Anda di halaman 1dari 9

PEMBINAAN INSTRUMEN JATI DIRI PELAJAR

SEKOLAH MENENGAH DI MALAYSIA


Zamli Toti, Ruslin Amir, Saemah Rahman
Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia

ABSTRAK

Kajian ini bertujuan untuk membina satu instrumen untuk mengukur tahap jati diri pelajar.
Instrumen dibina berdasarkan konstruk sedia ada oleh pengkaji tempatan dan dihalusi oleh
pandangan 6 orang pakar dalam bidang pendidikan. Satu soal-selidik telah disediakan dan ditadbir
kepada 118 orang pelajar sekolah menengah. Untuk menguji bilangan faktor dan kebolehpercayaan
dalaman data kajian dianalisis menggunakan statistik analisis faktor dan nilai pekali Alpha
Cronbach. Nilai Alpha Cronbach yang diperoleh antara .55 hingga .83. Analisis dapatan menunjukkan
konstruk Jati Diri ini terdiri dari dua dimensi utama dan tujuh sub dimensi. Dimensi pertama dikenali
sebagai Dimensi Kesetiaan mempunyai 3 sub dimensi iaitu Patriotisme, Budaya Kebangsaan dan
Bahasa Kebangsaan. Manakala dimensi kedua yang dikenali Dimensi Kekuatan Diri terdiri dari 4 sub
dimensi iaitu Ketahanan Diri, Sahsiah Diri, Kekuatan Jiwa dan Etika. Kajian ini mendapati instrumen
jati diri yang dibina mempunyai tahap kebolehpercayaan dan kesahan yang tinggi dan boleh
digunakan dalam mengukur Jati Diri pelajar sekolah menengah.

Kata Kunci: Jati diri, dimensi kesetiaan, kekuatan diri, patriotisme, budaya kebangsaan, bahasa
kebangsaan, ketahanan diri, sahsiah diri, kekuatan jiwa, etika.

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Pengenalan

Tujuan pendidikan ialah untuk membentuk seorang insan yang berilmu, berketerampilan dan
berbudi mulia iaitu sejajar dengan matlamat Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP),
Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM 2010). Segala usaha ini dipertanggungjawabkan kepada
sekolah (Affizal 2008), namun demikian, sebaik sahaja pelajar memasuki sekolah menengah, mereka
sering berhadapan dengan cabaran yang lebih besar seperti yang dinyatakan oleh Joyce et al. (2007)
iaitu dalam membentuk peribadi atau identiti. Dari segi sejarah Erikson (1950) menjelaskan bahawa
cabaran utama para remaja adalah pertarungan besar di antara ‘identiti’ dan ‘kekeliruan peranan’
dalam diri mereka. Persoalan “Siapakah aku” ini mula ditanya olehnya sehingga mereka beroleh
jawapan “Inilah aku.

Penyataan Masalah

Pendidikan di Malaysia seharusnya boleh mewujudkan jati diri yang tinggi dalam kalangan pelajar.
Harapan Kementerian pendidikan Malaysia adalah memupuk pembinaan jati diri melalui kurikulum,
program kokurikulum dan sukan. Ini disebabkan jati diri yang terhasil daripada sistem pendidikan
negara akan menghasilkan Negara Bangsa yang kukuh dan maju (Kementerian pendidikan Malaysia
2006). Malah, sistem pendidikan negara berfungsi sebagai wahana membina jati diri bangsa di
samping membina keilmuan dalam semua lapisan masyarakat, minda dinamis serta progresif, sikap
dan nilai patriotik serta nasionalistik dan kemajuan negara di mata dunia (Resolusi Kongres
Kebudayaan Melayu II 2009). Jati diri ialah ukuran penting bagi menentukan baik buruk tingkah laku
pelajar. Oleh kerana jati diri menjadi cermin identiti yang baik, maka pembentukan jati diri pelajar
amatlah penting dan harus diberi perhatian sewajarnya. Tidak dinafikan individu itu sendiri
memainkan peranan penting dalam membentuk keperibadiannya. Walau bagaimanapun faktor-

Proceeding of the Social Sciences Research ICSSR 2014 (e-ISBN 978-967-11768-7-0). 9-10 June 2014,
Kota Kinabalu, Sabah, MALAYSIA. Organized by http://WorldConferences.net 664
faktor persekitaran memberi pengaruh besar dalam kehidupan pelajar (Yahya 2006). Walau
bagaimanapun, sejauh manakah hasrat Kementerian pendidikan Malaysia dapat direalisasikan
sekiranya persoalan ini tidak dapat diungkap melalui kajian saintifik.

