Anda di halaman 1dari 14

SKPK PRINCESS ELIZABETH

LRG 5 JLN NONG CHIK


80100 JOHOR BAHRU, JOHOR

KERTAS KERJA PROJEK


PENJENAMAAN DAN PENAMBAHBAIKAN
PERKHIDMATAN PUSAT SUMBER
SKPK PRINCESS ELIZABETH
PENJENAMAAN SEMULA DAN PENAMBAHBAIKAN PERKHIDMATAN
PUSAT SUMBER SKPK PRINCESS ELIZABETH JOHOR BAHRU

1.0 PENDAHULUAN

Pusat Sumber Sekolah (PSS) merupakan penjana pembentukan masyarakat yang


berilmu pengetahuan, gemar membaca dan berkemahiran maklumat sejajar dengan
kepesatan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT). Perkembangan pesat dunia
pendidikan telah memberikan impak yang positif kepada perkembangan Pusat
Sumber Sekolah. Adalah menjadi dasar dan hasrat Kementerian Pelajaran Malaysia
untuk meningkatkan mutu pendidikan di negara ini sehingga mencapai pendidikan
bertaraf dunia.

Sebagai salah satu usaha untuk memantapkan pengurusan dan


perkhidmatan Pusat Sumber Sekolah untuk bergerak menuju ke arah pengajaran
dan pembelajaran Abad 21, Pusat Sumber SKPK Princess Elizabeth mengorak
langkah pertama dengan menyediakan kertas kerja untuk melaksanakan projek
Penjenamaan dan Penambahbaikkan Perkhidmatan Pusat Sumber bagi memenuhi
keperluan murid-murid berkeperluan khas (MBK) masalah penglihatan.Cadangan
penjenamaan dan penambahbaikkan PSS SKPK Princess Elizabeth ini juga adalah
meliputi penjenamaan dengan memberi pengiktirafan kepada Dato‟ Mah Hassan
sebagai alumni SKPK Princess Elizabeth yang berjaya dalam kerjaya sebagai
seorang peguam yang pertama di Malaysia yang mengalami masalah cacat
penglihatan sekaligus mampu memberi suntikan semangat kepada murid-murid di
sekolah ini untuk berjaya seperti beliau. Sehubungan itu, nama beliau akan
diabdikan pada Pusat Sumber Sekolah dan akan dikenali sebagai Pusat Sumber
Dato‟ Mah Hassan.

Selain itu, proses penaiktarafan Pusat Sumber Sekolah meliputi elemen


menaiktaraf perkhidmatan elektronik sedia ada, menyediakan kemudahan pencarian
bahan menggunakan rangkaian internet, ubah suai susun atur perabot, penggantian
meja bacaan dan kerusi murid, penambahan rak penyimpanan buku, penambahan
koleksi bahan bacaan murid dalam bentuk tulisan braille dan cetakan besar,
keceriaan ruangan dalam dan luar pusat sumber, menyediakan ruangan pejalan kaki
menuju ke pusat sumber yang lebih selamat dan kondusif bagi kegunaan murid dan
mewujudkan ruangan bacaan ilmiah di bahagian luar pusat sumber agar dapat
memenuhi waktu senggang murid. Kesimpulannya, setiap elemen yang dinyatakan
ini memerlukan kos dan sokongan daripada semua pihak. Pendekatan yang diambil
oleh pihak sekolah ialah berkolaboratif dengan Persatuan Ibu Bapa dan Guru SKPK
PENJENAMAAN DAN PENAMBAHBAIKAN PERKHIDMATAN PUSAT SUMBER

SKPK PRINCESS ELIZABETH

Princess Elizabeth untuk mengumpul dana bagi membiayai projek dan mencapai
objektif dalam membentuk Pusat Sumber Sekolah Abad 21 yang lebih mesra untuk
Murid Berkeperluan Khas (MBK) Masalah Penglihatan.

2.0 RASIONAL

2.1 Sebagai suatu pengiktirafan kepada Dato‟ Mah Hassan bin Omar sebagai
alumni SKPK Princess Elizabeth yang telah berjaya.

2.2 Langkah pertama untuk Pusat Sumber SKPK Princess Elizabeth menuju ke
arah PSS Abad 21 mengikut saranan Kementerian Pendidikan Malaysia.

2.3 Menjadikan Pusat Sumber SKPK Princess Elizabeth lebih mesra untuk Murid
Berkeperluan Khas (MBK) Masalah Penglihatan.

2.4 Memberi peluang kepada Murid Berkeperluan Khas (MBK) Masalah


Penglihatan meneroka ilmu melalui teknologi ICT dan penggunaan komputer
yang kondusif, canggih dan mesra pengguna.

