Anda di halaman 1dari 23

Kepentingan Sejarah Kesultanan Melayu Melaka Kepada Masyarakat Melayu Dalam

Aspek Sosial

1. Perkembangan dan Kemunculan Islam

Secara umumnya kedatangan Islam di rantau ini seawal abad ke-7 yang telah dibawa masuk
oleh para ulama luar yang rata-ratanya merupakan para pedagang adalah suatu peristiwa
sejarah yang besar bagi penduduk kepulauan Melayu secara keseluruhannya. Hamka yang
telah membuat kajian menggunakan sumber Cina dan tulisan T.W. Arnold menyebut peranan
dakwah yang dimainkan oleh para pedagang Arab di rantau Alam Melayu dan dunia sebelah
timur adalah sekitar abad ketujuh Masihi. Walaupun demikian pengislaman keseluruh kawasan
rantau ini tidak seragam. Jika dilihat melalui kedatangan para pedagangan Islam pada
peringkat awal dianggarkan sekitar abad ke-7 lagi. Kelompok kecil pendakwah ini telah berada
di rantau Melayu iaitu di bahagian barat Sumatera (674), dan 878 dan di Jawa pada 1082, di
Champa 1039, Semenanjung Tanah Melayu pada 878 dan 1302 dan semakin bertambah ramai
sekitar abad ke-15. Menurut sesetengah sarjana, Islam telah tersebar di rantau ini sejak abad
ke-13 atau ke-14 berdasarkan kerajaan Samudera Pasai yang merupakan kerajaan Melayu-
Islam pertama.

Jika didasarkan kepada penemuan batu nisan Syeikh Abdul Kadir Ibn Husayn Shah
Alirah bertarikh 290H/902M di Tanjung Inggeris Alor Setar Kedah, batu nisan bertulisan Arab
yang ditemui di Teluk Cik Munah Pekan Pahang bertarikh 419H/1028M menunjukkan bahawa
Islam telah bertapak di rantau ini sejak abad ke-10.1 Terdapat banyak teori tentang
kedatangan Islam di Nusantara yang telah dibincangkan oleh sarjana-sarjana sejak 1960-an.
Sesetengahnya berpandangan bahawa Islam telah dibawa dari Selatan India berdasarkan
wujudnya batu-batu nisan yang serupa dengan yang terdapat di Gujerat dan Benggal di
samping kehadiran pedagang-pedagang yang kebanyakannya berasal dari Gujerat,
Coromandel dan Malabar. Antara mereka yang beranggapan sedemikian ialah sarjana-sarjana
seperti Pijnappel, Snouck Hurgrenje, Moquette, Morrison, Winstedt, Schrieke dan sebagainya.

1Keterangan lanjut sila lihat Hamka .1997. Sejarah Umat Islam, Singapura: Pustaka Nasional, hlm. 670-671. T.W.
Arnold. 1979. The Preaching of Islam: A History of the Propagation of the Muslim Faith, Lahore: Sh. Muhammad
Ashraf, hlm. 367-368. Mohammad Redzuan Othman. 2005. Islam dan Masyarakat Melayu: Peranan dan Pengaruh
Timur Tengah, Kuala Lumpur: Penerbit Universiti Malaya, hlm 8-12.
Hamka yang merupakan antara tokoh awal mempopularkan teori ini menyebut bahawa orang
Arab terutama saudagar yang berniaga di kawasan sebelah Timur telah menyebarkan Islam
ke rantau ini. Selain itu, Syed Naquib al-Attas juga turut menyanggah pandangan sarjana barat
dan berpandangan bahawa Islam telah dibawa dari Arab-Parsi berdasarkan pengarang asal
karya kesusasteraan yang mengandungi nama orang Arab-Parsi. Selain itu nama dan gelaran
para pembawa awal Islam di dalam karya kesusasteraan Melayu turut mengandungi nama
orang Arab-Parsi.2

Kemasukan agama Islam ini telah memainkan peranan agak penting dari segi
mengislamisaskan masyarakat tempatan sehingga berlakulah suatu perubahan besar dalam
kehidupan masyarakat Melayu. Para ulama yang datang ini telah mengislamkan masyarakat
Melayu yang rata-ratanya beragama Hindu secara peringkat demi peringkat dan cuba menukar
corak pemikiran mereka sama ada golongan diraja, bangsawan dan rakyat biasa kepada cara
hidup islam yang sebenar.3 Mereka menyajikan Islam dalam bentuk yang ilmiah iaitu dengan
menekankan pembuktikan ke atas setiap ajaran agama. Misalnya tentang kewujudan Tuhan
yang Maha Esa dibuktikan melalui kewujudan alam ini. Jika tiada penciptanya sudah tentu
alam ini juga tidak wujud dengan sendirinya. Secara tidak langsung Pembuktian secara
rasional dan ilmiah ini telah menukar aliran sejarah yang sebelumnya banyak dipengaruhi oleh
ajaran Animisme dan Hindu-Buddha yang berasaskan kedewaan dan pemujaan bersifat
kesenian kepada satu aliran yang lebih berasaskan ilmu dan akal.

Dalam usaha mengislamisasi masyarakat Alam Melayu, para ulama telah melakukan
beberapa cara dan kaedah untuk menarik lebih ramai orang Melayu menganuti agama Islam.
Antara tugas awal yang dilaksanakan ialah mengajar ilmu agama di istana-istana, mempelajari
bahasa dan budaya Melayu serta sesetengahnya pula mengahwini penduduk tempatan.4
Perkahwinan campur merupakan antara kaedah yang dirasakan sesuai kerana melalui
perkahwinan campur akan terbentuk komuniti Muslim yang memainkan peranan penting
dalam mendidik dan menyebarkan Islam. Melalui penampilan mereka yang berkarisma dan
kekuatan akliyah telah menyebabkan para pemerintah serta rakyat setempat dapat menerima
mereka dengan mudah dan yakin. Sesetengah daripada mereka pula telah berkahwin dengan

2 Azyumardi Azra. 2002. Jaringan Global, dan Lokal Islam Nusantara, Bandung: Penerbit Mizan. hlm 26-27.
3 Syed Muhammad Naquib al-Attas. 1969.Preliminary Statement on a General Theory of the Islamization of the
Malay-Indonesian Archipelago, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, hlm. 5-6. Lihat juga Syed Muhammad
Naquib al-Attas. 1966. “Raniri and the Wujudiyyah of the 17 Century Acheh,” MBRAS III, Singapore, hlm. 1-2 .
4 S.Q. Fatimi. 1963., Islam Comes to Malaysia, Singapore: Malaysia Sociological Research Institute, hlm. 83.
keluarga diraja untuk memperolehi kedudukan yang istimewa dalam kerajaan seperti menjadi
penasihat raja atau sultan dalam urusan keagamaan serta undang-undang. Keadaan ini lebih
memudahkan lagi mereka menyebarkan Islam di samping mengajar agama kepada para
penuntutnya. Secara tidak langsung penyebaran Islam dalam kalangan atasan iaitu golongan
pemerintah telah akhirnya dituruti juga oleh rakyat bawahan.5

Selain itu, Pendidikan agama juga memainkan peranan penting kerana tanpa
pendidikan, masyarakat tidak akan dapat memahami dan mempratikan Islam dengan sebenar-
benarnya dalam kehidupan mereka. Terdapat usaha dalam kalangan para ulama untuk
memberikan pendidikan dalam kalangan masyarakat melalui pengajian agama di istana atau
masjid-masjid. Bukti pengajian agama diistana dapat dilihat melalui Sejarah Melayu yang
menyebut bahawa Maulana Abu Bakar telah membawa sebuah kitab teologi (usuluddin)
bercampur tasawwuf yang ditulis oleh gurunya iaitu seorang sufi bernama Abu Ishaq bertajuk
Durr al-Mansum6 kepada Sultan Mansur Shah7 (1459-1477) di istana Melaka. Kemudian
baginda telah mentitahkan supaya buku tersebut dibawa ke istana Pasai untuk mendapatkan
penjelasan dan tafsiran lanjut sebelum dibawa ke Melaka semula untuk dipelajari baginda
sendiri.8 Ini kerana Pasai terkenal sebagai sebuah kerajaan awal menerima Islam9 dan
masyhur dari segi pengajian agama dan kesusateraan Melayu-Islam.10