Menurut Kamarudin (2006) menegaskan bahawa aspek-aspek pembangunan sahsiah perlu


diseimbangkan dengan kecemerlangan akademik. Johari dan Sutinah (2010) dalam kajiannya
merumuskan bahawa sahsiah dan jati diri yang teguh mampu membawa kepada kecemerlangan
dalam akademik dan seterusnya akan terserlah ciri-ciri kepimpinan pada diri pelajar. Justeru,
kehebatan seorang pelajar bukan semata-mata terletak kepada kecemerlangan akademik tetapi juga
kepada ketinggian nilai moral dan akhlak yang diamalkan (Tajul Ariffin 2007). Oleh itu, wujud
keperluan untuk mengkaji aspek jati diri pelajar pada masa kini sejajar dengan hasrat kementerian
pendidikan dan wawasan negara.

Objektif Kajian

Berdasarkan tinjauan kajian lepas mendapati bahawa belum ada kajian tentang jati yang khusus
untuk pelajar Malaysia. Hanya satu dalam lima item yang diambil melalui istilah carian sedia ada
yang biasa digunakan dalam pelbagai perkhidmatan carian atas talian (on-line) dan katalog
perpustakaan universiti sebenarnya memperkatakan jati diri (Joanna 2001). Oleh sebab itu, kajian
ini bertujuan untuk membina instrumen jati diri dan menguji kesahan dan kebolehpercayaan
pembinaan instrumen tersebut.

Kepentingan kajian

Secara implikasinya matlamat pendidikan pada akhirnya akan menghasilkan warganegara yang
mempunyai jati diri (Sufean et al. 2005). Oleh itu, pembinaan jati diri merupakan aspek penting yang
ditekankan dalam sistem pendidikan negara kerana ia akan melahirkan generasi muda yang menjadi
tonggak negara. Dapatan kajian ini boleh digunakan untuk membantu pihak pentadbiran sekolah
membuat perancangan yang lebih kemas serta menggunakan kelebihan-kelebihan tertentu bagi
memastikan pelajar dapat terlibat secara aktif dalam proses pengajaran dan pembelajaran dengan
selesa dan didorong oleh tahap motivasi yang tinggi. Usaha ini dapat memperkukuhkan fungsi
sesebuah sekolah selari dengan visi dan misi Kementerian pendidikan Malaysia dan negara.

Di samping itu, hasil kajian ini diharap dapat membantu guru berhadapan dengan pelbagai ragam
pelajar, supaya mereka dapat mempengaruhi, mengurangkan rasa tegang, bosan apalagi dalam
kalangan pelajar agar mereka dapat menjadikan sekolah seperti rumah sendiri dan tempat yang
menyeronokkan untuk belajar. Dalam hal ini, Joanna (2001) menegaskan bahawa kajian seperti ini
adalah penting kepada pengkaji dan penggubal dasar. Malah menurut Saat (2007), jati diri adalah
kekuatan kepada seseorang dalam menyeimbangkan akal, jasmani dan rohani. Remaja positif perlu
memiliki jati diri yang kukuh dan kuat.

Kajian tentang jati diri dapat memberi faedah kepada cendekiawan, pengkaji dan pelajar dalam
pelbagai disiplin serta sesuai untuk pelbagai dasar tertentu dari pelbagai kementerian dan jabatan
kerajaan. Di samping itu, kajian ini diharap dapat memperkayakan ilmu dalam bidang kajian
pendidikan. Aminuddin (1990) mencadangkan supaya kajian-kajian yang berkaitan dengan
pendidikan diperbanyakkan. Usaha membina dan menambah bahan ilmiah merupakan usaha
berterusan kerana sesuatu ilmu berkembang dengan pesat terutamanya dalam bidang pendidikan.

Definisi Operasional

Jati Diri

Proceeding of the Social Sciences Research ICSSR 2014 (e-ISBN 978-967-11768-7-0). 9-10 June 2014,
Kota Kinabalu, Sabah, MALAYSIA. Organized by http://WorldConferences.net 665
Jati diri bermaksud sifat atau ciri yang khas dan istimewa yang menjadi teras, identiti, dan lambang
keperibadian (Zaharani et al. (2011). Istilah ini berasal dari perkataan Perancis identité, iaitu secara
bahasanya sebagai identitas manakala dalam bahasa Latin, -tatis, terbit dari kata sifat Latin yang
bermaksud "yang sama" (Joanna 2001). Selain itu, jati diri merujuk kepada imej diri dan merupakan
pengukuhan tingkah laku secara berulang-ulang (Charng et al. 1988). Di samping itu, jati diri
menekankan kepada sifat ketahanan diri, tidak lupa kepada nilai-nilai kebudayaan bangsa, tidak
mudah terpengaruh dengan nilai-nilai asing dan pada masa yang sama dapat menyesuaikan diri
dengan keadaan semasa (Paimah et al. 2003). Oleh itu, jati diri dalam kajian ini merujuk kepada
pelajar yang mempunyai sahsiah diri yang kuat, sifat ketahanan diri, kekuatan jiwa, semangat
patriotisme yang tinggi, mempunyai etika yang kukuh, berpegang pada nilai budaya kebangsaan dan
dasar bahasa kebangsaan.

