tinggi
dalam menjalankan tugas demi anak bangsa seperti yang tercatat dalam
moto Berkhidmat Untuk Negara. Pengorbanan warga KPM dalam
melaksanakan semua aktiviti dan program PPPM dengan jayanya telah
menjadikan sistem pendidikan negara dikagumi di persada
antarabangsa. TAHNIAH diucapkan.

3. Saya berasa gembira kerana pelaksanaan Pelan Pembangunan


Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025 yang masuk tahun kelima
menyaksikan perubahan telah berlaku pada setiap peringkat, daripada
penggubal dasar sehinggalah kepada pelaksana di sekolah. Sebagai
warga pendidikan yang berpengetahuan dan berpandangan futuristik,
kita harus sedar bahawa terdapat agenda lebih besar dalam
menyediakan anak-anak kita untuk masa hadapan yang lebih gemilang.

Para hadirin yang dihormati sekalian,

Transformasi Nasional 2050


4. Saya yakin bahawa kita telahpun membina asas yang kukuh
dalam diri generasi akan datang melalui Enam Aspirasi Murid yang
diterapkan melalui PPPM. Kita juga bersedia untuk memenuhi aspirasi
global kerana pendidikan yang diamalkan di negara ini adalah amat
selari dengan Sustainable Development Goals (SDG) Keempat
mengenai pendidikan yang menetapkan sasaran enrolmen universal
pada tahun 2030. Dalam konteks ini, peranan warga pendidikan amat
penting bagi memastikan kejayaan transformasi pendidikan berupaya

2
menganjak kualiti generasi baharu ke arah pemikiran yang lebih
universal. Anjakan paradigma ini lebih menjurus kepada transformasi
minda yang membolehkan mereka berdaya saing dan mampu berdikari
untuk membangunkan negara menjelang tahun 2050.

5. Perutusan 2018 KPM pada tahun ini akan berkisar dalam tiga
segmen utama. Pertama, kita akan mengimbau kejayaan warga besar
Kementerian dalam memartabatkan pendidikan negara selaras dengan
visi untuk meletakkan sistem pendidikan negara antara sepertiga teratas
sistem pendidikan terbaik di dunia. Kedua, kita akan melihat usaha-
usaha Kementerian dalam proses pengantarabangsaan pendidikan.
Ketiga, kita perlu bersedia untuk melangkah ke hadapan bagi
menjayakan transformasi pendidikan negara ini, demi menyediakan
anak bangsa yang mampu berhadapan dengan cabaran global.

IMBASAN 2017: KEJAYAAN WARGA KPM MEMARTABATKAN


PENDIDIKAN NEGARA

6. Malaysia merupakan salah sebuah negara anggota UNESCO


yang aktif dan kita telah dilantik sebagai ahli Lembaga Eksekutif
UNESCO sehingga tahun 2019. Malaysia juga memainkan peranan
penting dalam menyumbangkan idea dan amalan terbaik dalam
pendidikan yang dijadikan contoh oleh negara lain, khususnya negara
dunia ketiga. Selaku Naib Pengerusi Lembaga Eksekutif UNESCO bagi
penggal 2015-2017, saya telah menghadiri Persidangan Agung kali ke-
39 pada November 2017. Sebagai Menteri Pendidikan, saya juga telah
mengetuai delegasi Malaysia ke 49th SEAMEO Council Conference
(49th SEAMEC) dan 3rd Strategic Dialogue for Education Ministers di
Jakarta, Indonesia dari 24 hingga 27 Julai 2017. Pada persidangan

3
tersebut, saya telah membentangkan kemajuan Malaysia dalam
melaksanakan SEAMEO Education Agenda (SEAMEO 7 Priority Area)
sebagai usaha untuk mencapai Sustainable Development Goal 4. Insya-
Allah, untuk 50th SEAMEO Council Conference, Malaysia akan menjadi
hos pada tahun 2019 di Kuala Lumpur nanti.

7. Malaysia telah berkongsi pengalaman dan membantu


transformasi pendidikan negara kurang membangun dan
kepulauan kecil melalui inisiatif Malaysia Fund-in-Trust (MFIT).
Bantuan tersebut berbentuk sumbangan kepakaran dan perkongsian
ilmu bagi 13 projek pendidikan, 6 projek sains, 3 projek sains sosial, 2
projek kebudayaan dan 2 projek maklumat dan komunikasi. Menerusi
program MUCP-MFIT, Malaysia telah menyumbang sebanyak USD9
juta untuk pelaksanaan projek di negara-negara Small Island Developing
States dan Least Developing Countries.

8. Selaku Pengerusi Pendidikan ASEAN bermula 2016, Malaysia


telah mempengerusikan Mesyuarat ke-12 Pegawai Kanan Pendidikan
ASEAN (12th SOMED) dan Mesyuarat ke-8 Pegawai Kanan Pendidikan
ASEAN Plus Three (8th SOMED+3) dari 30 November hingga 1
Disember 2017 di Bangkok, Thailand. Syabas kepada YBhg. Datuk Dr.
Amin bin Senin, Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia yang mengetuai
Delegasi Malaysia dan mempengerusikan kedua-dua mesyuarat
tersebut. Antara lain, Malaysia telah menerajui dua inisiatif utama bagi
12th SOMED melalui pelaksanaan aktiviti-aktiviti di bawah inisiatif Out of
School Children/Youth serta pelaksanaan Kuala Lumpur Declaration on
Higher Education di bawah sub goal pendidikan tinggi.

Para hadirin yang dihormati sekalian,

4
9. Pada peringkat kebangsaan, Hari UNESCO Malaysia (HUM) 2017
juga telah berjaya dilaksanakan dengan kerjasama Taman-Taman
Sabah pada 9 hingga 10 September 2017 di Kundasang, Sabah. HUM
merupakan acara tahunan untuk memperkenalkan UNESCO kepada
masyarakat. Tahniah diucapkan kepada semua pihak yang telah
bertungkus lumus memastikan semua perancangan program pendidikan
antarabangsa dapat dijalankan dengan jayanya.

10. Program Jelajah Pendidikan, Kementerian Pendidikan Malaysia


iaitu program turun padang KPM bagi mendengar maklum balas
masyarakat berkenaan sistem dan dasar pendidikan telah dijayakan
dengan berkesan. Program ini telah membolehkan KPM menyampaikan
touch points secara langsung kepada masyarakat umum; menatarkan
maklumat terkini daripada Jabatan dan Bahagian KPM; menyelesaikan
persoalan yang diajukan oleh pelanggan; menampilkan kejayaan
murid/sekolah/guru/PIBG/pemimpin sekolah; dan memaparkan
pencapaian Kementerian yang manfaatnya dinikmati oleh seluruh
masyarakat.

11. Berteraskan slogan "Menerajui Perubahan", program Jelajah


Pendidikan KPM memberi fokus kepada showcase kejayaan KPM
membangunkan murid yang bersedia mendepani cabaran global dan
mencapai Enam Aspirasi. Program jelajah ini telah dilaksanakan di 12
buah negeri di seluruh negara. Bermula Januari hingga November 2017,
KPM telah mengadakan program ini di negeri Kedah, Selangor,
Terengganu, Negeri Sembilan, Johor, Melaka, Kelantan, Sabah,
Sarawak, Perak, Pahang dan Pulau Pinang dengan anggaran seramai
120,000 orang pengunjung.

5
Pengiktirafan kepada Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia
2013 - 2025
12. Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013 - 2025
merupakan dokumen kebangsaan yang diiktiraf oleh Pertubuhan
Pendidikan, Sains dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu
(UNESCO) dan Pertubuhan Kerjasama dan Pembangunan Ekonomi
(OECD). PPPM mengandungi visi, inovasi dan diakui dalam
menyampaikan perubahan transformasi kepada pendidikan negara,
seterusnya memberi kesan positif yang berpanjangan demi kepentingan
rakyat. Untuk itu, Kementerian amat berbangga atas pemilihan Unit
Pelaksanaan dan Prestasi Pendidikan (PADU) sebagai penerima
Anugerah Pengurusan Projek Mike Nichols untuk Aspirasi 2017
anjuran Association of Project Management (APM) di United Kingdom.
Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada YBhg. Dato' Sri Alias bin Haji
Ahmad selaku Pengerusi PADU dan Puan Khadijah binti Abdullah, Ketua
Pegawai Eksekutif PADU. Anugerah ini membuktikan bahawa pelaksanaan
pelan pendidikan di bawah kawal selia kementerian dan PADU berada
pada landasan yang betul dan telah berjaya melakukan transformasi
pendidikan dalam Gelombang 1 PPPM.

