- Drama bermaksud melakukan sesuatu (to do), bertindak kepada sesuatu (to act), dan untuk
menyelesaikan sesuatu (to accomplish).
- Berasal dari bahas Yunani “draomai” atau “dran” yang bermaksud berbuat, berlaku, bertindak
dan sebagainya.
- Drama adalah peniruan kehidupan, sebuah cermin budaya dan suatu bayangan kebenaran.
- Berasal dari bahasa Yunani tua “theateron” yang bermaksud tempat menonton.
- Secara khusus atau etimologis teater berkait rapat dengan pementasan atau gedung
pertunjukan atau auditorium.
- Secara umumnya teater ialah perlakuan atau aksi yang dipertontonkan di depan khalayak
secara langsung pada masa dan tempat yang terhad.
- Konflik kehidupan yang dihasilkan oleh kepelbagaian sifat manusia juga cuba diketengahkan.
- Secara ringkasnya teater mempunyai hubungan rapat dengan drama dari segi pemaparan isu
dan kehidupan manusia sejagat.
- Perbezaannya yang jelas dari segi masa dan tempat.
- Lakonan semula kehidupan dalam drama boleh diulang dan telah melalui proses edit
berbanding teater yang bersifat secara langsung setiap kali pementasan.
- Oleh itu penyampaian teater boleh berubah-ubah dan memerlukan kemahiran asas lakon yang
tinggi.
- Kecanggihan media menjadikan drama lebih menonjol perkembangannya berbanding teater
yang masih dikaitkan dengan ciri konvensyenal.
- Ciri yang ada ini sebenarnya adalah kelebihan khasnya kepada seseorang pelaku teater.
- Pelaku teater boleh menjadi pelaku drama tetapi pelaku drama tidak semestinya boleh menjadi
pelaku teater.
FIZIKAL
- Kemahiran fizikal sangat penting untuk mengaplikasi naskhah lakon sama ada dengan dialog
atau tidak.
1
- Ia ditunjukkan dengan gerak yang terlihat(blocking yang baik dan seimbang), gerak yang
jelas(meyakinkan), gerak dimengertikan(sesuai dengan hukum gerak dalam kehidupan) dan
gerak menghayati(sesuai dengan tuntutan.jiwa/naluri yang ditentukan dalam naskhah lakon).
- Gerak yang terlihat merujuk kepada kedudukan pelaku di atas pentas. Keseimbangan sangat
penting berdasarkan komposisi berikut:
a) Bahagian kanan lebih berat daripada kiri
b) Bahagian depan lebih berat daripada belakang
c) Yang tinggi lebih berat daripada yang rendah
d) Yang lebar lebih berat daripada yang sempit
e) Yang terang lebih berat daripada yang gelap
f) Menghadap lebih berat daripada membelakangi.
- Gerak yang jelas (meyakinkan) merujuk kepada aksi yang berterusan dan terkurang atau
berlebih-lebihan.
- Gerak yang dimengertikan merujuk kepada gerakan biasa yang sudah sebati dalam
kehidupan.
- Gerak menghayati atau menjiwai bererti intonasi pengucapan harus dapat menimbulkan kesan
gerak yang sesuai dengan naskhah.
- Kemahiran fizikal sangat penting dan memerlukan latihan olah tubuh yang berterusan selain
mengenali fizikal dari hujung rambut hingga ke hujung kaki.Ini termasuklah pancaindera iaitu
mata (fokus tanpa berkedip), telinga(mendengar dan mengecam), hidung(ciuman dan bauan),
kulit(meraba sendiri dan benda disekeliling) dan lidah(merasa dengan menjilat, menjelir
bahagian mulut sendiri dan membayangkan sesuatu).
- Terdapat pelbagai gerak yang mesti diketahui dalam kemahiran fizikal lakonan.
Secara asasnya gerak terbahagi kepada 2 iaitu :
Gerak teaterikal - Merujuk kepada gerakan yang lahir daripada keinginan bergerak yang
sesuai dengan apa yang dituntut dalam naskhah. Oleh itu ia terhad mengikut naskhah sahaja.
Gerak non teaterikal - Merujuk kepada gerak kita dalam kehidupan seharian. Ia dipecahkan
pula kepada 2 jenis iaitu gerak halus dan gerak kasar.
2
Gerak Halus. - Berkaitan dengan gerak pada raut wajah atau mimik muka yang berkait rapat
dengan ekspresi.
Gerak Kasar - Berkaitan dengan gerakan sebahagian atau seluruh anggota tubuh kita.
