Anda di halaman 1dari 10

E-PROCEEDING OF THE SOCIAL SCIENCES RESEARCH

ICSSR 2017

KAJIAN IMPAK KEHADIRAN PEKERJA ASING TERHADAP


KOMUNITI PENGERANG KOTA TINGGI
Ungku Norulkamar Ungku Ahmad, Siti Rahmah Awang, Norhayati Zakuan*, Ahmad Jusoh,
Tan Sui Hong dan Halimah Mohd Yusof
Fakulti Pengurusan
Universiti Teknologi Malaysia
norhayatimz@utm.my

ABSTRAK

Projek RAPID milik Petronas dan aktiviti limpahannya mampu mewujudkan ribuan peluang pekerjaan.
Sebanyak hampir 70,000 pekerja diperlukan semasa tempoh pembinaannya bagi membina kemudahan
paenapisan, loji petrokimia dan infrastruktur berkaitan. Cabaran dalam memenuhi keperluan pekerja
bagi menjayakan projek mega ini memaksa kontraktor-kontraktor yang dilantik Petronas mendapatkan
khidmat tenaga pekerja asing akibat dari ketidakcukupan pekerja tempatan. Dengan kebanjiran
pekerja asing ini secara tidak langsung memberi kesan negatif kepada masyarakat tempatan. Oleh itu,
kajian khusus perlu dilaksanakan bagi mengkaji impak kebanjiran pekerja asing dari pelbagai negara
terhadap masyarakat tempatan. Populasi kajian ini di bahagikan kepada dua kumpulan utama iaitu
sebelas organisasi mewakili sebagai pemegang taruh dan sembilan buah kampung yang terkesan oleh
pembangunan PIPC iaitu tujuh buah kampung di Taman Bayu Damai serta dua kawasan di sekitar
kawasan Pengerang iaitu Kg. Sungai Rengit dan Kg. Punggai. Kajian ini telah dibahagikan kepada
dua fasa utama iaitu kajian yang dilakukan secara kualitatif dan kuantitatif. Soalselidik dan soalan
temubual telah dibangunkan sebagai instrumen kajian. Dari aspek ekonomi, hasil dapatan
menunjukkan secara umumnya penduduk mempunyai persepsi negatif hasil daripada kemasukan
pekerja asing di Pengerang.

Bidang Penyelidikan: Pengerang, kajian impak, kuantitatif, kualitatif, ekonomi.

---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

1. Pengenalan

Sebagai usaha untuk mentransformasikan Malaysia kepada negara berpendapatan tinggi pada 2020,
sebanyak 12 National Key Economic Area (NKEAs) telah diumumkan dan salah satunya ialah
Petroleum dan Gas. Pengerang Integrated Petroleum Complex (PIPC) ialah inisiatif utama dalam
memacu ekonomi Negara dan menjadikan Malaysia sebagai hab utama perkhidmatan petroleum di
Asia. Antara usaha yang telah dirangka adalah untuk menambah kehadiran agensi-agensi antarabangsa
utama dalam bidang perkhidmatan petroleum bagi menggalakkan usahasama dengan syarikat bertaraf
dunia. Projek penapisan ini dijangka dapat disiapkan pada awal 2019.
Projek transformasi Pengerang sebagai hab minyak dan gas terbesar di rantau ini kini dalam fasa
pertama pelaksanaannya dengan pembangunan terminal penyimpanan petroleum di atas kawasan seluas
202 hektar. Projek Pembangunan Bersepadu Penapisan Minyak dan Petrokimia (RAPID) bernilai
berbilion ringgit yang dilaksanakan oleh Petronas di selatan Johor kena pada masanya bagi menampung
permintaan besar mendapatkan produk tenaga dan petrokimia, terutama di Asia dalam tempoh 20 tahun
akan datang.
Petronas melabur RM89.3 bilion untuk membangunkan Kompleks Bersepadu Pengerang (PIC) iaitu
RM53 bilion untuk pembangunan RAPID dan RM36 bilion untuk kemudahan serta prasarana sokongan
e-Proceeding of the Social Sciences Research ICSSR 2017 (e-ISBN 978-967-0792-23-1).
4th December 2017, Melia Hotel, Kuala Lumpur, MALAYSIA. Organized by
http://worldconferences.net/home 104
E-PROCEEDING OF THE SOCIAL SCIENCES RESEARCH
ICSSR 2017

