Anda di halaman 1dari 6

3.

4 SENARAI JAWATAN DAN BIDANG TUGAS GURU BAHARU

3.4.1 JAWATAN KURIKULUM

(1) GURU MATA PELAJARAN BAHASA INGGERIS


(2) GURU MATA PELAJARAN PENDIDIKAN MORAL
(3) PENYELARAS LINUS 2.0

3.4.2 JAWATAN KOKURIKULUM

(1) KETUA GURU PENASIHAT BULAN SABIT MERAH MALAYSIA


(2) GURU PENASIHAT KELAB BAHASA INGGERIS

3.4.3 JAWATAN HAL EHWAL MURID (HEM)

(1) GURU KELAS 1 HIJAU (2017)


(2) GURU BANTUAN PAKAIAN SERAGAM

BIDANG TUGAS
3.4.1 JAWATAN KURIKULUM
(1)GURU MATA PELAJARAN BAHASA INGGERIS
(2)GURU MATA PELAJARAN PENDIDIKAN MORAL
(3)PENYELARAS LINUS 2.0

Guru Mata Pelajaran

1. Memiliki, memahami dan boleh mentafsirkan serta kandungan sukatan pelajaran dan huraian
mata pelajaran yang berkenaan.
2. Memahami dan mematuhi pekeliling dan arahan yang berkaitan dengan mata pelajaran yang
diajar serta menentukan dan menetapakan matlamat yang harus dicapai.
3. Mempunyai sebuah Buku Persediaan Mengajar yang kemaskini dan menyerahkan kepada
Guru Besar pada masa yang ditetapkan.
4. Menyediakan rancangan pelajaran bagi mata pelajaran yang diajar dengan lengkap untuk
tempoh setahun/ sepenggal/ seminggu / sehari dan melaksanakan pengajarannya mengikut
rancangan pelajaran yang disediakan.
5. Menyedia dan memberikan kerja-kerja lathinan yang mencukupi, memeriksa buku latihan
murid dan memulangkannya semula secepat mungkin. Menyerahkan/ menunjukkan buku
latihan murid kepada Guru Besar atau wakilnya apabila dikehendaki.
6. Menjalankan ujian bulanan dan penilaian kepada murid. Merekodkan soalan-soalan dan
keputusan ujian dalam Buku Persediaan Mengajar.
7. Mengesan kelemahan murid dan mengadakan kelas pemulihan/ bimbingan.
8. Menjadi ahli dalam panitia mata pelajaran, menghadiri serta mematuhi dan melaksanakan
keputusan mesyuarat panitia.
9. Guru mata pelajaran harus menyedari dan menggunakan buku panduan yang dikeluarkan oleh
Kementerian Pendidikan/ Jabatan Pendidikan.
10. Memastikan keselamatan murid di dalam makmal/ bengkel kemahiran hidup serta mengawasi
penggunaan peralatan.
11. Menghadiri mesyuarat/ taklimat mengenai mata pelajaran yang berkenaan samada yang
dikelolkan oleh Kementerian Pendidikan/ Jabatan Pendidikan Negeri/ Pejabat Pendidikan
Bahagian/ Daerah. Menyampaikan semula maklumat kepada guru lain yang mengajar mata
pelajaran yang sama.
12. Sentiasa mengikuti perkembangan dan pembaharuan tentang teknik mengajar bagi mata
pelajaran berkenaan bagi meninggikan lagi prestasi dalam pengajaran dan pembelajaran.
13. Melaporkan kepada ketua Panitian Mata Pelajaran tentang masalah pengajaran untuk tindakan
yang selanjutnya.
14. Menjaga keselamatan dan kebersihan alat-alat bantuan mengajar yang digunakan,
memastikan bahawa alat-alat bantuan mengajar yang digunakan, memastikan bahawa alat-
alat bantuan mengajar digunakan dengan meluas. Bertanggungjawab dalam menambahkan
alat bantuan mengajar bagi memperkayakan Pusat Sumber Sekolah.
15. Mengadakan sudut-sudut mata pelajaraan berkenaan dalam kelas-kelas yang diajar.
16. Membantu menguruskan Bank Soalan.

