Anda di halaman 1dari 17

Aspek Minat dan Inisiatif Kendiri

Analisis Berdasarkan Soalan

Interpreasi Analisi Data Soal Selidik Menggunakan Kaedah Hermeneutik


(Metateks)

Soalan 5a: Manakah mata pelajaran yang anda sukai? Jelaskan.


Responden A suka mata pelajaran Reka Bentuk dan Teknologi; Responden B dan E
suka mata pelajaran Sains; Responden C suka Pendidikan Seni Visual serta
Responden D yang suka mata pelajaran Matematik. Responden A suka mata
pelajaran Reka Bentuk dan Teknologi adalah kerana dia suka menghasilkan sesuatu
benda yang mengikut prosedur. Responden B dan E yang suka mata pelajaran Sains
pula, kerana mereka gemar mengikuti eksperimen yang melibatkan diri dalam aktiviti
secara aktif serta dapat menerokai benda-benda yang tidak diketahui. Daya ingin tahu
kedua-dua responden yang kuat merupakan inisiatif dan faktor minat mereka
terhadap mata pelajaran Sains. Responden A dan C terdapat satu persamaan antara
satu sama lain iaitu kedua-dua responden gemar menghasilkan sesuatu produk dan
pengaruh kepada responden C berminat dalam mata pelajaran Seni adalah
disebabkan hasil karya mereka dapat dipamerkan di bilik darjah. Mereka ingin
menonjolkan bakat diri dan mata pelajaran tersebut merupakan kekuatan.
Kemungkinan besar mereka lemah dalam pencapaian akademik dan sering
dipulaukan oleh rakan-rakan, peluang tersebut telah menyediakan ruang untuk
mereka merasai kejayaan dan banyak menerima kepujian atau peneguhan positif.
Responden D pula gemar mata pelajaran Matematik kerana algoritma asas dapat
diaplikasikan dalam dunia realiti. Daya ingin tahu, penglibatan rangsangan dan
penghasilan merupakan aspek-aspek yang berkait rapat dalam mempengaruhi
kecenderungan pada aktiviti yang terlibat. Secara langsung, daya tumpuan
berlanjutan lebih semasa melakukan aktiviti yang berminat.
Soalan 5b: Sekiranya anda berpeluang memilih program untuk kurikulum sekolah,
apakah program atau mata pelajaran yang akan pilihkan? Jelaskan sebab.
Responden A memilih Muzik dan vokasional, Responden B memilih program
berkaitan dagangan atau keusahawaan, dan Responden C memilih program teknik
menanam pokok bunga atau perkebunan sebagai subjek dihasratkan oleh mereka
supaya dapat disusunkan dalam kurikulum sekolah. Ketiga-tiga responden
(Responden A, B dan C) memilih subjek yang bersifat vokasional yang memerlukan
kemahiran tertentu untuk menghasilkan sesuatu produk. Sementara itu, Responden
D memilih aktiviti bola keranjang sebagai program untuk kurikulum sekolah, yang
berharap dapat mengelakkan keadaan duduk bosan di dalam bilik darjah dan
sebaliknya bermain setiap saat di sekolah. Responden E memilih subjek Matematik
sebagai mata pelajaran yang harus wujud dalam kurikulum sekolah kerana dia
beranggapan pengetahuan algoritmas asas dapat membantu dalam rutin hidup kita.
Kecenderungan kelima-lima responden dalam memilih program untuk kurikulum
adalah berdasarkan keseronokan melalui aktiviti, praktikal, dan keberkaitan dengan
dunia realiti. Ketiga-tiga aspek tersebut menentukan minat terhadap sesuatu perkara
dan minat tersebut menentukan kapasiti tumpuan seseorang terhadap suatu perkara.
Soalan 5c: Apakah perkara yang anda suka atau perkara yang sering fikirkan?
Jelaskan.
Responden C dan E gemar membaca buku cerita dan beranggapan membaca buku
cerita dapat menyenangkan minda serta memperolehi ilmu pengetahuan dan
meningkatkan perbendaharaan diri. Responden B pula sering berfikiran tentang jalan
cerita untuk menghasilkan cerita bergambar siri. Manakala Responden D sering
