Anda di halaman 1dari 2

PENYATAAN PROFESIONAL

PENYATAAN SEMASA PRAKTIKUM

Sekolah yang kami jalankan praktikum adalah Sekolah Jenis Kebangsaan


Cina K K. Sekolah kami terbahagi kepada dua sesi iaitu sesi pagi Tahun 4, 5 dan
6 manakala sesi petang ialah Tahun 1, 2 dan 3. Kami menjalankan praktikum
pada sesi petang iaitu pada pukul 1.00 petang hingga 6.30 petang. Pada hari
pertama saya dan rakan saya iaitu Ivy telah sampai di sekolah pada 12:00
tengah hari untuk berjumpa dengan guru besar iaitu En Lee dan juga penyelia
petang iaitu En Soh Setelah guru besar dan penyelia petang memberi sedikit
taklimat tentang sekolah tersebut kepada kami, penyelia petang telah
memperkenalkan guru pembimbing kepada kemi iaitu Pn Lai .

Selepas itu, guru pembimbing kami mengaturkan jadual waktu kepada


kami. Saya akan mengajar lapan waktu setiap minggu dan mengajar dua kelas
iaitu 2H dan 2I. Pada minggu pertama, kami belum mula mengajar tetapi
haruslah mengikut guru pembimbing masuk ke dalam kelas dan membuat
permerhatian tentang teknik pengajaran dan juga memerhati setiap murid
pemulihan. Daripada pemerhatian tersebut, saya didapati bahawa kelas
pemulihan bagi tahun 2 hanya mengandungi 7 orang murid sahaja dan setiap
murid mempunyai masalah pembelajaran yang berbeza. Oleh itu, saya meminta
tunjuk ajar daripada Pn Lai untuk mengetahui masalah murid masing-masing.

Tambahan pula, pada minggu kedua saya telah memulakan


pengajarannya. Sebelum itu, saya telah menyediakan rancangan pengajaran
harian yang lengkap dan telah menyediakan bahan bantu mengajar yang dapat
membantu serta menarik perhatian murid-murid. Pada minggu ini merupakan
penyeliaan pertama daripada guru pembimbing saya iaitu Pn Lai. Saya telah
membuat persediaan yang sepenuhnya sebelum memulakan penyeliaan.

Sebaik shaja tamat penyeliaan pertama, Pn Lai telah membuat


perbincangan tentang kelemahan saya serta cadangan untuk memperbaiki
kelemahannya. Saya berasa sangat bersyukur kerana mendapat cadangan yang
baik dan dapat memperbaiki kelemahan saya serta saya akan teruskan usaha
saya pada sesi pengajaran yang akan datang.

Selain itu, kami berpeluang membuat hiasan terhadap papan kenyataan.


Papan kenyataan tersebut adalah memberi pengiktirafan kepada murid-murid
yang mendapat keputusan yang cemerlang bagi tahun 6. Kami membuat
perbincanagan dan berkongsi idea dengan penyelia petang iaitu Encik Soh dan
kami telah mendapat idea untuk membuat hiasan. Juga, kami telah diberi
tugasan untuk menampalkan keputusan ujian bulan March bagi tahun 1, 2,3 dan
6. Kami amat berbangga kerana dapat menyumbang tenaga bagi pihak sekolah.

Kesimpulannya, saya berharap dapat menyumbang tenaga saya bagi


pihak sekolah dan saya akan teruskan usaha dalam proses pengajaran dan
pembelajaran.

Anda mungkin juga menyukai