Sahsiah Diri

Menurut Kamarul Azmi (2007) sahsiah diri menggambarkan sifat-sifat keperibadian seseorang yang
boleh membezakannya daripada orang lain. Sahsiah diri merangkumi gaya hidup (life-sytle),
kehendak, kepercayaan, nilai dan perasaan, tabiat, sikap dan sifat mahupun watak seseorang
individu. Justeru itu sahsiah adalah satu perkara yang dirujuk bercorakkan kepada pemikiran,
perasaan dan tingkah laku individu. Dalam hal ini, Paimah et al. (2003), merumuskan bahawa sahsiah
diri merujuk kepada penekanan kepada pembentukan dan peningkatan peribadi dan budi pekerti
mulia. Oleh itu, sahsiah diri dalam kajian ini merujuk kepada pelajar yang tidak suka memburukkan
orang lain, jujur, tidak mementingkan diri, suka membantu, melakukan sesuatu kerja dengan teliti,
sentiasa berusaha sehingga mencapai matlamat diri dan memaparkan akhlak mulia.

Kekuatan Jiwa

Kekuatan jiwa merupakan kebolehan individu menerima kelewatan, perkara yang menimbulkan
kemarahan atau penderitaan tanpa merungut. Mereka bijak mengawal emosi. Dalam masa yang
sama, mereka menjauhkan diri dari emosi-emosi negatif seperti kesedihan, kemurungan dan rasa
tertekan yang melampau (Anon 2008). Oleh itu, kekuatan jiwa dalam kajian ini merujuk kepada
pelajar yang mempunyai kawalan emosi yang baik, melihat sesuatu dari sudut yang positif, sentiasa
melihat sesuatu dengan harapan yang cerah, mempunyai kesabaran yang tinggi dan boleh menerima
sesuatu hakikat kejadian, seorang yang mudah memaafkan orang lain dan sentiasa tenang.

Ketahanan Diri

Ketahanan diri merujuk kepada kecekapan dalam menghadapi cabaran yang signifikan (Sarah 2003),
keupayaan dan kemampuan seseorang untuk bertahan dalam menghadapi, mengatasi serta pulih,
malah jika perlu, mengadaptasi strategi baru bila mana menghadapi sesuatu krisis atau gangguan
(sama ada gangguan kecil atau besar), tetapi tahap ketahanan yang perlu dicapai adalah berbeza
mengikut individu (Shaharudin 2010). Oleh itu, ketahanan diri dalam kajian ini merujuk kepada
pelajar yang mempunyai kemampuan untuk bertahan dalam menghadapi, mengatasi serta pulih
daripada sesuatu situasi, tidak mudah kecewa, menyelesaikan setiap tugas yang diberikan,
mempunyai pendirian yang kuat, seorang yang tabah, tetap dengan pendirian yang telah dibuat,
yakin dengan kebolehan yang dimiliki, tidak suka menangguhkan kerja dan melakukan sesuatu
tugasan dengan sempurna.

Proceeding of the Social Sciences Research ICSSR 2014 (e-ISBN 978-967-11768-7-0). 9-10 June 2014,
Kota Kinabalu, Sabah, MALAYSIA. Organized by http://WorldConferences.net 666
Patriotisme

Patriotisme merupakan perasaan cintakan tanah air yang mendalam berasaskan kesedaran
seseorang terhadap kewarganegaraannya dan kesetiaan teragung sehingga sanggup berkorban
nyawa untuk tanah airnya. Menerusi patriotisme, bangsa akan menjadi kuat, berani, mempunyai
ketahanan mental, emosi dan fizikal dalam membentuk ketahanan nasional dan menghadapi
cabaran mendatang (Kementerian Pelajaran Malaysia 2006). Di samping itu, patriotisme juga
membawa erti fahaman atau pegangan serta kepercayaan yang menggabungkan individu, kelompok
dan wilayah di mana kelompok tersebut menghuni (Nazri & Jamsari 2009). Menurut Paimah et al.
(2003), patriotisme menekankan kepada kehidupan harmoni masyarakat berbilang kaum. Oleh itu,
patriotisme dalam kajian ini merujuk kepada pelajar yang mempunyai semangat, perasaan, sikap,
kesedaran, tanggungjawab dalam kehidupan harmoni masyarakat berbilang kaum, menghargai jasa
dan perjuangan tokoh-tokoh negara, berbangga dengan sejarah negara Malaysia, sedia berkorban
dan bertanggung jawab kepada bangsa dan negara, berbangga sebagai rakyat Malaysia dan sentiasa
taat dan setia kepada pemimpin negara.