13. Jelas di sini bahawa usaha dan kerjasama antara kita dalam
memajukan sistem pendidikan negara telah mendapat perhatian dan
pengiktirafan banyak pihak di luar sana. Oleh itu, saya amat berharap
pada tahun 2018 ini, semua Bahagian yang berkaitan dapat
meneruskan usaha dan momentum pelaksanaan pelan pendidikan kita
bagi memastikan kejayaan pendidikan negara dan pengiktirafan
sebegini dikekalkan pada tahun-tahun akan datang.

Pengiktirafan kepada Kementerian


14. Sekalung tahniah juga saya dedikasikan kepada YBhg. Dato' Sri
Alias bin Haji Ahmad dan seluruh warga kementerian atas usaha gigih
6
pasukan KPM yang telah berjaya mendapat Penganugerahan Sijil
Pengiktirafan Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA)
Kementerian Pendidikan Malaysia kategori cemerlang berkuatkuasa
15 Oktober 2017 hingga 14 Oktober 2019. Kejayaan cemerlang EKSA
ini perlu diperluaskan ke peringkat negeri dan daerah hinggalah ke
peringkat sekolah agar persekitaran berkualiti turut membuahkan hasil
kerja yang efisien.

Kejayaan Guru 2017


15. Pencapaian tahun 2017 iaitu tahun kedua dalam Gelombang 2
(2016 - 2020) PPPM turut menyaksikan kejayaan guru dalam
meningkatkan kualiti pengajaran dan pencapaian sekolah. Syabas dan
tahniah diucapkan kepada tiga orang guru kita iaitu:
 Cikgu Mohd. Sirhajwan Idek yang mengajar di Kolej Vokasional
Keningau, Sabah kerana menjuarai Anugerah Kecemerlangan
Guru dalam bidang Keusahawanan dan Inovasi Antarabangsa
sempena Persidangan Keusahawanan dan Inovasi Eropah di
Novancia Business School, Paris. Projek beliau berasaskan
pembelajaran untuk menggalakkan pelajar menceburi inovasi dan
keusahawanan. Kita amat berbangga kerana selaku wakil tunggal
Asia, anugerah ini merupakan kejayaan keempat Mohd. Sirhajwan
pada peringkat global. Beliau turut mencipta sejarah apabila
berjaya melayakkan diri ke peringkat akhir Anugerah Global
Teacher Prize 2017 di Dubai.
 Tahniah juga kepada Cikgu K. A. Razhiyah, Guru Pakar
Pendidikan Khas di Sekolah Menengah Kebangsaan Panji, Kota
Bharu, Kelantan yang telah dicalonkan antara 50 orang guru dari
seluruh dunia untuk Anugerah Guru Global 2018. Beliau yang
aktif dalam bidang pendidikan khas telah memenangi Anugerah
Guru Cemerlang Pendidikan Khas Peringkat Kebangsaan
7
sebanyak tiga kali. Beliau juga telah berjaya mewujudkan subjek
Kemahiran Hidup Spa bagi Program Pendidikan Khas Bermasalah
Pembelajaran di kelas Teratak Spa. Program ini telah mendapat
pengiktirafan daripada Kementerian Pendidikan dan Jabatan
Pembangunan Kemahiran, tahun lalu.
 Tahniah juga diucapkan buat Cikgu Saripah Embong yang
mengajar di SM Imtiaz YT Kuala Terengganu kerana berjaya
meraih Anugerah Princess Maha Chakri (APMC) Tahun 2017 di
Bangkok, Thailand pada 11 Oktober 2017 yang lalu.

Kejayaan Kolej Matrikulasi 2017 pada peringkat antarabangsa

16. Sekalung tahniah juga saya ucapkan kepada pencapaian Kolej


Matrikulasi pada tahun 2017 atas kejayaan:
 Kumpulan Revival, Kolej Matrikulasi Selangor yang telah
mengharumkan nama Malaysia kerana memenangi Anugerah
Emas dalam International Convention on Quality Control Circles
2017 di Okada Manila, Paranaque City, Metro Manila, Filipina
pada 24 hingga 26 Oktober 2017; dan
 Kumpulan ECOTERA dari Kolej Matrikulasi Selangor dan
Kumpulan MAKERS dari Kolej Matrikulasi Labuan atas
penerimaan Anugerah Emas (3 Bintang) bersempena dengan
Annual Productivity and Innovation Conference and Exposition
(APIC 2017) di Genting International Convention Centre pada
14 hingga 16 November 2017.

Kejayaan Murid dalam Pelbagai Bidang


17. Saya juga amat berbangga atas pencapaian sekolah-sekolah kita
yang telah mencatatkan detik-detik manis melalui beberapa lakaran
8
kejayaan sepanjang tahun 2017. Antara kejayaan sekolah Malaysia
adalah:
 SK Long Sepiling di Baram, Sarawak telah menjadi Juara
kategori Penceritaan Terbaik menerusi video “Marung Usu”
dalam Anugerah Kid Witness News di Tokyo, Jepun;
 SMK Ibrahim, Sungei Petani, Kedah berjaya memenangi Pingat
Emas dalam Pertandingan Ekspo Antarabangsa Ciptaan dan
Rekaan Kaohsiung di Taiwan;
 Sekolah Seri Puteri Cyberjaya melalui Pasukan Orkestra
Simfonik (SP Winds) telah meraih Anugerah Perak pada
Pertandingan Muzik Dunia (WMC 2017) di Kekrade, Amsterdam;
dan
 Sekolah Sultan Alam Shah Putrajaya berjaya merangkul Pingat
Emas dalam Pertandingan Kreativiti Reka Cipta Dunia (WICC)
di Seoul, Korea Selatan pada 30 Julai 2017.

Kejayaan Murid dalam Sukan


18. Dalam bidang sukan, Malaysia telah menjadi tuan rumah
Kejohanan Sukan SEA di Kuala Lumpur pada bulan Ogos 2017 dan
Sukan Para ASEAN pada bulan September 2017. Negara kita telah
mengungguli Kejohanan Sukan SEA dengan keseluruhan pungutan
pingat sebanyak 323. Seramai 140 atlet murid dan 5 orang guru KPM
telah mengambil bahagian dan telah menyumbang sebanyak 73 pingat
keseluruhan iaitu 38 Emas, 15 Perak dan 20 Gangsa dalam
Kejohanan Sukan SEA 2017.

19. Bagi Sukan Para ASEAN, Malaysia telah menduduki tempat kedua
dengan penyertaan seramai 326 atlet dalam pelbagai disiplin sukan.
Seramai 33 atlet murid dan 3 guru KPM telah mewakili Malaysia dalam
kejohanan ini. Atlet murid dan guru KPM telah menyumbang sebanyak

9
28 pingat keseluruhan dalam Sukan Para ASEAN 2017 iaitu 10
Emas, 9 Perak dan 9 Gangsa.

20. Sesungguhnya kita amat berbangga kerana dua atlet murid KPM
telah berjaya memecah rekod kejohanan iaitu Welson Sim bagi dua
acara iaitu 200 meter Gaya Bebas dengan rekod baharu 1 minit 47.79
saat dan 400 meter Gaya Bebas dengan rekod baharu 3 minit 50.26
saat. Secara keseluruhan, beliau telah memperolehi dua pingat emas
melalui acara 200 m Gaya Bebas dan 400 m Gaya Bebas, satu pingat
perak bagi acara 4x100 m Gaya Bebas dan pingat gangsa bagi acara
4x200 m Gaya Bebas. Manakala, atlet murid Grace Wong telah
memecah rekod kejohanan dalam acara Lempar Tukul Besi dengan
catatan jarak sejauh 59.24 meter. Satu lagi kejayaan membanggakan
dalam Kejohanan Sukan SEA ialah Khairul Hafiz Jantan yang
dinobatkan sebagai Raja Pecut Baharu Asia Tenggara dengan catatan
masa 10.38 saat dalam acara 100 meter. An Najwa binti Azizan atlet
murid Sekolah Sukan Bukit Jalil, turut mengharumkan nama negara
melalui aksi bertenaga dalam sukan Bola Jaring dan telah membantu
pasukan Malaysia merangkul pingat emas dalam acara ini.

21. Kejohanan Sukan Sekolah-Sekolah ASEAN atau ASG kali ke-9


telah diadakan di Singapura pada Julai 2017. Malaysia telah menduduki
tempat ke-4 dengan pungutan pingat sebanyak 72 (22 Emas, 16 Perak
dan 34 Perak). ASG merupakan kejohanan berprestij dan mempunyai
standard yang tinggi sehingga disifatkan sebagai Sukan SEA bagi atlet
remaja sekolah di rantau ini. Pada tahun 2018, Malaysia akan menjadi
tuan rumah kepada ASG kali ke-10 di Shah Alam, Selangor pada Julai
2018.