terlamun dalam fikiran bahawanya seorang penyanyi kerana beranggapan bahawa
suara merdu yang dimilikinya dapat menyiburkan orang ramai. Responden A sering
berfikir tentang permainan telefon dan komputer serta cara untuk mengharungi ke
peringkat seterunya. Perkara yang sering difikirkan merupakan motivasi signifikan
untuk menggerakkan perlakuan. Daya inisiatif juga menggambarkan betapa minat
terhadap sesuatu perkara. Secara rumusan, Responden B dan D gemar perkara yang
merujuk kepada bakat atau bidang “kepakaran” mereka. Manakala minat Responden
A merujuk kepada keseronokan yang wujud dalam proses aktiviti. Responden C dan
D pula gemar melakukan aktiviti yang merujuk kepada kebergunaan atau faedah
yang diperolehi melalui aktiviti dilakukan, dalam erti lain mereka berminat dalam
sesuatu perkara yang berfaedah kepada mereka.
Soalan 5d: Apakah harapan yang perlu dipenuhi secepat mungkin? Jelaskan.
Responden A dan E berhasrat menjadi seorang yang berguna dan memperolehi
pengetahuan dan kemahiran supaya kemahiran dapat digunakan dan diaplikasikan
untuk bidang kerjaya pada masa kelak. Responden A berhasrat dapat menghasilkan
produk yang dapat membantu meningkatkan sumber ekonomi rumah tangga.
Keadaan sama juga dihasratkan oleh Responden E bahawa dapat menguntung lebih
banyak wang untuk meningkatkan suasana ekonomi rumah tangganya. Hasrat adalah
gambaran daripada dunia realiti, kedua-dua responden berasal daripada keluarga
sederhana yang mungkin ibu bapa tidak dapat memenuhi keperluan mereka dari segi
kewangan. Justeru, kedua-dua responden berhasrat dapat memperolehi suatu
kemahiran melalui kurikulum sekolah supaya dapat meningkatkan sumber ekonomi
rumah tangga pada masa kelak. Merujuk kepada soalan tentang peluang memilih
program untuk kurikulum sekolah, kedua-dua responden berminat subjek bersifat
vokasional dan matematik di atas sebab dapat mengaplikasikan pengetahuan dan
kemahiran diperolehi dalam rutin harian. Sementara itu, Responden C pula
mengharapkan mendapat keputusan baik supaya dapat merealisasikan cita-citanya
menjadi seorang guru. Ketiga-tiga responden berinisiatif dan bermotivasi untuk
mencapai prestasi akademik yang baik supaya dapat menambahbaikkan kualiti hidup
sekarang. Manakala, Responden B mengharapkan ruang pembelajaran kondusif serta
keperluan alat tulis dan buku ilmiah yang mencukupi supaya dia mendapatkan ilham
untuk menghasilkan lebih cerita bergambar siri yang digemarinya. Harapan
responden B adalah gambaran minatnya. Responden D pula berharap sekolah
menubuhkan kelab bola keranjang kerana permainan bola keranjang antara
permainan yang amat disukainya. Harapan kedua-dua responden adalah berdasarkan
minat mereka. Secara ringkasnya, keperluan asas seseorang mencukupi dapat
memenuhi dan memotivasikan seseorang ke arah berpotensi. Minat juga merupakan
salah satu unsur memberikan seseorang motivasi untuk mencapai prestasi baik dalam
bidang tertentu. Wujudnya motivasi untuk melakukan sesuatu perkara, kapasiti daya
tumpuan dapat dilanjutkan berbanding dengan sesuatu perkara dilakukan tanpa
motivasi. Kahneman’s dalam Teori Kapasiti Penumpuan menekankan kapasiti
penumpuan bergantung kepada tugasan yang menuntut penumpuan. Sekiranya
seseorang tidak berminat dalam sesuatu perkara, pasti tidak akan dijalankan dengan
lancar, salah satu komponen besar yang menjadi pengaruh adalah daya tumpuan
berkurangan apabila melakukan sesuatu perkara yang tidak minat langsung.
Analisis Secara Keseluruhan

