Anda di halaman 1dari 2

Isu-isu yang berkaitan dengan gaya hidup sihat kerap diperkatakan oleh

setiap lapisan masyarakat. Amalan gaya hidup sihat akan membolehkan


seseorang itu hidup sihat sepanjang hayat. Banyak Pandangan berkaitan
dengan gaya hidup sihat, tetapi adalah tidak wajar kita mengambil mudah
tentang amalan gaya hidup sihat ini.
1. Menjaga Pemakanan Seharian
Antara amalan gaya hidup sihat ialah menjaga pemakanan seharian kita. Oleh itu, kita hendaklah
mengamalkan makanan seimbang. Pemakanan seimbang membolehkan tubuh badan kita sihat dan
tidak terlalu gemuk. Pemakanan yang tidak seimbang akan menyebabkan badan kita mendapat
pelbagai penyakit seperti darah tinggi, penyakit jantung dan kencing manis.
2. Bersenam atau Beriadah
Selain itu, kita juga hendaklah rajin bersenam atau beriadah. Dengan melakukan aktiviti senaman,
jantung akan menjadi sihat dan kuat. Sisa toksik dalam badan pula akan keluar melalui peluh kita
semasa bersenam. Senaman yang kita lakukan akan membolehkan darah mengalir dengan baik dan
menguatkan lagi otot-otot badan.
3. Menjaga Kebersihan Rumah dan Persekitaran
Amalan gaya hidup sihat seterusnya ialah menjaga kebersihan rumah dan persekitaran. Tempat-
tempat yang membolehkan nyamuk membiak mestilah dihapuskan. Segala sampah sarap hendaklah
dubuang ke temapat yang dikhaskan. Jangan sesekali membuang sampah sarap ke dalam sungai
atau dibaar di luar rumah kerana ia boleh menyebabkan pencemaran alam sekitar.
4. Membuat Pemeriksaan Kesihatan
Di samping itu, kita juga hendaklah membuat pemeriksaan kesihatan. Pemeriksaan kesihatan ini
boleh dibuat di hospital kerajaan atau swasta. Dengan mengetahui tahap kesihatan kita, kita boleh
megambil langkah tertentu bagi memastikan kesihatan kita terus berada dalam keaaan baik.
Pemeriksaan ini boleh dibuat dua kali satahun.
5. Elakkan Perbuatan Menjejaskan Kesihatan
Kita juga mesti menjauhi perbuatan yang boleh menjejaskan kesihatan. Antara perkara yang boleh
menjejaskan kesihatan ialah menghisap rokok, minum arak dan menagih dadah. Tabiat menghisap
rokok boleh menyebabkan seseorang mendapat penyakit paru-paru dan jantung. Manakala
penagihan dadah boleh menyebabkan punca penyakit sosial dan masyarakat, menjadi penghalang
kepada kemajuan dan pembangunan negara, maka marilah kita meningkatkan kesedaran dan
kefahaman kita terhadap bahaya penyalahgunaan dadah, dan berusaha mengawal dan mencegah
berlakunya kegiatan buruk ini.
Sebagai kesimpulan, terdapat beberapa amalan yang perlu kita lakukan untuk membolehkan kita
hidup sihat. Amalan gaya hidup sihat ini harus dipupuk sedari kita kecil dimana ibu bapa serta
anggota keluarga memainkan peranan mereka dalam mengamalkan gaya hidup sihat. Oleh itu
mencegah lebih baik dari mengubati.

Anda mungkin juga menyukai