10
22. Kementerian juga melaksanakan Program Pembangunan Golf
2017 bagi meningkatkan penyertaan pencapaian Malaysia dalam sukan
golf di persada antarabangsa. Kementerian dengan kerjasama
Persatuan Golf Malaysia (MGA) telah menganjurkan Program Golf In
Schools pada 6 April 2017. Sejajar dengan program ini, kursus
Pengenalan Kejurulatihan telah dijalankan dengan penyertaan oleh 20
orang guru. Pada tahun 2018, pembangunan sukan golf diteruskan
melalui:
 Kejohanan Golf MSSM 2018
 Program Pembangunan Jelajah Sukan Golf KPM/MGA 2018
B14 (L dan P) di Bawah Program Liga Sukan KPM
 Kursus Peningkatan Kemahiran Kejurulatihan Golf Khusus
untuk Guru

23. Kita amat bersyukur kerana pembangunan sukan di bawah


Kementerian Pendidikan telah berjaya dilaksanakan melalui kerjasama
dan sumbangan daripada pelbagai pihak dan agensi lain. Antara agensi
yang telah memberi sumbangan terbesar dalam bidang sukan adalah
Yayasan Bank Rakyat dan Yayasan Guru Tun Hussein Onn. Terima
kasih saya ucapkan kepada semua pihak yang menyumbang, semoga
sumbangan ini dapat meningkatkan lagi pencapaian terbaik para atlet
muda kita.

Para hadirin sekalian,

Bantuan Persekolahan untuk Murid 2018


24. Dalam Bajet 2018, Kerajaan memperuntukkan dana terbesar
kepada Kementerian Pendidikan iaitu sebanyak RM45.9 bilion untuk
11
perbelanjaan mengurus dan pembangunan. Peruntukan ini termasuk
menyediakan bantuan persekolahan kepada lebih 5.2 juta murid di
seluruh negara dan menambah baik dan menyelenggara sekolah-
sekolah agar anak-anak kita dapat belajar dalam suasana kondusif dan
ceria. Pembiayaan terbesar diberikan kepada Kementerian Pendidikan
sejak dahulu untuk mengelakkan murid tercicir dari persekolahan dan
keyakinan Kerajaan bahawa pendidikan akan membawa perubahan
terbesar kepada kehidupan rakyat dan pembangunan serta
kemakmuran negara.

25. Ketahuilah bahawa pendidikan pada peringkat rendah dan


menengah di Malaysia adalah percuma. Untuk makluman, Kerajaan dan
Kementerian telah membelanjakan secara purata sebanyak RM8,900
bagi setiap murid setahun selaras dengan Akta Pendidikan 550 yang
menyatakan pendidikan adalah percuma di negara yang tercinta ini.
Yuran khas sehingga bayaran tambahan persekolahan telah
dimansuhkan KECUALI sumbangan mengikut keperluan kepada
sekolah. Di sini, saya ingin menegaskan bahawa kerajaan akan tetap
meneruskan dasar pendidikan percuma ini. Percayalah bahawa
kerajaan pimpinan YAB Perdana Menteri yang disayangi akan terus
mendahulukan rakyat.

26. Pada masa ini, pinjaman buku teks diberikan kepada semua
pelajar tanpa mengiri latar belakang. Kerajaan juga turut menyediakan
Bantuan Khas Awal Persekolahan 1Malaysia sebanyak RM100 kepada
keluarga berpendapatan rendah. Bagi tahun 2018, KPM meneruskan
pemberian 19 jenis bantuan persekolahan dengan nilai peruntukan
sebanyak RM3.103 bilion berbanding RM3.059 bilion pada tahun 2017.
Peningkatan peruntukan sebanyak RM43.36 juta (1.42%) ini

12
menunjukkan Kerajaan sentiasa peka menunaikan tanggungjawab
terhadap rakyat jelata di seluruh negara.

Pentaksiran Antarabangsa PISA dan TIMSS


27. Tahun 2018 merupakan penyertaan Malaysia dalam kajian
Programme for International Student Assessment (PISA) buat kali ke-4.
PISA menguji tiga domain utama kognitif murid iaitu literasi dalam bidang
Sains, Matematik dan Bacaan. Kita berhadapan cabaran bagi PISA 2018
kerana dapatan awal menunjukkan bahawa murid Malaysia lemah dalam
literasi Bacaan. Oleh itu, marilah kita bersama-sama memberikan
sokongan dan bantuan kepada semua sekolah dan murid di Malaysia
untuk menguasai literasi Sains, Matematik dan Bacaan, khususnya
kumpulan sampel 192 buah sekolah, guru dan murid yang akan terlibat
dalam PISA 2018 di seluruh negara.

28. Untuk makluman, pentaksiran PISA 2018 akan dijalankan


berasaskan komputer mulai 01 April hingga 31 Mei. Cabaran ini
merupakan tanggungjawab yang perlu dipikul oleh semua warga
pendidikan iaitu pihak Kementerian, JPN, PPD, pemimpin sekolah,
Penyelaras, Mentor PISA dan para guru. Dengan ini, saya menyeru
semua pihak yang terlibat membuat persediaan yang mantap. Ketua
Bahagian di KPM, Pengarah JPN, Pegawai PPD, Pengetua dan semua
guru mempunyai akauntabiliti yang tinggi dalam memastikan persediaan
yang rapi dan teratur dilaksanakan bagi menghadapi cabaran PISA
2018. Insya-Allah, saya yakin usaha yang didukung bersama-sama
semua pihak terlibat akan membuahkan kejayaan PISA 2018 yang lebih
baik daripada PISA 2015.

29. Tahun 2018 juga merupakan tahun penting untuk pentaksiran


antarabangsa Trends in International Mathematics and Science

13
Study atau TIMSS 2019 bagi memastikan kejayaannya. Dua kajian
akan dilaksanakan sepanjang tahun 2018 iaitu kajian rintis dan kajian
utama TIMSS 2019.
 Kajian rintis TIMSS 2019 akan disertai oleh 24 buah sekolah
sampel di seluruh negara. Buat pertama kalinya, Malaysia akan
menjalankan ujian rintis TIMSS 2019 dengan menggunakan
komputer atau eTIMSS pada bulan Mac 2018.
 Kajian utama TIMSS 2019 akan dijalankan pada bulan Oktober
2018 dengan 200 buah sekolah terpilih sebagai sampel. Oleh itu,
adalah amat penting tahap kesediaan komputer di semua,
khususnya sekolah yang terlibat dala TIMSS 2019 dipertingkatkan
mengikut spesifikasi yang telah ditetapkan.

Pelaporan Pentaksiran Sekolah Rendah (PPSR)


30. Kementerian telah memutuskan bahawa keberhasilan utama
pendidikan Malaysia dilihat daripada dua perspektif penting dalam
PPPM 2013 - 2025, iaitu kualiti sekolah dan kemenjadian murid.
Kemenjadian murid dilihat melalui hasil keberkesanan proses
persekolahan secara keseluruhan dan bukannya hanya difokuskan
kepada Gred Purata yang dijana daripada keputusan Ujian Pencapaian
Sekolah Rendah (UPSR).

31. Mulai tahun 2017, Kementerian telah mengambil pendekatan


berbeza dalam melaporkan kejayaan murid yang telah melalui
persekolahan peringkat rendah selama enam tahun melalui Pelaporan
Pentaksiran Sekolah Rendah (PPSR). Kejayaan murid sekolah rendah
dilaporkan dengan lebih menyeluruh dan bermakna dan tidak lagi
berfokus kepada keputusan UPSR semata-mata. PPSR mempunyai dua
komponen utama iaitu Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) dan
pentaksiran pusat. PBS terbahagi kepada tiga jenis pentaksiran iaitu
14
Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) iaitu penilaian tahap penguasaan
murid dalam mata pelajaran di sekolah; Pentaksiran Aktiviti Jasmani,
Sukan dan Kokurikulum (PAJSK) iaitu penilaian tahap kecergasan,
kesihatan dan penglibatan murid dalam aktiviti luar bilik darjah, dan
Pentaksiran Psikometrik (PPsi) iaitu penilaian mengenai kecerdasan
semula jadi dan aptitud/kecenderungan murid. Dari aspek pencapaian
akademik penilaian murid dilihat berdasarkan tahap penguasaan
minimum dalam UPSR yang akan dikendalikan pada peringkat pusat
oleh Lembaga Peperiksaan.

32. Kementerian akan memberikan penekanan kepada pelaksanaan


Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) ke arah kemenjadian murid
yang holistik dan seimbang. Para guru akan melaporkan perkembangan
murid secara pelaporan satu muka surat (one-page reporting) agar
semua komponen PBS dapat dimanfaatkan untuk membimbing dan
memperkembangkan potensi murid.