3.4.2 JAWATAN KOKURIKULUM

(1) KETUA GURU PENASIHAT BSMM


1. Bertanggungjawab menasihati, membimbing dan mengawal susunan dan perjalanan persatuan
supaya benar-benar teratur dan bergerak
2. Bertanggungjawab sebagai penggerak kepada peraturan-peraturan berkenaan bagi
melaksanakan kegiatan-kegiatan yang berfaedah kepada ahli-ahli seperti:
 Menganjur/menyertai peraduan-peraduan
 Mengadakan kursus-kursus pertolongan cemas yang sesuai
 Menganjurkan ceramah, seminar, forum
 Mengadakan lawatan sambil belajar
 Kegiatan-kegiatan lain
3. Membimbing ahli-ahli jawatankuasa dan ahli-ahli persatuan dalam memahami peraturan-peraturan
persatuan.
4. Menggiatkan lagi kecenderungan murid-murid dalam bidang pelajaran.
5. Menentukan rancangan kegiatan tahunan dibuat dan disampaikan kepada Guru Besar pada awal
penggal persekolahan yang pertama tiap-tiap tahun.

(2) GURU PENASIHAT KELAB BAHASA INGGERIS

1. Memajukan kemahiran dan minat murid-murid dalam aktiviti yang dijalankan.


2. Membantu, membuat pemilihan dan melatih pasukan sekolah mengikut jadual yang
dirangka
3. Berusaha mendapatkan khidmat nasihat daripada mereka yang pakar dalam aktiviti itu
4. Menentukan undang-undang pertandingan untuk peringkat sekolah.
5. Menguruskan pengangkutan untuk pasukan sekolah ke pertandingan luar termasuk surat
izin ibubapa dan memastikan murid-murid itu dilindungi insurans
6. Melaporkan dan merekodkan keputusan-keputusan pertandingan yang disertai oleh
pasukan sekolah dan pertandingnan-pertandingan peringkat sekolah
7. Memastikan murid-murid pasukan sekolah memilik semangat belajar yang tinggi disamping
menjunjung undang-undang dan disiplin sekolah
8. Merancang dengan guru-guru kelab tentang aktiviti-aktiviti tahunan pada awal penggal.
9. Menilai prestasi murid dalam kelab.
10. Tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Guru Besar dari semasa ke semasa

3.4.3 JAWATAN HAL EHWAL MURID (HEM)


(1) GURU KELAS 1 HIJAU
1. Pengurusan dan Organisasi Kelas
1.1 Membentuk organisasi kelas yang terdiri daripada Ketua Kelas, Penolong
Ketua Kelas, Ketua Keceriaan dan Kebersihan dsb.
1.2 Menentukan perkara-perkara yang berikut ada di dalam kelas :
(a) Jadual Waktu
(b) Jadual Bertugas
(c) Motto Kelas
(d) Perabot kelas seperti kerusi-meja guru dan murid mencukupi
(e) Alatan pembersihan seperti penyapu, bakul sampah dan pencedok sampah
(f) Papan tulis, kapur, papan kenyataan, almari dan lain-lain keperluan bilik darjah mencukupi
dan dalam keadaan baik dan teratur.
1.3 Melaporkan perabot dan peralatan yang rosak kepada guru berkenaan.
1.4 Membimbing organisasi kelas/ murid yang dilantik menjalankan tugas.
1.5 Mengadakan tabung kelas dengan jumlahnya terpulang kepada budi bicara murid. Tabung ini
adalah bagi tujuan yang berikut:
(a) Kebajikan murid
(b) Keceriaan kelas jika perlu dan lain-lain