yang berkaitan. Selain RAPID, PIC turut mengandungi kemudahan sampingan yang lain seperti
Terminal Regasifikasi LNG Pengerang, Unit Pemisahan Udara, Projek Pembekalan Bekalan Air
Mentah (Pamer) Tangki Produk dan Minyak Mentah serta kemudahan perkongsian dan pemusatan
utiliti.
Projek RAPID milik Petronas dan aktiviti limpahannya mampu mewujudkan ribuan peluang pekerjaan.
Sebanyak hampir 70,000 pekerja diperlukan semasa tempoh pembinaannya bagi membina kemudahan
paenapisan, loji petrokimia dan infrastruktur berkaitan. Petronas telah melantik kontraktor-kontraktor
utama bagi menjayakan projek ini. Cabaran dalam memenuhi keperluan pekerja bagi menjayakan
projek mega ini memaksa kontraktor-kontraktor yang dilantik Petronas mendapatkan khidmat tenaga
pekerja asing akibat dari ketidakcukupan pekerja tempatan. Dengan kebanjiran pekerja asing ini secara
tidak langsung memberi kesan negatif kepada masyarakat tempatan. Oleh itu, kajian khusus perlu
dilaksanakan bagi mengkaji impak kebanjiran pekerja asing dari pelbagai negara terhadap masyarakat
tempatan.

2. Kajian Lepas

Program pengambilan pekerja asing telah dilaksanakan di beberapa buah negara. Contohnya, program
H-2A (Starnes et al., 2012) membolehkan majikan dari sektor perladangan membawa masuk pekerja
asing melakukan kerja-kerja pertanian secara bermusim atau sementara. Oleh itu, kemasukan pekerja
asing (berkemahiran, separa mahir dan tidak mahir) secara ramai dijangka akan berlaku di Pengerang
Johor bagi menampung operasi PIPC. Pada masa sekarang, terdapat 2 juta pekerja asing yang berdaftar
di Malaysia, dan 3 juta lagi adalah tidak berdaftar (“Menangani isu lambakan pekerja asing” Berita
Harian, 27 March 2016) justeru menjadikan tenaga asing membentuk peratusan yang besar dalam
tenaga kerja di Malaysia.

Walau bagaimanapun, isu menangani kemasukan pekerja asing dan keupayaan untuk mengintegrasikan
mereka dengan pasaran pekerja tempatan telah menjadi isu perdebatan polisi di Malaysia (Devadason,
2013).

Terdapat aspek positif dan negatif dengan tenaga kerja asing ini. Pekerjaan mereka berkisar di sektor-
sektor pertanian, pembinaan dan pembuatan. Sementara Malaysia bergantung kepada pekerja asing
untuk mengekalkan pertumbuhan ekonomi, kebanjiran mereka pada akhir-akhir ini telah
membangkitkan masalah yang serius dan memberi kesan kepada negara (Rahman et al, 2012). Impak
terhadap sosio-ekonomi kepada negara dengan pengaliran matawang Malaysia ke negara luar, dan
peningkatan kadar jenayah termasuk pemerdagangan manusia (Implikasi buruk kebanjiran pendatang
tanpa izin, BH Online, Mei 2015). Kajian terhadap impak pekerja asing bukan lagi sesuatu yang baru
walaupun kajian-kajian yang berkaitan dengan Malaysia ini jarang diterbitkan.

Impak terhadap pekerja asing ini telah dikaji oleh ramai penyelidik (Feridun, 2004; Friedberg and Hunt,
1995; Kerr dan Kerr, 2009). Antaranya, kesan pekerja asing Palestin terhadap pasaran buruh Israel telah
dikaji (Aranki and Daoud, 2010). Hyoji (2007) pula telah mengkaji corak dan implikasi kemasukan
buruh asing ke Malaysia. Integrasi pekerja asing ke dalam negara telah memberi kesan ketara dalam
dasar luar dan keselamatan negara di kedua-dua negara (Starnes et al., 2012).