Etika

Etika merupakan peraturan sosial iaitu peraturan-peraturan yang dikenakan oleh lingkungan sosial
untuk mengawal tingkah laku manusia, memberikan takrif “betul” dan “salah” (Mohammad Abu
Bakar 2011) dan menekankan kepada penghayatan nilai-nilai murni yang boleh memupuk budi
pekerti mulia (Paimah et al. 2003). Manakala menurut Mel Thompson (2011), etika adalah sesuatu
yang didasarkan kepada nilai umum. Oleh itu, etika merupakan sesuatu yang berkait dengan
keupayaan seseorang untuk membezakan antara yang betul dan salah dan seterusnya melakukan
sesuatu yang betul (Zaharah at al. 2009). Dalam hal ini, Abdul Fatah (2001), merumuskan etika
sebagai usaha menyelidik, memikirkan dan mempertimbangkan mengenai yang baik dan yang buruk.
Oleh itu, etika kajian ini merujuk kepada pelajar yang mempunyai perasaan bangga dengan budaya
Malaysia yang sedia ada, menghargai dan mengamalkan tradisi dan budaya bangsa, yakin dengan
prinsip hidup bersatu padu dan berharmoni, bertolak ansur dan bertoleransi dalam kehidupan
bermasyarakat, menghormati perbezaan budaya yang ada, berintegriti serta berbangga dengan
warisan negara.

Budaya Kebangsaan

Budaya mempunyai banyak definisi. Budaya adalah satu set kepercayaan, nilai, norma, adat, tradisi,
ritual, dan satu cara hidup yang membezakan satu kumpulan dari yang lain (Lee Su Kim 2003).
Budaya juga dilihat sebagai satu set pandangan dunia yang dikongsi bersama dan tingkah laku
penyesuaian yang diperoleh daripada kumpulan tertentu dalam pelbagai konteks seperti ekologi
(luar bandar, bandar, pinggir bandar), latar belakang agama dan sebagainya (Cathy 2008). Oleh itu,
budaya kebangsaan dalam kajian ini merujuk kepada pelajar yang mempunyai perasaan bangga
dengan budaya Malaysia yang sedia ada, menghargai dan mengamalkan tradisi dan budaya bangsa,
yakin dengan prinsip hidup bersatu padu dan berharmoni, bertolak ansur dan bertoleransi dalam
kehidupan bermasyarakat, percaya kepada hidup bersefahaman dan bermuafakat, berakhlak dan
berbudi pekerti mulia serta berbangga dengan warisan negara.

Bahasa Kebangsaan

Bahasa kebangsaan adalah bahasa yang dikongsi bersama oleh rakyat dalam perhubungan rasmi dan
kehidupan bermasyarakat. Dalam konteks Negara Bangsa Malaysia, Bahasa Melayu adalah Bahasa
Kebangsaan dan bahasa rasmi yang menjadi alat perpaduan dan juga selaku bahasa perhubungan
utama masyarakat. Kedudukan Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan termasuklah sebagai

Proceeding of the Social Sciences Research ICSSR 2014 (e-ISBN 978-967-11768-7-0). 9-10 June 2014,
Kota Kinabalu, Sabah, MALAYSIA. Organized by http://WorldConferences.net 667
bahasa rasmi, bahasa perpaduan, bahasa ilmu dan bahasa komunikasi moden (Kementerian
Pelajaran Malaysia 2006). Oleh itu, bahasa kebangsaan dalam kajian ini merujuk kepada pelajar yang
mempunyai perasaan bangga menggunakan bahasa kebangsaan, yakin bahasa kebangsaan boleh
menjadi bahasa ilmu, bahasa perpaduan dan boleh meningkatkan kemajuan negara serta bangga
apabila berkomunikasi menggunakan bahasa kebangsaan dengan baik.

Kajian-kajian Berkaitan Jati Diri

Berdasarkan sorotan kajian yang dilakukan, tidak banyak kajian-kajian jati diri yang dilakukan di
Malaysia khususnya mengguna pakai soal selidik jati diri yang khusus. Kajian-kajian jati diri lebih
menjurus kepada pemboleh ubah bahasa (Abdullah 2009; Ruhil Amal & Daing Zaidah 2011), emosi
(David 2008) dan psikologi silang budaya (Miriam 2001; Schmitt & Allik 2005), di samping
melibatkan isu etnik (Joanna 2001). Oleh itu, kajian yang melihat hubungan jati diri dengan motivasi
adalah amat terbatas. Dalam hal ini, Joanna (2001) menjelaskan bahawa banyak penyelidikan telah
dilakukan di Kanada yang memberi tumpuan khusus pada isu-isu jati diri. Walau bagaimanapun,
bahan ini adalah agak sukar untuk diakses kerana ia cenderung untuk diletakkan di bawah kata
carian yang terlalu umum dan pelbagai, termasuk "jati diri budaya," "jati diri sosial," "jati diri etnik,"
"jati diri kaum," "jati diri kumpulan”, dan konsep diri.