Interpretasi Analisis Data Soal Selidik Menggunakan Kaedah Hermeneutik


(Metateks)

Secara keseluruhan, kelima-lima responden lebih cenderung kepada mata pelajaran


yang bersifatan memerlukan individu memproseskan maklumat secara logikal seperti
responden B dan E gemar mata pelajaran Sains; responden A gemar mata pelajaran
Reka Bentuk dan Teknologi serta responden D gemar mata pelajaran Matematik. Selain
daripada responden C yang gemar mata pelajaran Seni Visual bersifat artistik dan
kreatif, responden A, B, D dan E lebih minat kepada mata pelajaran yang memerlukan
pemikiran secara logikal dan rasional. Minat pada dasarnya adalah penerimaan terhadap
sesuatu hubungan antara diri sendiri dengan sesuatu di luar diri, semakin kuat hubungan
tersebut semakin besar minat. Kewujudan minat kerana daya tarik dari luar ataupun
daya inisiatif kendiri.

Responden A gemar mata pelajaran Reka Bentuk dan Teknologi kerana dapat
menghasilkan sesuatu benda mengikut prosedur. Responden B dan E gemar mata
pelajaran Sains kerana dapat menjalankan eksperimen untuk menerokai persoalan yang
tidak diketahui. Responden B gemar Sains juga disebabkan oleh tertarik kepada alat
bantu mengajar yang memberi rangsangan visual. Responden D gemar Matematik
kerana pengetahuan dapat diaplikasikan dalam kehidupan harian dan dapat merangsang
aksi bertindak pantas dan tepat. Responden C pula gemar mata pelajaran Seni Visual
kerana suka melukis dan hasil karya dapat dipamerkan di bilik daryat untuk dihayati
oleh rakan-rakan lain. Kelima-lima responden terdapat satu persamaan antara satu sama
lain iaitu mereka berminat aktiviti hands-on dan menitikberatkan hasil dapatan daripada
proses pembelajaran yang realistik dan konkrit. Melalui aktiviti hands-on, wujudnya
perasaan kepuasan (satisfaction) dan kejayaan sekiranya berjaya menghasilkan sesuatu
produk. Perasaan tersebut berkemungkinan memberi motivasi dan daya secara
instrinsik kepada individu yang mempengaruhi minat seseorang. Minat terhadap
sesuatu mata pelajaran yang ditunjukkan oleh responden berkemungkinan salah satu
faktor mempengaruhi jangka masa tumpuan dan perhatian (concentration and attention)
terhadap salah satu subjek lebih dilanjutkan.

Kelima-lima responden memilih mata pelajaran elektif sebagai program teras


dan perlu dipelajari oleh murid-murid untuk kurikulum sekolah selain salah seorang
responden, responden E yang memilih Matematik sebagai mata pelajaran yang perlu
wujud dalam kurikulum sekolah. Mata pelajaran yang dipilih sebagai mata pelajaran
yang amat digemari atas sebab nilai tertentu dalam yang diperolehi daripada subjek
tersebut. Menurut Sutjipto (2001), menjelaskan bahawa minat adalah kesedaran
seseorang terhadap sesuatu objek, orang, masalah, atau situasi yang mempunyai kaitan
dengan dirinya. Kesedaran kelima-lima responden terhadap mata pelajaran yang
digemari itu telah mendorong seseorang menaruh perhatian yang tinggi terhadap
kegiatan tertentu. Secara langsung, minat dalam mata pelajaran tertentu dapat
meningkatkan kapasiti daya tumpuan dan perhatian responden-responden. Dalam
konteks lain, kaedah pengabungjalinan aktiviti-aktiviti yang digemari dan diminati
mengikut perbezaan individu dalam proses pembelajaran dapat meningkatkan daya
tumpuan dan perhatian responden. Secara langsung dapat meningkatkan prestasi
pencapaian dalam proses pembelajaran.

Menurut Tampubolon (1993), mengemukakan bahawa minat adalah perpaduan


antara keinginan dan kemahuan yang dapat berkembang jika ada motivasi. Pilihan
kelima-lima responden terhadap program yang dipilih untuk kurikulum amat ketara dan
mempunyai kesedaran bahawa pilihan mereka atas motif keinginan dan kemahuan yang
dapat berkembang dengan adanya motivasi. Kecenderungan kelima-lima responden
dalam memilih program untuk kurikulum adalah berdasarkan keseronokan melalui
aktiviti, praktikal, dan keberkaitan dengan dunia realiti. Sebagai contoh responden A,
B, C dan E memilih aktiviti atau program yang berteraskan vokasional dan pengetahuan
asas yang berkait rapat dengan aktiviti rutin harian. Motivasi dan kesedaran yang wujud
dapat meningkatkan perhatian terhadap kegiatan tertentu dan meningkatkan pencapaian
dalam bidang tertentu secara efisien. Menurut Ornardin (1996), minat merupakan suatu
perkara penting sebagai pendorong kepada murid untuk bergiat cergas dalam aktiviti
pembelajaran. Dalam erti lain, kapasiti daya tumpuan ditingkatkan atas pengaruh minat
seseorang terhadap kergiatan tertentu mendorong seseorang untuk bergiat cergas dalam
aktiviti tersebut.

Perkara yang sering difikirkan merupakan minat yang dimotivasikan untuk


direalisasikan. Minat kelima-lima responden berlandaskan bakat atau bidang
“kepakaran”, faedah yang dapat diperolehi melalui aktiviti dilakukan serta keseronokan
yang wujud dalam proses aktiviti. Kesemua aspek yang dirujuk atas merupakan unsur-
unsur yang dapat memotivasikan dan mendorong mereka dapat memberikan perhatian
semasa melakukan kegiatan tertentu. Keperluan asas seseorang mencukupi dapat juga
memenuhi dan memotivasikan seseorang ke arah berpotensi. Wujudnya motivasi untuk
melakukan sesuatu perkara dengan berkeperluan asas dari segi fizikal, kapasiti daya
tumpuan dapat dilanjutkan berbanding dengan sesuatu perkara dilakukan tanpa
motivasi.