3
VOKAL
- Kemahiran vokal juga wujud serentak atau seiringan dengan gerak dalam kemahiran fizikal
khasnya dalam latihan obzervasi dan ilusi.
- Ia penting untuk keserasian dan kesesuaian.
- Asas vocal yang baik sangat penting kepada seorang pelakon.
- Vokal yang baik mempunyai cirri-ciri berikut ;
a) Boleh didengar walau pada jarak yang jauh.
b) Sebutan yang jelas dan bulat (artikulasi)
c) Mesej dialog sampai kepada penonton.
d) Penonton boleh tertarik dengan hanya mendengar vocal
- Vokal yang baik boleh dihasilkan melalui latihan-latihan vocal yang berterusan dan berkesan. –
Artikulasi
- Artikulasi sangat penting dalam pengucapan dialog.
- Kecacatan artikulasi dalam vokal boleh berlaku akibat gugup, bercakap terlalu cepat, latar
belakang (latar bahasa) dan kecacatan semulajadi (tidak boleh menyebut R, L, O dan
sebagainya).
- Oleh itu latihan diperlukan untuk mengatasi atau mengurangkan kecacatan artikulasi. -
Antaranya mengucapkan alphabet dengan betul secara berulang-ulang dan menggunakan
kepelbagaian nada sama ada tinggi, rendah, sengau, kecil, besar dan sebagainya.
4
Getikulasi
- Getikulasi adalah suatu cara untuk memenggal kata dan memberi tekanan pada kata atau
kalimat pada sebuah dialog.
- Seperti juga artikulasi, getikulasi adalah berkait rapat dengan pengucapan dialog, cuma
fungsinya sahaja yang berbeza.
- Getikulasi harus dilakukan jika sesuatu dialog itu mempunyai maksud yang berbeza. Misalnya,
“Tuan kelewatan. Pergi!”
Intonasi
- Intonasi merupakan tekanan dalam pengucapan dialog agar tidak mendatar dan
membosankan.
- Terdapat 3 jenis intonasi iaitu :
1. Tekanan Dinamik (keras-lembut).
Dilakukan untuk memberi makna yang berbeza dalam frasa.
Contohnya penekanan pada perkataan yang dihitamkan dalam frasa di bawah:
Saya tidak bersalah ! b. Saya tidak bersalah ! c. Saya tidak bersalah !
2. Tekanan Nada (tinggi). Mengucapkan dialog dengan nada dan bukannya seperti biasa.
Cross Talk
- Cross talk atau pengucapan mencelah juga sangat penting untuk melatih artikulasi dan intonasi
vocal.
Warna Suara
- Setiap individu mempunyai warna suara tersendiri dan berbeza.
- Warna suara juga berbeza mengikut usia.
- Misalnya warna suara kanak-kanak berbeza dengan warna suara orang tua. Latihan peniruan
suara kanak-kanak, orang tua, pengemis dan sebagainya boleh memberi variasi warna suara
seseorang.
5
Pernafasan
- Vokal yang baik ada kaitan dengan pernafasan.
- Oleh itu sebelum mengenali vocal latihan pernafasan perlulah dititik beratkan.
- Ada 4 cara pernafasan yang biasa digunakan:
a. Pernafasan dada.
- Hanya sesuai sebagai aktiviti pemanasan pernafasan yang akan mengeluarkan vocal.
- Contohnya dalam latihan humming.
- Walau bagaimanapun pernafasan dada kurang sesuai digunakan untuk melafazkan dialog kerana
boleh menjejaskan lakonan.
- Ini kerana bahu menjadi kaku dan dada membusung akibat udara yang diserap masuk ke rongga.
b. Pernafasan perut.
- Pernafasan perut berlaku apabila kita menyedut udara ke dalam perut dan melepaskannya.
- Penggunaannya lebih praktikal kerana tidak menjejaskan aksi lakonan. Malah suara yang
dikeluarkan daripada perut akan lebih jelas dan bulat.
c. Pernafasan lengkap.
- Pernafasan lengkap merupakan pernafasan yang menggunakan dada dan perut untuk
menyimpan udara sehingga mencapai tahap minimum. Biasanya pernafasan ini sangat penting
ketika mengeluarkan vocal tanpa banyak pergerakan..
- Pernafasan ini sesuai untuk latihan menyanyi, humming dan pemanasan vokal.
d. Pernafasan diafragma
- Pernafasan diafragma ialah apabila diafragma kita mengembang apabila kita menyedut udara.
- Pernafasan ini lebih kerap digunakan oleh manusia dalam percakapan seharian.