2. Jadual Kedatangan dan Kedatangan Murid


2.1 Menandakan Jadual Kedatangan Harian selewat-lewatnya sebelum waktu kedua berakhir dan
menyimpan Buku Daftar Kedatangan Murid di pejabat.
2.2 Menentukan semua butir yang dikehendaki di dalam Buku Daftar
Kedatangan Murid Ditulis dengan lengkap.
2.3 Memastikan data terkini murid di dalam kelas.
3. Laporan / Rekod Profil / Kemajuan Murid, Sijil Berhenti, Surat Akuan, Buku Rekod
Kesihatan, Rekod Pergigian dan Kad 001R
3.1 Memastikan setiap murid mempunyai
(a) Rekod Profil / Kemajuan Murid
(b) Kad 001R
(c) Kad Kesihatan
(d) Kad Pergigian
(e) Buku Nilam

4. Kutipan Yuran dan Derma


4.1 Mengutip yuran sekolah pada awal tahun persekolahan dan menggalakkan murid
membayar kesemua yuran sekali gus.
4.2 Mengutip derma PIBG.
4.3 Mengutip yuran peperiksaan bagi kelas peperiksaan.
4.4 Mengeluarkan resit rasmi kepada murid bagi pembayaran yang dibuat.
4.5 Menyerahkan wang kutipan yuran sekolah dan wang peperiksaan ,
insurans Takaful dan lain-lain derma kepada Guru Penolong Kanan
(Pentadbiran).
4.6 Menyerahkan wang kutipan derma PIBG kepada Bendahari PIBG.

5. Buku Skim Pinjaman Buku Teks (SPBT)


5.1 Mengagihkan Borang SPBT 1 bagi mengenal pasti murid mendapat Skim Pinjaman Buku
Teks (SPBT)
5.2 Memastikan SPBT diagih kepada murid yang layak dan memastikan buku-buku tersebut
dibalut dan dijaga dengan baik serta ditulis nama murid.
5.3 Mengemas kini Borang G semasa pengagihan dan pengembalian atau mengemas kini fail
SPBT dari masa ke semasa.
5.4 Memungut kembali SPBT pada tarikh yang ditetapkan dan menyenaraikan nama murid yang
tidak mengembalikan / memulangkan atau merosak dan menghilangkan SPBT pada akhir
tahun dan memberikan senarai itu kepada Guru SPBT
5.5 Mengenal pasti murid yang layak menerima sebarang bentuk bantuan yang lain dan
melaporkan kepada Guru Kebajikan.

6. Pendaftaran Murid Baru


6.1 Menerima kemasukan murid baru.
6.2 Mendaftarkan murid baru ke dalam Buku Kedatangan Murid dan mendapatkan Nombor
Pendaftaran Murid dari Buku Kemasukan Murid daripada Penolong Kanan HEM
6.3 Mengambil butir-butir diri yang diperlukan.
6.4 Menentukan penerimaan borang SPBT (sekiranya layak) dari sekolah yang terdahulu dan
memastikan murid ini dapa buku teks.
6.5 Menentukan penerimaan Kad Kemajuan / Buku Rekod Profil, Kad 001R, Kad Kesihatan, Kad
Pergigian dan lain-lain dokumen yang diperlukan dari sekolah yang terdahulu.
6.6 Menentukan rumah sukan.

7. Murid Keluar
7.1 Menentukan Kad Kemajuan / Rekod Profil, Kad 001R telah kemas kini dan diserahkan
kepada murid.
7.2 Menentukan Kad Kesihatan, Kad Pergigian dan lain-lain dokumen yang berkaitan
diserahkan kepada murid.
7.3 Menentukan buku teks (SPBT) telah dipulangkan.
7.4 Menentukan semua jenis bayaran seperti yuran sekolah dsb telah selesai dibayar.

(2) GURU BANTUAN PAKAIAN SERAGAM


1. Menyediakan senarai penerima yang layak berdasarkan data yang diisi oleh guru kelas.
2. Menyenaraikan jenis bantuan yang akan diterima.
3. Menyediakan maklumat berkenaan seperti saiz baju dan seluar.
4. Membeli pakaian seragam mengikut jumlah yang telah disenaraikan dan menyediakan nota
minta.
5. Mengagihkan bantuan pakaian seragam kepada penerima yang layak.

Anda mungkin juga menyukai