Anda di halaman 1dari 4

ABSTRAK

Migrasi pelarian kaum Rohignya secara besar-besaran yang berlaku selepas kemerdekaan
Myanmar (Burma)dapat dikaitkan dengan faktor sejarah dan politik yang kompleks. Arus
migrasi yang berterusan telah membawa Rohingya ke Malaysia sejak tahun 1980-an.
Kehidupan kaum pelarian bersama anak-anaknya adalah satu bentuk perjuangan hidup
walaupun persekitaran sosial yang dialami ini penuh dengan unsur-unsur ketidakpastian.
Pengalaman kehidupan harian yang dilalui oleh golongan ini merangkumi aspek-aspek
ekonomi, kesihatan, dokumen, keselamatan dan pendidikan untuk anak-anak pelarian ini.
Justeru, status sosial golongan pelarian iaitu golongan Rohingya yang masih kabur di
Malaysia telah mendatangkan kesan yang mendalam terhadap setiap aspek kehidupan harian
mereka.

1.0 PENDAHULUAN

Laluan memang penuh berliku, sedang masa depan masih tidak menentu. Tetapi, sekali
mengharung lautan pantang untuk berpatah balik. Mereka betul-betul nekad dan berserah
pada nasib, sambil berpegang pada satu bidalan lama; "Untung sabut timbul, untung batu
tenggelam". Ramai yang menerima untung batu - mati dan tenggelam di laut setelah gagal
melawan ombak untuk berenang ke pantai. Sudah banyak ‘pelayaran harapan’
menggunakankan feri, bot dan sebagainya dari negara jiran itu bertukar menjadi tragedi
apabila penumpang-penumpang dipaksa terjun ke laut dalam untuk berenang ke pantai. Pihak
berkuasa kemudian menemui mayat-mayat terapung yang terdiri daripada lelaki, wanita dan
kanak-kanak. Sesetengahnya betul-betul seperti batu - tenggelam tidak timbul-timbul dan
berkubur di dasar laut.

Satu ancaman yang menggugat keselamatan negara ialah kemasukan pelarian dan
penghijrahan pendatang tanpa izin dari negara luar. Terdapat beberapa sebab mengapa
Malaysia menghadapi masalah kemasukan kumpulan ini.

a. Negara kita terdedah kepada keadaan huru-hara politik yang berlaku di beberapa
negara Asia Tenggara
b. Wujudnya perbezaan ekonomi di antara negara kita dengan negara lain yang
menimbulkan keinginan rakyat negara lain itu untuk datang ke Malaysia
c. Keadaan sempadan maritim untuk memasuki negara ini sangat mudah
d. Negara-negara asal tidak mengambil sebarang tindakan positif untuk menghalang
rakyat masing-masing lari ke negara lain, malah ada negara asing yang menggalakkan
rakyatnya untuk bermastautin di negara lain.

Umpama magnet, bumi Malaysia memiliki daya tarikan yang sangat kuat terhadap pendatang
dan isu pencerobohan oleh pendatang dan pelarian yang memohon simpati, bukanlah
fenomena baru. Kalau dulu negara heboh kehadiran Pendatang Haram Vietnam (PHV), kini
negara heboh perihal Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI). Malaysia sebenarnya mempunyai
sejarah yang panjang dalam soal pelarian.

Siapa yang dapat melupakan isu pelarian Vietnam ‘orang bot’ yang mendarat dengan begitu
ramainya di negara ini, mencari perlindungan daripada pemerintahan Komunis sebaik
berakhirnya Perang Vietnam pada April 1975.

Kira-kira 250,000 pelarian Vietnam diproses di khemah pelarian di Pulau Bidong (sebuah
pulau kecil di Terengganu) sebelum kebanyakan mereka diterima negara ketiga termasuk
Amerika Syarikat, Kanada, Australia, Perancis, New Zealand, Sweden, Finland, Denmark dan
Norway. Kira-kira 9,000 pelarian Vietnam kembali ke Vietnam dengan bantuan UNHCR.

Malahan selepas khemah Pulau Bidong ditutup pada Oktober 1991, Malaysia masih menjadi
tumpuan serta tempat perlindungan untuk pelarian daripada beberapa negara lain sehingga ke
hari ini. “Pelarian ialah masalah sejagat. Berdasarkan statistik, hampir setiap negara terjejas
dengan pelarian dan Malaysia tidak terkecuali. “Ia akan berterusan sebagai satu masalah tetapi
lebih mudah menanganinya jika semua negara bekerjasama. “Negara terbesar yang
menghasilkan pelarian yang memberi kesan kepada Malaysia pada masa ini ialah Myanmar
dan fenomena ini berlarutan lebih 10 hingga 15 tahun,” Alan Vernon, 56, Pesuruhjaya Tinggi
Bangsa-Bangsa Bersatu untuk Pelarian (UNHCR) di Malaysia memberitahu Bernama dalam
wawancara di pejabatnya di Bukit Petaling di sini baru-baru ini.