2.5 Menjadikan Murid Berkeperluan Khas (MBK) Masalah Penglihatan mampu


bersaing di peringkat global setanding dengan murid-murid normal di aliran
perdana.

2.6 Menaiktaraf sistem automasi PSS sedia ada kepada sistem yang lebih baik
dan efisen.

2.7 Menambah koleksi bahan bacaan murid dalam bentuk braille dan cetakan
besar untuk meningkatkan minat Murid Berkeperluan Khas(MBK) Masalah
Penglihatan dalam aktiviti membaca.

3
PENJENAMAAN DAN PENAMBAHBAIKAN PERKHIDMATAN PUSAT SUMBER

SKPK PRINCESS ELIZABETH

3.0 TUJUAN

Kertas cadangan ini dikemukakan untuk mendapatkan peruntukan dan mengumpul


dana bagi menampung kos kewangan dalam usaha menjayakan projek
penambahbaikan perkhidmatan Pusat Sumber Sekolah SKPK Princess Elizabeth
kepada Pusat Sumber Abad ke 21.

4.0 OBJEKTIF

4.1 Langkah kesediaan PSS SKPK Princess Elizabeth kepada PSS Abad 21
melalui pengubahsuaian yang relevan.

4.2 Membentuk sebuah PSS yang mesra kepada Murid Berkeperluan Khas
(MBK) SKPK Princess Elizabeth.

4.3 Memaksimumkan peranan PSS SKPK Princess Elizabeth sebagai nadi ilmu
kepada semua warga SKPK Princess Elizabeth melalui bahan ilmiah celik
mahupun braille.

4.4 Membantu Murid Berkeperluan Khas (MBK) SKPK Princess Elizabeth untuk
bergerak seiring dengan murid aliran perdana melalui pengetahuan dunia
semasa yang meluas.

4.5 Menyediakan kemudahan dan perkhidmatan akses maklumat bagi kegunaan


Murid Berkeperluan Khas (MBK) Masalah Penglihatan.

4.6 Memberi panduan dan kemahiran kepada Murid Berkeperluan Khas (MBK)
Masalah Penglihatan berkaitan proses carian, penghasilan dan penggunaan
maklumat.

4
PENJENAMAAN DAN PENAMBAHBAIKAN PERKHIDMATAN PUSAT SUMBER

SKPK PRINCESS ELIZABETH

5.0 RANCANGAN PENAMBAHBAIKAN

BIL PERANCANGAN KUANTITI HARGA ANGGARAN


SEUNIT PERBELANJAAN

1. Pembelian Peralatan Pusat


Sumber:

i. Penggantian televisyen
untuk ruangan tayangan 1 RM1500.00 RM1500.00
PSS.

- Set televisyen 40”

ii. Pembelian komputer bagi 2 RM 2644.00 RM 5288.00


kegunaan murid
menggunakan „Audio Book‟.

iii. Pembelian mesin pencetak 1 RM 585.00 RM 585.00


untuk kegunaan murid
mencetak bahan atau
maklumat yang diperolehi
daripada pencarian
maklumat.

2. Menaiktaraf Sistem automasi


S-LIB V1001: 1 RM550.00 RM550.00

i. Sesi latihan pengukuhan


sistem.
(Re- Training)

ii. Pemasangan Sistem


Sokongan Dalam Talian
bagi pengguna internet
sahaja.
(Remote Application
Support)

iii. Sesi rundingan bagi


penyediaan sistem secara
terbaik dan sistematik.
(Consultation)

iv. Penyelenggaraan sistem.

5
PENJENAMAAN DAN PENAMBAHBAIKAN PERKHIDMATAN PUSAT SUMBER

SKPK PRINCESS ELIZABETH

(Service Maintenance)

v. Bank Data 808,000 buku


dan bukan buku.

iv. Salinan CD Perisian


Automasi terbaru.

3. Penambahan Bahan Bacaan:

i. Menambah koleksi bahan RM5000.00


bacaan braille dan cetakan
untuk keperluan Murid
Berkeperluan Khas (MBK)
Masalah Penglihatan.

(Buku- buku fiksyen, karya


agung, bahan ilmiah,
rujukan dan latihan)

ii. Membeli dan membina RM5000.00


Bahan Bantu Belajar (BBB)
yang terkini dan
bersesuaian.dengan
keperluan Murid
berkeperluan Khas (MBK)
Masalah Penglihatan.

(Carta, model, bahan


maujud dan peralatan
berkaitan PdPc)

4. Keceriaan PSS:

i. Pemasangan jubin dan RM5500.00


batu “Fibrewash” di laluan
pejalan kaki menuju
hadapan PSS dan
penggunaan Jubin “Tac
Tile” untuk laluan murid-
murid buta.

ii. Pemasangan batu


“Fibrewash” pada dinding RM2300.00
setinggi 3 kaki sekitar
kawasan PSS.