- Pernafasan ini tidak banyak mengganggu pergerakan dan daya tampungnya lebih banyak
berbanding pernafasan perut.
LATIHAN PERNAFASAN
- Menyedut udara seberapa banyak, masuk ke dada sehingga ke perut dan tahan.
- Gerakkan badan hingga ke batas bawah, kemudian naik ke posisi asal sebelum melepaskan nafas
yang ditahan di perut tadi.
-Menarik nafas dan mengeluarkannya dengan cepat
-Menarik nafas sedalam-dalamnya kemudian dikeluarkan melalui mulut dengan mendesis,
mengumam atau cara-cara lain tanpa melepaskannya terus.
6
MENTAL DAN EMOSI.
Mental dan emosi adalah perkara penting yang berkait rapat dan memerlukan kemahiran untuk
digunakan secara maksima agar lakonan berkesan.
- Mental dan emosi mestilah sentiasa bersedia dan bijak menangani apa jua situasi.
- Mental dan emosi ini merupakan ungkapan perasaan dan dalaman seseorang. Mental mestilah
sentiasa bersedia menerima apa jua situasi dan emosi memainkan peranan untuk menunjukkan
sesuatu situasi tersebut misalnya marah, sedih, gembira, benci, bingung, gugup, takut dan
sebagainya.
- Jika mental tidak bersedia emosi tidak dapat wujud dengan sepenuhnya.
- Begitu jugalah sebaliknya. Misalnya jika emosi tidak meresap dalam diri pasti mentalnya tidak
dapat berperanan maksimum.
- Mental dan emosi juga sentiasa beriringan dengan ekspresi, penghayatan, imaginasi, ilusi dan
dalaman seseorang. Imaginasi (khayal cipta) merupakan kekuatan dalaman dalam
membayangkan sesuatu.
- Ilusi pula adalah pengalaman yang diluahkan semula dengan kekuatan mental dan emosi. -
Perkara ini kemudian divariasi secara kreatif.
- Penghayatan adalah mengamati serta mempelajari isi dari naskhah untuk diterjemahkan
kepada tubuh badan iaitu fizikal, vocal melalui kekuatan mental dan emosi.
- Untuk merealisasi kandungan naskhah melalui penghayatan, seseorang perlu:
a) Mempelajari dan memahami keseluruhan naskhah
b) Melakukan gerak serta dialog
c) Menghayati muzik yang bersesuaian untuk mengiringi penghayatan naskhah.
Oleh itu jelas kemahiran asas lakon yang lain iaitu fizikal dan vokal juga tidak terkecuali dijana
oleh kemahiran mental dan emosi.
7
b. Mempunyai kemampuan imaginasi (hayal cipta) namun tidak terlepas dari kawalan realiti.
Membentuk Pelakon
- Menyatakan (realisasi) imaginasi pengarah
- Berkerjasama dengan pengarah
- Bekerja secara berkumpulan
- Menyatakan matlamat pengarang
- Menggerakkan plot drama
- Menentukan tema dan persoalan
Teknik latihan lakon banyak merujuk kepada Konstantin Stanilavski (1863- 1938).
Beliau adalah:
- Pelopor lakonan realistic
- Pengasas bersama Moscow Art Theatre
8
- Pernah berkerja bersama Anton Chekov
- Menganggap lakonan bukan sekadar imatasi tetapi sebagai satu proses mencipta sesuatu
yang diisi dengan psikologikal dan mental
- Untuk mencapai proses tersebut beliau memperkenalkan suatu kaedah yang dikenali sebagai
The System.
- Kaedah ini diaplikasi di dalam lakonan pentas dan filem
Membentuk Aksi Aksi dapat dibentuk daripada tiga proses seperti berikut:
- fizikal - Intelektual (mampu membuat penganalisaan) sejarah, social, ekonomi, politik. -
Spiritual (dapat membentuk transformasi)
Kaedah “The System” oleh Constantin Stanislavski Pengarah tersohor Rusia Constantin
Stanislavski (1863-1938) dengan ideanya membina perwatakan.
Teori asas yang sering dipakai oleh beliau ialah Kaedah Stanilavski seperti berikut:
1. The “magic if”
- Keajaiban kalau satu cara bagaimana pelakon berimaginasi dengan membuat soalah demi
soalan seperti “bagaimana kalau saya dalam situasi yang begitu?” Contohnya:
a. Anda sedang bersiap sedia untuk menghadirkan diri ke Majlis Khidmat Cemerlang, tiba-
tiba lampu padam.
b. Tiket penerbangan,tempahan hotel dan pakej pelancongan semua telah sedia untuk anda
bercuti, tiba-tiba anda mendapat telefon dari pejabat cuti anda dibatalkan kerana ada tugasan
yang belum diselesaikan.