Manakala kajian-kajian berkaitan jati diri di Malaysia sangat sukar diperoleh. Oleh itu, pengkaji
menggunakan kajian-kajian berkaitan konsep kendiri dan identiti untuk menjelaskan hubungan di
antara jati diri dan pencapaian akademik. Kajian-kajian tersebut adalah seperti kajian Coover &
Murphy (2000), Simon (2002), Zulkifli (2003), Ishak (2004), Chee et al. (2005), Pamela dan Mark
(2005), Brenda et al. (2007), Gao Yihong et al. (2007), Norlaily (2008), Nurul Ezzati (2008), Azizi et al.
(2010b) serta Jamaludin dan Naswa (2011).

Dalam hal ini, Coover & Murphy (2000) telah menjalankan kajian untuk mengenal pasti hubungan
di antara jati diri dengan pencapaian akademik dan mendapati jati diri antara dimensi yang lebih
positif berkait dengan pencapaian akademik. Menurutnya jati diri boleh berubah melalui interaksi
sosial dan komunikasi antara lain yang mana boleh meningkatkan pencapaian akademik. Manakala
Simon (2002) telah menjalankan kajian ke atas 72 orang mahasiswa Māori dari Massey Universiti.
Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti hubungan jati diri budaya dan pencapaian akademik
pelajar universiti. Dapatan kajian menunjukkan bahawa terdapat hubungan negatif konsisten antara
masalah pelajar dan pencapaian akademik. Hasil kajian juga menunjukkan bahawa jati diri budaya
memberi kesan sederhana kepada pencapaian akademik, iaitu tinggi masalah yang berkaitan dengan
penurunan dalam purata nilai gred dalam kalangan responden dengan jati diri budaya yang rendah,
sementara dalam kalangan responden dengan jati diri budaya yang tinggi, tahap masalah pelajar
yang tinggi mempunyai sedikit kesan negatif kepada purata nilai gred.

Walau bagaimanapun, Pamela dan Mark (2005) telah menjalankan kajian untuk mengenal pasti
hubungan antara jati diri etnik, pencapaian akademik dan harga diri dalam kalangan pelajar Mexico-
Amerika di beberapa buah universiti Eropah-Amerika. Kajian ini telah dijalankan ke atas 516 orang
pelajar kolej. Hasil kajian mendapati bahawa skor tinggi untuk jati diri etnik mempunyai hubungan
yang signifikan dengan harga diri sama ada bagi pelajar Mexico-Amerika atau pun pelajar Eropah-
Amerika. Meskipun demikian, hubungan ini tidak meramal pencapaian akademik sama ada untuk
nilai purata gred keseluruhan, jantina dan umur. Manakala tahap harga diri yang tinggi sentiasa
bergandingan dengan tahap jati diri etnik yang juga tinggi dalam kalangan pelajar kajian ini. Oleh itu,
mereka membuat kesimpulan bahawa jati diri dan harga diri tidak mempunyai hubungan yang
ketara berkaitan dengan ukuran kejayaan akademik.

Proceeding of the Social Sciences Research ICSSR 2014 (e-ISBN 978-967-11768-7-0). 9-10 June 2014,
Kota Kinabalu, Sabah, MALAYSIA. Organized by http://WorldConferences.net 668
Dalam hal ini, Brian dan Bruce (2006), menjalankan kajian untuk mengenal pasti hubungan antara
kepercayaan jati diri bangsa dan pencapaian akademik pelajar kulit hitam. Kajian mereka melibatkan
seramai 289 orang pelajar Afrika Amerika dari tiga buah sekolah tinggi di daerah Midwestern. Kajian
tersebut menggunakan Multi-dimensional Model of Black Identity (MMBI). Hasil analisis yang
dijalankan ke atas sampel berasingan dari pelajar gred 9 dan pelajar gred 12, mendapati bahawa
terdapat tiga daripada empat kumpulan profil jati diri bangsa seperti yang telah dikenal pasti oleh
Chavous et al. (2003). Oleh itu, kajian ini mendapati bahawa antara kedua-dua pelajar gred 9 dan
gred 12, pelajar dalam kumpulan Alienated secara signifikannya mempunyai pencapaian yang lebih
tinggi berbanding pelajar dari kumpulan Idealized.

Selain daripada itu, Thierry Devos dan Jose A. Cruz Torres (2007) telah menjalankan kajian untuk
mengenal pasti hubungan antara jati diri dengan pencapaian akademik dalam kalangan pelajar Latin
di kolej. Kajian ini menjurus kepada jati diri etnik dan signifikannya dengan pencapaian akademik.
Hasil kajian pertama mendapati bahawa lebih ramai pelajar kolej yang dikenal pasti sebagai Latin
(relatif kepada pelajar kulit putih) dan Latin stereotaip mempunyai pencapaian akademik yang
rendah(berbanding dengan pelajar kulit putih). Manakala kajian kedua pula mendapati bahawa
pelajar kolej yang dikenal pasti lebih Latin daripada orang lain dan dilihat lain mempunyai
pencapaian akademik yang tinggi. Kajian ini dijalankan ke atas 83 orang pelajar sarjana muda di San
Diego State University yang terdiri daripada 43 orang pelajar Latin dan 40 orang pelajar kulit putih.