33. Oleh yang demikian, dalam menilai pencapaian anak-anak kita


pada akhir persekolahan peringkat rendah atau Tahun 6, kita sebagai
ibu bapa perlu melihat Pelaporan Pentaksiran Sekolah Rendah
(PPSR) secara keseluruhan dan bukan hanya melihat kepada bilangan
A yang diperoleh dalam UPSR. Jika ini berlaku, kita sebagai ibu bapa
akan dapat memberikan sokongan, motivasi dan bantuan yang lebih
baik dan terarah kepada anak-anak kita dalam fasa seterusnya
persekolahan mereka untuk berjaya pada peringkat menengah.

Pembelajaran Abad ke-21 (PAK21)

15
34. Keseimbangan ilmu dan akhlak dalam pendidikan akan
menyediakan generasi masa depan yang peka dengan perubahan
landskap pendidikan tinggi dan cabaran abad ke-21. Semua warga
pendidik perlu memastikan pengajaran dan pembelajaran (PdP) guru
adalah berpusatkan murid. Tumpuan perlu diberikan kepada
mengaplikasikan kemahiran aras tinggi iaitu kemahiran pemikiran kritis
dan kreativiti, selain kemahiran komunikasi dan kolaboratif serta
penerapan nilai murni dan etika (4K1N, atau dalam bahasa Inggeris
4Cs1V iaitu critical thinking, creativity, communication, collaborative, and
values) yang menjadi kemahiran penting dalam abad ke-21.

35. Dalam usaha menyelaraskan pemahaman konsep


Pembelajaran Abad ke-21 (PAK21) dan memastikan keberkesanannya
di bilik darjah dalam kalangan semua pihak, Kementerian telah
mempertingkat usaha, antaranya, melalui:

 Penyediaan Kerangka Konsep Pembelajaran Abad ke-21,


 Penyediaan Kit Penerangan PAK21,
 program bina upaya melalui Latihan Training of Trainer (TOT)
kepada pegawai JPN/PPD,
 Latihan Pengoperasian PAK21 kepada SIPartners+ dan SISC+; serta
 Pelaksanaan Rintis Pelaporan Profil Murid (PPM) bagi murid Tahun
6 dan Tingkatan 3 di 99 buah sekolah di bawah Program
Transformasi Sekolah 2025 (TS25) Kohort 1.

36. Keberkesanan Pembelajaran Abad ke-21 (PAK21) dalam


meningkatkan kemahiran berfikir aras tinggi dan kemahiran insaniah
dalam kalangan murid terletak kepada kemahiran strategi guru dalam
mengemblengkan fakta, pengetahuan dan kemahiran yang ingin
diterapkan kepada murid dalam pengajaran dan pembelajaran melalui

16
penggunaan pelbagai alat dalam pendidikan – alat bukan ICT dan alat
ICT. Salah satu kaedah untuk memanfaatkan peralatan ICT sebagai
pengupaya pembelajaran ialah melalui penyediaan Bilik Darjah Pintar.
Untuk ini, Kerajaan telah memperuntukkan sebanyak RM190 juta bagi
menaik taraf 2,000 buah kelas menjadi Bilik Darjah Pintar khusus untuk
meningkatkan pembelajaran berasaskan pemikiran kreatif dan inovatif.

Program Transformasi Sekolah 2025 (TS25)


37. Program Transformasi Sekolah 2025 (TS25) telah dilaksanakan
mulai 2015 dengan matlamat untuk memantapkan kepimpinan sekolah,
memaksimumkan potensi guru dan murid menerusi peningkatan kualiti
pengajaran dan pembelajaran (PdP) serta mengukuhkan pelibatan ibu
bapa, komuniti dan pihak berkepentingan demi kejayaan murid.
Sehingga kini, TS25 telah menampakkan hasil dalam mewujudkan
suasana pembelajaran bermakna yang membawa kepada kemenjadian
murid. TS25 diteruskan untuk kohort ketiga bagi tahun 2018 dengan
penambahan sekolah baharu berjumlah 401 buah menjadikan jumlah
keseluruhan 600 buah sekolah melaksanakan program TS25 pada
tahun 2018.

Pendidikan Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM)


38. Inisiatif Perkukuhan Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik
(STEM) akan diteruskan dan diperkasakan lagi pada tahun 2018. Antara
program dan aktiviti yang akan dijalankan ke arah memperkukuhkan
STEM dalam kalangan guru dan murid adalah:
 Penganjuran Kolokium Pendidikan STEM 2018 iaitu kerjasama
strategik Kementerian dengan institusi pengajian tinggi, agensi
kerajaan dan pihak industri bagi memastikan lebih ramai guru
menerima manfaat daripada perkongsian maklumat terkini;

17
 Penganjuran Persidangan Antarabangsa STEM 2018 iaitu
kerjasama antara Kementerian dengan pihak Universiti Teknologi
Malaysia (UTM) pada bulan Oktober 2018;
 Penerbitan Komik STEM iaitu projek usaha sama antara
Kementerian dengan Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI);
 Penganjuran karnival STEM di setiap negeri dan diakhiri dengan
karnival STEM peringkat kebangsaan;
 Penyediaan bahan sumber pengajaran dan pembelajaran mata
pelajaran STEM; dan
 Penyediaan modul Sains Komputer termasuk program coding
dalam kurikulum sekolah rendah dan menengah.

39. Bagi memperkasa pendidikan generasi TN50, pada tahun 2018


Pusat STEM Negara akan ditubuhkan oleh Kementerian Pendidikan
Malaysia bersama-sama dengan Kementerian Sains, Teknologi dan
Inovasi (MOSTI) melalui peruntukan sebanyak RM25 juta. Antara fungsi
Pusat STEM Negara nanti adalah:
 menjadi pusat pembangunan profesionalisme untuk guru dan
pemimpin sekolah serta pembantu makmal/juruteknik bagi
meningkatkan kemahiran, kebolehan dan keyakinan dalam bidang
STEM;
 menyediakan bahan sumber pengajaran dan pembelajaran bidang
STEM dengan kolaborasi kepakaran antara kementerian, agensi
kerajaan, universiti awam, institusi pendidikan tinggi swasta dan
pihak industri;
 memajukan R&D pendidikan STEM;
 melaksanakan program komuniti dan sokongan (outreach) dan
pengayaan pendidikan STEM; dan
 mewujudkan jaringan perkongsian kepakaran dan sumber
pendidikan STEM pada peringkat serantau dan antarabangsa.
18
Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional
40. Usaha memartabatkan Pendidikan dan Latihan Teknikal dan
Vokasional (TVET) diteruskan pada tahun 2018 dengan kesemua
institusi TVET di bawah tujuh Kementerian dijenamakan sebagai
“TVET Malaysia”. Peruntukan sebanyak RM4.9 bilion disediakan bagi
melaksanakan Pelan Induk TVET Malaysia sebagai satu langkah
mengisi keperluan tenaga mahir negara. Kerjasama antara sektor awam
dan sektor swasta akan meningkatkan lagi kualiti pendidikan vokasional
terutama daripada aspek pengiktirafan oleh pihak industri. Enrolmen
murid yang bakal memilih bidang vokasional dijangka meningkat dengan
adanya akses kepada pendidikan vokasional yang lebih meluas.
Pelaksanaan program Perantisan Industri Menengah Atas (PIMA)
akan terus diperkukuh dengan wujudnya lebih peluang kepada murid
untuk mengaplikasikan ilmu dan teori yang dipelajari di industri dalam
dunia pekerjaan sebenar.

Tuan-tuan dan Puan-puan sekalian,

Kebolehpasaran Graduan TVET


41. TVET telah membuktikan bahawa bidang ini bukanlah pilihan
terakhir untuk anak-anak kita. Kolej Vokasional telah berjaya
menganugerahkan diploma kepada 12,997 graduan kohort kedua di
Majlis Konvokesyen Kolej Vokasional KPM Kali Kedua 2017. Bagi
graduan KV kohort 1 tahun 2016, sebanyak 90.58 peratus daripada
2,273 telah bekerja mengikut bidang yang dipelajari. Berdasarkan Kajian
Kebolehpasaran Pelajar KV, sebanyak 74.6 peratus daripada 12,997
graduan KV kohort 2 telah ditawarkan pekerjaan sebelum tamat
pengajian dan mendapat pekerjaan mengikut bidang yang dipelajari.

