Anda di halaman 1dari 5

SEKOLAH KEBANGSAAN SERI KENANGA

TAMPOI, JOHOR BAHRU

Kertas Kerja Program Motivasi :

From

Zero to

Hero
Tarikh : 15 Mei 2018 (Selasa)
Tempat : Dewan Permata SK Seri Kenanga
1.0 PENGENALAN

Program motivasi Tahun Enam merupakan salah satu program yang telah dirangka dan
dijadikan sebagai program tahunan SK Seri Kenanga. Program ini dirangka bagi memberi
kesedaran kepada pelajar tentang kepentingan ilmu pengetahuan demi masa hadapan mereka.
Program ini banyak menyumbang kearah menyuntik semangat belajar para pelajar untuk
mencapai kecemerlangan dalam UPSR. Matlamat sebenar program From Zero To Hero ini
adalah semata-mata untuk mencetuskan kesedaran di kalangan pelajar tentang peranan dan
tanggung jawab mereka sebagai pelajar untuk belajar dan bertekad untuk lulus dengan
cemerlang dalam peperiksaan UPSR

2.0 TEMA
"Ke Arah Kecemerlangan Bersama"

3.0 RASIONAL
Tema "Ke Arah Kecemerlangan Bersama" merupakan tema yang dipilih bagi program kali ini.
Tema ini begitu relevan dalam usaha membentuk murid – murid Tahun 6 yang bakal menduduki
UPSR tidak lama lagi. Atas kesedaran betapa pentingnya program sebegini perlu dilaksanakan,
maka program seperti ini berhasrat besar agar mampu memberi kesedaran dan pendedahan
kepada murid – murid agar mereka dapat mempersiapkan diri mereka dari segi jasmani, emosi,
rohani, intelektual dan sosial tatkala melangkah ke menara gading kelak.

4.0 OBJEKTIF
4.1 Memberi kesedaran kepada murid – murid tahun 6 agar lebih berusaha dalam mencapai
keputusan akademik yang cemerlang.
4.2 Membentuk pelajar yang seimbang dari aspek jasmani, emosi rohani dan intelektual..
4.3 Memberi pendedahan kepada pelajar tentang tips – tips pengurusan diri, masa dan juga
kemahiran belajar.

5.0 NAMA PROGRAM


From Zero To Hero

6.0 TARIKH & HARI


15 Mei 2018 (Selasa)

7.0 TEMPAT
Sekolah Kebangsaan Seri Kenanga, Tampoi, Johor Bahru

8.0 SASARAN
Murid tahun 6 dan tahun 5 (180 orang)
9.0 JAWATANKUASA PROGRAM

Penasihat : PUAN NORPISAH BT. IBRAHIM

Pengerusi : PUAN WAN NORMAWATI BT WAN ABDUL MALIK

Naib pengerusi 1 : PUAN SALIHA BT JA’AFAR

Naib pengerusi 2 : PUAN MASTURA BT DOLLAH

Penyelaras : EN MUHAMAD HAPIZ BIN OSMAN

Setiausaha : EN MOHD HANIPA BIN DAUD

AJK

Buku Program : EN. MOHD NOH BIN UJANG

Persediaan Tempat : EN. MOHD SHAHIR BIN MOHAMAD

P.A Sistem & Siaraya : EN. MOHD NOR ZAFERI BIN DOLLAH

Pendaftaran : PUAN HABSAH BIN HAMID

Kawalan dan disiplin : PUAN SALMAH BT RASELI

10.0 TENTATIF PROGRAM

15 MEI 2018 (Selasa)

7.30 pagi Pendaftaran peserta dan sarapan pagi


8.00 pagi Taklimat
8.30 pagi Bacaan Yassin & Solat Hajat
9.00 pagi Slot Motivasi : From Zero To Hero
11.00 t/hari Majlis Penutupan
11.30 t/hari Bersurai
11.0 BELANJAWAN

Pendapatan
Perkara Jumlah (RM)

Unit Bimbingan Dan Kaunseling Rm 270

JUMLAH RM 270

Perbelanjaan
Perkara Jumlah (RM)

Sarapan Pagi Murid


Rm 1.50 X 180 (Orang) Rm 270

JUMLAH RM 270.00

JUMLAH KESELURUHAN PERBELANJAAN: RM 270.00

12.0 PENUTUP

Besarlah harapan kami sekiranya program ini berjalan dengan lancar dan mampu memberi
impak yang besar dalam kalangan murid – murid Tahun 6 dan mencapai objektif dalam usaha
melahirkan murid – murid yang bukan sahaja cemerlang akademik malahan cemerlang daripada aspek
jasmani, emosi, rohani dan intelektual juga.. Oleh yang demikian, sokongan dan bantuan daripada
pihak-pihak lain samada dari segi moral, nasihat, tenaga, kewangan, dan lain-lain amatlah diperlukan..

Disediakan oleh, Disemak oleh,

…………………………………… ………………………………..........................
(MUHAMAD HAPIZ BIN OSMAN) (WAN NORMAWATI BT W. ABD MALIK)
Guru Bimbingan Dan Kaunseling Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid
SK Seri Kenanga SK Seri Kenanga
81200 Tampoi, Johor Bahru 81200 Tampoi, Johor Bahru

Dilulus oleh,

……………………………….......
(NORPISAH BINTI IBRAHIM)
Guru Besar
SK Seri Kenanga
81200 Tampoi, Johor Bahru