UNHCR memulakan operasi di Malaysia pada 1975 di mana pada peringkat awalnya untuk
menangani masalah pelarian Vietnam. Ia juga membantu kerajaan Malaysia dalam menerima
dan menempatkan semula lebih 50,000 orang Islam Filipina yang lari dari Mindanao ke Sabah
pada 1970-an dan 1980-an.UNHCR juga membantu kerajaan dalam menempatkan semula
beberapa ribu orang Islam Cham dari Kampuchea pada tahun 1980-an dan beberapa ratus
pelarian Bosnia pada 1990-an.
Penghijrahan dan pelarian asing telah menjadi satu fenomena sejagat. Pada suatu masa
dahulu, buruh asing lebih banyak tertumpu di Eropah Barat, Amerika dan negara-negara
pengeluar utama minyak di Asia Barat. Selepas tahun 1960-an dan 1970-an, keperluan
penghijrahan, pelarian dan masalah pendatang asing beralih ke negara-negara Asia Pasifik.
Negara seperti Korea Selatan, Taiwan, Hong Kong dan Singapura telah menjadi tumpuan
utama buruh asing terutamanya dari negara Asia yang lain.

Perkembangan dan pertumbuhan ekonomi sekaligus meningkatkan keperluan guna tenaga dan
buruh dalam pelbagai sektor ekonomi dan tahap kemahiran. Sumbangan dan peranan
pendatang dan pelarian dalam pertumbuhan ekonomi negara amat penting. Bagaimanapun,
kehadiran mereka di Malaysia sudah mencapai tahap yang membimbangkan dan mungkin di
luar kawalan. Implikasi daripada lebih sejuta orang yang tidak dapat dikesan tentang latar
belakang dan pekerjaan mereka sudah tentu membimbangkan semua.

Kesimpulannya,

Pendidikan adalah hak asasi manusia sejak manusia dicipta Allah SWT. Sejak berdirinya Nabi
Adam di hadapan Allah, Baginda telah dididik oleh Allah dan para malaikat sehingga
dinhayatakan sebagai makhluk yang paling berpengatahuan tinggi berbanding para malaikat.
Kerajaan.Berbezanya pembangunan, kemajuan dan berbezanya status kemerdekaan dan
kebebasan sesebuah negara adalah bergantung kepada tahap pendidikan, keluasan dan
kemampanan sistem pendidikan yang diimplimentasi dalam sesebuah negara.

Lantaran itu, hal ini juga merupakan faktor penentu kepada kemandirian dan suatu faktor
utama penerusan ektik Islam Rohingya untuk terus wujud di muka bumi ini walaupun saban
saat mereka berada di ambang kepupusan. Umat islam Rohingya yang rata-ratanya menjadi
muhajir (pelarian) akibat keganasan dan kerakusan Junta tentera Sosialis Burma kini
mengalami krisis untuk mendapatkan pendidikan yang menjamin mereka untuk berinteraksi
di persana antarabangsa mahupun untuk terus kekal selesa di negara yang mereka tinggal
sekarang.

Walaupun Kerajaan Malaysia tidak pernah menandatangani Konvensyen Status Pelarian 1951
atau Protokol 1967, malah undang-undang seperti Akta Imigresen 1951/1963 tidak
memperincikn golongan pelarian secara khusus , namun sebagai kerajaan umat islam yang
perihatin, diharapkan kerajaan dapat menyediakan suatu arahan dan pekeliling khas kepada
seluruh struktur pendidikan negara untuk memaklumi kehadiran anak-anak pelarian dalam
institusi pendidikan negara.

Kerajaan juga perlu mempermudahkan urusan pendaftaran anak-anak pelarian melalui


kerjasama erat antara UNHCR dengan pihak Kementerian pelajaran malaysia serta mengkaji
semula plan pembayaran yuran anak-anak pelarian agar semua ibu-bapa pelarian mampu
untuk membiayai anak-anak mereka setiap bulan.

Memudahkan proses pendidikan bagi anak-anak pelarian bukan satu nilai yang membawa
defesit kepada negara. Sebaliknya ia adalah satu manfaat besar kepada negara kita yag ingin
menstabilkan suasana sosial yang bebas jenayah, maju serta perihatin terhadap kesengsaraan
kaum islam yang diseksa di rantau ini. Ia satu kredit besar kepada negara Malaysia selaku
antara negara OIC yang mamapu menunjukkan teladan yang baik dalam bidang pendidikan
terhadap anak-anak pelarian

Anda mungkin juga menyukai