19
42. Kebimbangan awal ibu bapa dan pihak awam mengenai
keupayaan graduan KV mendapat pekerjaan telah terjawab apabila
bilangan mereka yang mudah mendapat pekerjaan selepas tamat
pembelajaran semakin meningkat. Bagi meningkatkan lagi
kebolehpasaran, kebolehkerjaan dan kebolehgajian pelajar KV,
Kementerian akan menambah bilangan pelajar KV yang mendapat
pensijilan tambahan daripada Diploma dan Sijil Kemahiran Malaysia
oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK). Graduan KV juga boleh
melanjutkan pengajian ke Institusi Pendidikan Tinggi Awam dan Swasta
melalui dua kaedah iaitu laluan khas untuk graduan yang cemerlang dan
laluan Accreditation of Prior Experiential Learning (APEL).

43. Kehebatan graduan KV juga terserlah pada tahun 2017 apabila


beberapa orang antara mereka telah berjaya dalam bidang masing-
masing, antaranya:
 Nurizzati Athira binti Mohamad Yusoff, bekas pelajar Kolej
Vokasional Taiping berjaya menjadi jurukimpal dalam air wanita
pertama Malaysia;
 Anis Sophia binti Mohd Rosehan Anwar, bekas pelajar Kolej
Vokasional Shah Alam berjaya melanjutkan pengajian ke tahun
dua di Dublin Business School dalam BA (Hons) in Business
(Psychology) dan tahun ketiga ditawarkan Program Master of
Business Administration (MBA) (With Streams);
 Eda Aqilah binti Yusni dan Mohd Farris Aiman bin Nor Sarizan
pelajar tahun akhir KV Setapak dalam pengajian Diploma Seni
Reka Fesyen Setapak mendapat tempat pertama dan kedua
masing-masing dalam Generation M Design Award Sempena
Tokyo Modest Fashion Show 2017 pada November 2017 di
Metropolitan Industrial Trade Centre, Asakusa Tokyo, Japan.

20
Transformasi Pendidikan Orang Asli
44. Sistem pendidikan terbaik menyediakan pendidikan yang terbaik
kepada setiap kanak-kanak tanpa mengira etnik, tempat atau latar
belakang sosioekonomi. Pihak Kementerian terus berusaha gigih untuk
meningkatkan kejayaan murid Orang Asli melalui inisiatif Transformasi
Pendidikan Orang Asli agar mereka berpeluang menerima pendidikan
berkualiti yang relevan dengan keperluan mereka. Pelan Hala Tuju
Transformasi Pendidikan Orang Asli dan Peribumi juga dijadikan
panduan dan asas untuk memastikan ekuiti pendidikan dapat dicapai
bagi masyarakat Orang Asli dan Peribumi.

45. Sekolah Model Khas Komprehensif yang disediakan oleh


Kementerian dan pelbagai program pendidikan yang dilaksanakan telah
berjaya meminimumkan kadar keciciran dan meningkatkan keberhasilan
murid Orang Asli. Pada tahun 2017, kita telah berjaya meningkatkan
peratus kehadiran murid Orang Asli kepada 87.27 peratus berbanding
86.3 peratus pada tahun 2016. Program kemenjadian murid Tahun 6
diperhebatkan dengan mengadakan bengkel akademik UPSR dan
program motivasi peningkatan jati diri. Selain itu, jalinan kerjasama
antara sekolah dengan komuniti Orang Asli melalui inisiatif Pelibatan Ibu
Bapa dan Komuniti dengan pelaksanaan Program Pemerkasaan
Peranan Tok Batin dan Jawatan Kuasa Kerja Kampung (JKKK) turut
membantu mengurangkan isu kehadiran murid.

Akses Kepada Peluang Pendidikan Berdasarkan Minat, Bakat dan


Keperluan

46. Menyedari hakikat bahawa setiap anak yang dilahirkan


mempunyai bakat dan kecenderungan yang berbeza, Kementerian
sentiasa memberi peluang kepada murid untuk memperkembang bakat
21
mereka. Untuk itu, Kementerian telah menyediakan pelbagai kategori
sekolah seperti Sekolah Sukan, Sekolah Seni dan Sekolah Pendidikan
Khas mengikut keperluan dan kecenderungan murid.

Sukan Negara
47. Pembangunan sukan negara amat diambil berat oleh Kerajaan
terutamanya apabila Malaysia telah diisytiharkan sebagai Juara
Keseluruhan Temasya Sukan SEA ke-29 dan mendapat tempat kedua
Sukan Para ASEAN ke-9. Selaras dengan itu, Kerajaan
memperuntukkan RM1 bilion dalam Bajet 2018 untuk melaksanakan
inisiatif meliputi FitMalaysia, Hari Sukan Negara, latihan atlit, program
akar umbi dan program pembangunan bola sepak negara. Kementerian
Pendidikan mendapat manfaat daripada peruntukan kerajaan kepada
sukan negara apabila Sekolah Sukan Bukit Jalil telah diberikan
peruntukan RM20 juta bagi menambah baik kemudahan sukan dan
sekolah dan diangkat menjadi sekolah sukan premier.

48. Kejayaan cemerlang kontinjen Malaysia dalam Sukan SEA Kuala


Lumpur 2017 yang disertai oleh atlet murid dan guru juga telah
membuka peluang yang luas kepada Kementerian untuk
memperkasakan hala tuju program pembangunan sukan sekolah dan
memantapkan Dasar 1Murid 1Sukan supaya bakal atlet negara dapat
dikenal pasti lebih awal di bangku sekolah. Saya berharap kejayaan
sukan yang telah dicipta oleh anak-anak kita pada peringkat Asia
Tenggara ini dapat diperluaskan kejayaannya pada peringkat Asia dan
dunia.

Hadirin yang dihormati sekalian,

22
Program Penarafan Matrikulasi dan Pengiktirafan Antarabangsa
49. Program Matrikulasi merupakan program prauniversiti anjuran
Kementerian Pendidikan yang telah diberi perhatian khusus melalui
pelaksanaan PPPM 2013-2025. Usaha-usaha untuk memantapkan
pelaksanaan Program Matrikulasi sehingga mendapat pengiktirafan
kelayakan daripada universiti luar negara sedang dipergiatkan. Menerusi
inisiatif Pengantarabangsaan Program Matrikulasi, Program Penarafan
dan Pengiktirafan Kelayakan Matrikulasi ke Program Ijazah Pertama di
Institusi Pengajian Tinggi berjaya mendapat pengiktirafan kelayakan
matrikulasi daripada empat universiti di Korea Selatan iaitu Korea
Advanced Institute of Science & Technology (KAIST), Korea University,
Yonsei University dan Sungkyunkwan University. Program Penarafan
dan Pengiktirafan Kelayakan Matrikulasi ke Program Ijazah Pertama di
Institusi Pengajian Tinggi juga sedang giat dijalankan di Norway. Apabila
kelayakan Program Matrikulasi diterima di Norway nanti, pelajar
Matrikulasi berpeluang untuk mendapat pendidikan percuma pada
peringkat pengajian tinggi di negara Norway.

Pelan Induk Pembangunan Profesionalisme Keguruan


50. Kementerian sentiasa komited untuk memastikan bahawa guru
berkualiti sentiasa berada di dalam perkhidmatan pendidikan.
Mengekalkan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) yang berkualiti
dalam sistem pendidikan adalah salah satu faktor terpenting dalam
menentukan kejayaan pendidikan negara. Pengetahuan dan kemahiran
guru di bawah Kementerian perlu sentiasa ditingkatkan supaya bersedia
menghadapi cabaran tugas dan terbuka dalam menerima serta
melaksana sebarang bentuk perubahan dalam sistem pendidikan untuk
kejayaan diri dan murid. Oleh itu, Latihan Dalam Perkhidmatan (LDP)
bagi tahun 2018 terus dimantapkan berpandukan kepada Dokumen Awal
Pelan Induk Pembangunan Profesionalisme Keguruan (PIPPK).

23
Dengan peruntukan LDP 2018, Kementerian akan terus menyediakan
latihan kepada guru dan pegawai dalam semua peringkat pendidikan
untuk memacu transformasi pendidikan.

Menjadi Guru Malaysia

51. Menjadi Guru Malaysia (MGM) merupakan salah satu aktiviti yang
dilaksanakan di bawah inisiatif Piagam Guru. MGM dilaksanakan sejajar
dengan moto Piagam Guru iaitu untuk memastikan guru yang berdaftar
dalam kalangan “Guru Yang Berkualiti dan Kekal Berkualiti Sepanjang
Tempoh Perkhidmatan”. Bagi mencapai hasrat tersebut, Sistem Guru
Malaysia (SGMy) telah dibangunkan untuk mengumpul data dan
maklumat berkaitan semua guru di bawah Kementerian Pendidikan dan
Institusi Pendidikan Swasta (IPS) yang berdaftar untuk dijadikan sebagai
one-stop centre data guru dan akan diperluaskan kepada data calon
bakal guru bermula 2019. Pewujudan Sistem Guru Malaysia adalah
penting dalam memastikan hanya mereka yang berkelayakan dan
berkualiti ditempatkan di semua sekolah di seluruh negara untuk
mendidik generasi masa hadapan Malaysia.

