Anda di halaman 1dari 4

Kertas Kerja Keceriaan Bilik Doktor Muda dan Kesihatan 2017

SKK SMK GHAFAR BABA


78300 MASJID TANAH,
MELAKA BANDARAYA BERSEJARAH.

KERTAS KERJA
KECERIAAN BILIK DOKTOR MUDA DAN KESIHATAN

KELOLAAN:
KELAB DOKTOR MUDA
&
UNIT KESIHATAN
SMK GHAFAR BABA

1 @nurulakmalmohdkamal
Kertas Kerja Keceriaan Bilik Doktor Muda dan Kesihatan 2017

KECERIAAN BILIK KELAB DOKTOR MUDA DAN


BILIK KESIHATAN

2017

1. PENDAHULUAN

Bilik Kelab Doktor Muda dan Bilik Kesihatan memainkan peranan penting dalam pengurusan
dan pengendalian aktiviti kokurikulum kelab Doktor Muda dan Unit Kesihatan Sekolah.
Justeru, kemudahan, keceriaan dan keindahan adalah penting untuk memberi keselesaan
kepada guru dan pelajar dalam menguruskan hal-hal yang berkaitan dengan pengurusan
kelab dan kesihatan.

2. OBJEKTIF

 Menunjukkan komitmen yang tinggi ke arah kecemerlangan, akauntabiliti dan integriti


dalam melaksanakan tugas.
 Memudahkan operasi dan pengendalian terutamanya berkaitan dengan aktiviti kelab.
 Menjadikan Bilik Kelab Doktor Muda dan Bilik Kesihatan sebagai bilik yang cantik dan
indah
 Memberikan keselesaan kepada guru dan pelajar untuk menggunakan bilik ini.

3. RASIONAL & MATLAMAT

 Memudahkan operasi dan pengendalian berkaitan aktiviti kelab.


 Memastikan Bilik Kelab Doktor Muda dan Bilik Kesihatan sentiasa berada dalam keadaan
yang selamat, bersih dan ceria serta lengkap dengan maklumat yang berkaitan dengan
kelab dan kesihatan.
 Meningkatkan kualiti keselamatan, pengurusan fail, dan penyimpanan fail.

4. LOKASI SASARAN

Bilik Kelab Doktor Muda dan Bilik Kesihatan

2 @nurulakmalmohdkamal
Kertas Kerja Keceriaan Bilik Doktor Muda dan Kesihatan 2017

5. PERALATAN DAN BAHAN-BAHAN YANG DIPERLUKAN

Peralatan dan bahan yang diperlukan untuk keceriaan dan kemudahan Bilik Kelab Doktor
Muda dan Bilik Kesihatan :

BIL PERKARA KUANTITI ANGGARAN CATATAN


HARGA
1. Polystrine 5 pcs RM 15.00
2. Sarung kerusi plastik 10 helai RM 30.00
3. Cadar tilam 2 set RM 90.00
4. Sarung kusyen 1 set RM 55.00 SUMBER :PIBG

5. Pembalut Hadiah @ Kain 6 keping RM 20.00 RM435.00

(Hias Board) @ 4 meter


6. Alas Meja, plastik meja & 1 RM 45.00
Skirting Meja
7. Tikar getah 1 gulung Rm180.00
8 Bunga - RM 50.00
9. Cat
 Berus 4 RM 30.00
 Roller + Kayu 3 RM 35.00
 Bekas cat 2 RM 20.00
 Cat papan 9 Liter 9 Liter x RM 25.00 SUMBER : UNIT
 Cat simen 3 Liter 4 Liter x RM 20.00 KOKURIKULUM
JUM: RM390.00
10. Alat Tulis (Stationary) – RM 50.00 RM540.00
 Gunting
 Staples Gun
 Ubat stapler
 Gam
 Masking tape
 kertas warna
11. Papan Tanda Bilik 1 RM50.00
JUMLAH RM 975.00

3 @nurulakmalmohdkamal
Kertas Kerja Keceriaan Bilik Doktor Muda dan Kesihatan 2017

6. PENUTUP

Pihak kami amat mengharapkan semoga projek ini dapat diluluskan serta
dilaksanakan dengan jayanya dan mencapai objektif yang diharapkan dalam
melahirkan murid yang cemerlang dari semua sudut sama ada dari segi akademik, akhlak
dan sahsiah serta kokurikulum disamping memberi semangat kepada guru untuk lebih
bekerja secara produktif. Semoga apa jua sumbangan dan bantuan yang diberikan mendapat
keberkatan daripada Ilahi. Segala perancangan, pengurusan dan pentadbiran yang teliti
menjadikan pelaksanaan yang dibuat berjalan dengan lancar dan diberkati .

7. PENGESAHAN KERTAS KERJA

Disediakan oleh: Disemak oleh:

......................................... ...............................
Nurulakmal binti Mohd Kamal Pn Zainani binti Ngah
Guru Penasihat Kelab Doktor Muda GPK Kokurikulum
SKK SMK Ghafar Baba. SKK SMK Ghafar Baba.
Tarikh: Tarikh:

Disahkan oleh:

...............................
Pn Rosni binti Leman
Pengetua
SKK SMK Ghafar Baba
78300 Masjid Tanah, Melaka
Tarikh:

4 @nurulakmalmohdkamal

Anda mungkin juga menyukai