Secara rumusan, faedah yang diperolehi tidak mengira dari segi psikologikal
mahupun dari segi fizikal dapat memberi motivasi dan perhatian kepada seseorang
untuk bergiat cergas. Justeru, setiap aktiviti yang dirancang dan dilaksanakan dalam
proses pembelajaran mempunyai nilai tertentu dan mendatangkan faedah dan bermakna
seperti aktiviti yang dapat memberikan keseronokan, dapat memberikan kesedaran
tentang nilai yang wujud dalam aktiviti tertentu serta dapat mencungkil bakat atau
potensi mereka.
MENGAPA DAYA TUMPUAN DAN PERHATIAN PENTING?

Konteks Dalam Proses Pembelajaran

Daya tumpuan dan perhatian amat penting dalam dunia pendidikan. Jika seseorang
tidak dapat memberikan tumpuan pada apa yang diajar maka kurang memahami isi
pelajaran.

Konteks Dalam Kehidupan Harian

Dimensi daya tumpuan sebagai salah satu proses melibatkan kognitif kombinasi
daripada penggunaan deria, seseorang individu akan mampu memperolehi sesuatu yang
bermakna dalam kehidupan melingkupi pelbagai aspek. Kapasiti daya tumpuan
seseorang yang singkat membawa akibat dalam ahtiviti rutin harian seperti berikut:

i. Sering membuat kesilapan semasa membuat kerja sekolah atau aktiviti lain.
ii. Selalu kehilangan barang, misalnya pensil, pemadam, buku atau tugasan
sekolah, mainan dan sebagainya.
iii. Mudah pelupa walaupun tidak sepatutnya jika mengikut usia dan keupayaan.
iv. Sering membuat pertimbangan yang salah dan mudah mengalami kemalangan.

Justeru, daya tumpuan dan perhatian amat penting untuk mengelakkan kecuaian dan
kemalangan walaupun ringan yang sering berlaku.

FAKTOR KURANG DAYA TUMPUAN DALAM KALANGAN KANAK-


KANAK

Apakah faktor yang menyebabkan jangka masa daya tumpuan dan perhatian yang
pendek? Kanak-kanak yang kurang tumpuan merupakan salah satu masalah yang
umum dalam proses pembelajaran di bilik darjah. Mereka sering kurang memberikan
tumpuan di bilik darjah dan tumpuan mereka mudah terganggu oleh faktor di sekeliling
mereka.
Faktor Keluarga

Kebanyakan ibu bapa telah mengabaikan tanggungjawab mereka terhadap anak-anak


sehingga mereka kurang didisiplinkan dan mudah dipengaruhi oleh pengaruh negatif
daripada segi permakanan, tabiat tidur serta amalan hidup rutin. Kedua-dua ibu dan
bapa perlu bekerja dan meninggalkan anak-anak mereka di pusat penjagaan kanak-
kanak dan menyambut mereka selepas kerja. Masa berjumpa dengan ibu bapa
berkurangan telah mempengaruhi interaksi mereka dengan anak-anak. Tambahan pula,
kekurangan kawalan ibu bapa terhadap penggunaan bahan elektronik di kalangan
kanak-kanak akan menyebabkan penyelewengan kegunaan telefon bimbit khususnya
bagi kedua-dua ibu bapa yang bekerja dan kekurangan masa membimbing anak-anak.
Selain daripada itu, ibu bapa kini juga kurang meluangkan masa untuk berseronok
dengan anak-anak mereka. Kekurangan aktiviti yang seronok dan bermakna, kanak-
kanak berasa bosan dan lebih bergantung bahan elektronik untuk mengurangkan
kebosanan.

Faktor Amalan Hidup

Aspek permakanan yang tidak seimbang dan kurang zat merupakan unsur
mempengaruhi daya tumpuan seseorang individu. Tabiat tidur yang buruk bahawa tidur
tidak mengikut masa, yang akan berlaku keadaan “hutang tidur”, secara langsung
menyebabkan seseorang tidak dapat memberi tumpuan dan perhatian pada sesuatu
perkara. Sejajar dengan perkembangan teknologi secara pesat, hampir setiap individu
mempunyai sekurang-kurangnya sebuah alatan eletronik. Penyelidikan terbaharu
mendapati daya tumpuan orang ramai semakin berkurangan dengan peningkatan
penggunaan telefon pintar, komputer tablet dan komputer riba.

