Sekolah yang kami jalankan praktikum adalah Sekolah Jenis Kebangsaan
Cina K K. Sekolah kami terbahagi kepada dua sesi iaitu sesi pagi Tahun 4, 5 dan 6 manakala sesi petang ialah Tahun 1, 2 dan 3. Kami menjalankan praktikum pada sesi petang iaitu pada pukul 1.00 petang hingga 6.30 petang. Pada hari pertama saya dan rakan saya iaitu Ivy telah sampai di sekolah pada 12:00 tengah hari untuk berjumpa dengan guru besar iaitu En Lee dan juga penyelia petang iaitu En Soh Setelah guru besar dan penyelia petang memberi sedikit taklimat tentang sekolah tersebut kepada kami, penyelia petang telah memperkenalkan guru pembimbing kepada kemi iaitu Pn Lai .
Selepas itu, guru pembimbing kami mengaturkan jadual waktu kepada
kami. Saya akan mengajar lapan waktu setiap minggu dan mengajar dua kelas iaitu 2H dan 2I. Pada minggu pertama, kami belum mula mengajar tetapi haruslah mengikut guru pembimbing masuk ke dalam kelas dan membuat permerhatian tentang teknik pengajaran dan juga memerhati setiap murid pemulihan. Daripada pemerhatian tersebut, saya didapati bahawa kelas pemulihan bagi tahun 2 hanya mengandungi 7 orang murid sahaja dan setiap murid mempunyai masalah pembelajaran yang berbeza. Oleh itu, saya meminta tunjuk ajar daripada Pn Lai untuk mengetahui masalah murid masing-masing.
Tambahan pula, pada minggu kedua saya telah memulakan
pengajarannya. Sebelum itu, saya telah menyediakan rancangan pengajaran harian yang lengkap dan telah menyediakan bahan bantu mengajar yang dapat membantu serta menarik perhatian murid-murid. Pada minggu ini merupakan penyeliaan pertama daripada guru pembimbing saya iaitu Pn Lai. Saya telah membuat persediaan yang sepenuhnya sebelum memulakan penyeliaan.
Sebaik shaja tamat penyeliaan pertama, Pn Lai telah membuat
perbincangan tentang kelemahan saya serta cadangan untuk memperbaiki kelemahannya. Saya berasa sangat bersyukur kerana mendapat cadangan yang baik dan dapat memperbaiki kelemahan saya serta saya akan teruskan usaha saya pada sesi pengajaran yang akan datang.
Selain itu, kami berpeluang membuat hiasan terhadap papan kenyataan.
Papan kenyataan tersebut adalah memberi pengiktirafan kepada murid-murid yang mendapat keputusan yang cemerlang bagi tahun 6. Kami membuat perbincanagan dan berkongsi idea dengan penyelia petang iaitu Encik Soh dan kami telah mendapat idea untuk membuat hiasan. Juga, kami telah diberi tugasan untuk menampalkan keputusan ujian bulan March bagi tahun 1, 2,3 dan 6. Kami amat berbangga kerana dapat menyumbang tenaga bagi pihak sekolah.
Kesimpulannya, saya berharap dapat menyumbang tenaga saya bagi
pihak sekolah dan saya akan teruskan usaha dalam proses pengajaran dan pembelajaran.