5 Azyumardi Azra. 2002. Jaringan Global, dan Lokal Islam Nusantara, Bandung: Penerbit Mizan. hlm. 31.
6 Durr al-Manzum bermaksud Mutiara Terkarang atau Seuntai Mutiara adalah sebuah kitab tasawwuf yang terkenal
di Melaka di zaman pemerintahan Sultan Mansur Shah. Terdapat kesilapan dari segi penyalinan judul karya tersebut
sehingga membawa perubahan makna yang berbeza dan tidak sesuai dengan isi kandungannya. Misalnya
sesetengah sarjana menyebutnya Durr al-Mazlum (Sejarah Melayu versi Abdullah Munsyi terbitan E.J. Brill, Leiden)
yang membawa maksud “Mutiara Orang Yang kena Zalim”, Duri’l Mazlum (versi A. Samad Ahmad) dan Daral-
Mazlum (versi Shellabear) bererti “Negara atau tempat Orang Yang Kena Zalim”. Karya ini terbahagi kepada tiga
bahagian iaitu bahagian pertama membahaskan tentang zat Allah, bahagian kedua membahaskan tentang sifat-
sifat Allah dan bahagian ketiga membahaskan tentang af’al-Nya. Shafie Abu Bakar, “Kitab al-Durr al- Manzum dan
Kitab al-Luma’ Sebagai Pancaran Budaya Ilmu di Melaka: Permasalahan dan Pengaruh Lanjutannya,’’ kertas kerja
Persidangan Antarabangsa Pengajian Melayu, Universiti Malaya, hlm 21-23 Ogos 1989. h. 7-8. Wan Muhammad
bin Wan Ali, ‘Suntingan dan Anotasi Sebuah Kitab Tasawwuf Melayu Kurun Ketiga Belas Hijrah/Kedelapan Belas
Masihi: ad-Durru’n-Nafis,’ Tesis Sarjana Persuratan, Institut Bahasa, Kesusasteraan dan Kebudayaan, Kuala
Lumpur: Universiti Kebangsaan Malaysia. 1973. hlm. 52.
7 Armando Cortesao. 1994.The Suma Oriental of Tome Pires. London: The Hakluyt Society, hlm. 246-247
8 Ismail Hamid. 1983. The Malay Islamic Hikayat, Monograf 1, UKM: Institut Bahasa, hlm. 19. Lihat juga R.Winstedt.

1969. A History of Classical Malay Literature, Oxford: Oxford University Press, Edisi kedua. Hlm. 135.
9Abdul Rauh Yaacob. 1994. Lembaran Sejarah dan Tamadun Islam, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

hlm. 73.
10 Abdul Malik bin ‘Abdullah. 1976. Persuratan, Institut Bahasa, Kesusasteraan dan Kebudayaan. Kuala Lumpur:

Universiti Kebangsaan Malaysia. hlm. 16-17.


Kitab ini kemudiannya telah ditafsir oleh seorang ulama Pasai bernama Tuan Pematakan atau
Tuan Patakan setelah dipertanggungjawabkan oleh Sultan Pasai.11 Kitab Durr al-Manzum12
yang memang terkenal sejak zaman Sultan Mansur Shah ini kemudiannya terus dipelajari oleh
golongan istana seperti Sultan Alauddin Riayat Shah13 dengan bergurukan Maulana Abu Bakar
dan puteranya Raja Ahmad atau Muhammad (Sultan Mahmud Shah)14 yang bergurukan
Maulana Sadar Jahan. Rentetan daripada pengaruh pengajian agama ini maka kerajaan-
kerajaan lain seperti Melaka, Acheh, Riau dan sebagainya yang bangkit selepas Pasai juga
turut melakukan hal sedemikian.

Pada ketika ini pengajian agama bukan sahaja dalam bidang teologi semata-mata
malah terdapat juga bidang tasawwuf dan hukum fiqh (syariah) sehingga mempengaruhi
pemikiran sesetengah raja dan sejarawan Melayu.

11 A. Samad Ahmad. 1996. Sulalatus Salatin-Sejarah Melayu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. hlm. 157-
161.
12 Virginia Matheson Hooker. 1991. Tuhfat al-Nafis: Sejarah Melayu-Islam. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan

Pustaka. hlm. 593.


13 Tidak banyak maklumat mengenai Sultan Alauddin Riayat Shah. Menurut catatan Sulalatus Salatin, namanya

sebelum diangkat menjadi sultan ialah Raja Ahmad atau timang-timangannya Raja Hussin. Ibunya adalah saudara
kepada Bendahara Paduka Raja yang diperisterikan oleh Sultan Mansur Shah. Sultan Alauddin kemudiannya
berkahwin dengan Tun Naja (puteri kepada Seri Nara Diraja Tun Ali) memperolehi Raja Hitam, Raja Muhammad
(Sultan Mahmud Shah) dan Raja Fatimah. Melalui perkahwinan dengan isterinya yang lain memperolehi Raja
Menawar dan Raja Zainal. Tome Pires pula menyebut bahawa Sultan Mansur mempunyai dua orang putera dan
dua orang puteri. Puteranya ialah Alaoadin dan seorang lagi telah mangkat semasa sedang berburu. Setelah
kemangkatan Sultan Mansur Shah, Sultan Alauddin telah diangkat menggantikan pemerintahannya. Pada 1488
Sultan Alauddin telah mangkat di Pagoh kerana dipercayai diracun oleh Raja Pahang dan Inderagiri. Kemungkinan
Raja Inderagiri ini ialah Raja Merlang yang mengahwini saudara perempuan Sultan Alauddin iaitu Raja Bakal dan
tinggal di Melaka. Sulalatus Salatin-Sejarah Melayu, hlm. 173. Muhammad Yusoff Hashim. 1989. Kesultanan Melayu
Melaka: Kajian Beberapa Aspek tentang Melaka pada Abad ke-15 dan Abad ke-16 dalam Sejarah Malaysia, Kuala
Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. hlm. 114. Lihat juga W. Linehan. 1973. “A History of Pahang”, MBRAS,. hlm.
15 dan The Suma Oriental of Tome Pires, hlm. 250.
14 Baginda merupakan putera Sultan Alauddin dengan isterinya, Tun Senaja (anak Seri Nara Diraja). Setelah

ayahandanya mangkat, baginda telah ditabal menjadi Sultan Melaka dengan dipangku oleh Bendahara dan
Laksamana serta beberapa pembesar lain. Seri Bija Diraja dikatakan memberi bayangan terhadap penolakan
baginda sebagai sultan dan keadaan ini menyebabkan Sulan Mahmud sentiasa berdendam dengan Seri Bija Diraja.
Menurut Tome Pires, sesetengah pembesar ingin Raja Sulaiman (anak Sultan Alauddin dengan isterinya dari
Pahang) menjadi Sultan tetapi Bendahara lebih memihak kepada cucunya, Raja Mahmud. Manakala Sulalatus
Salatin menyebut Raja Tua ingin cucunya Raja Menawar (Kampar) menjadi Sultan Melaka. Muhammad Yusoff
Hashim, Kesultanan Melayu Melaka. hlm. 39-40. Sulalatus Salatin-Sejarah Melayu. hlm. 187-188. Lihat juga The
Suma Oriental. hlm. 252.
2. Perkembangan dan Kewujudan Pusat Pendidikan

Perkembangan agama Islam yang menggalakkan umatnya mendalami ilmu pengetahuan tidak
hanya tertumpu kepada ilmu berbentuk agama semata-mata tetapi turut diberi penekanan
dari segi ilmu sejarah yang juga mempunyai pengajaran dan nilai moral yang tinggi. Dalam
konteks ini kelihatan selain pengajian agama, pengajian sejarah juga turut berkembang selari
dengan kemasukan Islam di rantau ini. Tradisi pengajian hikayat berbentuk sejarah dipercayai
telah berlaku lebih awal di Melaka kerana Melaka merupakan pusat perkembangan Islam
terkenal pada pertengahan abad ke-15.