Walau bagaimanapun, terdapat pelbagai sudut implikasi kedatangan pekerja asing, dan bukan sahaja
terhad kepada isu integrasi. Isu keselamatan negara perlu dianalisa dengan kemasukan tinggi pekerja
asing yang berpendidikan rendah atau berbeza taraf pendidikan dengan penduduk setempat. Buruh
asing dari negara yang miskin dan terpencil boleh memberi kesan yang buruk kepada negara dan
sekiranya dasar integrasi yang sedia ada tidak berkesan dan tidak berjaya, ianya berupaya menjejaskan

e-Proceeding of the Social Sciences Research ICSSR 2017 (e-ISBN 978-967-0792-23-1).


4th December 2017, Melia Hotel, Kuala Lumpur, MALAYSIA. Organized by
http://worldconferences.net/home 105
E-PROCEEDING OF THE SOCIAL SCIENCES RESEARCH
ICSSR 2017

keselamatan negara. Oleh itu hubungkait antara langkah-langkah keselamatan dan integrasi dengan
pekerja asing ini adalah penting.

Di Malaysia, kehadiran pekerja asing tidak mahir 4dilihat meningkatkan lagi ketidaksamaan gaji
melalui pemberian gaji yang lebih rendah kepada pekerja kurang mahir (Devadason, 2013). Dari
perspektif sosial, masalah berkaitan dengan pekerja asing adalah berpunca dari ketidaksamaan layanan
dari segi terma pekerjaan dan tempat kerja yang teruk terhadap pekerja asing yang tidak mahir.

Dari sudut positif, negara mendapat manafaat dari kemahiran pekerja asing dan mereka meyumbang
kepada ekonomi. Pekerja asing telah membantu membangunkan pelbagai kemudahan dan sistem
pengangkutan yang sistematik. Mereka juga telah menampung kekurangan pekerja di sektor
perladangan, termasuk ladang kelapa sawit yang menyumbang kepada pendapatan negara sebanyak
RM65 juta setahun. Ini memastikan aliran pendapatan ini, pekerja asing perlu ada di Malaysia.
(http://documents.tips/documents/kesan-positif-akibat-kedatangan-pendatang-asing-ke-
malaysia.html). Melalui kerjasama dengan beberapa syarikat berprestasi tinggi, pemindahan teknologi
dan pengetahuan juga telah berlaku melalui pengambilan pekerja asing.

Ada juga pihak yang mengaitkan kehadiran pekerja asing dengan peningkatan kadar jenayah atau
peningkatan penyakit berwabak. Walaupun maklumat ini sukar untuk dipastikan kebenarannya tetapi
keadaan pekerja asing yang tidak mempunyai apa-apa itu memungkinkan mereka terjebak dalam
kegiatan jenayah memang tidak boleh diragukan. Sudah menjadi lumrah manusia bahawa pasti ada
segelintir ahli masyarakat yang bertindak di luar batas perundangan termasuklah dalam kalangan
pekerja asing ini kerana setiap manusia mempunyai masalah peribadi tersendiri. Lantaran itu,
peningkatan jenayah di negara ini sering dikatakan berpunca daripada jumlah pekerja asing yang terlalu
ramai itu. Selain daripada itu, setakat ini juga tiada kajian khusus yang mengkaji peningkatan penyakit
berwabak dengan kehadiran pekerja asing. Oleh yang demikian, adalah perlu kajian khusus dijalankan
bagi mengkaji impak kehadiran pekerja asing ke atas rakyat tempatan di kawasan Pengerang.

3. Metodologi

Kajian ini telah dibahagikan kepada dua fasa utama iaitu kajian yang dilakukan secara kualitatif dan
kuantitatif. Kajian kualitatif iaitu secara temuduga berhadapan dan pemerhatian telah dilakukan secara
berperingkat ke atas pemegang taruh kajian, kawasan yang terlibat dan juga penduduk tempatan.