Faktor Sikap dan Minat

Minat dan sikap seseorang terhadap pembelajaran boleh mempengaruhi kesediaan


belajar. Terdapat beberapa aspek yang berkemungkinan besar menjadi faktor
mempengaruhi minat dan sikap murid terhadap pembelajaran, seperti kurang
kemahiran asas dan pengalaman, kandungan pelajaran, pembelajaran tidak sistematik
dan gangguan emosi. Kekurangan kemahiran asas dan pengalaman akan
mengakibatkan mereka muncul perasaan kurang seronok dan cemas apabila tidak dapat
mengikuti dan memahami apa yang telah disampaikan oleh guru. Keadaan suasana
dalam pembelajaran yang tidak sistematik dan kurang tindak balas daripada murid juga
mempengaruhi minat mereka terhadap pembelajaran yang secara langsung
menyebabkan murid kurang tumpuan terhadap pembelajaran. Pengaruh minat yang
tinggi terhadap mata pelajaran tertentu juga mempengaruhi tahap pencapaian murid.

Justeru, langkah ke arah meningkatkan daya tumpuan dan perhatian kanak-kanak perlu
dititikberatkan oleh pelbagai pihak tanpa mengira daripada pihak sekolah, keluarga
mahupun komuniti.

MODUL PENGAMALAN GAYA HIDUP YANG SIHAT

1. Memupuk dan membentuk amalan tidur yang sihat

Apakah itu tidur?

Tidur adalah keadaan rehat badan semula jadi yang akan dialami setiap individu. Tidur
adalah suatu keadaan di mana badan individu di mana kegiatan jasmani berkurangan
dan berada dalam keadaan yang menenangkan (Tarwoto, 2006). Kanak-kanak
memerlukan lebih masa tidur sehari berbanding dengan dewasa agar dapat
perkembangan kanak-kanak dari segi kognitif, fizikal dan mental yang sihat. Berikut
merupakan jadual tempoh tidur mengikut usia:

Usia Jumlah Tidur Purata Seharian


Baru lahir Sebanyak 18 jam
1-12 bulan 14 – 18 jam
1-3 tahun 12 – 15 jam
3-5 tahun 11 – 13 jam
5-12 tahun 9 – 11 jam
Remaja 9 – 10 jam
Dewasa, termasuk golongan tua 7 – 8 (+) jam
Wanita hamil 8 (+) jam

Terdapat dua jenis tidur iaitu tidur dengan mata bergerak dengan cepat (rapid eye
movement, REM) dan tidur tanpa pergerakan mata (non-REM) dengan tiga peringkat.
Biasanya, seseorang individu bermula dengan tidur jenis non-REM. Peringkat tidur
jenis non-REM:

Peringkat 1: Anda tidur dalam keadaan yang masih akan tidak tersedia dan
mudah terjaga disebabkan gangguan bunyi atau gangguan lain. Dalam peringkat
ini, mata bergerak secara perlahan, otot-otot badan dalam keadaan rehat, dan
kadar pernafasan dan degupan jantung juga bermula fungsi dalam keadaan
perlahan dan tenang.

Peringkat 2: Gelombang otak menjadi perlahan daripada gelombang yang pesat.


Anda perlu mengambil masa kira-kira setengah malam dalam peringkat ini
untuk memperlahankan proses penerimaan gelombang otak.

Peringkat 3: Proses gpenerimaan elombang otak menjadi lebih lambat. Dalam


peringkat ini, seseorang individu tidur secara nyenyak dan sukar dibangunkan.

Tidur nyenyak atau dalam (deep sleep) dipertimbangkan sebagai peringkat pemulihan
yang diperlukan setiap individu supaya dapat berasa dirinya rehat secukupnya dan
bertenaga pada hari seterusnya.

Tidur jenis REM pula, pergerakan mata laju, kadar pernafasan laju dan tidak teratur dan
cetek, kadar jantung dan tekanan darah meningkat. Biasanya, tidur jenis REM sering
bermimpi dan otot lengan dan kaki menjadi tegang buat sementara semasa mimpi
berlaku.

Apakah gangguan tidur?

Terdapat pelbagai faktor yang menjadi kekangan tidur berkualiti. Antaranya ialah:

i. Rangsangan kafein: Kebanyakan manusia bergantung kepada kafein yang


terdapat di dalam kopi, cola atau teh untuk membangunkan mereka pada waktu
pagi atau mengekalkan keadaan terjaga. Kandungan kafein telah menyekat sel
penerima daripada adenosin (adenosine) bahan dalam otak untuk mencetuskan
isyarat mendorong tidur. Bagi menghilangkan kesan kafein sepenuhnya, perlu
mengambil masa kira-kira 6 hingga 8 jam. Oleh itu, minum secawan kopi pada
lewat petang boleh menghalang anda tidur pada waktu malam.
ii. Rangsangan Nikotin (Nicotine)
iii. Preskripsi yang mengandungi kandungan yang mengekalkan anda dalam
keadaan terjaga seperti decongestants dan steroids. Kebanyakan ubat lelahan
mengandungi kandungan tersebut. Kebanyakan ubat untuk meringakan
kesakitan kepala juga mengandungi kafein.
iv. Gangguan psikologikal seperti schizophrenia, perubahan perasaan secara
mendadak (bipolar disorder) dan rasa cemas yang serius (anxiety disorder)
menganggu proses tidur berkualiti.
v. Makan banyak atau bersukan lasak sebelum tidur menyukarkan keadaan tidur
nyenyak.
vi. Persekitaran untuk tidur seperti gangguan bunyi, cahaya, televesion, telefon
bimbit ataupun komputer menjejaskan tidur berkualiti.

Panduan Tidur Berkualiti

i. Tidur mengikut jadual masa ketetapan. Tidur dan bangun pada masa tepat
dan sama setiap hari. Ketetapan ini akan menjadi kelaziman dan menjadi satu
tabiat. Tempoh masa tidur perlu dilaraskan sekurang-kurangnya 9 jam untuk
kanak-kanak 5 hingga 12 tahun.
ii. Bersukan atau menjalankan aktiviti berfaedah tetapi bukan pada masa
lewat malam atau sebelum tidur. Cuba menjalankan aktiviti sukan seperti
badminton, berbasikal, berenang atau senaman aerobik sekurang-kurangnya 30
minit setiap hari tetapi kurang digalakkan dilakukan 2 hingga 3 jam sebelum
tidur. Ibu bapa juga digalakkan membimbing anak mereka membuat kerja
rumah bersama. Membuat kerja rumah bersama juga merupakan kegiatan yang
berfaedah bukan sahaja meringankan bebanan ibu bapa, mahupun dapat
meningkatkan koordinasi motor mereka serta memupuk daya tumpuan semasa
diberikan tugasan yang perlu diselesaikan dalam masa tertentu.
iii. Elakkan kafein dan nikotin. Kopi, cola, sebahagian jenis teh dan coklat
mengandungi rangsangan kafein yang membawa kesan mengekalkan keadaan
seseorang terjaga selama 8 jam. Sekiranya, minum secawan kopi pada waktu
tengah hari akan mempengaruhi kesukaran tidur pada waktu malam. Asap rokok
daripada perokok mengandungi kandungan rangsangan nikotin khususnya ibu
bapa kanak-kanak yang sering merokok akan membahayakan kesihatan anak-
anak yang masih kecil dan juga mempengaruhi corak tidur yang secara tidak
langsung menjejaskan daya tumpuan mereka.
iv. Elakkan pengambilan makanan atau minuman yang banyak lewat malam.
Jika berasa lapar, makanan ringan digalakkan tetapi jangan makan banyak.
Pengambilan makanan yang banyak lewat malam akan mengakibatkan masalah
pencernaan yang mengganggu tidur berkualiti. Jika minum banyak lewat malam
juga menyebabkan kekerapan terjaga daripada tidur untuk tujuan membuang air
kecil.
v. Jangan tidur petang selepas pukul 3 petang. Tidur petang membolehkan kita
lebih segar dan bersemangat, tetapi tidur petang yang lewat atau selepas pukul
3 petang akan mempengaruhi kesukaran tidur pada waktu malam.
vi. Berehat atau bersantai di atas katil sebelum tidur. Melakukan aktiviti yang
tenang dan relaks seperti membaca buku atau mendengar muzik yang tenang
sebelum tidur mengikut tempoh masa tidur dalam jadual masa tidur yang telah
ditetapkan.
vii. Bermandi air panas sebelum tidur. Penurunan suhu badan mendadak selepas
mandi air panas mungkin membolehkan seseorang rasa tidur dan tenang yang
melambatkan kegiatan dan lebih kesediaan untuk tidur.
viii. Mempunyai persekitaran untuk tidur yang baik. Mengelakkan sebarang
gangguan di dalam bilik tidur yang mengganggu tidur seperti bunyi dari luar,
bilik terang, katil yang tidak selesa untuk tidur, ataupun suhu bilik yang tinggi.
Seseorang akan tidur nyenyak dalam keadaan suhu bilik yang rendah.
Televisyen, telefon bimbit, atau komputer di dalam bilik tidur juga merupakan
salah satu gangguan dan merampas tidur yang diperlukan. Jika seseorang yang
insomina yang sering merujuk jam, memindahkan jam ke tempat selain bilik
tidur dan jangan bimbang masa untuk tidur.
ix. Jangan baring di atas katil dalam keadaan masih terjaga. Jika mendapati
diri anda masih terjaga selepas baring di atas katil selama 20 minit, atau berasa
bimbang dan gelisah, bangun dari katil dan melakukan sesuatu aktiviti yang
dapat menenangkan minda dan emosi sehingga wujudnya rasa tidur.