Pelibatan Ibu Bapa, Komuniti dan Sektor Swasta


52. Kementerian ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan
terhadap sokongan dan pelibatan ibu bapa dan masyarakat dalam
memastikan aspirasi pendidikan negara dapat dicapai. Sepanjang tahun
2017, kita dapat melihat peningkatan pelibatan ibu bapa di sekolah.
Peratus kehadiran ibu bapa dalam 6 aktiviti utama di sekolah telah
meningkat daripada 92.89 peratus pada tahun 2016 kepada 94.45
peratus bagi tahun 2017. Peratus ibu bapa yang terlibat sebagai
sukarelawan dalam aktiviti PIBG/sekolah juga semakin meningkat
daripada 40.11 pada tahun 2016 kepada 82 peratus bagi tahun 2017.

24
53. Saya merasa bangga dalam setiap kali lawatan saya ke sekolah,
saya dapat melihat gandingan erat pentadbir sekolah dengan ibu bapa
dalam menjayakan pelbagai program, sehinggakan PIBG sendiri
menganjurkan sambutan Hari Guru dan membuat persembahan khas
menghargai guru. Usaha untuk menyebar luas aktiviti/program oleh
pihak KPM/JPN/PPD telah memberi ruang dan peluang ibu bapa terlibat
secara langsung. Kumpulan Sokongan Ibu Bapa (KSIB) terus aktif
menggalakkan ibu bapa membantu sekolah dalam pelbagai aktiviti –
antaranya: menyediakan makanan Hari Sukan, menganjurkan Hari
Guru, keceriaan kelas dan baik pulih sekolah. Syabas, tahniah dan
ribuan terima kasih, ikhlas dari kami di Kementerian. Saya percaya
kemenjadian murid kita akan terhasil melalui komitmen dan
tanggungjawab yang digalas oleh para guru, pihak sekolah dengan
kerjasama erat ibu bapa serta komuniti di samping kepercayaan
sepenuhnya diberikan dalam mendidik anak-anak kita.

Tuan/tuan dan Puan-puan,

AMANAT UNTUK WARGA PENDIDIKAN

Memaksimumkan Keberhasilan Murid Bagi Setiap Ringgit Yang


Dibelanjakan
54. Untuk makluman, perbelanjaan pendidikan di Malaysia adalah
lebih dua kali ganda daripada perbelanjaan negara ASEAN lain secara
purata. Bagi tahun 2018, Kementerian telah diberi peruntukan sebanyak
RM45.962 bilion di bawah Belanja Mengurus dan Belanja
Pembangunan. Sebanyak RM500 juta juga telah diberikan kepada
Kementerian di bawah Tabung Khas Penambahbaikan dan
Penyelenggaraan Sekolah kepada semua jenis sekolah - Sekolah
Kebangsaan, Sekolah Jenis Kebangsaan Cina, Sekolah Jenis

25
Kebangsaan Tamil, Sekolah Mubaligh, Sekolah Berasrama Penuh, dan
Sekolah Agama Bantuan Kerajaan.

55. Untuk pembaikan sekolah daif di seluruh negara, sebanyak


RM2.5 bilion diperuntukkan melalui kaedah Industrial Building System
(IBS) bagi tempoh dua tahun. Pecahan peruntukan ialah sebanyak
RM500 juta kepada sekolah daif di Semenanjung Malaysia,
manakala RM1billion bagi sekolah daif masing-masing di Sabah
dan Sarawak. Peruntukan ini akan memberi manfaat kepada hampir
2,000 buah sekolah untuk pembaikan infrastruktur seperti bumbung
bocor, lantai yang rosak, dinding berlubang dan peralatan yang sudah
lama tidak berganti. Dari sudut pembangunan, sebanyak RM654 juta
diperuntukkan bagi pembinaan empat buah prasekolah, sembilan buah
pusat PERMATA termasuk dua pusat baharu untuk kanak-kanak
autisme, 48 buah sekolah rendah, menengah, kolej vokasional dan
sebuah pusat matrikulasi.

56. Selain daripada itu, sebanyak RM2.9 bilion diperuntukkan kepada


bantuan persekolahan yang meliputi pelbagai perkara seperti inisiatif
kelangsungan kelas abad ke-21, bantuan makanan, buku teks, geran
per kapita dan Biasiswa Kecil Persekutuan. Peruntukan RM328 juta pula
disediakan bagi meneruskan Bantuan Persekolahan RM100 seorang
kepada 3.2 juta murid yang ibu bapanya berpendapatan rendah.
Sehubungan dengan itu, semua Bahagian KPM yang menguruskan
operasi sekolah perlu memberi perhatian dan hendaklah mengambil
tindakan segera serta berintegriti bagi memastikan kelancaran
pengurusan persediaan sekolah dibuat dengan sebaik-baiknya.

26
Infrastruktur Pendidikan

57. Pembangunan infrastuktur sekolah merupakan tulang belakang


dalam usaha untuk melonjakkan kemajuan dan kecemerlangan
pendidikan negara. Pihak Kementerian amat serius dalam menyediakan
penyelenggaraan segera kepada infrastruktur sekolah seperti
pendawaian semula, baik pulih bangunan, dan pembinaan infrastruktur
baharu.

58. Bagi tahun 2018, KPM turut menerima peruntukan sebanyak


RM82 juta bagi penyelenggaraan kecil dan RM70 juta bagi keperluan
menaik taraf infrastruktur Institusi Pendidikan di bawah KPM.
Peruntukan ini akan diagihkan mengikut cadangan keutamaan skop
kerja yang disyorkan oleh Jabatan dan Bahagian di bawah KPM. Selain
daripada itu, KPM turut menjalinkan kerjasama dengan pihak Jabatan
Kerja Raya (JKR) bagi melaksanakan kerja-kerja pakar seperti
pembaikan struktur dan pendawaian elektrik.

Penerapan Nilai dan Akhlak


59. Falsafah Pendidikan Negara menjadi teras kepada pembangunan
pendidikan yang amat menekankan keseimbangan ilmu dan akhlak.
Walaupun usaha transformasi pendidikan giat dijalankan, sering kali kita
dikejutkan dengan pelbagai isu dan kes disiplin murid yang ditularkan di
media seperti kes buli dan pergaduhan di sekolah. Guru dan sekolah
hanyalah sebahagian kecil daripada elemen yang menyumbang kepada
penyediaan ekosistem pendidikan yang menyeluruh dalam pendidkan
anak-anak kita.

60. Penerapan nilai, adab dan akhlak memerlukan usaha bersepadu


daripada semua pihak berkepentingan dalam pendidikan. Pihak sekolah
27
dan guru akan mendidik dan menerapkan nilai-nilai murni, etika dan
kerohanian melalui aktiviti dalam dan luar bilik darjah serta melalui
aktiviti sukan dan kokurikulum serta amalan harian. Hal ini perlu
disambut dan disokong oleh ibu bapa, penjaga, masyarakat dan semua
pihak berkepentingan dalam kehidupan setiap murid. Konsep dan
amalan nilai universal yang ditunjukkan dan diteladani oleh anak-anak
kita dari rumah dan persekitaran dalam masyarakat akan menjadikan
mereka insan dengan nilai dan akhlak serta standard moral yang tinggi
untuk diamalkan dalam kehidupan seharian.

61. KPM mempunyai pelbagai pendekatan untuk membantu pihak


sekolah menangani isu salah laku murid dengan mengambil langkah
mengutamakan aspek jasmani, emosi, rohani dan intelek (JERI) kerana
ia merupakan teras pembentukan karakter murid. Aspek ini ditekankan
melalui mekanisme pencegahan, penguatkuasaan peraturan sekolah,
intervensi kepada mangsa dan jalinan kerjasama padu dengan semua
pihak. Pelbagai program kesedaran disiplin dilaksanakan secara
bersepadu dalam aktiviti kurikulum, kokurikulum dan pembinaan sahsiah
diri. Murid turut dilibatkan menjadi pembimbing rakan sebaya melalui
kelab pakaian beruniform dan Kelab Pencegahan Jenayah Sekolah.

Saudara, saudari yang dihormati sekalian,

Inisiatif Utama dan Sokongan PPPM 2018


62. Bagi memastikan momentum Gelombang 2 (2016 - 2020) terus
dapat memacu peningkatan sistem, inisiatif PPPM telah dikemas kini
selaras dengan pencapaian yang telah diraih pada tahun sebelumnya.
Pada tahun 2018, terdapat 19 inisiatif utama dan 8 inisiatif sokongan
yang dilaksanakan oleh Bahagian-bahagian berkaitan dan disokong oleh
Unit Pelaksanaan dan Prestasi Pendidikan (PADU). Saya yakin, jika
semua inisiatif dapat dilaksanakan dengan cekap dan berkesan, kita
28
akan terus berada di landasan yang betul untuk memacu peningkatan
sistem pendidikan dan mencapai hasrat aspirasi transformasi
pendidikan.

