Anda di halaman 1dari 1

Malaysia merupakan sebuah negara yang amat unik kerana konteks negara Malaysia terdiri

daripada pelbagai kaum dan agama. Oleh sebab itu, semangat patriotik merupakan pemangkin
untuk memperbaiki dan meningkatkan semangat perpaduan dalam kalangan rakyat Malaysia.

Semangat patriotisme tidak seharusnya dihadkan kepada tindakan simbolik, seperti


mempamerkan bendera, menyanyikan lagu kebangsaan dan sebagainya. Malah, semangat patriotik
juga boleh ditonjolkan melalui jati diri yang mulia. Misal kata, individu perlulah bertolak ansur dalam
menangani isu-isu sensitif. Hal ini demikian, rakyat Malaysia harus sedar betapa pentingnya nilai
patriotisme bagi memupuk semangat perpaduan kerana ia akan menentukan hala tuju negara kea
rah negara maju atau negara yang berada dalam keadaan bankrap.

Di mana ada kemahuan, di situ ada jalan. Antara satu daripada caranya untuk
menyemarakkan semangat patriotik seseorang harus bermula dari bangku sekolah lagi. Sekiranya
semangat patriotik telah ditaman dalam setiap sanubari kanak-kanak, pastinya semangat ini dapat
terus diamalkan dan dikekalkan sehingga ke dewasa. Sebagai contoh, guru-guru boleh mengajar
pelajar tentang sejarah Malaysia tentang peristiwa pejuang-pejuang Malaysia untuk mendapatkan
kemerdekaan Malaysia daripada kuasa asing.

Selain itu, pihak media massa juga memainkan peranan yang tidak kurang penting, iaitu
memaparkan program-program yang bertema patriotik dalam laman sosial ataupun rancangan
televisyen. Sebagai contoh, Pihak Penyiaran dan stesen televisyen boleh mengadakan forum tentang
semangat patriotik dengan menjemput tokoh-tokoh yang memiliki semangat patriotik yang tinggi.
Akibatnya, remaja-remaja akan mencontohi teladan-teladan mulia daripada pemimpin-pemimpin
masyarakat tersebut.

Kesimpulannya, inisiatif-inisiatif untuk memupuk semangat patriotik mestilah dijalankan


sepanjang hayat tanpa henti. Hal ini lantaran, semangat patriotik dapat melahirkan warganegara
yang cinta akan negaranya dan tentulah akan menjadi individu yang berpotensi dalam bidang-bidang
yang diceburi. Oleh itu, semua pihak haruslah berganding bahu bagai aur dengan tebing dan
menjalankan peranan masing-masing supaya semangat patriotik dapat disuburkan dalam kalangan
masyarakat Malaysia.

Anda mungkin juga menyukai