Sebagai pusat perkembangan Islam sudah tentu para ulama yang datang bukan
sekadar menyebarkan Islam malah turut menyampaikan beberapa buah kisah sejarah yang
terdapat di dalam al-Quran mahupun karya pensejarahan Islam. Kisah-kisah sejarah yang
dipaparkan dalam al-Quran kemudiannya telah ditafsir dan dihurai oleh para ulama di samping
menterjemah sesetengah karya pensejarahan berbahasa Arab-Parsi ke dalam bahasa Melayu
untuk memudahkan pemahaman masyarakat agar mereka dapat menjadikannya sebagai
pengajaran dan renungan. Oleh itu boleh dikatakan pendidikan Islam ketika itu bersifat timbal-
menimbal atau saling tampung-menampung iaitu tidak terikat hanya kepada pendidikan
agama semata-mata malah turut memuatkan pengajaran berbentuk sejarah.

Kemudian tradisi pengajaran sejarah ini telah dipraktikkan pula di Acheh setelah Acheh
menjadi kuasa terkuat15 di rantau ini. Misalnya pada zaman pemerintahan Sultan Iskandar
Muda16, selain pengajaran agama terutamanya tasawwuf baginda turut menggalakkan tradisi
membaca hikayat yang sebahagiannya berbentuk sejarah sehingga menjadi aktiviti utama bagi
masyarakat Melayu Acheh. Mereka telah mengorbankan masa di waktu malam hari semata-

15 Misalnya kelahiran kitab Hukum Kanun Melaka dan Undang-undang Laut Melaka yang telah ditulis di zaman
pemerintahan Sultan Muzaffar Shah menunjukkan bahawa pengaruh daripada pengajian hukum fiqh ini telah
tersebar sehingga ditulis sebagai panduan dalam pemerintahan Melaka. Sulalatus Salatin-Sejarah Melayu, hlm 86-
87. Lihat juga Abu Hassan Sham. 1995. Hukum Kanun Melaka, Melaka: Perbadanan Muzium Melaka, hlm. 49 dan
118.
16 A.Samad Ahmad. 1958. Sejarah Kesusasteraan Melayu, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. hlm. 29-30.
mata ingin mendengar hikayat yang dibaca atau diceritakan oleh para pedagang yang juga
merupakan ulama.

Memandangkan matlamat para ulama dan pedagang untuk menyebarkan Islam maka
mereka juga sanggup berkorban membahagikan masa mereka untuk membaca hikayat-
hikayat yang sedia ada ketika itu sambil menunggu musim angin monsun berubah sebelum
mereka meneruskan pelayaran ke destinasi yang lain. Dengan kekuasaan Acheh yang meluas
keluar dari Sumatera iaitu di Johor (1615), Pahang (1618), Kedah (1619) dan Perak (1620),
sedikit sebanyak telah meninggalkan pengaruh yang kuat terutamanya dalam tradisi pengajian
agama dan sejarah ini.

Tradisi pengajian ini tidak terhenti setakat abad ke-17 malah diteruskan pada abad ke-18 dan
ke-19. Misalnya di istana Perak pada abad ke-18, tradisi “membaca hikayat Jawa dan syair
ikat-ikatan”17 dalam kalangan anak raja telah dilakukan semasa persiapan perkahwinan Raja
Iskandar dan juga ketika meraikan pertabalannya sebagai Sultan Perak ke-15. Begitu juga di
Riau pada abad ke-19, tradisi membaca karya sejarah ini jelas dapat dilihat melalui Kisah
Pelayaran ke Riau yang menyebut bahawa orang Riau “kebanyakan dari mereka duduk
membaca syejarah dan siarah raja-raja Melayu dan bercakap-cakap akan hal dan peraturan
dahulu kala” di samping Tuhfat al-Nafis yang turut menyebut bahawa masyarakatnya “suka
mendengar (-dengar tuan-tuan syed berceritakan) hikayat raja-raja yang (dahulu-dahulu
yang) di sebelah atas angin”.18

Melalui pengajian agama dan sejarah di beberapa buah kerajaan Melayu ini maka telah
terbentuk satu golongan intelektual yang sedar akan kepentingan ilmu pengetahuan dan
mereka turut berkebolehan dalam pelbagai bidang keilmuan. Buktinya dapat dilihat melalui
dakwaan De Eredia, sewaktu beliau berada di Melaka pada abad ke-16:

“The majority of the Malayos are cheerful, roguish, and very wanton; ingenious and
intelligent, but negligent and careless about studies and arts; they spend their time

17 Ahmad Fauzi Mohd Basri (penyelenggara) ( 1992), Misa Melayu, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka,
hlm. 26.
18 Tuhfat al-Nafis: Sejarah Melayu-Islam, h. 496-497.
amusing themselves, and so, as a rule, few literati, mathematicians, or astrologers are
to be found amongst them.”19

Begitu juga dengan kenyataan Francois Valentyn dalam gambarannya tentang masyarakat
Melaka pada awal abad ke-18 seperti berikut:

“The Malays are the most cunning, the most ingenius and the politest people of the
whole East…Their language, Bahasa Malayu…the Malays are accustomed to study it,
trying their almost to enlarge their knowledge of it and to learn Arabic; even some
among them the Persian language too, and those who are more studious still strive to
obtain knowledge of the Sanskrit…”20

Melalui kedua-dua petikan di atas menunjukkan bahawa kebanyakan orang Melayu adalah
bijaksana, mahir, cerdik dan boleh membaca serta menulis. Walaupun dikatakan ketika ini
mereka lalai dari segi pelajaran dan kemahiran kerana lebih banyak menghabiskan masa
dengan berseronok namun masih terdapat di kalangan mereka yang telah menjadi
pemerintah, ahli matematik, ahli kaji bintang, sejarawan dan sebagainya. Mereka bukan
sahaja menguasai bahasa Melayu tetapi turut mempelajari bahasa Arab dan sesetengahnya
mempelajari bahasa Parsi serta Sanskrit. Disebabkan sesetengahnya telah mempunyai
kesedaran tentang kepentingan ilmu pengetahuan, mempunyai kebijaksanaan dan pelbagai
kebolehan maka tidak mustahil mereka telah dapat melahirkan pelbagai jenis karya di dalam
bahasa Melayu-jawi. Hal ini telah diakui oleh George Werndly melalui keterangannya yang
telah diterbitkan oleh Belanda pada 1736 bahawa terdapat 69 buah karya Melayu yang berada
di dalam pengetahuannya dan kemungkinan bilangannya lebih daripada itu kerana ia
tersimpan di istana-istana raja. Antaranya ialah Hikayat Iskandar, Bustan al-Salatin, Sejarah
Melayu, Hikayat Acheh, Hikayat Hang Tuah dan sebagainya. Dengan banyaknya bilangan
karya tersebut maka beliau mendakwa bahawa bahasa Melayu dan ilmu pengetahuan telah
berkembang subur dalam kalangan masyarakat Melayu di rantau ini.21

Selain itu, bahasa Melayu juga dilihat turut memainkan peranan penting dalam
penulisan karya Melayu termasuk karya sejarah. Peringkat awal bahasa Melayu telah dipilih

19 de Eredia Godingo.1997. Description of Malaca, Meridional India and Cathay”, J.V. Mills (terjemahan), MBRAS,
Reprint 14, hlm. 31.
20 Muller (terjemahan) ( Jun 1884). “Valentyn’s Description of Malacca”, JSBRAS, No. 13, hlm. 52-53.
21 Andaya, Barbara Watson.1979. Perak, The Abode of Grace: A Study of an Eighteenth-Century Malay State, Kuala

Lumpur: Oxford University Press, hlm.158-159.


sebagai bahasa pengantar Islam oleh para pedagang Arab sebagai bahasa pengantara dan
alat penyebar agama Islam. Kemudian ia telah mula diislamisasikan dimana para ulama telah
membawa bersama tulisan Arab yang dijadikan tulisan Melayu dengan tambahan beberapa
huruf istimewa. Usaha-usaha turut dijalankan dalam kalangan mereka untuk menyusun huruf
jawi berasaskan huruf Arab dan dilengkapkan pula dengan beberapa huruf tambahan Hasil
kebijaksanaan dan kreativiti ulama-ulama Melayu, mereka berjaya menyesuai, menggabung
dan menyusun kedua-dua huruf Arab dan Parsi ini sehingga terbentuk huruf-huruf Arab-
Melayu atau dikenali juga dengan huruf Melayu-jawi.22