Memartabatkan Bahasa Melayu, Memperkukuh Bahasa Inggeris


(MBMMBI)

Memartabatkan Bahasa Melayu


63. Bahasa Melayu merupakan bahasa kebangsaan negara. Semua
rakyat Malaysia tanpa mengira ras dan latar belakang perlu menguasai
bahasa Melayu (BM) bagi mengekalkan martabatnya sebagai bahasa
rasmi negara, bahasa untuk tujuan perpaduan dan bahasa ilmu. Oleh
itu, Kementerian telah memperkenalkan inisiatif Pemartabatan
Pendidikan Bahasa Melayu mulai tahun 2016 dengan teraju utamanya
ialah Institut Pendidikan Guru Kampus Bahasa Melayu (IPGKBM).
Tujuan utama inisiatif ini ialah memperkasa penguasaan BM dalam
kalangan murid dan meningkatkan kualiti pengajaran BM dalam
kalangan guru mata pelajaran Bahasa Melayu melalui pelbagai aktiviti
yang terancang.

64. Pada tahun 2017, inisiatif BM telah berjaya menghasilkan tiga


dokumen utama ke arah memperkukuh lagi pendidikan BM pada
peringkat sekolah iaitu:
 Pelan Hala Tuju Pendidikan Bahasa Melayu 2016-2025 yang
menggariskan pelan strategik dan pelan tindakan dalam
meningkatkan kualiti pendidikan BM dalam tempoh 10 tahun.
Pada tahun 2018, dokumen ini akan disebar luas sebagai bahan
rujukan mengenai pelaksanaan aktiviti BM kepada semua
sekolah, JPN dan PPD.

29
 Kerangka Standard Bahasa Melayu (KSBM) merupakan satu
piawaian untuk mengukur tahap penguasaan dan penggunaan
BM, dan boleh digunakan oleh pelbagai pihak bagi menyediakan
kursus yang bersesuaian untuk meningkatkan lagi penguasaan
BM. Pada tahun 2018, bagi memantapkan penyediakan KSBM
dan mendapatkan pengiktirafan daripada agensi luar,
Kementerian akan mengadakan sindikasi dengan pelbagai pihak
dalam dan luar kementerian termasuk universiti luar negara.
Majlis Bahasa Melayu juga akan diwujudkan untuk mengawal
selia mutu KSBM.
 Draf Kerangka Holistik Pembangunan Profesionalisme Guru BM
telah dibangunkan untuk membolehkan guru BM menentukan
jenis kursus yang diperlukan bagi meningkatkan lagi keupayaan
serta kemahiran mereka dalam melaksanakan proses
pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah. Kerangka ini
akan dimuktamadkan pada tahun 2018.

65. Selain itu, Kementerian juga telah menyediakan lima kit aktiviti
sokongan untuk peningkatan penguasaan BM di dalam dan luar bilik
darjah iaitu:
 Kit Sokongan Bahasa Melayu Sekolah Rendah dan Sekolah
Menengah untuk pengajaran BM dalam bilik darjah;
 Kit Program Interaktif Kemahiran Bahasa Melayu (PIKeBM)
Sekolah Rendah dan Sekolah Menengah untuk pemantapan BM
melalui aktiviti kokurikulum; dan
 Kit Program Bijak Kelas Pemulihan Bahasa Melayu untuk
membantu murid yang belum menguasai BM selepas Tahun 3.

30
66. Kementerian juga telah membangunkan modul pedagogi BM yang
mengandungi strategi pengajaran terkini untuk mengukuhkan pedagogi
iaitu Modul Pedagogi Alternatif Kesusasteraan Melayu dan Modul
Kecemerlangan Pedagogi BM. Guru BM yang mengajar di sekolah
pendidikan khas turut disokong melalui Modul Interaktif Pemulihan
Bahasa Melayu Pendidikan Khas. Kesemua Kit Aktiviti Sokongan dan
modul ini akan diedarkan ke semua sekolah rendah dan menengah
untuk pelaksanaan mulai tahun 2018.

67. Untuk meningkatkan lagi profesionalisme keguruan, sejumlah


2,466 orang guru BM yang mengajar di sekolah Orang Asli, sekolah
kurang murid, sekolah rendah dan menengah berpencapaian rendah
dalam BM, dan guru kelas peralihan, latihan peningkatan pedagogi telah
diberikan pada tahun 2017. Bagi sekolah pendidikan khas, sebanyak
103 orang guru juga telah dilatih. Saya amat berharap melalui
perancangan tersusun aktiviti Bahasa Melayu di bawah inisiatif
Pemartabatan Pendidikan Bahasa Melayu, penguasaan dan
penggunaan Bahasa Melayu standard dapat diperkukuhkan dalam
kalangan rakyat Malaysia.

Memperkukuh Bahasa Inggeris


68. Bahasa Inggeris Penguasaan Bahasa Inggeris dalam
kalangan murid dan guru terus diperkukuh melalui pemantapan
program bahasa Inggeris. Inisiatif utama bahasa Inggeris yang terus
diberi tumpuan ialah:
 Program Dwi Bahasa (Dual Language Programme - DLP);
 Program Imersif Tinggi (Highly Immersive Programme - HIP);
 Program Peningkatan Kemahiran Bahasa Inggeris di Sekolah
(PKBIS);

31
 Professional Up-skilling of English Language Teachers (Pro-ELT);
dan Program Intervensi Tambah Opsyen Bahasa Inggeris (PITO
BI).

69. Dual Language Programme (DLP) akan terus dilaksanakan di


sekolah-sekolah yang memohon untuk melaksanakannya dan
memenuhi empat kriteria yang telah ditetapkan. Sehingga kini, DLP
dilaksanakan di Tahun 1, 2, 4 dan 5 melibatkan 51,324 murid di sekolah
rendah dan di Tingkatan 1 dan 2 melibatkan 78,535 murid di sekolah
menengah. Kajian pencapaian Bahasa Inggeris murid DLP kohort
pertama yang melibatkan murid Tahun 2, Tahun 5 dan Tingkatan 2
berjumlah 38,843 orang telah dilaksanakan dengan membandingkan
keputusan Peperiksaan Akhir Tahun 2016 dan keputusan Peperiksaan
Pertengahan Tahun 2017. Dapatan kajian menunjukkan bahawa
pencapaian Bahasa Inggeris murid bagi sekolah rendah dan sekolah
menengah telah meningkat. Seramai 36.28 peratus murid sekolah
rendah (5,368 orang murid) telah menunjukkan peningkatan dalam
Bahasa Inggeris Bagi sekolah menengah, sebanyak 46.44 peratus
murid (10,664 orang murid) telah menunjukkan peningkatan di dalam
Bahasa Inggeris. Bagi tahun 2018, DLP akan diperluaskan kepada 214
(88+126) buah sekolah baharu yang memohon.

70. Highly Immersive Programme (HIP) telah diperluaskan ke 5,500


buah sekolah pada tahun 2017 dan seterusnya ke semua sekolah di
seluruh negara pada tahun 2018. Petunjuk prestasi untuk HIP pada
tahun 2018 adalah untuk memastikan 60 peratus daripada 1,200 buah
sekolah mencapai tahap 3 dalam skala immersiveness. Oleh itu, saya
berharap semua sekolah dan guru dapat mewujudkan persekitaran
yang menyokong pembelajaran Bahasa Inggeris secara menyeluruh
untuk mengukuhkan penguasaan murid dalam bahasa antarabangsa ini.
32
71. Program Intervensi Tambah Opsyen Bahasa Inggeris (PITO-BI)
dilaksanakan dengan tujuan melatih dan melengkapkan guru bukan
opsyen Bahasa Inggeris yang mengajar mata pelajaran Bahasa Inggeris
dengan pengetahuan pedagogi serta kemahiran dalam metodologi dan
pendekatan PdP Bahasa Inggeris. Dari tahun 2010 hingga 2017,
seramai 1,043 orang guru bukan opsyen Bahasa Inggeris telah
menjalani latihan. Bagi tempoh 2018 hingga 2020, Kementerian melalui
English Language Teaching Centre (ELTC) akan melatih 1,327 guru
orang bukan opsyen Bahasa Inggeris.