Bagi fasa yang kedua iaitu kajian kuantatif, ianya lebih menjurus kepada penduduk tempatan yang
terlibat dan mereka yang terkesan dari pembangunan Pengerang Integrated Petroleum Complex (PIPC).

Populasi dan pensampelan

Populasi kajian ini di bahagikan kepada dua kumpulan utama iaitu sebelas organisasi mewakili sebagai
pemegang taruh dan sembilan buah kampung yang terkesan oleh pembangunan PIPC iaitu tujuh buah
kampung di Taman Bayu Damai serta dua kawasan di sekitar kawasan Pengerang iaitu Kg. Sungai
Rengit dan Kg. Punggai.

e-Proceeding of the Social Sciences Research ICSSR 2017 (e-ISBN 978-967-0792-23-1).


4th December 2017, Melia Hotel, Kuala Lumpur, MALAYSIA. Organized by
http://worldconferences.net/home 106
E-PROCEEDING OF THE SOCIAL SCIENCES RESEARCH
ICSSR 2017

Pemegang taruh

Kajian ini telah mendapat kerjasama daripada 15 organisasi yang terdiri daripada badan kerajaan,
swasta, dan NGO sebagai pemegang taruh utama kajian ini seperti yang ditunjukkan dalam Jadual 1.
Kajian kualitatif telah dijalankan ke atas semua pemegang taruh ini secara berperingkat.

Jadual 1 : Senarai Pemegang Taruh Kajian


Bil. Pemegang taruh
1 Pegawai Daerah
2 Ketua Penolong Pegawai Daerah
3 Penolong Pegawai Daerah
4 Penolong Pegawai Daerah/ Tanah Daerah Kecil Pengerang
5 Penghulu Mukim Pengerang Dan Pantai Timur
6 Ketua-ketua Kampung (Sekitar kawasan Pengerang)
7 Wakil Penduduk
8 Ketua Polis Daerah
9 Ketua Polis Pengerang
10 Ketua Polis Sg. Rengit
11 Pegawai Imigresen
12 Pegawai Kesihatan
13 Johor Petroleum Development Coroporation Berhad (JPDC)
14 Pengerang Integrated Petroleum Complex (PIPC)
Refinery and Petrochemical Integrated Development (RAPID)
15
Petronas

Penduduk Kampung
Bagi kampung yang terlibat, sampel kajian telah dipilih secara rawak berdasarkan bilangan kampung
yang telah dicadangkan oleh Perjumpaan bersama ketua-ketua kampung dan JKKK kampung yang telah
diadakan pada 23 Oktober 2016. Seramai sembilan wakil kampung seperti dalam Jadual 2 yang telah
bersetuju untuk bekerjasama dalam kajian lapangan iaitu survei secara temubual berhadapan yang
dijalankan pada 4 Disember 2016. Seramai 208 orang penduduk yang telah terlibat dan telah berjaya
ditemuduga dan menjawab soalselidik yang diberikan.
Jadual 2 : Senarai Kampung yang dipilih untuk kajian lapangan
Kawasan Nama Kampung
Kg. Batu Mas
Kg. Sebung
Kg. Jawa
Taman Bayu Damai Kg. Langkah Baik
Kg. Telok Empang
Kg. Sg. Kapal
Kg. Transit
Kg. Sg. Rengit
Lain-lain
Kg. Punggai

e-Proceeding of the Social Sciences Research ICSSR 2017 (e-ISBN 978-967-0792-23-1).


4th December 2017, Melia Hotel, Kuala Lumpur, MALAYSIA. Organized by
http://worldconferences.net/home 107
E-PROCEEDING OF THE SOCIAL SCIENCES RESEARCH
ICSSR 2017

4. Hasil Analisa Kajian

Responden bagi kajian ini terdiri daripada penduduk di sekitar kawasan Pengerang. Seramai 208 orang
penduduk yang telah memberi maklum balas terhadap soal selidik yang diedarkan. Majoriti responden
(68.8%) terdiri daripada penduduk lelaki berbanding penduduk perempuan Namun, terdapat 8 orang
responden yang tidak menyatakan jantina mereka (rujuk Jadual 3).