Hasil gabungan antara beberapa sumber Arab, Parsi dan Melayu, secara tidak
langsung telah dapat memperkayakan lagi perbendaharaan kata Melayu dan menaikkan imej
tamadun bangsa Melayu. Dengan keadaannya yang mudah dipelajari, akhirnya bahasa
Melayu-Islam telah mendapat tempat, menjadi bahasa perantara (lingua franca) dan
digunakan dengan begitu meluas di Alam Melayu terutama dalam bidang perdagangan. Hal
ini dapat diperhatikan melalui kenyataan Valentyn seperti berikut:

“Their language, Bahasa Malayu, i.e., the Malay language …was not only spoken on
that coast, but was used through the whole of India and in all Eastern countries, as a
language understood everywhere and by every one…And if you don’t understand this
language, you are considered a very badly educated man in the East…”23

Hal ini, zaman pemerintahan Kesultanan Melayu Melaka, pendidikan tidak formal telah wujud
dalam kalangan masyarakat Melayu. Pendidikan tidak formal kebiasaannya tidak mempunyai
sistem dan institusi yang khusus. Kanak-kanak diajar melalui pendengaran, pemerhatian dan
penglibatan mereka dengan alam sekeliling. Tenaga pengajar juga tidak mempunyai tauliah
dan kebiasaannya terdiri daripada ibu bapa sendiri. Selain itu, pengajaran juga diselitkan
melalui cerita-cerita dongeng, pantun, dan peribahasa yang mengandungi banyak unsur-unsur
nilai murni. Sistem Pendidikan sekolah Al-Quran bermula sejak kedatangan Islam ke Melaka
dan negeri-negeri Melayu. Sistem itu dipelopori oleh pendakwah-pendakwah Islam dari luar.
Boleh dikatakan seluruh Semenanjung Tanah Melayu telah mewarisi sistem pendidikan
tersebut, misalnya Kedah, Perak, Kelantan dan Terengganu. Bahasa Melayu dan tulisan Jawi

22 Istilah ‘jawi’ merujuk kepada nama gelaran orang Arab terhadap seluruh bangsa di daerah Kepulauan Alam
Melayu. Syed Muhammad Naquib al-Attas, Islam Dalam Sejarah dan Kebudayaan Melayu, hlm. 43. Mahayudin Hj.
Yahaya, Naskhah Jawi: Sejarah dan Teks, hlm. 20.
23 Muller (terjemahan) ( Jun 1884). “Valentyn’s Description of Malacca”, JSBRAS, No. 13, hlm. 52-53.
telah digunakan secara meluas dalam sistem pendidikan formal itu. Pendidikan Formal telah
wujuddi rumah-rumah tok guru, Madrasah, Madrasah, Masjid, dan Sekolah Pondok. Ilmu yang
diajar adalah yang berkaitan dengan ilmu keagamaan.24

3. Kewujudan Sistem Feudal

Sebelum raja dan rakyat Melaka memeluk Agama Islam, masyarakat Melaka mengamalkan
cara hidup dan budaya yang dipengaruhi oleh Agama Hindu yang dibawa dari Srivijaya.
Selepas kedatangan Islam, masyarakat tradisi di melaka turut mengamalkan Sosiobudaya
Islam dalam kehidupan harian. Masyarakat Melaka pada umumnya terbahagi kepada empat
peringakat (Muhammad Yussuf Hashim). Peringkat pertama yang terdiri daripada Pemerintah
dan kerabat diraja. Peringkat kedua terdiri daripada para pentadbir yang merangkumi para
pembesar yang digolongkan sebagai golongan bangsawan. Peringkat ketiga ialah kelas
pedagang dan rakyat. Peringkat Keempat pula golongan hamba.

Secara umumnya, susun lapis masyarakat Melayu itu dapat digolongkan ke dalam dua
golongan, iaitu golongan yang memerintah yang terdiri daripada raja, kerabat, dan keluarga
raja sahaja, serta para pembesara negeri, dan golongan yang diperintah yang terdiri daripada
kaum pedagang, rakyat biasa atau orang merdeka dan hamba. Pada asasnya setiap peringkat
itu ditentukan berdasarkan darah keturunan masing-masing. Perubahan atau pertukaran
golongan boleh berlaku tetapi terhad, iaitu tidak kerap. Keadaan itu tidak bermakna setiap
golongan hidup dengan memencilkan diri daripada golongan yang lain. Keadaan hidup
mereka sehari-hari memerlukan mereka bertemu dan bergaul di antara satu sama yang lain.
Kegiatan eknonomi, sosial dan politik memerlukan mereka untuk saling bantu membantu.
Agama Islam merupakan faktor yang kuat yang menjalinkan hubungan diantara berbagai
golongan tersebut.25

24 Mazlan bin Abdullah. 2012. Sejarah Kesultanan Melayu Melaka. Kota Kinabalu: Universiti Malaysia Sabah. hlm.
113.
25 Ibid,. hlm. 86.
4. Konsep Daulat dan Derhaka

Dalam institusi politik Melaka, sultan mempunyai kedudukan yang paling istimewa dan
berkuasa mutlak. Sebelum kedatangan Islam, dalam konsep yang paling istimewa Agama
Hindu, raja dianggap sebagai bayangan Tuhan di muka bumi kuasa dan kedudukan raja adalah
mengatasi undang-undang. Hal ini, disebabkan mereka adalah pembuat undang-undang dan
boleh dikatakan pada masa sebelum wujudnya undang-undang bertulis, segala titah raja
dianggap sebagai undang-undang.

Dengan wujudnya pemerintah iaitu raja atau sultan dan golongan yang diperintah telah
meletakkan sultan mempunyai kuasa luar biasa yang tidak dimiliki oleh rakyat biasa. Maka
dengan itu timbullah konsep daulat dan derhaka yang mana rakyat harus patuh dan taat setia
serta tidak boleh mengingkari arahan atau titah sultan kerana sebarang pengingakaran akan
mengakibatkan rakyat akan terkena tulah. Paramesawara telah mewujudkan institusi yang
menjadi simbol dan pegangan diraja, antaranya konsep daulat dan derhaka, alat-alat
kebesaran diraja, adat istiadat diraja, dan larangan. Sebelum ini konsep daulat dan derhaka,
terdapat satu peristiwa yang melibatkan perjanjian anatara golongan pemerintah dan
golongan diperintah.

Perjanjian telah dibuat antara Sang Sapurba Taram Seri Buana (pihak pemerintah)
dengan Demang Lebar Daun (pihak yang diperintah) yang dikenalo Wa’adat (perjanjian
kesetiaan). Punca berlakunya perjanjian itu adalah disebabkan oleh pemerintah Seri Teri
Buana yang ingin berkahwin dengan anak perempuan Demang Lebar Daun yang bernama
Wan Sendari. Oleh sebab itu, Demang Lebar Daun terpaksa membuat perjanjian dengan Seri
Teri Buana sebelum dia bersetuju bermenantukan Seri Teri Buana memandangkan kedua-dua
pihak berlainan darjat dan keturunan. Sebelum permintaan tersebut dibuat, Seri Teri Buana
telah berkahwin dengan 39 orang wanita kebanyakan tetapi kesemua wanita tersebut
mendapat penyakit kedal selepas ditiduri baginda. Oleh itu Seri Teri Buana telah bertindak
menghalau wanita-wanita itu, oleh yang demikian, Demang Lebar Daun terpaksa membuat
perjanjian dengan Seri Teri Buana bagi mengelakkan anaknya diperlakukan seperti isteri-isteri
baginda yang sebelumnya di samping dapat menjaga maruah anak perempuannya.
Maka Sembah Demang Lebar Daun, “ Jikalau anak patik Tuanku peristeri, nescaya
kedal ia; tetapi jika tuanku mahu berwaadah dengan kita, maka patik persembahkan
anak patik ke bawah Duli Yang Dipertuan”.

