Anda di halaman 1dari 2

Teksturnya mudah.Tempo lagu ini juga agak lambat.

Tekstur adalah lapisan suara

yang didengar pada satu-satu masa.Tekstur boleh dijelaskan seperti lut sinar

,padat,nipis,berat atau ringan.Pencipta muzik menggunakan variasi tekstur di

dalam ciptaan mereka untuk membentuk perbezaan ekspresi pendengar. Terdapat

beberapa tekstur di dalam pendidikan muzik iaitu 1. Tekstur Monofoni Tekstur ini

terdiri daripada satu baris melodi tanpa iringan muzik.Ianya juga bermaksud satu

bunyi.Guru mengarahkan seorang murid untuk menyanyi tanpa iringan muzik

bermaksud dia sedang menyanyi muzik monofoni.Sekumpulan alat muzik atau

koir menyanyi secara unison walaupun mereka menghasilkan muzik yang kaya

dengan bunyi tetapi itu masih muzik tekstur monofoni. 11

14. 2. Tekstur Polifoni Tekstur polifoni bermaksud banyak lapisan suara contohnya

muzik yang mempunyai dua atau lebih lapis dinyanyi atau dimainkan bersama.Di

dalam lagu bertekstur polifoni,setiap lapisan melodi mempunyai cirri-ciri atau

kepentingan yang tersendiri namun ianya menyokong di antara satu sama lain. Dan

ia juga dapat memperkaya ekspresi muzik tersebut. Muzik polifoni mempunyai

ciri-ciri imitasi dimana suara satu lapisan akan diulang oleh lapisan suara yang

lain.Contohnya kumpulan pertama akan menyanyi dahulu kemudian akan diikuti

oleh kumpulan kedua tetapi mereka akan bermula agak lambat berbanding dengan

kumpulan yang pertama. Seterusnya kumpulan ketiga akan menyanyikan lagu

yang sama. 3. Tekstur Homofoni Sebuah lagu yang mempunyai satu baris
melodi,dinyanyi atau dimainkan dengan iringan kord dikatakan mempunyai tekstur

homofoni.Tumpuan utama pendengarnya ialah pada melodinya.Melodi disokong

dan diwarnai oleh bunyi-bunyi iringan kord oleh alat-alat muzik atau suara

nyanyian.Contoh muzik tekstur homofoni ialah apabila seorang penyanyi

menyanyikan sebuah lagu dan mengiringi nyanyiannya dengan permainan gitar.

 Harmoni Seseorang penyanyi juga akan dapat memperkayakan melodi

nyanyiannya dengan mengiringi lagu dengan alat muzik contohnya gitar atau

pun piano.Ini disebut sebagai pengharmonian dimana lagu melodi tersebut

disokong oleh harmoninya.Di dalam lagu terdapat tiga jenis harmoni iaitu

konsonan dan dissonan serta triad.

 12

 15. Konsonan dan dissonan. Terdapat kord yang memberi perasaan stabil

dan tenang kepada pendengarnya.Kombinasi lagu yang dapat memberi

ketenangan dipanggil kord konsonan.Dissonan pula akan member perasaan

yang tidak stabil.Biasanya kord ini memerlukan resolution dimana ia perlu

kembali kepada kord konsonan untuk mendapatkan rasa stabil. Kord

memberi perasaan yang pelbagai kepada sesebuah muzik itu.Ada kord yang

mudah ,komplek,tenang ,tegang,cerah dan gelap.Ianya bergantung kepada

pencipta muzik itu.Kord yang paling mudah ialah kord yang terdiri daripada

3 not yang dipanggil triad.

Anda mungkin juga menyukai