Anda di halaman 1dari 3

Skrip Pengacara 1M 1S 1M'sia

SKRIP PENGACARA
PRGRAM : HARI SUKAN NEGARA 2016

8.20 pagi CUE:Pelajar berada di tapak perhimpunan


ANN:Perhatian, sebentar lagi majlis akan bermula.

pagi ANN:Bismillahhirrahmanirahim//
Assalamualaikum wmt kth//. Salam 1Malaysia//

BIL SALUTASI NAMA JAWATAN


1 Yang berusaha
2 Yang Dihormati Encik Mohd Johari bin Mustafa Yang Di Pertua PIBG SMKTD
3 Yang Dihormati Barisan Pentadbir
4 Guru-guru Kanan Mata Pelajaran
5 Guru-guru dan pelajar-pelajar sekalian

Alhamdulillah,/ bersyukur kita kehadhrat Ilahi/, kerana dengan limpah kurnia/ serta inayahNya/
dapat kita bersama-sama/ berkumpul/ dalam acara gilang gemilang/ bersempena LARIAN
1MURID 1SUKAN 1MALAYSIA peringkat / SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN
TAMAN DESA//. Justeru/, pihak majlis / merakamkan ucapan terima kasih/ terutamanya kepada
semua warga SMK TAMAN DESA yang telah hadir pada hari ini//. Salam tahniah juga
/dihulurkan kepada semua pihak/ yang turut menyertai acara larian 1Murid 1Sukan 1malaysia
pada pagi ini/, sekaligus/ membuktikan komitmen yang tidak berbelah bahagi/ kepada pihak
sekolah//.

Pelajar-pelajar sekalian/,
Larian 1 MURID 1 SUKAN 1Malaysia yang julung-julung kali diadakan pada hari ini bertujuan
mewujudkan perpaduan dalam kalangan pelajar di seluruh Negara ke arah meningkatkan
kecemerlangan 1 bangsa Malaysia.
Pelajar yang aktif bersukan bukan sahaja akan dapat melahirkan bangsa sihat 1Malaysia tetapi
juga akan meningkatkan imej negara demi mencapai wawasan negara. Acara larian 1Murid
1Sukan 1Malaysia ini tentunya akan dapat melahirkan pelajar terbilang yang berteraskan nilai
kekitaan dan kebersamaan ke arah kesejahteraan negara bangsa.
Sikap setiakawan serta semangat juang yang ditunjukkan oleh semua warga Sekolah Menengah
Kebangsaan Taman Desa pada pagi ini dalam acara Larian 1Murid 1Sukan 1Malaysia benar-
benar mempamerkan ketelusan warga sekolah menjayakan acara yang penuh gilang-gemilang
ini. Terima kasih dan syabas.!

3CUE: UCAPAN YANG DIPERTUA PIBG

ANN:Para pelajar sekalian,


Seterusnya/ pihak majlis dengan sukacita/ menjemput/ Yang Dihormati Encik Mohd Johari bin
Mustafa,/ Yang di Pertua PIBG SMK Taman Desa / tampil ke atas pentas /bagi menyampaikan
ucapan//. Dipersilakan//.

CUE:{UCAPAN YDP PIBG}

Pihak majlis merakamkan ucapan terima kasih/ kepada Yang dihormati/ Encik Mohd Johari bin
Mustafa/, Yang DiPertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru/ Sekolah Menengah Kebangsaan Taman
Desa/ atas ucapan sebentar tadi.//

4CUE: UCAPAN PENGETUA


ANN:
Sidang Hadirin Sekalian,/ seterusnya / pihak majlis dengan segala hormatnya/ mempersilakan /
Yang berusaha/ Pn. Zakiah Bt Isa,/ Pengetua/ Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Desa /
untuk menyampaikan ucapan.// Dipersilakan.//

CUE: {UCAPAN PENGETUA}

Pihak majlis merakamkan ucapan terima kasih/ kepada/ Yang Berusaha / Pn. Zakiah Bt Isa,/
Pengetua/ Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Desa / atas ucapan sebentar tadi.//

5CUE:Penyampaian Hadiah Mengikut Acara


ANN: Acara pada pagi ini diteruskan dengan upacara penyampaian hadiah kepada semua
pemenang Larian 1Murid 1Sukan 1Malaysia peringkat Sekolah Menengah Kebangsaan Taman
Desa / mengikut kategori .//
Bagi menyempurnakan upacara majlis penyampaian hadiah, majlis dengan segala hormatnya
menjemput …………………… untuk menyampaikan hadiah. Dengan segala hormatnya,
dipersilakan.

CUE:Kategori:
1. Lelaki & Perempuan Terbuka (Tempat ke 10 hingga tempat pertama)
2. L3 & P3
3. L2 & P2
4. L1 & P1

ANN: Pihak majlis merakamkan ucapan terima kasih/ kepada/ Yang Dihormati
…………………………… /atas kesudian / menyampaikan hadiah kepada pemenang.//

6 CUE:PENUTUP
ANN:
Guru-guru dan pelajar-pelajar sekalian
Dengan berakhirnya/ penyampaian hadiah sebentar tadi maka berakhirlah/acara Larian 1Murid
1Sukan 1malaysia peringkat Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Desa. //
Sekalung ucapan tahniah/ dan syabas / kepada semua pelajar/ yang telah memperoleh
kemenengan dalam larian ini.//

Semoga/ majlis ini akan menjadi mangkin/ kepada semua warga Sekolah Menengah Kebangsaan
Taman Desa / untuk bergiat aktif dalam sukan/ pada masa akan datang.//

Sekalung penghargaan / dan terima kasih / kepada semua pihak/ yang terlibat/ dalam
menjayakan/ Larian 1Murid 1Sukan 1malaysia ini//

Wabilla Hi Taufik /Wal Hidayah.// Assalamualaikum wmtlh wbt. // Terima kasih.//

Anda mungkin juga menyukai