Panduan Pengetahuan Ibu Bapa tentang Tabiat Tidur Anak: Persediaan Diari Tidur
Diari Tidur ataupun senarai semak untuk ibu bapa mengenal pasti tabiat tidur anak-
anak mereka. Persediaan Diari Tidur anak-anak dapat membantu ibu bapa lebih
memahami dan mengenal pasti tabiat tidur anak-anak mereka ke arah berkualiti atau
buruk. Berikut merupakan sampel Diari Tidur yang boleh disediakan oleh ibu bapa:

Diari Tidur Ku
Nama:
Tarikh hari ini (bulan/hari/tahun): Isnin
Masa saya tidur semalam: 11:00pm
Selesai pada waktu pagi

Masa saya bangun pagi ini: 7:00am


Jumlah masa tidur semalam: 8
Bilangan saya terjaga daripada tidur semalam: 4 kali
1jam
Berapa lamakah saya tertidurL 30minit
Sejauhmanakah saya terjaga pada waktu pagi? 2
1 – Terjaga sepenuhnya
2 – Terjaga tetapi masih letih
3 – Rasa mengantuk
Berapakah minuman yang diambil mengandungi Cola
kafein (kopi, teh, cola) dan berapakah pukul saya 6:00pm
Selesai pada waktu petang

minum hari ini:


Masa dan tempoh tidur petang hari ini: 4:00pm
1 jam
Masa dan tempoh masa sukan atau senam hari Tiada
ini:
Sejauhmanakah rasa mengantuk saya hari ini? 1
1 – Rasa sangat mengantuk dan sukar
mengekalkan keadaan terjaga sepanjang hari
2 – Rasa letih
3 – Terjaga
4 – Terjaga sepenuhnya

2. Memupuk dan membentuk permakanan yang sihat dan seimbang

Mesej Utama untuk Ibu Bapa

Jenis-jenis Makanan Utama

 Karbohidrat: merupakan keperluan utama bagi kanak-kanak. Bekalan


karbohidrat biasanya melalui gula-gula, jus buah-buahan, makanan yang
diproses dan juga makanan ringan. Pilihan karbohidrat yang baik adalah buah-
buahan, sayuran, roti, bijirin gandum penuh dan sebagainya.
 Protein: protein perlu diberi dengan kadar sederhana agar tidak membebankan
buah pinggang. Sumber protein baik seperti telur, ikan, susu, ayam, keju dan
sebagainya.
 Lemak: lemak adalah komponen terpenting di dalam diet kanak-kanak.
masalah hanya timbul jika pengambilan makanan berlemak yang tinggi nilai
kalorinya. Lemak baik untuk membantu pertumbuhan kanak-kanak boleh
didapati melalui Omega-3 (tuna, sardin, salmon, kacang) dan Omega-6 (jagung,
avokado dan badam).

Makanan-makanan yang bagus meningkatkan daya tumpuan kanak-kanak

Pakar pemakanan menyenaraikan beberapa jenis makanan yang dikategorikan sebagai


makanan bagi meningkatkan daya tumpuan otak kita, antaranya ialah:

 Kafein. Contoh: kopi, coklat, minuman bertenaga dan sesetengah ubat. Kafein
memberi tenaga dan membuatkan kita mudah waspada atau terjaga yang
menghilangkan rasa mengantuk tetapi jangan diambil secara berlebihan dan
masa diambil sekurang-kurangnya 8 jam sebelum tidur.
 Gula dalam bentuk glukosa. Sumber tenaga dapat meningkatkan
kewaspadaan otak. Jika diambil terlalu banyak akan melemahkan daya ingatan.
 Bijirin berfiber tinggi, bahan tenusu dan buah-buahan. Makanan ini
membekalkan tenaga kepada otak bagi meningkatkan daya ingatan dan tumpuan
bagi jangka pendek. Sebaliknya, jika terlalu banyak makan semasa sarapan pagi,
akan mengurangkan daya tumpuan otak kerana rasa mengantuk dengan rasa
kekenyangan.
 Ikan. Sumber protein yang boleh meningkatkan daya ingatan otak kerana ikan
banyak mengandungi asid lemak Omega-3 yang diperlukan bagi perkembangan
otak terutamanya bagi kanak-kanak.
 Kekacang dan coklat hitam (pekat). Ia mengandungi antioksidan vitamin E
yang tinggi, yang dapat mengurangkan penurunan kognitif apabila umur
semakin tua.
Keperluan Kalori Seharian Kanak-kanak Ikut Umur

Umur Lelaki (Kalori Sehari) Perempuan (Kalori Sehari)


1-3 tahun 1230 1165
4-6 1715 1545
7-10 1790 1740
11-14 2220 1845
15-18 2755 2110

Walaupun berdepan dengan masalah obesiti, kanak-kanak masih memerlukan kalori


yang mencukupi untuk pertumbuhan mereka. Dengan jadual keperluan kalori, ibu bapa
atau penjaga dapat menyediakan makanan berkhasiat untuk sajian seharian yang dapat
membantu meningkatkan daya tumpuan kanak-kanak.