Jadual 3: Jantina Responden


JANTINA RESPONDEN Bilangan Jumlah Peratus (%)
Lelaki 143 68.8
Perempuan 57 208 27.4
Tiada respon 8 3.8

Rajah 1 menunjukkan taburan penduduk yang dibanci dalam kajian ini mengikut zon. Sebanyak lima
zon di kawasan Pengerang yang telah terlibat dalam kajian ini. Zon 1 terdiri daripada Kampung Mas,
Kampung Jawa dan Kampung Sebung dengan jumlah responden seramai 63 orang (30.2%). Zon 2 pula
terdiri daripada Kampung Teluk Empang, Kampung Langkah Baik dan Kampung Sungai Kapal dengan
jumlah responden seramai 77 orang (37%). Kampung Sungai Rengit pula mewakili Zon 3 dengan
jumlah responden seramai 20 orang (9.6%). Zon 4 pula diwakili oleh 9 orang (4.3%) dari Kampung
Transit dan Zon 5 pula diwakili oleh 39 orang (18.8%) dari Kampung Punggai. Jadual 4 menunjukkan
bilangan responden bagi setiap kampung.

Peratusan Penduduk Yang Dibanci Mengikut Kampung


Kampung Mas
Kampung Punggai 6%
Kampung Mas
19% Kampung Jawa
13% Kampung Jawa
Kampung Sebung
Kampung Transit
4% Kampung Teluk Empang
Kampung Sebung
11% Kampung Langkah Baik
Kampung Sungai Kampung Sungai Kapal
Rengit
10% Kampung Teluk Kampung Sungai Rengit
Kampung Sungai Kapal Empang Kampung Transit
7% Kampung 16%
Langkah Baik Kampung Punggai
14%

Rajah 1: Peratusan Penduduk yang Dibanci Mengikut Kampung

Jadual 4: Bilangan Responden Mengikut Kampung


KAMPUNG YANG DIBANCI Bilangan Jumlah Peratus (%)
Kampung Mas 13 6
Kampung Jawa 26 63 13
Kampung Sebung 24 11
Kampung Teluk Empang 33 16
Kampung Langkah Baik 30 77 14
Kampung Sungai Kapal 14 7
Kampung Sungai Rengit 20 20 10
e-Proceeding of the Social Sciences Research ICSSR 2017 (e-ISBN 978-967-0792-23-1).
4th December 2017, Melia Hotel, Kuala Lumpur, MALAYSIA. Organized by
http://worldconferences.net/home 108
E-PROCEEDING OF THE SOCIAL SCIENCES RESEARCH
ICSSR 2017

Kampung Transit 9 9 4
Kampung Punggai 39 39 19

EKONOMI

Bagi aspek ekonomi, sebanyak enam isu telah dikaji iaitu kadar sewa rumah, kemunculan perniagaan
baru, perniagaan oleh pekerja asing, pekerjaan, kadar jualan dan jual beli barang kawalan. Responden
dikehendaki untuk menyatakan mereka bersetuju atau tidak sama ada kemasukan pekerja asing
memberi kesan kepada setiap isu tersebut. Rajah 2 menunjukkan respon yang diperolehi bagi aspek
ekonomi.

Taburan Peratusan Persetujuan Responden Terhadap Kesan


Kemasukan Pekerja Asing Bagi Aspek Ekonomi
200
180 172
163 165
160
140
140 125
117
120
100 82.7 78.1 79.3
80 67.3
60.1 56.2
60
40
20
0
Peningkatan Perniagaan Baru Perniagaan oleh Kehilangan Peningkatan Jual Beli Barang
Kadar Sewa Pekerja Asing Pekerjaan Kadar Jualan Kawalan

Bilangan Peratus

Rajah 2: Taburan Peratusan Persetujuan Responden Terhadap Kesan Kemasukan Pekerja Asing Bagi
Aspek Ekonomi