(Sulatus Salatin. A. Samad. Ahmad. Sejarah Melayu, hlm. 25)

Raja yang memerintah kerajaan Melaka disebut sebagai sumber dan pusat kuasa secara
sekular. Keduduakan raja istimewa dalam sistem berkerajaan sendiri dan sumber kuasa dimiliki
oleh seseorang raja yang mengerakkan jentera serta tenaga pemerintahan dan pentadbiran
adalah dilancarkan oleh sistem daulat itu sendiri. Konsep daulat yang berasal dari perkataan
Arab (daulah) menjadi lambang kedaulatan seseorang raja yang memerintah. Daulat turut
dikaitkan dengan soal kesempurnaan, kebolehan, keistimewaan dan kuasa politik tertinggi
seseorang raja. Raja dianggap sebagai tunggak yang menyatupadukan rakyat, mengamankan
dan memakmurkan negeri. Seseoran raja dianggap berdaulat setelah ditabalkan di dalam
istiada secara rasmi rakyat mengiktirafkan kedaulatan seseorang raja yang memerintah itu
dengan seruan “Daulat”. Daulat juga dihubungkan dengan karisma dan tuah yang dimiliki oleh
raja.

Wujudnya kepercayaan yang kukuh terhadap kedaulatan seseorang raja yang


memerintah. Antaranya ialah kepercayaan yang berakar umbi dalam masyarkat Melayu
bahawa rakyat tidak boleh menderhaka kepada raja. Setiap rakyat termasuk anak cucu mereka
juga diajar untuk tidak menderhaka kepada raja. Menderhaka bukan sahaja memalukan
seluruh keluarga si penderhaka tetapi juga memberi kesan buruk kepada keluarganyam yang
akan dipulaukan serta diseksa walaupun mereka tidak menderkaha. Perbuatan menderhaka
termasuklah dalam bentuk penafian titah atau perintah raja. Mencetuskan huru-hara dalam
negeri, membunuh tanpa kebenaran raja dan memalsukan cop mohor diraja.26

26 Ibid., hlm. 17-30.


5. Warisan Sosiobudaya

Warisan Kesultanan Melayu Melaka dalam aspek sosiobudaya dapat dilihar dari segi
pengamalan istiadat di negeri-negeri Melayu yang lain seperti Perak dan Johor. Antaranya
pengunaan bahasa istana atau bahasa dalam yang mana bahasa tersebut hanya boleh
digunakan oleh golongan diraja dan kerabatnya sahaja dan rakyat tidak dibenarkan sama
sekali menggunakannya. Rakyat juga dilarang daripada mengunakan warana tertentu seperti
warna kuning. Alat kebesaran diraja seperti nobat masih digunakan di negeri-negeri Melayu
seperti Johor, Perak dan Selangor. Rakyat juga dilarang mendirikan rumah berpemanjungan,
berperahu dengan tingkap berpenghadapan, memakai penduk serta memakai segala jenis
perhiasan seperti emas dan khasa(h) di balai penghadapan. Tujuan adat dan peralatan
tersebut digunakan adalah untuk menghormati raja atau sultan memerintah.

Hal ini, zaman pemerintahan Kesultanan Melayu Melaka, pendidikan tidak formal telah
wujud dalam kalangan masyarakat Melayu. Pendidikan tidak formal kebiasaannya tidak
mempunyai sistem dan institusi yang khusus. Kanak-kanak diajar melalui pendengaran,
pemerhatian dan penglibatan mereka dengan alam sekeliling. Tenaga pengajar juga tidak
mempunyai tauliah dan kebiasaannya terdiri daripada ibu bapa sendiri. Selain itu, pengajaran
juga diselitkan melalui cerita-cerita dongeng, pantun, dan peribahasa yang mengandungi
banyak unsur-unsur nilai murni. Sistem Pendidikan sekolah Al-Quran bermula sejak
kedatangan Islam ke Melaka dan negeri-negeri Melayu. Sistem itu dipelopori oleh
pendakwah-pendakwah Islam dari luar. Boleh dikatakan seluruh Semenanjung Tanah Melayu
telah mewarisi sistem pendidikan tersebut, misalnya Kedah, Perak, Kelantan dan
Terengganu. Bahasa Melayu dan tulisan Jawi telah digunakan secara meluas dalam sistem
pendidikan formal itu. Pendidikan Formal telah wujuddi rumah-rumah tok guru, Madrasah,
Madrasah, Masjid, dan Sekolah Pondok. Ilmu yang diajar adalah yang berkaitan dengan ilmu
keagamaan.

Selain itu, warisan adat juga terdapat di negeri-negeri Melayu, misalnya Adat
Temenggung yang diamalkan di seluruh Semenanjung Tanah Melayu, kecuali Negeri
Sembilan sahaja mengamalkan Adat Perpatih. Adat Temenggung ini dikatakan lebih banyak
menerima pengaruh daru agama Islam. Penggubalan undang-undang yang digunakan du
negeri-negeri Melayu adalah berdasarkan Adat Temenggung yang djuga dipengaruhi oleh
Islam, seperti yang terdapat dalam sistem perundangan di Melaka. Adat resam merupakan
warisan turun temurun yang diamalkan sejak zaman kerajaan Melayu Melaka dan diamalkan
di negeri-negeri Melayu, misalnya adat bercukur jambul, adat berkhatan, adat-adat
perkahwinan dan sebagainya. Warisan lain dapat dilihat dalam bidang kesenian, misalnya
seni bina, seni ukir, seni tampak dan sebagainya.27

6. Penggunaan Bahasa Melayu Sebagai Bahasa Perantaran atau Lingua Franca

Terdapat sarjana yang mengkaji asal usul bahasa Melayu melalui kewujudan penempatan
orang Melayu. Umpamanya, Abdul Rashid Melebek dan Amat Juhari Moain (2011) menyatakan
ada pendapat yang mengaitkan perkataan Melayu dengan Malayu, iaitu sebuah kerajaan yang
berpusat di muara Jambi. Kerajaan ini muncul pada abad ke-7 (644M) dan pernah dilawati
oleh I. Tsing pada 671M. Nama Malayu bagi kerajaan Malayu ini berasal daripada nama
sebatang sungai yang terletak di situ, iaitu Sungai Malayu atau Melayu.

Istilah Melayu mempunyai pengertian yang sama dengan ‘lari’ dalam bahasa Jawa.
Mengikut cerita, air sungai tersebut terlalu deras arusnya, selaju orang berlari. Itulah sebabnya
sungai tersebut dinamakan sebagai Melayu. Menurut Slametmuljana dalam Armin Azhari Saleh
(2011), istilah Melayu ditulis sebagai Mo-loyeu yang berasal daripada bahasa Sanskrit. Istilah
ini dijumpai buat pertama kalinya dalam tulisan China pada tahun 644M atau 645M.

Tulisan itu menyebut perihal orang Mo-lo-yeu yang menghantar utusan ke China untuk
menghadiahkan hasil bumi kepada maharaja negara tersebut. Dipercayai bahawa orang Mo-
lo-yeu tersebut datang daripada sebuah kerajaan yang terletak di Jambi. Abdul Rashid Melebek
dan Amat Juhari Moain (2011) juga turut mengatakan bahawa ada pendapat yang menyatakan
istilah Melayu berasal daripada perkataan ‘pamalayu’, iaitu peristiwa ketika berlaku
penyerangan oleh Raja Kertanegara dari Singhasari Jawa Timur di Hulu Jambi bersempadan
dengan Sumatera Barat. Kemudian di situ didirikan sebuah prasasti, iaitu prasasti
Amoghapasa. Tujuan prasasti itu dibina adalah sebagai tanda peringatan kepada satu
ekspedisi angkatan perang dari Jawa Timur ke daerah Malayu pada tahun 1286. Dalam konteks

27 Mazlan bin Abdullah. Sejarah Kesultanan Melayu Melaka. hlm. 112-113.


ini, ‘pamalayu’ bermaksud Ekspedisi Malayu, iaitu penyerangan dan seterusnya penguasaan
ke atas negeri Malayu.