9
c. Anda menaiki keretapi untuk menghadiri seminar yang penting, tiba-tiba di pertengahan
perjalanan anda menyedari telah tersilap naik keretapi.
2. Given Circumstances
- Memberi sebab-sebab tertentu tentang fakta dalam skrip yang tidak diperjelaskan oleh penulis
seperti plot, latar sejarah, latar watak dan perwatakan dan latar masyarakat yang diwakili.
- Ringkasnya sebab-sebab tertentu perlu diperjelaskan seperti berikut:
a. Fakta di dalam plot, zaman, masa dan tempat untuk aksi
b. Interpretasi pengarah dan pelakon
c. Penggunaan set, props, kesan bunyi yang digabungkan untuk menghasilkan perwatakan
d. Pengaruh persekitaran akan memberikan kesan kepada psikologi dan fizikal watak
e. Pelakon perlu dibiasakan dengan persekitaran tersebut
f. Aksi yang berkesan dan bertenaga adalah bergantung kepada persekitaran yang dihadapi
g. Pencarian terhadap kejadian dan persekitaran sedia ada di dalam drama akan
membolehkan pelakon memilih aksi meletakkan pengalaman dalaman dan emosi
3. Subtext
- Makna disebalik perkataan
- Makna tersembunyi yang mendalam bagi pengucapan dialog yang dilontar yang ada kena
mengena dengan sebalik kehidupan watak.
- Manusia amat sukar untuk mencari perkataan yang sesuai dengan ekspresinya
- Subtext akan membentuk perkataan dengan menjadi unik
- Perkataan yang sama akan membolehkan mempunyai makna yang berlainan bergantung
kepada individu yang mengucapnya
- Stanilavski: nilai perkataan tersebut bukan hanya terletak pada perkataan itu sendiri tetapi
kandungan subtextnya pada pelakon setiap baris ayat mesti dipelajari sejak awal lagi
4. Super Objektive
- Merujuk kepada tujuan utama yang hendak dicapai setiap watak bagi satu-satu babak, satu
keistimewaan yang hendak dihasilkan bagi satu- satu aksi atau apa yang hendak diperlihatkan
oleh pelakon.
- Menurut Stanislavski: Tiada penulis skrip yang hebat maka tiada teater yang hebat.
- Super Objektif adalah pati kepada sebuah drama yang perlu dipandu dengan teliti oleh
pengarah dan diinterpretasikan oleh pelakon dan juga peristiwa.
- Pelakon harus mempunyai super objektif
10
- Daripadanya ia akan dipecahkan di dalam beberapa objektif
- Daripadanya objektif akan dipecahkan kepada bebrapa unit atau bit.
- Contoh: Nak Mencuri Ayam, Nak Memikat.
Motivation - Merupakan dorongan untuk mencungkil perkara tersembunyi. yang ada pada
setiap tingkah laku / kelakuan / gelagat watak-watak
Obstacle (Halangan)
Sesuatu yang tidak terbaca oleh watak, sesuatu yang menghalang pelakon mencapai tujuan
lakonnya yang menghalang tujuan dan pelaksanaan
Concentration (Penumpuan)
- Keupayaan pelakon memfokuskan perhatiaan yang sempurna.
UNSUR-UNSUR TEATER –
1. Unsur-unsur teater merupakan perkara yang wajib diketahui dalam kehidupan berteater selain
daripada kemahiran asas lakon. - Unsur-u
2. Unsur teater terdiri daripada:
- Pelaku
-Ruang
-Mesej
-Penonton Kolektif
-Naskhah Lakon
Gabungan PELAKU
Pelaku adalah pemain peranan dalam sesuatu pementasan seperti pelakon, penari, penyanyi
dan pemuzik. malah sesiapa sahaja boleh menjadi pelaku sama ada yang berlaku secara
terancang (dalam persembahan/pementasan) atau tidak terancang (dalam kehidupan seharian).
Dengan kemahiran asas lakon aksi pelaku yang dirancang akan menjadi natural seperti pelaku
yang tidak terancang.
11
b) Pelaku watak bukan manusia
- Diwujudkan melalui imaginasi, fiksyen, khayalan dan sebagainya mengikut kreativiti seseorang.
- Ia meliputi pelaku unsur alam semulajadi, haiwan dan alam khayalan atau fiksyen.
- Contohnya pokok, rebut dan ombak
-Perlu diingatkan pelaku yang diketengahkan dalam sesebuah pementasan bersifat hiperbola
mengikut kreativiti pembawaannya.
