Anda di halaman 1dari 4

3/28/2018 ABANG ART: LANGKAH-LANGKAH UNTUK MEMUPUK PERPADUAN DAN INTEGRASI NASIONAL

More Next Blog» Create Blog Sign In

ABANG ART
TUESDAY, JUNE 1, 2010 Blog Sir Fadzli
LANGKAH-LANGKAH UNTUK MEMUPUK PERPADUAN cimbcliks
DAN INTEGRASI NASIONAL
USAHA-USAHA MEMUPUK PERPADUAN DAN INTEGRASI NASIONAL

Ekoran dari rusuhan etnik 13 Mei 1969, kerajaan telah melancarkan About Me
beberapa dasar sosial, ekonomi dan politik yang berkisar mengenai
perpaduan nasional dan bersifat integrasi melalui penyesuaian bersama
berbagai-bagai kebudayaan dan ciri-ciri sosial yang dapat diterima oleh
semua kumpulan etnik dalam negara kita.

Mohd Azahar b.Gazali


Selain daripada memupuk perpaduan antara kaum, kerajaan juga
menitikberatkan integrasi antara wilayah, terutamanya antara View my complete profile
Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak.

Antara usaha-usaha yang telah diambil untuk memupuk perpaduan


nasional ialah: Followers
Followers (5)
(a) Rukun Negara (ideology kebangsaan);
(b) Dasar Ekonomi Baru;
(c) Dasar Pendidikan Kebangsaan;
(d) Dasar Kebudayaan Kebangsaan; Follow
(e) Bahasa Kebangsaan (Bahasa Melayu);
(f) Penubuhan Jabatan Perpaduan Negara; Blog Archive
(g) Pergabungan parti-parti politik melalui Barisan Nasional;
► 2016 (1)
(h) Integrasi antara wilayah.
► 2015 (1)
A. Rukun Negara ► 2014 (1)
▼ 2010 (2)
Rukun Negara telah dilancarkan pada 31 Ogos 1970 adalah merupakan
ideologi kebangsaan negara kita. Ideologi kebangsaan adalah perlu bagi ▼ June (1)
menimbulkan satu semangat dan identiti yang sama bertujuan memupuk LANGKAH-LANGKAH UNTUK
muafakat dalam kalangan masyarakat perlbagai etnik. MEMUPUK PERPADUAN DAN
INTEGR...

► April (1)
Lima prinsip Rukun Negara adalah seperti berikut:
► 2009 (3)
(a) Kepercayaan kepada Tuhan;
(b) Kesetiaan kepada Raja dan Negara;
(c) Keluhuran Perlembagaan;
(d) Kedaulatan Undang-undang; dan
(e) Kesopanan dan Kesusilaan.

Kelima-lima prinsip ini bertujuan untuk mewujudkan sebuah negara


Malaysia yang bersatu padu serta sebuah masyarakat Malaysia yang adil,
demokrasi, liberal dan progresif.

http://azahargazali.blogspot.my/2010/06/langkah-langkah-untuk-memupuk-perpaduan.html 1/4
3/28/2018 ABANG ART: LANGKAH-LANGKAH UNTUK MEMUPUK PERPADUAN DAN INTEGRASI NASIONAL

B. Dasar Ekonomi Baru

Dasar Ekonomi Baru (DEB) dilancarkan pada tahun 1971 melalui


Rancangan Malaysia Kedua (1971 – 1975), adalah bertujuan mewujudkan
keseimbangan ekonomi antara kaum dan wilayah bagi mencapai
perpaduan negara. Dengan kata lain, DEB bertujuan memupuk
perpaduan negara melalui pengagihan pendapatan dan peluang ekonomi
yang saksama dalam kalangan semua rakyat Malaysia.

DEB dilaksanakan menerusi strategi serampang dua mata, iaitu:

i) Pembasmian kemiskinan tanpa mengira kaum


ii)Penyusunan semula masyarakat supaya pengenalan etnik mengikut
fungsi ekonomi dapat
dihapuskan.

C. Dasar Pendidikan Kebangsaan

Dasar Pendidikan Kebangsaan yang termaktub dalam Akta Pelajaran


1961 adalah berasaskan kepada laporan Razak 1956 dan Laporan
Rahman talib 1960. Antara lain matlamat Dasar Pendidikan Kebangsaan
ini adalah untuk melahirkan satu masyarakat Malaysia yang bersatu
padu.

Antara langkah-langkah yang diambil bagi memenuhi matlamat Dasar


Pendidikan Kebangsaan dalam memupuk perpaduan dan integrasi
nasional adalah:

i) Menggunakan bahasa Melayu (Malaysia) sebagai bahasa pengantar di


sekolah-sekolah dan
institusi-institusi pengajian tinggi.
ii) Menyediakan sukatan pelajaran yang seragam kandunganya untuk
semua sekolah di
Malaysia.
iii) melaksanakan kegiatan kokurikulum.

D. Dasar Kebudayaan Kebangsaan

Pembentukan satu kebudayaan kebangsaan dapat memupuk perpaduan


menerusi satu gaya hidup dan nilai-nilai yang dipersetujui dan dihayati
bersama oleh semua kaum. Kebudayaan Kebangsaan juga dapat
mewujudkan satu identiti negara yang dapat dikenali oleh negara-
negara luar. Oleh itu, kerajaan telah menitikberatkan pembentukan
secara beransur-ansur satu kebudayaan nasional yang merangkumi
unsur-unsur yang baik daripada berbagai-bagai kebudayaan yang
terdapat di negara kita dengan berteraskan kebudayaan asli tempatan.