Berdasarkan kepada pengertian di atas, jelas menunjukkan bahawa kerajaan dan negeri
Melayu telah wujud sekian lama. Oleh yang demikian, sudah pasti bahasa yang digunakan
sebagai alat komunikasi adalah bahasa Melayu. Tambahan pula kerajaan-kerajaan tersebut
terletak di sekitar Kepulauan Indonesia. Hal ini sejajar dengan kajian Asmah Omar (2008) yang
mendapati bahawa kawasan bahasa Melayu adalah menganjur dari kawasan pergunungan di
Taiwan menyusur ke selatan hingga ke New Zealand, dan dari Madagascar di luar pantai timur
Afrika hingga ke Pulau Easter di Lautan Pasifik.28

Dengan keanggotaannya dalam rumpun Austronesia, bahasa Melayu bukan sahaja


mempunyai perkaitan kekeluargaan dengan bahasa-bahasa yang berdekatan dengannya,
tetapi mempunyaiperkaitan juga dengan bahasa-bahasa di Lautan Pasifik seperti bahasa
Hawaii, Samoa, Fiji dan Maori, bahasa Malagasi di Madagascar dan bahasa-bahasa di kawasan
pergunungan di Taiwan. Bahasa Melayu merupakan satu daripada sejumlah besar bahasa yang
tergolong dalam rumpun Austronesia. Bahasa-bahasa yang menganggotai rumpun ini tersebar
dalam kawasan yang meliputi hampir separuh muka bumi yang sebahagian besarnya adalah
lautan.

Peranan bahasa Melayu sebagai wahana perhubungan telah bermula sejak zaman praIslam,
iaitu sekitar tahun 682 Masihi. Hal ini dapat dibuktikan melalui penemuan prasasti-prasasti
yang mencatatkan teks Melayu tertua di Kedudukan Bukit(683M), di Talang Tuwo (684M), di
Kota Kapor (686M) dan di Karang Brahi (686M) (Syed Zulfida 2006). Keadaan ini menunjukkan
bahawa bahasa Melayu pernah menjadi bahasa utama bagi kerajaan Srivijaya yang luas
jajahan takluknya. Malah, menurut pandangan Noresah Baharom yang dipetik dalam Yusfarina
dan Abdul Rasid (2011), bahawa bahasa Melayu juga pernah dijadikan sebagai bahasa untuk
mengajarkan agama Hindu pada zaman praIslam tersebut walaupun dalam lingkungan yang
terhad. Pernyataan ini menggambarkan bahawa bahasa Melayu telah memainkan peranan
penting dalam kehidupan masyarakat semenjak zaman Pra-Islam lagi.

28 Ku Hasnita Ku Samsu, etc. 2013. Keupayaan Bahasa Melayu di Persada Antarabangsa. International Journal
of the Malay World and Civilisation, 1(1), 55-65. hlm. 56.
Seterusnya, bahasa Melayu telah mencipta kegemilangan yang luar biasa sekitar abad
ke-13 iaitu pada zaman Kesultanan Kerajaan Melayu Melaka apabila bahasa Melayu berfungsi
sebagai lingua franca, iaitu bahasa perhubungan antara penduduk tempatan dengan para
pedagang asing bagi urusan perdagangan. Ini bermakna, setiap pedagang dari seluruh pelosok
dunia yang berhajat untuk singgah di pelabuhan Melaka atau menjalankan kegiatan
perdagangan mestilah pandai bertutur dalam bahasa Melayu.

Di samping itu, bahasa Melayu juga berkemampuan menjadi bahasa antarabangsa


apabila bahasa tersebut digunakan dalam hubungan diplomatik antara Melaka dengan negara-
negara asing seperti negara China. Dalam konteks ini, keperluan mengetahui dan memahami
bahasa-bahasa asing telah mendapat ‘perhatian diraja’ pada zaman Dinasti Ming apabila
jawatankuasa jurubahasa (Da Tong Shi) telah ditubuhkan untuk memenuhi kepentingan dan
keperluan dalam hubungan luar negara. Mengikut Liang Liji yang dipetik dalam Awang Sariyan
(2011), terdapatnya Tong Shi atau jurubahasa yang berkhidmat dalam 18 jawatankuasa kecil
(Xiao Tong Shi) berjumlah 60 orang, dan dua orang daripadanya khusus untuk bahasa Melayu,
iaitu seorang untuk Melaka dan seorang lagi untuk Sumatera. Untuk melatih para jurubahasa,
pada tahun 1405, Maharaja Ming Cheng Zhu menubuhkan akademi bahasa yang dikenal
sebagai Si Yi Guan (Balai Bahasa Negeri-negeri Asing) di ibu negara Ying Tian Fu (kini Nanjing).
Terdapat lapan buah jabatan di akademi bahasa asing itu. Bahasa Melayu dimasukkan di
bawah Hui Hui Guan (Jabatan Islam yang meliputi Parsi, Arab, Melaka, Jawa dan lain-lain).

Akademi bahasa asing itu bertahan melebihi 400 tahun, dan dilanjutkan dalam Dinasti
Qing yang menggantikan Dinasti Ming walaupun namanya diubah pada 1748 menjadi Hui Tong
Si Yi Guan. Peranan akademi itu hanya terhenti sesudah Perang Candu pada tahun 1840,
sesudah Dinasti Qing menghadapi ketidakstabilan politik (Liang Liji dalam Awang Sariyan
2011). Dengan demikian jelaslah bahawa bahasa Melayu mempunyai kekuatan yang mampu
diketengahkan sebagai bahasa perhubungan di peringkat antarabangsa.

Selain itu, kebangkitan Melaka sebagai pusat penyebaran Islam juga telah menjadi
serampang dua mata kepada perkembangan bahasa Melayu apabila bahasa tersebut
berperanan sebagai bahasa dakwah antara pendakwah dengan golongan yang didakwahkan.
Golongan pendakwah itu sendiri sebenarnya adalah dalam kalangan pedagang daripada
negara Timur Tengah, manakala golonganyang didakwahkan adalah terdiri daripada penduduk
empatan dan para pedagang asing yang singgah di pelabuhan Melaka. Apabila bahasa Melayu
dijadikan sebagai medium penyebaran Islam, ini bermakna para pendakwah yang merangkap
sebagai pedagang itu mestilah mempelajari bahasa Melayu sebelum menjalankan misi dakwah
mereka. Pembelajaran bahasa Melayu oleh pendakwah yang merangkap sebagai pedagang ini
adalah sangat penting sebagai usaha untuk menarik minat orang ramai terutamanya penduduk
tempatan untuk menganuti dan mendalami agama Islam. Hal ini adalah kerana sesuatu ilmu
yang hendak disampaikan itu mestilah melalui bahasa yang mudah difahami oleh golongan
yang mendengarnya.

Selain itu, peranan bahasa Melayu dalam menyebarkan ajaran Islam juga telah
membuka lembaran baharu kepada pengembangan kosa kata bahasa tersebut. Menurut
pendapat Noresah Baharom yang dipetik dalam Yusfarina dan Abdul Rasid (2011) bahawa
kenyataan ini dapat dibuktikan melalui kewujudan perkataan-perkataan baharu yang
mengungkapkan konsep tauhid, syariah, undang-undang dan tasawuf, umpamanya perkataan
wajib, sunat, hukum, harus, kitab, qadhi, subuh dan sebagainya lagi. Keadaan yang berlaku
ini menunjukkan proses yang positif dan dinamik ke arah pengayaan perbendaharaan kata
bahasa Melayu itu sendiri. Huraian di atas jelas menunjukkan bahawa pemerkasaan bahasa
Melayu telah terbukti dilaksanakan pada zaman Kesultanan Kerajaan Melayu Melaka. Buktinya
dapat dianalisis melalui beberapa elemen pemerkasaan bahasa Melayu (Teo Kok Seong 2011)
yang telah berjaya dipenuhi, iaitu:

1) Penutur Bahasa Melayu: Dalam konteks ini, penutur bahasa Melayu di Melaka telah
mencatatkan perkembangan dari semasa ke semasa sejajar dengan perkembangan
pesat aktiviti perdagangan dan penyebaran Islam di sana. Justeru, semakin ramai
penutur sesuatu bahasa itu, maka semakin kuat dan berwibawalah bahasa
berkenaan.29

2) Kekuatan Ekonomi Bangsa atau Masyarakat Penutur: Jika dilihat dari aspek ini,
sememangnya para penutur bahasa Melayu pada zaman kegemilangan Melaka adalah
terdiri daripada pedagang dan penduduk tempatan. Malah sebahagian besar daripada
penduduk tempatan terutama golongan bangsawan Melayu adalah terdiri daripada

29 Ibid,. hlm. 57.


pedagang. Hal ini menunjukkan bahawa kedudukan bahasa Melayu sangat kukuh pada
masa ini, memandangkan bahasa tersebut telah digunakan secara meluas bagi aktiviti
ekonomi di peringkat tempatan dan antarabangsa.