RUANG
- Ruang ialah kawasan yang disediakan khas untuk pelakon beraksi di pentas
- Pada umumnya ruang di pentas dibahagikan kepada 9 bahagian.
- Bahagian-bahagian ini mempunyai keutamaan dan peranannya yang tersendiri.
- Ia juga menjadi panduan kedudukan pelaku di atas pentas atau bloking kerana perkara ini tidak
ditetapkan dalam naskhah lakon.
- Ruang dan gerak merupakan perkara yang mementingkan perkara berikut
a) Bahagian kanan lebih utama daripada kiri
b) Bahagian depan lebih utama daripada belakang
c) Yang tinggi lebih utama daripada yang rendah
d) Yang lebar lebih utama daripada yang sempit
e) Yang terang lebih utama daripada yang gelap
Penggunaan ruang yang baik berkait rapat dengan bloking dan setting yang mempunyai ciri-ciri
berikut:
a) Seimbang - Seimbang dari segi kedudukan atau bloking pelaku di atas pentas.
- Seimbang dari segi letak duduk set dan props seperti alat muzik dan pemainnya. Bagi
mewujudkan keseimbangan, kedudukan pelaku tidak sesuai dikelompokkan atau dikumpul di
satu bahagian pentas sahaja.
b) Utuh - Utuh adalah penghasilan bloking yang bersifat kesatuan dan tidak saling menutupi. -
Walau bagaimanapun keutuhan itu tidaklah sampai bersifat stereotaip kerana kreativiti masih
diambil kira.
c) Bervariasi
- Kedudukan pelaku sebaiknya dipelbagaikan agar tidak hanya di satu-satu tempat sahaja.
- Variasi juga melibatkan kepelbagaian pergerakan atau aksi yang berbeza dan tingkat atau aras
juga dipelbagaikan bagi mengelakkan rasa bosan penonton.
12
d) Memiliki titik pusat
- Titik pusat penting untuk menjadi sempadan dan panduan pelaku.
- Ia penting untuk memusatkan perhatian, kosentrasi agar penggunaan ruang yang ada tidak
bercelaru.
e) Wajar
- Penggunaan ruang mestilah bersifat wajar iaitu penggunaan yang natural dan tidak dibuat-buat
atau stereotaip.
- Kedudukan pelaku dan set harus mempunyai alasan tersendiri di samping boleh
memotivasikan pelaku untuk menghidupkan watak.
MESEJ
- Mesej merupakan hasrat yang hendak disampaikan oleh penulis dan pengarah.
- Tanpa mesej sesebuah pementasan itu diumpamakan seperti tin kosong.
- Mesej biasanya berdasarkan pelbagai isu yang ada disekeliling kita digarap dalam bentuk
persembahan untuk disampaikan semula kepada masyarakat sama ada melalui perlakuan atau
perkataan.
- Perlakuan adalah melibatkan gerakan pancaindera dari hujung rambut hingga ke hujung kaki.
PENONTON KOLEKTIF
- Penonton kolektif dalam sesebuah pementasan teater merupakan mereka yang hadir khusus
untuk menyaksikan persembahan secara terus dari pelaku yang beraksi di pentas.
- Secara umumnya penonton yang hadir sama-sama merasai dan memberikan respons
terhadap apa yang disajikan.
- Penonton kolektif hanyalah melibatkan sebahagian kecil penonton dan babak sahaja kerana
pada dasarnya pelaku dan penonton masih terpisah.
- Penonton kolektif boleh berlaku melalui hubungan mata, bahasa badan, memek muka dan
kata-kata tetapi tidak sampai berlebih-lebihan.
NASKHAH LAKON.
- Naskhah lakon ialah skrip yang ditulis sebagai panduan dalam sesuatu pementasan teater.
- Ia bukan sahaja panduan kepada pelaku tetapi seluruh tenaga produksi.
- Naskah penting untuk dijadikan penduan bagi mengelakkan pelaku dan tenaga produksi
tersasar atau menyimpang daripada kehendak cerita yang cuba diketengahkan.
13
- Oleh itu naskhah lakon perlu dihayati oleh semua yang terlibat dalam produksi berkenaan. -
Naskhah lakon bukan hanya merujuk kepada dialog semata-mata tetapi termasuk semua
perkara dalam produksi berkenaan.
GABUNGAN
- Seorang pelaku perlu menguasai kemahiran fizikal, vokal, mental dan emosi. - Gabungan
kesemua kemahiran ini dapat mewujudkan suatu persembahan yang mantap.
14