Peningkatan kadar sewa rumah merupakan kesan yang paling utama dirasai oleh penduduk selepas
kemasukan pekerja asing ke kawasan Pengerang. Ini dipersetujui oleh 82.7% responden. Peningkatan
kadar sewa penempatan juga merupakan kesan negatif yang diperhatikan oleh Pengerusi PERKASA
Parlimen Pengerang, rujuk Jadual 3.3. Kehadiran pekerja asing juga dikatakan bukan sahaja
menyebabkan kenaikan kadar sewa penempatan, tetapi juga menyebabkan kenaikan harga barang-
barang keperluan seperti yang dinyatakan oleh Pegawai Majlis Daerah Kota Tinggi 1, ketua cawangan
Sungai Kapal, ahli NGO PERKASA dan pegawai Majlis Daerah Kota Tinggi 2 (Jadual 5).

e-Proceeding of the Social Sciences Research ICSSR 2017 (e-ISBN 978-967-0792-23-1).


4th December 2017, Melia Hotel, Kuala Lumpur, MALAYSIA. Organized by
http://worldconferences.net/home 109
E-PROCEEDING OF THE SOCIAL SCIENCES RESEARCH
ICSSR 2017

Jadual 5: Pernyataan Pemegang Taruh Mengenai Peningkatan Harga Barang Keperluan dan
Kadar Sewa Rumah
Tema Pernyataan Pemegang taruh
Kenaikan “Kalau kita tengok, harga barang-barang keperluan dah Pegawai 1
harga naik. Bila semua naik, harga makanan pun naik. Lepas itu,
barang- peniaga haram (merujuk kepada peniaga tanpa lesen)
barang makin banyak. Jadi beri kesan kepada harga makanan
keperluan (merujuk kepada kenaikan harga makanan)”

“Dari sudut ekonomi yang ni bagi kesan terutamanya pada Pegawai 2


harga kelengkapan harian. Harga makanan pun naik”

“Dari sudut negatif pula, kos hidup jadi meningkat akibat NGO
kenaikan harga barang makanan dan perkhidmatan”

Kenaikan “...lepas tu kenaikan harga barangan.. rumah sewa dan NGO


kadar sewa harga rumah pun naik tau.. setakat ni harga barang semua
penempatan naik..”
“Emm, kadar rumah sewa naik, harga barangan keperluan JKK
meningkat.. semua naik lah”

Walau bagaimanapun, seramai 163 responden (78.1%) bersetuju bahawa perniagaan baru telah wujud
disebabkan oleh kedatangan pekerja-pekerja asing ke kawasan Pengerang. Contohnya berlaku
peningkatan jumlah kedai-kedai barang keperluan, kedai pakaian dan kedai telekomunikasi.
Berdasarkan temu bual yang telah dijalankan, seorang ahli NGO memang bersetuju terdapatnya
kewujudan perniagaan baru dan peningkatan jumlah kedai-kedai barang keperluan di kawasan
Pengerang seperti yang dinyatakan dalam Jadual 3.4. Lebih separuh daripada responden (60.1%) juga
turut mempersetujui bahawa projek di kawasan Pengerang telah meningkatkan kadar jualan penduduk
tempatan. Dapatan ini disokong oleh seorang ahli NGO, Pengerusi Surau, Ketua Kampung, penduduk
kampung dan bendahari Jawatan Kuasa Kampung (JKK) seperti dalam Jadual 6.

Jadual 6: Pernyataan Pemegang Taruh Mengenai Kewujudan Perniagaan Baru


Tema Pernyataan Pemegang taruh
Kewujudan “Perniagaan pun bertambah termasuklah mewujudkan NGO
perniagaan pekerjaan baru dan jenis perniagaan baru macam laundry self
baru service. Apa lagi ye.. kedai membekal uniform, kerja
pertambahan mendadak, bilangan kedai makan dan restoran
serta kedai telekomunikasi pon bertambah”

e-Proceeding of the Social Sciences Research ICSSR 2017 (e-ISBN 978-967-0792-23-1).


