Anda di halaman 1dari 1

Senaraikan kronologi peristiwa-peristiwa ke arah

kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu


berdasarkan video di atas.
Sebelum pemasyhuran Kemerdekaan Tanah Melayu, bangunan-bangunan di sekitar
Kuala Lumpur telah dicat semula untuk meraikannya. Pada 30 Ogos 1957, pukul 12.00
tengah malam, semua negeri dan pahlawan-pahlawan telah menghadiri upacara
menurunkan bendera Union Jack. Upacara ini merupakan tanda penamatan penjajahan
kerajaaan British terhadap Tanah Melayu selama 170 tahun.
Kemerdekaan Malaysia telah disaksi oleh negara-negara lain. Wakil baginda Queen,
Duke of Gloucester telah bersama putera Prince William, telah membawa surat
perlembagaan yang akan diserahkan kepada Malaya.
Pada 31 Ogos 1957, stadium baharu, Stadium Merdeka telah menyaksikan peristiwa
bersejarah bagi Tanah Melayu. Raja-raja melayu telah menghadiri ke majlis pengisytiharan
kemerdekaan Tanah Melayu. Adikung Duke membawa watikah perlembagaan yang
menyatakan pengunduran daripada perlindungan British terhadap negeri-negeri Melayu dan
kedaulatan terhadap Pulau Pinang dan Melaka.
Perdana Menteri, Tunku Abdul Rahman telah menerima watikah perlembagaan
sebagai lambang penyerahan kuasa pemerintahan sepenuhnya kepada Persekutuan Tanah
Melayu. Setelah Tunku mengucapkan penghargaan kepada Great Britain atas pertolongan
untuk mencapai kemerdekaan, beliau mula membaca teks "Pemasyhuran Kemerdekaan".
Pengisytiharan itu disambut dengan laungan "MERDEKA" sebanyak 7 kali sebagai
Perdana Menteri Persekutuan Tanah Melayu yang pertama di hadapan 20 ribu rakyat
Persekutuan Tanah Melayu dan Raja-rajanya serta perwakilan dari 30 negara-negara
Komanwel dan negara-negara asing lainnya. Pada masa itu, bendera Jalur Gemilang telah
dinaikkan dan lagu Negaraku telah dimainkan bagi kali yang pertama. Pada hari itu,
Pesuruhjaya Tinggi British yang terakhir di Persekutuan Tanah Melayu, Sir Donald
MacGillivray dan isterinya telah meninggalkan negara ini dan pulang ke England.
Akhirnya, Tuanku Abdul Rahman telah ditabalkan sebagai Yang di-Pertuan Agong
Pertama. Baginda telah menghunus keris, mengkucup dan menyarungkan semula keris
untuk menerima kuasa dan pemerintahan Persekutuan.

Anda mungkin juga menyukai