6
PENJENAMAAN DAN PENAMBAHBAIKAN PERKHIDMATAN PUSAT SUMBER

SKPK PRINCESS ELIZABETH

iii. Mengecat bahagian dinding


luar pusat sumber, grill RM3200.00
pintu dan tingkap.

iv. Penggantian langsir dan


railing langsir yang melebihi RM2000.00
tempoh 12 tahun.

v. Pembelian “Table Top”


2 RM980.00 RM1960.00
untuk ruang bacaan luar.

vi. Penggantian alat pendingin


1 RM2500.00 RM2500.00
hawa 2HP

JUMLAH ANGGARAN RM 35383.00


PERBELANJAAN

7
PENJENAMAAN DAN PENAMBAHBAIKAN PERKHIDMATAN PUSAT SUMBER

SKPK PRINCESS ELIZABETH

6.0 SUMBER KEWANGAN

Mengumpul dana melalui sumbangan daripada orang perseorangan, badan korporat,


syarikat GLC ke dalan akaun PIBG SKPK Princess Elizabeth.

7.0 JAWATANKUASA PELAKSANA:

Penasihat : En. Mohd Dini bin Karim


Guru Besar SKPK Princess Elizabeth

Pengerusi : En. Azmi bin Mohamad


Penolong Kanan Pentadbiran SKPK Princess Elizabeth

N. Pengerusi 1: Pn. Sopiah bt Cha


Penolong Kanan HEM SKPK Princess Elizabeth

N. Pengerusi 2: Pn. Rosyani binti Yahaya


Penolong Kanan Kokurikulum SKPK Princess Elizabeth

Penyelaras : Pn. Hasiah binti Abdullah


Guru Perpustakaan Media SKPK Princess Elizabeth

Setiausaha : Cik Nurul Nazihah binti Hishamudin

AJK : En. Ilham bin Abd Rahman


En. Faiedz bin Amrullah
Pn. Norashikin binti Sailan
Ketua Panitia
- Cik Zulaikha binti Shari
- En. Shahrul Annuar bin Said
- Pn. Kasilawati binti Ramly
- Pn. Farah Zawani binti Hasbullah

8
PENJENAMAAN DAN PENAMBAHBAIKKAN PERKHIDMATAN PUSAT SUMBER
SKPK PRINCESS ELIZABETH

Perabot sedia ada yang diambil dari bahagian pelupusan aset pada tahun 2007

Meja meletakkan peralatan CCTV untuk Meja bacaan murid diambil daripada
bacaan murid rabun di makan bubuk Dewan Makan, mengalami kerosakan di
bahagian papan atas

Rak buku sedia ada tidak dapat Meja bacaan 1, merupakan cantuman dua
menampung jumlah bahan bacaan braille buah meja murid yang diambil daripada
dan cetakan dan memerlukan bahagian pelupusan tidak dapat
penambahan. menampung bilangan pengguna pusat
sumber dalam satu tempoh yang ramai.

10
PENJENAMAAN DAN PENAMBAHBAIKKAN PERKHIDMATAN PUSAT SUMBER
SKPK PRINCESS ELIZABETH

Bahagian dinding luar , grill yang sudah berkarat dan kaki lima murid perlu diceriakan kerana
keadaan cat yang sudah pudar dan bahan keceriaan juga telah tertanggal dan memerlukan
penggantian bahan.

11
PENJENAMAAN DAN PENAMBAHBAIKKAN PERKHIDMATAN PUSAT SUMBER
SKPK PRINCESS ELIZABETH

Ruang bacaan luar yang disumbangkan oleh Koperasi Maktab Sultan Abu Bakar
Memerlukan Meja dan Kerusi (Tabletop) untuk mengisi waktu senggang murid pada waktu
rehat dan waktu petang.

12
PENJENAMAAN DAN PENAMBAHBAIKKAN PERKHIDMATAN PUSAT SUMBER
SKPK PRINCESS ELIZABETH

Perkembangan Semasa Projek PSS Fasa 1

Kerja-kerja memasang siling pada ruangan Bahan Bantu Belajar telah siap sepenuhnya dan
kerja-kerja mengecat bahagian dalam pusat sumber sudah mencapai 80%.

13
PENJENAMAAN DAN PENAMBAHBAIKKAN PERKHIDMATAN PUSAT SUMBER
SKPK PRINCESS ELIZABETH

Pelan Susun Atur Perabot yang Baharu bagi Pusat Sumber SKPK Princess Elizabeth

14

Anda mungkin juga menyukai