Alahan semasa mengandung sering dikaitkan dengan muntah-muntah, pening kepala dan
perut berasa sebu dan tidak selesa. Keadaan ini biasa berlaku apabila anda baru bangun dari
tidur dengan mengalami sedikit pening dan muntah, namun ada juga yang akan
mengalaminya sepanjang hari. Keterukan alahan bergantung kepada individu dan ada juga
wanita yang bernasib baik yang tiada alahan langsung.
Punca alahan
Punca sebenar alahan sebenarnya masih kurang jelas. Kebanyakan penyelidik percaya yang
alahan wanita mengandung disebabkan oleh perubahan fizikal dan hormon pada badan. Ada
juga pendapat yang mengatakan alahan mungkin disebabkan oleh ketidak seimbangan paras
gula dalam darah.
Kebanyakan wanita yang mengalami alahan semasa mengandung akan sedikit sebanyak
merasai kesannya pada rutin seharian. Ada yang terpaksa menukar perancangan harian untuk
menyesuaikan diri dengan keadaan ini, malah ada yang terpaksa bercuti dari kerja kerana
alahan yang terlalu teruk.
Makanan
Apabila anda sedar di waktu pagi, makan kraker atau biskut dan rehat selama 15
minit, kemudian barulah bangun.
Kerap makan snek atau hidangan dalam kuantiti yang kecil supaya perut tidak kosong
(contoh: setiap 2 jam) walau pun anda tidak lapar.
Makan apa sahaja yang anda mahu tapi elakkan mengambil makanan pedas, berlemak
dan bergoreng.
Jika anda tidak tahan dengan bau yang kuat ketika memasak, buka tingkap dan kipas.
Lebih baik jika orang lain yang memasak.
Makan makanan yang sudah sejuk berbanding makanan panas kerana makanan yang
sudah sejuk kurang baunya.
Hidu bau limau nipis, limau kasturi atau halia boleh meredakan perut yang berasa
sebu atau tidak selesa.
Minuman
Elakkan minum semasa makan serta sebaik sahaja sebelum dan selepas makan.
Rutin harian
Berehat secukupnya kerana alahan akan bertambah buruk apabila kepenatan. Tidur
sekejap di siang hari kerana biasanya pada trimester pertama, wanita mengandung
kerap berasa letih dan mengantuk.
Dapatkan bantuan untuk mengemas rumah dan menjaga anak yang lain. Pastikan anda
peruntukkan masa untuk berehat.
Bersiar-siar dan lakukan senaman ringan di luar rumah untuk dapatkan udara segar.
Buka tingkap rumah untuk pengudaraan yang baik dalam rumah.
Jangan gosok gigi sebaik sahaja lepas makan kerana ini boleh menyebabkan rasa
mual.
Dapatkan sokongan daripada orang yang rapat (contoh: suami, ibu bapa, rakan)
Anda muntah lebih dari 3-4 kali sehari dan sebaik sahaja makan, anda muntah.
Anda risau dengan keadaan anda atau merasakan perubahan serius pada kesihatan
anda.
P.S: Bagi sesiapa yang ingin berkongsi cara berkesan mereka mengatasi alahan semasa
mengandung, adalah sangat dialu-alukan!Jika anda ingin meneruskan pencarian anda
dalam bab ini dipersilakan untuk mencarinya dengan menggunakan butang ini