4th December 2017, Melia Hotel, Kuala Lumpur, MALAYSIA. Organized by
http://worldconferences.net/home 110
E-PROCEEDING OF THE SOCIAL SCIENCES RESEARCH
ICSSR 2017

Peningkatan “Peniaga lebih untung kerana ramai pembeli” Pengerusi Surau


kadar jualan
“Positifnya, projek ini dapat memberi peluang Ketua Kampung
kepada perniagaan penduduk”

“Ada la perkembangan ekonomi bila projek ni wujud” Penduduk Kampung

“Selain itu, dapat juga meningkatkan aktiviti ekonomi NGO


masyarakat setempat sebab bila kita tengok populasi
meningkat, bilangan pelanggan pun meningkat. Jadi dapat
membantu perniagaan penduduk setempat”

Walau bagaimanapun, kewujudan perniagaan baru juga telah menimbulkan kerisauan penduduk
setempat. Ini adalah kerana sebahagian besar responden (79.3%) juga berpandangan bahawa perniagaan
turut dijalankan oleh pekerja asing. Menurut Pegawai Perubatan yang ditemubual, terdapat lambakan
kedai ubat tidak berdaftar yang dikendalikan oleh pekerja asing di kawasan Pengerang. Aktiviti jual-
beli ubat di kedai ubat yang tidak berdaftar ini oleh pekerja asing maupun penduduk tempatan boleh
mendatangkan implikasi negatif kepada kesihatan dan kebajikan pengguna. Kebimbangan ini
dinyatakan oleh seorang Pegawai Perubatan ketika ditemubual. Katanya:

“Lambakan kedai ubat yang tidak berdaftar iaitu ubat-ubatan yang dibawa dari
negara asing, ‘we called it over the counter’, semakin meningkat.” (Pegawai
Perubatan)

Namun demikian, kebanyakan responden (44.7%) menyatakan pekerja asing yang menjalankan
perniagaan di kawasan sekitar adalah secara berlesen seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 3.

50 44.7
40.9
40
30 Peratus
20 14.4
10
0
Berlesen Tidak Tidak Pasti
Berlesen

Rajah 3: Status Perniagaan Pekerja Asing

Disamping itu, seramai 140 orang responden (67.3%) bersetuju bahawa projek di kawasan Pengerang
telah menyebabkan pekerja tempatan kehilangan pekerjaan atau peluang pekerjaan menjadi terhad.
Kebimbangan penduduk tempatan semakin terasa apabila lebih separuh responden (56.2%) bersetuju
bahawa pekerja asing turut mengambil kesempatan menjual atau membeli barangan kawalan seperti
beras, gula atau minyak, seperti yang diutarakan oleh AJK sebuah parti politik.

“...warga asing ni buka kedai runcit secara berleluasa.” (AJK Parti Politik)

e-Proceeding of the Social Sciences Research ICSSR 2017 (e-ISBN 978-967-0792-23-1).


4th December 2017, Melia Hotel, Kuala Lumpur, MALAYSIA. Organized by
http://worldconferences.net/home 111
E-PROCEEDING OF THE SOCIAL SCIENCES RESEARCH
ICSSR 2017

Sungguh pun begitu, kebanyakan responden (51.9%) tidak bersetuju bahawa berlaku kekurangan
bekalan barangan disebabkan oleh pekerja asing. Dalam erti kata lain, bekalan barangan dianggap
mencukupi untuk penduduk tempatan (Rujuk Rajah 4).

Persepsi Responden Mengenai Kekurangan Bekalan Barangan


Bilangan Peratus
120 108
100
100

80

60 51.9 48.1
40

20

0
Tidak Bersetuju Setuju

Rajah 4: Persepsi Responden Mengenai Kekurangan Bekalan Barangan

5. Kesimpulan

Dari aspek ekonomi, secara umumnya penduduk mempunyai persepsi negatif hasil daripada kemasukan
pekerja asing di Pengerang. Antara kesan negatif yang dibangkitkan oleh penduduk tempatan ialah
kenaikan kadar sewa rumah, kenaikan harga barang, peningkatan perniagaan yang dijalankan oleh
pekerja asing, yang juga dikatakan menjalankan perniagaan yang melibatkan barangan kawalan seperti
beras, gula dan minyak.