Metodologi Kajian

Reka Bentuk Kajian

Kajian ini menggunakan kaedah tinjauan menggunakan soal-selidik. Para pengkaji seperti Mohd
Majid (2005), Dyer (2006), Hoyle et al. (2002) dan Khalid (2003) menyatakan kaedah soal selidik
berupaya mengumpul data secara terperinci, tersusun, piawai, mudah ditadbir dan menjimatkan.

Sampel Kajian

Kajian ini melibatkan seramai 118 orang pelajar Tingkatan Empat di dua buah sekolah menengah di
bahagian Kuching. Manakala bagi tujuan analisis faktor, satu sampel yang mengandungi 100 subjek
boleh diterima, tetapi sampel yang mengandungi 200 atau lebih subjek adalah lebih digalakkan
(Hishamuddin 2005). Analisis faktor merupakan teknik mengelompokkan pemboleh ubah yang
banyak kepada beberapa faktor yang berbeza. Lazimnya, analisis ini akan digunakan sebagai teknik
penjelajahan jika ingin membuat sesuatu kesimpulan mengenai struktur sesuatu set pemboleh ubah.
Sekiranya ingin membina ujian yang mempunyai kebolehpercayaan, analisis faktor merupakan satu
cara lanjutan yang digunakan untuk menentukan sama ada item-item yang dianalisis itu mengarah
kepada dimensi yang sama.

Instrumen Kajian : Soal Selidik Instrumen Jati Diri

Soal selidik Instrumen Jati Diri (IJD) merupakan alat ukur yang digunakan untuk mengukur tahap jati
diri seseorang pelajar. Soal selidik ini dibina oleh pengkaji sendiri kerana tidak terdapat soal selidik
untuk mengukur jati diri pelajar sebelum ini. Soal selidik ini dibina berasaskan budaya dan pemikiran
masyarakat Malaysia berbanding penggunaan ujian psikologi luar negara yang lebih mirip kepada
budaya dan nilai hidup barat. Soal selidik ini dibina berdasarkan penelitian terhadap kajian literatur
dan beberapa soal selidik dalam bidang kestabilan emosi, personaliti, konsep kendiri dan nilai. Soal
selidik ini mempunyai 49 item soalan dengan dua dimensi jati diri iaitu dimensi Kesetiaan dan
dimensi Kekuatan Diri. Dua dimensi utama jati diri ini memuatkan tujuh sub dimensi jati diri. Dimensi
Kesetiaan terdiri daripada tiga sub dimensi iaitu sub dimensi patriotisme, budaya kebangsaan dan

Proceeding of the Social Sciences Research ICSSR 2014 (e-ISBN 978-967-11768-7-0). 9-10 June 2014,
Kota Kinabalu, Sabah, MALAYSIA. Organized by http://WorldConferences.net 669
bahasa kebangsaan. Manakala dimensi Kekuatan Diri mempunyai empat sub dimensi iaitu sub
dimensi ketahanan diri, sahsiah diri, kekuatan jiwa dan etika. Setiap sub dimensi mempunyai tujuh
(7) item soalan. Perincian item bagi setiap dimensi jati diri yang dikaji dalam kajian ini adalah seperti
dalam jadual berikut;
Jadual 1.1 Dimensi Profil Jati Diri Pelajar
Dimensi Sub Dimensi Item Bil. Item
Kesetiaan Patriotisme 1, 9, 13, 22, 27, 35 dan 39. 7
Budaya Kebangsaan 2, 10, 14, 19, 23, 28 dan 40. 7
Bahasa Kebangsaan 11, 15, 24, 29, 41, 44 dan 49. 7
Kekuatan Diri Ketahanan diri 3, 16, 21, 25, 30, 36 dan 45. 7
Sahsiah diri 6, 8, 20, 26, 31, 34 dan 46. 7
Kekuatan jiwa 5, 12, 17, 32, 37, 42 dan 47. 7
Etika 4, 7, 18, 33, 38, 43 dan 48. 7

Soal selidik ini menggunakan skala lima mata dengan skor satu hingga lima seperti yang terdapat
dalam Jadual 1.2. Setiap responden dikehendaki memberi respons tentang tingkah laku dan
pemikiran yang mereka tunjukkan dengan menandakan satu daripada kekerapan tersebut. Semua
item dalam soal selidik ini (49 item) adalah item positif dan tiada item negatif.