Seterusnya, jika ditelusur kedudukan bahasa Melayu selepas keruntuhan Kerajaan


Kesultanan Melayu Melaka iaitu pada zaman penjajahan Portugis (1511-1640) dan Belanda
(1640-1820), didapati bahawa bahasa tersebut tetap digunakan dalam hubungan antara
pemerintah (penjajah) dengan rakyat, barangkali dengan perantaraan jurubahasa. Jika tidak,
komunikasi tidak mungkin berlaku antara pemerintah (penjajah) dengan rakyat. Dalam
konteksi ini, bahasa Portugis dan Belanda juga turut digunakan, namun secara terhad yang
melibatkan urusan pemerintahan sesama bangsa pemerintah (penjajah) itu sendiri (Asmah
Omar 2008: 31). Malah, ketika ini juga bahasa Melayu juga digunakan sebagai alat surat
menyurat dalam kalangan raja Melayu di sekitar Selat Melaka dengan penguasa Eropah. Ahli
bahasa terkenal, W.G. Shellabear, misalnya telah mengkaji dan menerbitkan enam pucuk surat
penting, termasuk surat tulisan raja Acheh dalam bahasa Melayu pada permulaan abad ke-17.
Surat itu diutus kepada pejabat BelandaInggeris yang datang ke Acheh kerana hendak
mendapatkan keizinan raja untuk berdagang di daerah tersebut (lllias Zaidi 2011:9). Ini
bermakna pada zaman penjajahan tersebut bahasa Melayu masih digunakan sebagai bahasa
perhubungan rakyat jelata, bahasa rasmi dan bahasa pentadbiran. Hal demikian memaparkan
kewibawaan dan kemampuan bahasa Melayu sekalipun dalam cengkaman penjajah.

Namun, situasi ini berbeza pada zaman penjajahan Inggeris di Tanah Melayu pada
awal abad ke-20 apabila bahasa Inggeris digunakan sebagai bahasa utama. Sebelum Perang
Dunia Kedua meletus, Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu (Kedah, Perlis, Kelantan,
Terengganu dan Johor) yang berada di bawah pemerintahan Inggeris menggunakan bahasa
Melayu dalam urusan pemerintahan masing-masing. Bahasa Inggeris pula digunakan secara
terhad iaitu apabila mengeluarkan notis-notis penting kepada orang ramai sahaja. Dalam
konteks ini, kesemua empat bahasa utama digunakan, iaitu bahasa Melayu, Inggeris, Cina dan
Tamil dengan menggunakan sistem tulisan masingmasing. Bahasa Melayu dengan tulisan Jawi,
bahasa Inggeris dengan tulisan Rumi, bahasa Cina dengan tulisan Cina dan bahasa Tamil
dengan tulisan Tamil. Manakala di Negeri-negeri Melayu Bersekutu (Perak, Selangor, Pahang,
dan Negeri Sembilan) serta di Negeri-negeri Selat (Pulau Pinang, Melaka dan Singapura)
pemerintahan dijalankan dengan menggunakan bahasa Inggeris sepenuhnya. Namun begitu,
bahasa Melayu telah digunakan di kawasan-kawasan yang bukan ibu negeri. Senario yang
sama turut berlaku di Sabah, Sarawak dan Brunei (Asmah Omar 2008: 32). Selain itu, pegawai-
pegawai Inggeris yang bertugas di jabatan-jabatan kerajaan pada ketika itu wajib lulus dalam
bahasa Melayu untuk disahkan dalam jawatan. Hal ini menunjukkan bahawa pada peringkat
awal penjajahan, Inggeris tidak terburu-buru dalam menguatkuasakan penggunaan bahasa
Inggeris dalam semua aspek kehidupan. Dalam hal ini, Inggeris telah menggunakan
pendekatan psikologi dalam proses penguatkuasaan bahasa tersebut bagi mengelakkan
penentangan besar-besaran orang Melayu. Itulah sebabnya penguatkuasaan bahasa tersebut
dijalankan secara beransur-ansur dan terancang.

Kemaraan tentera Jepun ke Tanah Melayu pada tahun 1941 menandakan bermulanya
Perang Dunia Kedua. Ketika ini Jepun telah mengambil alih pemerintahan Tanah Melayu
daripada Inggeris. Nasib bahasa Melayu pada masa ini juga agak menyedihkan apabila dasar
Jepun memaksa rakyat Tanah Melayu menerima nilai-nilai bahasa dan kebudayaan Jepun
sekali gus mengancam adat istiadat dan kebudayaan orang Melayu. Institusi pendidikan Jepun
diperkenalkan dengan menggunakan Bahasa Jepun sebagai bahasa pengantar. Namun, situasi
ini tidak mengambil masa yang lama, hanya 3 tahun 6 bulan sahaja apabila tentera Jepun
berundur daripada Tanah Melayu.

Setelah tamat Perang Dunia Kedua, Inggeris kembali semula ke Tanah Melayu. Kali ini
penguatkuasaan bahasa Inggeris dilakukan secara agresif. Buktinya, orang tempatan diarah
menggunakan bahasa Inggeris dan menyanjung budaya Inggeris. Dari segi pentadbiran,
pegawai-pegawai Inggeris yang tiada pengetahuan dalam bahasa Melayu telah dilantik.
Menurut Nik Safiah Karim yang dipetik dalam Yusfarina dan Abdul Rasid (2011), bahawa dasar
turut digubal agar bahasa Inggeris dijadikan bahasa pengantar dalam sistem persekolahan.
Malah, kelulusan bahasa Inggeris juga diperlukan sebagai syarat kenaikan pangkat atau untuk
menjadi pegawai. Kedudukan bahasa Melayu pada masa itu semakin merosot dan hanya
menjadi bahasa pengantar untuk peringkat persekolahan yang paling rendah. Selain itu,
bahasa Melayu menjadi bahasa perhubungan untuk golongan bawahan sahaja. Kewibawaan

bahasa Melayu pada waktu ini telah hilang dan tenggelam dalam tangan penjajah. Bahasa
Melayu hilang maruah dan hala tuju. Namun keadaan mula berubah apabila berlaku
perjuangan mengangkat bahasa Melayu serentak dengan perjuangan membebaskan tanah air
daripada penjajah oleh para nasionalis yang terdiri daripada guru-guru Melayu, para
wartawan, para sasterawan dan ahli-ahli politik. Perjuangan tersebut telah membuka lembaran
baharu kepada nasib bahasa Melayu apabila bahasa tersebut isytiharkan sebagai Bahasa
Kebangsaan dalam Perlembagaan Merdeka Tanah Melayu 1957 dan seterusnya termaktub
dalam Perkara 152 (1) Perlembagaan Persekutuan.30

7. Kewujudan Pelbagai Bangsa

Kewujudan pelbagai kaum sejak Kesultanan Melayu Melaka lagi dimana faktor perdagangan,
diplomatik, perkahwinan, dan sebagainya. Dapat dilihat Jalinan hubungan di zaman Kesultanan
Melayu Melaka dengan China sejak abad ke-13 lagi. Sejarah panjang memperlihatkan
hubungan dua hala yang cukup mantap dan memberikan kesan langsung kepada kedua-dua
buah negara. Bermula dengan hubungan diplomatik iaitu sebagai kuasa perlindung kepada
Kesultanan Melayu Melaka dan seterusnya pertalian kekeluargaan diraja. Hubungan ini
memperlihatkan pusingan proses migran masyarakat Cina ke Tanah Melayu. Kemudiann
pusingan kedua proses migran berlaku secara lebih besar ke abad ke-19 dan ke-20. Mereka
ini berintegrasi dan berasimilasi dengan peribumi. Hal ini, terus bercambah dengan subur dan
melahirakan masyarakat Baba dan Nyonya dimana perkahwianan orang Melayu dan Cina yang
mengamalkan budaya Melayu dalam kehidupan seharian.31

Dalam masa yang sama wujud juga masyarakat Tionghoa yang kekal dengan budaya
asal mereka di Tanah Melayu. Era lepas Perang Dunia Kedua, mereka ini tergolong sebagai
sebahagian daripada masyarakat dan warganegara Malaysia. Mereka terlibat secara langsung
dalam mencorakkan suasana politik, ekonomi, dan sosial di Malaysia. Hubungan Malaysia-
China terus berkembang dan menjalinkan hubungan kerjasama yang cukup erat bermula
dengan hubungan keagamaan, politik, sosial dan juga ekonomi. Sejarah panjang ini tidak
boleh dipadamkan, malah terus subur sehingga hari ini.