Pengiktirafan
Penulis ingin merakamkan jutaan terimakasih kepada Kementerian Pengajian Tinggi, Universiti Teknologi
Malaysia dan Institut Inovasi Strategik Johor diatas sokongan kewangan melalui peruntukkan geran VOT: 13J07

Rujukan

Aranki, T.N. and Daoud, Y. (2010). Competition, substitution, or discretion: An analysis of


palestinian and foreign guest workers in the Israeli labor market. Journal of Population
Economics. 23(4). Pp. 1275-1300.

Bassano, C., Ciasullo, M.V., D'Aniello, G., Gaeta, M. and Rarità, L. (2015). Improvements of
logistics in region Campania using a profiling/competence-based approach, enriched with experience.
Joint BIR 2015 Workshops and DoctoralConsortium (BIR-WS 2015) and 14th International
Conference on Perspectives in Business Informatics Research (BIR 2015). Tartu, Estonia. August
2015. Code 113773

Bean, F.D., Brown, S.K., and Bachmeier, J. (2010). Comparative integration contexts and
Mexican immigrant-group incorporation in the United States. In Managing Ethnic Diversity
after 9/11: Integration, Security, and Civil Liberties in Transatlantic Perspective. pp 253-275

e-Proceeding of the Social Sciences Research ICSSR 2017 (e-ISBN 978-967-0792-23-1).


4th December 2017, Melia Hotel, Kuala Lumpur, MALAYSIA. Organized by
http://worldconferences.net/home 112
E-PROCEEDING OF THE SOCIAL SCIENCES RESEARCH
ICSSR 2017

Bhattacharyya D.K. (2006). Research Methodology. Excel Books, New Delhi

Devadason, E.S. (2013). Socio-economic effects of foreign workers on the host labour market: The
Malaysian perspective. International Journal of Economic Research. 10(2). Pp. 423-439

Feridun, M. (2004). Does immigration have an impact on economic development andunemployment?


Empirical evidence from Finland (1981-2001). International Journal of Applied Econometrics and
Quantitative Studies. 1 (3), pp. 39-60.

Friedberg, M.R., Hunt, J. (1995). The impact of immigrants on host country wages,employment and
growth. Journal of Economic Perspectives. 9 (2). pp. 23-44.

Hyoji, K. (2007). Foreign Labour Inflows to Malaysia: Trends and Implications. Masterdissertation,
University of Malaya, Kuala Lumpur.

Kerr, S.P., Kerr, W.R. (2009). Economic Impacts of Immigration: A Survey. HBS Working
Paper 09-013, Harvard Business School, United States

Kothari C.R. (2009). Research Methodology: Methods & Techniques (Second Revised Edition), New
Age International Publishers, New Delhi.

Matras, Y. and Robertson, A. (2015). Multilingualism in a post-industrial city: policy and practice
in Manchester. Current Issues in Language Planning. 16 (3). pp. 296-314

Petronas RAPID Project, Southern Johor, Malaysia.

http://www.hydrocarbons-technology.com/projects/petronas-rapid-project-malaysia/

“Menangani isu lambakan pekerja asing” Berita Harian, 27 March 2016.

“Implikasi buruk kebanjiran pendatang tanpa izin” BH Online, 24Mei 2015.

http://documents.tips/documents/kesan-positif-akibat-kedatangan-pendatang-asing-ke-malaysia.html

Rahman, H. A., Wang, C., Wood, L. C. and Low, S. F. (2012). Negative impact induced by foreign
workers: Evidence in Malaysian construction sector. Habitat International 36 (2012) 433-443

Starnes, J.H., Feleke, S.T., Schaffer, H.D., and Tiller, K.J. (2012). Profiling H-2A program
participants in tobacco farming: Implications for extension. Journal of Extension. 50 (6): 6RIB6
Open Access.

e-Proceeding of the Social Sciences Research ICSSR 2017 (e-ISBN 978-967-0792-23-1).


4th December 2017, Melia Hotel, Kuala Lumpur, MALAYSIA. Organized by
http://worldconferences.net/home 113

Anda mungkin juga menyukai