Integriti Penjawat Awam


72. Kementerian Pendidikan merupakan kementerian yang ke-3 dan
antara organisasi terawal yang telah menandatangani Ikrar Bebas
Rasuah (IBR) yang diperkenalkan oleh Suruhanjaya Pencegahan
Rasuah Malaysia (SPRM). Ikrar Bebas Rasuah menekankan ikrar serta
janji yang dibuat oleh para pemimpin dan warga organisasi secara
sukarela atas kapasiti sebagai individu, bertujuan untuk memastikan
setiap menjunjung tanggungjawab untuk menghindari diri daripada
terlibat dengan sebarang gejala rasuah dan salah guna kuasa
sepanjang melaksanakan tugas. Pihak Pengurusan Tertinggi dan
Ketua-ketua Jabatan KPM telah melafaz dan menandatangani Ikrar
Bebas Rasuah pada 15 Mac 2017. Tahniah kepada Pengurusan
Tertinggi dan barisan kepimpinan Kementerian yang telah
menunjukkan integriti dan contoh teladan yang amat baik dalam
menjalankan tugas sepanjang tahun 2017.

73. Saya berharap Laporan Audit Negara bagi tahun 2017 tidak akan
mengandungi apa-apa laporan mengenai ketidakpatuhan Prosedur
Standard Operasi dan isu integriti penjawat awam di bawah
Kementerian Pendidikan. Selaras dengan IBR, Unit Integriti memainkan

33
peranan penting pada peringkat Bahagian, jabatan dan agensi di
Kementerian dalam memastikan integriti warga pendidikan berada pada
tahap tinggi. Penubuhan Unit Integriti pada peringkat daerah juga perlu
digerakkan agar langkah pencegahan awal dapat dielakkan daripada
berlaku ketidakpatuhan atau salah guna kuasa.

Strategi Lautan Biru Kebangsaan


74. Kementerian telah terlibat secara aktif dengan agensi lain dalam
pelaksanaan Strategi Lautan Biru Kebangsaan atau National Blue
Ocean Strategy (NBOS) menerusi pemuafakatan yang dibina melalui
pelbagai program dan aktiviti NBOS. Usaha ini adalah selari dengan
Teras Strategik Ketiga Rancangan Malaysia Kesebelas 2016 – 2020.
Startegi yang dilaksanakan adalah menjurus kepada menambah baik
keberhasilan murid dan mempertingkat tadbir urus sistem pendidikan
melalui peningkatan tadbir urus dan pemuafakatan pihak
berkepentingan untuk sokongan sekolah yang lebih baik.

75. Antara aktiviti NBOS yang dilaksanakan oleh Kementerian ialah


projek Community Support For School Teachers dan Program My New
School. Aktiviti NBOS dengan kementerian dan agensi lain termasuklah:
 Expo Negaraku iaitu pameran infrastruktur berskala besar yang
dikendalikan oleh Unit Perancang Ekonomi, Jabatan Perdana
Menteri;
 Seminar STEM dan National Innovation and Economy Creative
(NICE) Expo 2017 dengan kerjasama Kementerian Sains,
Teknologi dan Inovasi;
 Program Gelombang Nelayan Nasional 2017 (GNN2017) anjuran
Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani di Kemaman,

Tuan-tuan dan Puan-puan,


34
Amanat Untuk Guru, Pemimpin Sekolah, Pensyarah IPG, Kolej
Matrikulasi, Tingkatan 6

76. Selama lima tahun lepas dari 2013 hingga 2017, kita telah berjaya
melalui fasa transformasi dalam pelaksanaan PPPM yang menuntut
kebijaksanaan dan kewajaran dalam menggunakan sumber sedia ada
secara optimum. Kita juga telah dapat melalui fasa yang mencabar,
khususnya dari aspek pelaksanaan dasar pendidikan dan pelaksanaan
PPPM yang senantiasa mendapat kritikan daripada pelbagai pihak. Bagi
tahun 2018 juga, saya berharap semua pihak dalam Kementerian
daripada Bahagian hingga ke sekolah terus kekal memberikan
keutamaan dan bertanggungjawab sepenuhnya terhadap pelaksanaan
semua dasar dan inisiatif pendidikan supaya sasaran untuk memacu
peningkatan sistem pendidikan dalam Gelombang 2 PPPM 2013-2025
dapat direalisasikan.

77. Saya yakin kita semua dapat membina satu pasukan yang mantap
dan kukuh sekiranya kita semua bersatu hati dengan sepakat untuk
mencapai sasaran yang telah ditetapkan bagi tahun 2018. Sekiranya
kita seia sekata demi mencapai apa yang telah kita gariskan dalam
setiap perancangan, dan berusaha mencapai Petunjuk Prestasi Utama
(KPI) Kementerian bagi tahun ini dan tahun-tahun akan datang, kita
insya-Allah akan berjaya. Marilah kita bekerja sebagai satu Kementerian
iaitu secara berterusan menyampaikan perkhidmatan berimpak tinggi
dengan cemerlang, berintegriti dan saling memperkukuh sinergi serta
tekad kita demi meraih mencapai Aspirasi Sistem dan Aspirasi Murid
untuk kejayaan anak-anak Malaysia.

78. Kepada semua pendidik dan pemimpin pendidikan,


pertingkatkan usaha untuk menambah pengetahuan dan kemahiran,

35
terutamanya dalam mempelbagaikan strategi pengajaran dan
pembelajaran. Generasi murid kini telah ke hadapan dari segi teknologi.
Perhebatkan pengajaran Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) dalam
diri murid sejajar dengan kaedah Pembelajaran Abad ke-21.
Pembelajaran harus menyeronokkan murid untuk kekal di sekolah.
Pertingkatkan pengajaran dan pembelajaran kepada peningkatan
penguasaan dan aplikasi pengetahuan oleh murid. Insya-Allah, murid
akan bersedia menghadapi sebarang bentuk pentaksiran.

79. Kepada pegawai di Kementerian, JPN dan PPD, jadilah pemikir


dan pemimpin perubahan yang dapat memberi sokongan dan bantuan
kepada pihak pelaksana dan sekolah yang paling memerlukan. Jadilah
perancang yang dapat mengagihkan dan menggunakan sumber yang
ada secara optimum dan bantuan dihulurkan secara bersasaran.
Jadilah pemimpin transformasi yang dapat melestarikan dan
memperhebat pelaksanaan semua program pendidikan dan saling
menyokong antara Bahagian dan pegawai untuk memastikan
transformasi kekal di landasan yang betul.

80. Pada kesempatan ini, saya menyeru kepada Ibu Bapa, Komuniti
dan Sektor Swasta, agar terus melibatkan diri dalam program dan
aktiviti sarana ibu bapa untuk mewujudkan pemuafakatan antara
ibubapa, sekolah dan komuniti dan dalam apa jua aktiviti pendidikan di
sekolah untuk faedah anak-anak kita. Saya yakin para ibu bapa dan
komuniti menyedari hakikat bahawa mereka perlu membantu pihak
sekolah dalam semua hal bagi memastikan kemenjadian murid secara
holistik dapat dicapai serta prestasi sekolah dapat ditingkatkan. Oleh itu,
berilah sokongan dan bantuan kepada pihak guru dan sekolah
dalam apa jua bentuk sama ada daripada segi pandangan, kemahiran
mahupun kewangan untuk melonjakkan prestasi pendidikan anak-anak

36
kita. Marilah bersama-sama memberi perhatian, kasih sayang dan
bertanggungjawab dalam pendidikan anak-anak kita supaya mereka
dapat mencorakkan masa depan yang lebih bermakna.

Penutup
81. Akhir kata, saya mendoakan semoga tuan-tuan dan puan-puan
sekalian terus beristiqamah dan beriltizam menyampaikan perkhidmatan
berimpak tinggi dengan cemerlang dan berintegriti sepanjang masa.
Saya yakin kita semua dapat membina satu pasukan yang mantap dan
kukuh sekiranya kita semua bersatu hati dan sepakat untuk mencapai
sasaran yang telah ditetapkan bagi tahun 2018. Sekiranya kita seia
sekata demi mencapai apa yang telah kita gariskan dalam setiap
perancangan, dan berusaha mencapai Petunjuk Prestasi Utama (KPI)
Kementerian bagi tahun ini dan tahun-tahun akan datang, kita insya-
Allah akan berjaya.

82. Marilah kita bekerja sebagai satu Kementerian iaitu secara


berterusan menyampaikan perkhidmatan berimpak tinggi dengan
cemerlang, berintegriti dan saling memperkukuh sinergi serta tekad kita
demi mencapai Aspirasi Sistem dan Aspirasi Murid untuk kejayaan
anak-anak Malaysia. Semoga segala usaha murni kita untuk
memartabatkan bidang pendidikan mendapat keberkatan-Nya.
Wabillahitaufik Walhidayah. Wassalamualaikum Warahmatullahi
Wabarakatuh.

Sekian. Terima kasih.

37

Anda mungkin juga menyukai