30
Ibid,. hlm. 58-59.
31
Dr. Haji Ishak Bin Saat.. 2009. Sejarah Panjang Hubungan Malaysia-China. Pulau Pinang: USM. hlm. 1.
Bermula dengan hubungan diplomatik iaitu sebagai kuasa lindungan kepada Kesultanan
Melayu Melaka dan seterusnya pertalian kekeluargaan Raja. Hubungan ini memperlihatkan
pusingan pertama proses migran masyarakat Cina ke Tanah Melayu. Kebangkitan kerajaan
Kesultanan Melayu Melaka yang diasaskan oleh Parameswara / Megat Iskandar Shah [1402-
1424M] telah meletakkan asas kerjasama diplomatik dengan pelbagai negara luar. Di bawah
kerajaan dinasti Ming hubungan diplomatik pertama antara Melaka dengan China terjalin.
Tahun 1404 Melaka menerima perutusan Maharaja China iaitu Laksamana Yin Ching kemudian
diikuti oleh Laksamana Cheng Ho pada tahun 1405 dan 1409.

Lantaran Melaka waktu itu menerima ancaman dari kerajaan Siam maka hubungan
diplomatik diperluaskan dengan hubungan ketenteraan. Kerajaan China bersetuju menaungi
Melaka yang diiktiraf sebagai sebuah kerajaan yang berdaulat.32

Hubungan dua hala ini mengeratkan lagi kerajaan dua buah negara ini. Pada tahun
1411, diiringi oleh Laksamana Cheng Ho, Parameswara berserta dengan pengikutnya seramai
540 orang telah pergi menghadap Maharaja Yung Lo. Pada waktu itu, China diperintah oleh
Dinasti Ming. Lawatan rasmi ini menyaksikan rombongan Melaka dianugerahkan dengan
payung kuning, cap mohor dan sepersalinan pakaian tanda pengiktirafan kerajaan China
terhadap Kesultanan Melayu Melaka. Utusan-utusan Melaka terus dihantar ke China pada
tahun-tahun 1412 dan 1413. hubungan ini memberikan impak positif terhadap Melaka kerana
tidak diganggu lagi oleh kerajaan Siam dan Majapahit. Keadaan ini memberikan kesempatan
kepada Kesultanan Melayu Melaka berkembang pesat sehingga menjadi sebuah pusat
perdagangan yang maju sehingga bertaraf dunia. Melaka menjadi tumpuan para pedagang
Islam dan bukan Islam sehingga menjadikan Melaka maju bukan sahaja dari segi ekonomi
tetapi kemajuan turut dikecapi dari segi politik dan sosial. Kehadiran para pendakwah Islam
dan pengislaman Parameswara pada tahun 1414 telah menyebabkan Melaka berkembang
pesat sebagai Pusat Penyebaran Islam di rantau Nusantara. Kepesatan ini membolehkan
Kesultanan Melayu Melaka berkembang sehingga menjadi sebuah empayar yang terkuat di
Asia Tenggara.

32 Ibid,. hlm. 2.
Namun hubungan dua hala dengan kerajaan China tidak diabaikan. Oi waktu
pemerintahan Sultan Mansor Shah [1459-1477M] yang masih muda dan bujang telah kembali
menjalinkan kerjasama diplomatik dengan kerajaan China. Satu perutusan dengan pelbagai
hadiah telah dihantar ke China. Maharaja China telah menganugerahkan Puteri Hang Li Po
kepada Sultan Mansor Shah. Satu keputusan dan pengiktirafan terhadap Sultan Mansor Shah
sebagai pemerintahan Kesultanan Melayu Melaka. Baginda telah menghantar Tun Perpatih
Puteh untuk mengiringi anugerah tersebut. Puteri Hang Li Po tiba di Melaka pada tahun 1458
dengan diiringi oleh sejumlah 500 orang pengikut dari negeri China. Puteri Hang Li Po
kemudiannya diperisterikan oleh Sultan Mansor Shah pada tahun 1459. Perutusan dan
anugerah ini membuktikan Melaka dan China memasuki satu lagi fasa dalam sejarah panjang
hubungan Melaka - China. Ini menjalinkan hubungan keluarga OiRaja antara kedua-dua buah
kerajaan.

Peristiwa perkahwinan bersejarah ini telah disemadikan dalam sejarah Kesultanan


Melayua Melaka dengan pembinaan Perigi Hang Li Po tanda hubungan diplomatik dan
hubungan kekeluargaan antara dua benua ini. Perigi Hang Li Poh atau juga dikenali sebagai
Perigi Raja ini dibina pada tahun 1459 di bawah arahan Sultan Mansor Shah kepada isteri
baginda, seorang puteri dari negara China, Puteri Hang Li Poh. Perigi ini tidak pernah kering
dan merupakan satu-satunya punca air semasa musim kemarau. Pihak Belanda membina
tembok disekelilingnya pada tahun 1677 untuk memeliharanya sebagai perigi permintaan
(wishing well).Ada yang berkata bahawa mereka yang melontar duit syiling ke dalamnya akan
kembali ke Melaka pada masa depan. Perigi ini terletak di Jalan Puteri Hang Li Poh.33

Keseluruhannya, kewujudan pelbagai bangsa dari “Zaman Kesultanan Melayu Melaka”


lagi. Hal ini, melalui faktor perdagangan, perkahwinan, dan diplomatik adalah salah satu
wujudnya kewujudan bangsa. Misalnya perkahwinan orang Cina dengan Melayu (Baba dan
Nyonya), Arab dengan Melayu (Syeikh dan Syarifah), dan sebagainya.

33 Ibid,. hlm. 3-4.


8. Warisan Tapak Bersejarah

Gambar rajah Istana Kesultanan Melaka 1.2

Kegemilangan Kesultanan Melayu Melaka telah banyak memberi impak yang besar sejarah
Malaysia. Oleh itu, peninggalan-peninggalan seperti Istana Kesultanan Melaka yang dapat
dilihat ke hari ini. Gambar rajah 1.2 merupakan Istana Kesultanan Melaka sebuah replika istana
Sultan Mansur Shah yang memerintah Melaka sekitar 1456 hingga 1477. Muzium ini dibuka
secara rasminya pada Julai 1986. Kini muzium ini mempunyai lebih kurang 1,350 item dalam
bentuk artifak, cetakan, gambar dan lukisan mewakili sejarah dan budaya Kesultanan Melayu
Melaka dan masyarakatnya yang menetap di Melaka pada tempoh tersebut. Bangunan tiga
tingkat ini dibahagikan kepada lapan bilik dan tiga galeri termasuk bilik pancaragam Diraja,
senjata, seni perhiasan, hadiah, dewan reaksi, balairung seri dan dewan Islam. Galeri-galeri
pula menonjolkan pertempuran Hang Tuah dan Hang Jebat, pakaian tradisional dan kamar
diraja.
Diantara barang pameran di Istana Kesultanan Melayu Melaka termasuk cetakan dan
gambar Kesultanan Melayu Melaka, model Istana Sultan Mansur Shah, senjata pakaiaan
perkahwinan tradisional Melayu, barangan kemas dan barangan loyang.34

Oleh itu, terdapat peninggalan tapak-tapak sejarah seperti Kota A Famosa, Bukit Cina,
dan sebagainya. Tapak-tapak peninggalan amat penting dalam pendapatan negara melalui
aktiviti pelancongan serta dijadikan pusat kajian pensejarahan mengenai sejarah Melaka.

34 http://www.melaka.gov.my/my/pelancongan/muzium-galeri/muzium

Anda mungkin juga menyukai