Cadangan Pelan Permakanan Sihat untuk Kanak-kanak

Cadangan pelan pemakanan mengikut keperluan kalori seharian kanak-kanak mengikut


perbezaan individu:

Jadual 1: Contoh pelan pemakanan seharian dengan kalori seharian 1500 kcal

Sarapan Pagi Nasi goreng (1 cawan) mengandungi lobak merah (1/4 cawan) dan
french beans (1/4 cawan)
Milo (1 cawan) dengan susu rendah lemak (1/4 cawan)
Minum Pagi Teh tanpa gula (1 cawan)
Makan Petang Sup Bihun (1 cawan) dimasak dengan udang kecil (10 ekor) + sawi
+ tomato + lobak merah + baby corn (1 cawan)
Tembikai (1 keping)
Teh lima ais (dengan 1 sudu gula)(1 gelas)
Minum Petang Popia (2 keping)
Susu rendah lemak (1/4 cawan)
Makan Malam Nasi putih (1 cawan)
Sup sayur campur (1/2 cawan)
Ikan (1 sederhana)
Pisang emas (2)
Air kosong (1 gelas)
Jadual 2: Contoh pelan pemakanan seharian dengan kalori seharian 2000 kcal

Sarapan Pagi Nasi goreng (11/2 cawan) mengandungi lobak merah (1/4 cawan)
dan french beans (1/4 cawan)+ soya bean curd (1/2 keping)+ ayam
(separuh paha ayam)
Milo (1 cawan) dengan susu rendah lemak (1/4 cawan)
Minum Pagi Apam kukus (4)
Teh ()1
Makan Petang Sup Bihun (1 cawan) dimasak dengan udang kecil (10 ekor) + sawi
+ tomato + lobak merah + baby corn (1 cawan)
Tembikai (1 keping)
Teh lima ais (dengan 1 sudu gula)(1 gelas)
Minum Petang Popia (2 keping)
Susu rendah lemak (1/4 cawan)
Makan Malam Nasi putih (1 cawan)
Sup sayur campur (1/2 cawan)
Ikan (1 sederhana)
Pisang emas (2)
Air kosong (1 gelas)

Panduan ibu bapa untuk anak yang memilih makanan

Ibu atau penjaga perlu menyelia kanak-kanak semasa waktu makan bagi menjamin
pengambilan makanan kanak-kanak adalah seimbang dan sihat. Berikut merupakan
cara-cara untuk menggalakkan kanak-kanak untuk makan:

 Duduk dengan kanak-kanak semasa mereka makan. Perhatikan apa yang


dimakan dan memberikan bantuan serta galakan senasa kanak-kanak sedang
menikmati hidangan.
 Berikan masa kepada kanak-kanak menikmati hidangan mereka. Jangan
makan terburu-buru, berikan ruang untuk mereka bermain sebagai galakan
semasa makan.
 Berikan pujian kepada kanak-kanak kerana makan dengan baik.
 Berikan kanak-kanak makanan dalam bekas berasingan supaya mereka
mendapat jumlah makanan secukupnya.
 Cuba campurkan semua jenis makanan lain bersama makanan
kegemarannya.
 Berikan makanan sebaik sahaja kanak-kanak berasa lapar. Jika kanak-
kanak menunggu terlalu lama untuk makan kemungkinan selera kanak-kanak
akan hilang.
 Jangan memberi kanak-kanak makan jika dia berasa mengantuk.
 Jangan memaksa kanak-kanak untuk makan. Paksaan boleh meningkatkan
tekanan dan mungkin mengurangkan selera makan. Waktu makan sepatutunya
tenang dan menggembirakan.
 Jangan berikan banyak minuman sebelum atau semasa kanak-kanak
menikmati hidangan kerana boleh mengganggu selera makannya.
 Bermain permainan (menyanyi dan bermain) semasa makan untuk
meningkatkan lagi selera kanak-kanak.
 Gunakan sebarang kreativiti dalam menghidangkan makanan kepada
kanak-kanak. Ia penting dalam membantu merangsang selera kanak-kanak.
 Galakkan kanak-kanak mengambil snek yang berkhasiat. Contoh snek
seperti susu, buah dan sandwich.
 Elakkan daripada memberi snek dekat waktu makan utama.

Anda mungkin juga menyukai