Jadual 1.2 Skor Mata bagi Setiap Dimensi dalam Profil Jati Diri.
Skala Skor Mata
1 = Sangat tidak setuju 1
2 = Tidak setuju 2
3 = Kadang-kadang Setuju dan Kadang-kadang Tidak Setuju 3
4 = Setuju 4
5 = Sangat setuju 5

Kesahan dan Kebolehpercayaan Instrumen

Kesahan dan kebolehpercayaan merupakan ciri penting bagi suatu instrumen pengukuran (Salkind
2006). Konsep kebolehpercayaan adalah berbeza dengan kesahan. Kebolehpercayaan instrumen
kajian diuji dengan tujuan untuk memastikan kesahan dan kestabilan alat ukur sebelum pengkajian
sebenar dilaksanakan (Yahya 2006). Manakala kesahan adalah kebenaran pada alat ukur yang
digunakan (Gravetter & Forzana 2009) dan berkait rapat dengan persoalan sama ada instrumen
menyediakan maklumat yang dikehendaki oleh pengkaji (Beins 2004). Dalam kajian ini, pengkaji
menggunakan kaedah ketekalan dalam alpha cronbach untuk membuat andaian bahawa setiap item
dalam soal selidik yang digunakan sebagai satu ujian setara dan semua korelasi antara item adalah
sama. Manakala menurut Mohd Salleh et al. (2001), nilai r > 0.6 merujuk kepada alat ukur yang
digunakan mempunyai kebolehpercayaan yang tinggi dan sebaliknya jika nilai r < 0.6 maka nilai
kebolehpercayaan alat ukur adalah rendah dan item-item berkenaan perlu diperbaiki atau
disingkirkan. Bagi tujuan kajian ini, pengkaji telah mendapatkan bantuan 6 orang pakar dalam
proses membina item-item soal selidik dalam Instrumen Jati Diri. Pakar-pakar yang dipilih adalah
merujuk kepada kepakaran masing-masing. Segala cadangan dan pendapat pakar digunakan untuk
membina dan mengubahsuai setiap item yang berkesesuaian.

Dapatan Kajian

Instrumen Jati Diri mengandungi 70 item telah dianalisis menggunakan analisis faktor. Nilai eigen
value dan bentuk graf scree plot menunjukkan bahawa item-item soal selidik tersebut mengandungi
lebih daripada satu faktor. Melalui prosedur pemutaran Varimax, jadual Roteted Component Matrix
menunjukkan bahawa item-item soal selidik berbentuk tujuh dimensi, iaitu tujuh faktor di ekstrak

Proceeding of the Social Sciences Research ICSSR 2014 (e-ISBN 978-967-11768-7-0). 9-10 June 2014,
Kota Kinabalu, Sabah, MALAYSIA. Organized by http://WorldConferences.net 670
daripada soal selidik cadangan. Analisis faktor juga menunjukkan bahawa korelasi antara semua
faktor tersebut adalah kurang daripada .20 (nilai r adalah -.65). Ini bermakna bahawa kedua-dua
faktor tersebut adalah bebas antara satu sama lain.

Hasil analisis juga menunjukkan bahawa terdapat tiga item pelbagai dimensi iaitu item 31, 61 dan
item 62 yang boleh dimuatkan ke dalam beberapa faktor. Selepas diteliti item-item tersebut,
didapati kandungan item-item tersebut adalah kurang sesuai dan perlu disingkirkan. Penyingkiran
ketiga-tiga item tersebut juga dibuat kerana tujuan kajian ini adalah untuk perbezaan antara ketiga-
tiga dimensi tersebut. Oleh sebab item 1, 2, 15, 23, 26, 68 dan item 69 tidak sesuai untuk mengukur
kedua-dua dimensi Jati Diri, maka item-item tersebut disingkirkan daripada soal selidik kerana nilai
pekali korelasi kecil daripada .33.

Secara kesimpulannya, dengan memeriksa ciri-ciri setiap item di bawah setiap faktor dengan
merujuk kepada kajian lepas, didapati bahawa item-item di bawah faktor 1 boleh diletakkan di
bawah dimensi Patriotisme dan terdiri daripada tujuh (7) item, iaitu item 5, 12, 19, 26, 33, 40 dan
47. Item-item di bawah faktor 2 adalah berkaitan dimensi Budaya Kebangsaan yang terdiri daripada
tujuh (7) item, iaitu item 6, 13, 20, 27, 34, 41 dan 55. Manakala faktor 3 merupakan dimensi Bahasa
Kebangsaan terdiri daripada 10 item iaitu item 7, 14, 21, 28, 35, 42, 49, 56, 63 dan 70. Faktor 4 pula
merupakan dimensi Ketahanan Diri terdiri daripada tujuh (7) item iaitu, item 8, 22, 29, 36, 43, 50
dan 64. Manakala faktor 5 adalah dimensi Sahsiah Diri terdiri daripada lapan (8) item, iaitu item 9,
16, 30, 37, 44, 51, 58 dan 65. Faktor 6 pula merupakan dimensi Kekuatan Jiwa terdiri daripada
sembilan (9) item, iaitu 3, 10, 17, 24, 38, 45, 52, 59 dan 66. Manakala faktor terakhir, faktor tujuh (7)
adalah dimensi Etika yang terdiri daripada 10 item iaitu, item 4, 11, 18, 25, 32, 39, 46, 53, 60 dan 67.