Tiga prinsip telah ditetapkan sebagai Dasar Kebudayaan Kebangsaan:


i) Kebudayaan Kebangsaan Malaysia hendaklah berteraskan kebudayaan
rakyat asal
rantau ini;
ii) Unsur-unsur kebudayaan lain yang sesuai dan wajar boleh diterima
menjadi unsur
Kebudayaan Kebangsaan; dan
iii) Islam menjadi unsur penting dalam pembentukan Kebudayaan
kebangsaan.[1]

E. Bahasa Kebangsaan

http://azahargazali.blogspot.my/2010/06/langkah-langkah-untuk-memupuk-perpaduan.html 2/4
3/28/2018 ABANG ART: LANGKAH-LANGKAH UNTUK MEMUPUK PERPADUAN DAN INTEGRASI NASIONAL

Bahasa memainkan peranan penting dalam proses memupuk perpaduan


antara kaum. Justeru itu, kerajaan telah menjadikan Bahasa Melayu
sebagai bahasa kebangsaan negara kita. Akta Bahasa Kebangsaan 1967
telah memperuntukan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi.

Mulai tahun 1970, bahas Melayu secara berperingkat-peringkat telah


menggantikan bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar di sekolah-
sekolah. Kerajan juga telah menjalankan kempen untuk menggalakkan
penggunaan bahasa Melayu dengan melancarkan ‘Gerakan Cintailah
Bahasa Kita’.

F. Jabatan Perpaduan Negara

Jabatan Perpaduan Negara telah ditubuhkan pada tahun 1969 dan


memainkan peranan yang sangat penting dalam menyatupadukan rakyat
Malaysia. Ia menganjurkan kelas-kelas perpaduan, yang kini dikenali
sebagai Pusat Pendidikan Tidak Formal, di seluruh negara dengan
mengajar bahasa Melayu, adat resam, nilai-nilai keagamaan masyarakat
Malaysia dan pelajaran Sivik.

Melalui Skim Rukun Tetangga, Jabatan Perpaduan Negara menggalakkan


kegiatan-kegiatan yang bercorak muhibah atau kejiranan seperti
kempen kebersihan, pertandingan sukan, rondaan keselamatan dan
kelas kejiranan.

Jabatan Perpaduan Negara juga menganjurkan khemah kerja kejiranan


bagi mengeratkan persefahaman di kalangan belia serta menanam sifat-
sifat kewarganegaraan toleransi dan semangat perpaduan.

G. Penggabungan Parti-parti Politik melalui Barisan Nasional

Kerjasama dan persefahaman politik adalah amat penting bagi


menjamin kestabilan dan perpaduan negara. Pada tahun 1953, parti
perikatan telah ditubuhkan dan telah berjaya menubuhkan kerajaan di
Tanah Melayu pada tahun 1955. Kerjasama politik melalui muafakat
dalam parti Perikatan diperluaskan lagi dengan tertubuhnya Barisan
Nasional pada tahun 1971. Dengan tertubuhnya Barisan Nasional, telah
melengkapkan perwakilan dari pelbagai etnik dan kepentingan dalam
parti pemerintah.

I. Pindaan Akta Hasutan

Pindaan Akta Hasutan mengeluarkan beberapa perkara daripada


perbincangan umum, termasuk di Parlimen dan Dewan undangan Negeri.
Dua daripada perkara utama itu ialah:
i) hak kedudukan istimewa orang-orang Melayu dan kelompok
bumiputera lain negara ini; dan
ii) kedudukan raja-raja Melayu.

J. Integrasi Antara Wilayah

Kerajaan telah mengambil beberapa langkah untuk mengeratkan lagi


perpaduan di kalangan negeri-negeri. Negeri-negeri yang kurang maju
seperti Kedah, Perlis, Kelantan dan Terengganu diberi peruntukan
perbelanjaan pembangunan yang lebih berbanding dengan negeri-negeri
lain yang dianggap maju bagi tujuan merapatkan lagi jurang perbezaan
ekonomi wilayah.

http://azahargazali.blogspot.my/2010/06/langkah-langkah-untuk-memupuk-perpaduan.html 3/4
3/28/2018 ABANG ART: LANGKAH-LANGKAH UNTUK MEMUPUK PERPADUAN DAN INTEGRASI NASIONAL

Kerajaan juga menitikberatkan integrasi antara Semenanjung, Sabah


dan Sarawak. Sistem pendidikan di Sabah dan Sarawak telah disatukan
secara beransur-ansur ke dalam sistem pendidikan kebangsaan.

Perhubungan antara Semenanjung, Sabah dan Sarawak diperkukuhkan


melalui perkhidmatan telekomunikasi, pengangkutan udara dan
perkhidmatan pos yang baik. Rangkaian radio dan televisyen di Sabah
dan Sarawak juga telah disatukan dengan rangkaian radio dan televisyen
nasional.

Jabatan Perpaduan Negara seringkali menganjurkan lawatan-lawatan


muhibah untuk membolehkan pemimpin-pemimpin masyarakat Sabah
dan Sarawak bertemu dan beramah mesra dengan pemimpin-pemimpin
masyarakat Semenanjung Malaysia.

Posted by Mohd Azahar b.Gazali at 7:43 AM

2 comments:

boycruz July 15, 2011 at 4:43 AM

salam..

rujukan dr sumber maner?

Reply

wawa February 28, 2012 at 5:16 AM

tengs sedia kan essei yang membantu :)

Reply

Enter your comment...

Comment as: Select profile...

Publish Preview

Newer Post Home Older Post

Subscribe to: Post Comments (Atom)

http://azahargazali.blogspot.my/2010/06/langkah-langkah-untuk-memupuk-perpaduan.html 4/4