Walau bagaimanapun, hasil daripada ujian ketekalan dalaman Alpha Cronbachyang dilakukan,
beberapa item dalam soal selidik Profil Jati Diri terpaksa digugurkan kerana mempunyai nilai Alpha
Cronbach yang rendah. Hasil kajian rintis menunjukkan bahawa beberapa item dalam soal selidik
perlu diperbaiki kerana mempunyai min yang rendah berbanding item-item yang lain. Item 3, 7, 18,
28, 32, 38, 39, 49 dan item 58 dalam soal selidik cadangan asal terpaksa digugurkan setelah
menjalani ujian korelasi antara item. Item-item dalam soal selidik yang tidak berkaitan, sukar untuk
difahami, kurang jelas dan menunjukkan nilai korelasi yang rendah telah dikeluarkan dari soal selidik
tersebut. Meskipun demikian, pengkaji memastikan pengguguran item-item tersebut tidak
menjejaskan dimensi jati diri soal selidik kajian. Kesan daripada pengguguran beberapa item yang
mempunyai nilai korelasi yang rendah telah meningkatkan nilai alpha untuk dimensi utama dan sub
dimensi dalam soal selidik tersebut. Berdasarkan hasil analisis faktor, ujian ketekalan dalaman Alpha
Cronbach dan pengguguran item, soal selidik Profil Jati Diri telah disusun semula secara rawak
mengikut sub dimensi masing-masing yang mempunyai hanya 49 item berbanding soal selidik
cadangan asal yang mempunyai 70 item. Perincian item soal selidik Profil Jati Diri setelah melalui
analisis faktor dan ujian ketekalan dalaman Alpha Cronbach adalah seperti Jadual 1.3.

Jadual 1.3 Rumusan Ujian Faktor Analisis dan Alpha Cronbach Soal Selidik Profil Jati Diri untuk Kajian
Rintis

Dimensi Item Alpha


Sub Dimensi Item Analisis Faktor
Jati Diri digugurkan Cronbach
Kesetiaan Patriotisme 5, 12, 19, 33, 40, 47 & 54. - .743
Budaya Kebangsaan 6, 13, 20, 27, 34, 41 & 55. - .703
Bahasa Kebangsaan 14, 21, 35, 42, 56, 63 & 70. 7, 28 & 49 .837
Kekuatan Ketahanan Diri 8, 22, 29, 36, 43, 50 & 64. - .557

Proceeding of the Social Sciences Research ICSSR 2014 (e-ISBN 978-967-11768-7-0). 9-10 June 2014,
Kota Kinabalu, Sabah, MALAYSIA. Organized by http://WorldConferences.net 671
Diri Sahsiah Diri 9, 16, 30, 37, 44, 51, & 65 58 .655
Kekuatan Jiwa 10, 17, 24, 45, 52, 59 & 66. 3 & 38 .769
Etika 4, 11, 25, 46, 53, 60 & 67. 18, 32 & 39 .682

Kesimpulan

Secara keseluruhannya Instrumen Jati Diri ini berjaya mengukur jati diri pelajar sekolah menengah.
Melalui analisis faktor dan ujian ketekalan dalaman Alpha Cronbach instrumen jati diri ini
mempunyai kebolehpercayaan dan kesahan yang tinggi. Oleh itu instrumen ini boleh digunakan
untuk mengukur jati diri pelajar sekolah menengah dalam konteks Malaysia.

Rujukan

Brenda Navarrete, Hector Betancourt & Patricia Flynn. 2007. Culture and Achievement Motivation in
Latino and Anglo American High School Students in the USA. Presented at XXXI Interamerican
Congress of Psychology, Mexico City, July 2007.

Brian E. Harper & Bruce W. Tuckman. 2006. Racial identity beliefs and academic achievement: does
being black hold students back?. Social Psychology of Education (2006) 9:381–403.

Cathy Mills Hudgins. 2008. Region As A Cultural Context In Family Therapy. PhD. Virginia Polytechnic
Institute and State University.

Chee, K.H., N.W. Pino, & W.L. Smith. 2005. Gender differences in the academic ethic and academic
achievement. College Student Journal 39, no. 3: 604–19.

Coover, G. E., & Murphy, S. T. 2000. The communicated self. human communication research, 26(1),
125-148.

David Hesmondhalgh. 2008. Towards a critical understanding of music, emotion and self‐identity.
Consumption Markets & Culture, 11:4, 329-343

Gravetter, F. J, & Forzano, L. B. 2009. Research Methods: For The Ehavioral Sciences. Edisi ke-3.
Belmont, CA: Wadsworth Thomson Learning.

Hoyle, R.H., Harris, M.J., & Judd, C.M. 2002. Research methods in social relations. Belmont Drive, CA:
Wadsworth Cengage Learning.

Proceeding of the Social Sciences Research ICSSR 2014 (e-ISBN 978-967-11768-7-0). 9-10 June 2014,
Kota Kinabalu, Sabah, MALAYSIA. Organized by http://WorldConferences.net 672